#MYTravelAdventure - Pengalaman Mendaki Gunung Kinabalu | sobri Yaacob Blog

Friday, May 12, 2017

#MYTravelAdventure - Pengalaman Mendaki Gunung Kinabalu


Tanggal 30 December 2016, sob bergerak daripada KLIA 2 menuju ke Lapangan terbang Kota Kinabalu dengan menaiki pesawat Air Asia AK 5108, tepat pukul 10.30am bersama dengan dua orang rakan telah selamat mendarat ke Tanah borneo yang cukup terkenal dengan gelaran Negeri di Bawah Bayu, di sini sob bersua muka dengan semua Team pendaki buat pertama kali yang sebelum ini hanya bertegur sapa di dalam group whatsApp Mendaki. Perasaan ketika itu agak berdebar-debar bukan kerana pertama kali menjejakkan kaki di Negeri Sabah tapi disebabkan satu misi yang ingin dicapai iaitu ingin menjejakkan kaki di Puncak tertinggi di Tanah Borneo, perasaan ketika itu berdebar-debar tapi bercampur perasaan teruja kerana sudah berada di kawasan Gunung Kinabalu yang hanya menanti masa untuk ditawan.

Hari Pertama: Berjalan-jalan di sekitar pasar malam di Bandar Kinabalu misi mencari Fresh Seafood 

Hari pertama berada di Bandar Kota Kinabalu kami semua menghabiskan masa dengan melakukan aktiviti yang cukup santai berjalan-jalan ke lokasi yang menjadi tarikan pelancong di sekitar bandar KK seperti ke Pasar Filipina untuk menikmati hidangan Seafood yang cukup fresh, sedap dan murah di Gerai Haji Manja di samping layanan yang cukup mesra! melihat pemandangan matahari terbenam berlatar belakangkan Kota Kinabalu daripada Puncak Bukit Bendera dan pada di sebelah malam hari pula berjalan-jalan di sekitar Jesselton Point, Pasar Malam Sinsuran & Pasar Malam Kampung air sambil menunggu sambutan ambang tahun baru 2017!



Perkara wajib perlu dibuat dalam listing percutian hampa sekiranya datang kesini ialah food hunting mencuba pelbagai fresh seafood yang dijual dengan harga cukup berbaloi & juga makanan tradisi sabah yang banyak dijual seperti amplang. Kami memilih untuk menikmati hidangan seafood di Gerai Haji Manja, cadangan menu wajib dicuba Ikan merah masak nyonya pasti terangkat selera !

Ber-Hammock, menikmati angin petang di The Pines kundasang, kesan bekas terbakar di kawasan ini membuatkan view di sini cukup rare untuk lepak & bergambar!  

Hari kedua kami semua bergerak menuju ke Pekan Kundasang mengambil masa lebih kurang 2 jam perjalanan daripada Kota kinabalu, bergerak pada awal pagi dimana di Kinabalu Park merupakan lokasi untuk sob memulakan pendakian disebabkan masih ada berbaki sehari lagi sebelum memulakan pendakian seperti biasa masa yang terluang digunakan sepenuhnya untuk dimanfaatkan dengan berjalan-jalan di tempat menarik dan rare yang ada di sekitar bandar kundasang seperti di Desa Cattle Desa Dairy Farm yang cukup popular persis pemandangan ladang lembu di New Zealand's, Kundasang War Memorial, dan bagi yang sukakan sedikit cabaran sob sangat mencadangkan untuk mendaki Pyramid Hill, kerana pemandangan di atas puncak tidak mungkin akan mengecewakan bagi setiap mendaki dapat melihat pemandangan indah pekan kundasang dan Gunung Kinabalu. Bagi sob Pekan Kundasang antara lokasi cukup menarik untuk dilawati di sabah kerana pemandangan cukup cantik berlatar belakangkan Gunung Kinabalu dan kebun-kebun sayur yang menghijau seluas mata memandang cukup memukau bagi setiap mata yang memandang dan keadaan suhu yang sejuk dan nyaman amat selesa untuk berjalan-jalan di sini.

Lokasi Pyramid Hill (1604 mtr ) Kundasang, sabah
Angaran masa pendakian 20 minit

Di Kundasang sob dan rakan-rakan memilih untuk bermalam di Hounon Ridge Farm, Bundu Tuhan. Disini terdapat pelbagai range harga dan pilihan untuk menginap di tawarkan, hampa boleh memilih sama ada untuk tidur secara dorm, bilik atau boleh sewa tapak & khemah untuk bercamping di luar. Sangat seronok sebenarnya apabila menginap di tempat yang konsepnya lebih mesra sebegini iyelah disamping dapat berkenalan dengan kawan-kawan yang baru dapat 'melepak 'bersama-sama dapat juga berkongsi cerita dan pengalaman travel masing-masing.

Menunggu Sunrise, bersiap-siap packing beg sebelum bergerak menuju ke Kinabalu Park untuk urusan pendaftaran masuk untuk memulakan pendakian

'sunrise is still my favorite colour,
and rainbow is second,
but if i can get both at the same time
i'm the most luck person !'

Hari Ketiga berada di tanah borneo seawal pagi sob dah tersedar daripada tidur dari katil sambil duduk termenung seketika sementara menunggu sunrise, di sabah pukul 6 pagi hari sudah cerah tidak seperti di semenanjung sekiranya lambat bangun pastinya matahari terbit mengucapkan selamat tinggal. Hari yang ditunggu-tunggu sudah tiba Gunung kinabalu sudah berada di depan mata hanya menunggu masa untuk didaki. Syukur mungkin rezeki kami semua, cuaca pada pagi itu cukup baik walaupun pada sebelah malam agak hujan lebat al-maklumlah sekarang adalah musim hujan, pemandangan sunrise cukup cantik manakala kelihatan jelas gunung kinabalu di hadapan mata kami yang tidak terlindung daripada kabus dan juga dihadiahkan juga double Rainbow.


Setelah semua urusan pendaftaran sudah selesai sebelum memulakan pendakian checking beg dulu lagi sekali semua barang sudah ada lengkap, lebih kurang Pukul 10.00 pagi kami memulakan pendakian menuju ke Kem Site Laban Rata untuk bermalam pada hari pertama mendaki ! wish me luck 

Lebih kurang pukul 8.00 pagi tiba di Kinabalu Park, selepas selesai bersarapan dan berjumpa dengan guidge yang akan membawa kami seterusnya perlu mendaftar diri dulu sebelum boleh memulakan pendakian, kerana setiap pendaki perlu mendapatkan permit sebelum mula mendaki. Setelah semua urusan pendaftaran selesai kami diberikan NameTag dimana tertulis nama dan tarikh pendakian dan ini sangat penting untuk sentiasa pakai NameTag sepanjang tempoh mendaki, Name Tag ini ibarat Past untuk kami akses di checkpoint.  Sob dan rakan-rakan memilih untuk naik & turun laluan trek mendaki daripada Timpohon dimana masa pendakian yang diambil lebih pendek dan laluan trek yang lebih mudah daripada menggunakan laluan Marsilau.


Untuk menuju Laban Rata Camp, akan menjumpai 10 pondok iaitu Timpohon Gate – Pondok Kandis – Pondok Ubah – Pondok Lowii – Pondok Mempening – Layang-Layang – Villose – Paka Shelter dan sampai lah di Laban Rata Camp. Pengalaman merasai sendiri trek Gunung kinabalu sob boleh rumuskan, trek yang cukup 'layan' penangan trek bertangga boleh pewai teruk  beb! berbanding laluan trek hutan. Sob dan Din mengambil pendekatan mendaki secara slow and steady sambil menikmati pemandangan di sepanjang Perjalanan cuma di tengah perjalanan daripada Pondok Villosa menuju ke Laban Rata hujan turun dengan lebat membataskan sedikit jarak penglihatan dan cuaca berkabus mengiringi perjalanan sob. Masa yang diambil lebih kurang 6 jam dengan jarak perjalanan sejauh 6 Kilometer sob sampai di Laban Rata pada pukul 3.30 Pm dan ini bermakna masih ada 1 jam untuk menunggu sebelum waktu lunch pada pukul 4.30 Pm dan buffet berakhir lewat pukul 6.00 pm. 


Konsep penginapan di sini adalah berbentuk Dorm dimana tempat tidur campur diantara lelaki dan perempuan, tempat tidur sangat selesa terasa cukup mewah aura suasana pendakian mendaki Akinabalu & paling best makanan disediakan secara buffet beraneka pilihan menu, fuhh memang paduik!

Lebih kurang pukul 1.00am, sob telah terjaga daripada tidur apabila terdengar beberapa orang pendaki sedang bersiap sedia untuk sarapan sebelum mission summit attach. Kami semua bersiap-siap sedia packing apa barang yang patut untuk dibawa ke puncak, terlebih dahulu wajib bersarapan untuk mendapatkan tenaga sebelum meneruskan pendakian untuk sampai ke Puncak Gunung Kinabalu dan ini merupakan detik menentukan sama kami semua berjaya menjejakkan kaki ke Puncak Akinabalu 

Pendakian menuju  ke Puncak Kinabalu pada pukul 3.10am pada ketika itu cuaca sungguh cantik sehingga boleh nampak dengan jelas taburan bintang di angkasa cukup memukau mata yang memandang, selangkah demi selangkah kami menaiki tangga mengikuti laluan yang telah disediakan dimana kami membuat keputusan untuk berjalan dalam satu kumpulan sekiranya terpisah kami akan menunggu team yang lain di Pos Sayat-sayat. Perjalanan menuju ke Sayat-sayat tidak begitu jauh mengambil masa anggaran 1 jam pendakian, syukur kami semua tidak terkena symptom AMS walaupun kadar oksigen semakin berkurang dan nipis sebab ada juga kes jika ditahap yang teruk AMS boleh mengakibatkan maut ketika mendaki !

Di Puncak Seringgit, dalam perjalanan pulang ke Laban Rata

Lebih kurang pukul 4.15am sob & rakan-rakan berjaya sampai ke Sayat-sayat seterusnya menunjukkan Name Tag dan ditanda sebelum dibenarkan untuk meneruskan perjalanan, syukur ketika itu cuaca masih elok tidak menunjukkan tanda-tanda akan hujan dan kami semua berjaya melepasi masa COT yang telah ditetapkan, seterusnya dibenarkan untuk meneruskan pendakian untuk Mission Sunrise and Summit Attack. Pada ketika itu perasaan pewai telah mula dirasai dimana corak pendakian sudah mula berubah arah daripada melalui trek tangga berkayu seterusnya perlu memanjat dan melalui laluan di sebalik batu-batu besar. Lebih kurang setengah jam perjalanan ketika sudah semakin hampir sampai ke puncak seringgit keadaan cuaca sudah mula berubah dimana hujan lebat sudah mulai turun membasahi kami. 

"Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu,
tinggi lagi sayang sama kamu
biru biru hujung Kinabalu,
tengok dari jauh, hati saya rindu"

Entah kenapa  cukup berhantu lagu ni, antara rangkap lagu yang kerap bermain-main di fikiran sob mungkin lagu ini memberi sedikit semangat untuk meneruskan baki pendakian yang semakin hampir ke penghujung, masih teringat semasa mendaki terutama ketika berada di sayap-sayap menuju ke low Peak sepanjang perjalanan angin yang kuat, kadang kala diselingi dengan hujan mengiringi pendakian sob kali ini sama seperti situasi ketika mendaki Gunung Kerinci di Indonesia. Memang tak dapat gambarkan perasaan mendaki ketika kadang-kadang timbul terasa teruja kerana dapat merasai susana mendaki dalam keadaan itu pandangan yang semakin kabur manakala jalan semakin diliputi oleh kabus, ketika itu sebagai rujukan mengikut tali putih yang panjang sebagai panduan supaya tidak tersasar daripada trek asal

Suasana di Puncak Kinabalu di Low's Peak menunggu giliran untuk bergambar di puncak penuh dengan kehadiran pendaki dari seluruh dunia ingin menjejakkan kaki ke Gunung Tertinggi di Malaysia.

Walaupun ketika itu sudah memakai baju sejuk, windbreaker, sarung tangan dan topi itu masih tidak mencukupi untuk memberikan rasa haba kehangatan yang diperlukan oleh tubuh badan, masih merasai kesejukan sepanjang perjalanan. Beberapa meter menuju ke Low Peak sob sudah mula menggigil kesejukan disebabkan angin kuat yang melanda seketika di pertengahan perjalanan dengan suhu yang cukup sejuk ketika itu berada di aras ketinggian 4000 meter puncak sudah kelihatan hanya beberapa meter berada dihadapan, angin yang kuat dan hujan ketika itu membuatkan kami semua berhenti seketika berlindung disebalik-balik batu besar dan ada juga beberapa pendaki yang lain mengambil keputusan untuk berpatah balik. Di saat itu kekuatan mental dan fizikal memang cukup memainkan peranan hanya tekad dan keinginan yang tinggi membuatkan sob tetap cuba melangkah sedikit demi sedikit tetapkan semangat sehingga ke puncak.

( Low's Peak ) Mount Kinabalu, Sabah Malaysia I 4095.2 Meter

Lebih kurang pukul 6.30am Sob bersama teman-teman yang lain berjaya juga menjejakkan kaki di puncak tertinggi di Malaysia iaitu Gunung Kinabalu satu perasaan syukur yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata, gunung yang dahulunya hanya mampu dipandang daripada bawah akhirnya berjaya ditakluki yang pasti bukan view yang indah dicari oleh Sob cukup sekadar dapat merasai sendiri pengalaman mendaki puncak tertinggi di Borneo itu yang paling berharga.


Ternyata di negara kita sendiri Malaysia penuh dengan tempat tarikan pelancongan yang cukup awesome! untuk diterokai, Sabah antara negeri yang cukup menarik untuk dilawati penduduk yang mesra, murah dengan senyuman, kaya dengan pelbagai jenis makanan tradisi etnik yang boleh dicuba yang cukup lazat selain daripada itu banyak destinasi-destinasi menarik perlu anda lawati. Bagi anda yang gemar melakukan aktiviti outdoor yang penuh dengan aura adrenaline apa lagi jom cuba mencabar diri mendaki Gunung Kinabalu pastinya percutian anda kali ini akan cukup berbeza daripada biasa dan memberi kejutan yang tersendiri !

#TravelokaMY #MYTravelAdventure.

7 comments:

  1. tahniah!! puncak kinabalu berjaya ditawan...gambar dgn pelangi yg sgt rare..cantikk..

    ReplyDelete
  2. You did it! Admire your passion and determination. Nak naik ke atas tu bukan senang ya. Agak mencabar juga. Congratulations! Next will be? :)

    ReplyDelete
  3. Waaa Sob, so lucky one, rainbow and sunrise dapat sekaligus! Cantik! :D
    Congrats dapat sampai puncak gunung Kinabalu *thumbs up* ;3

    ReplyDelete
  4. Congrats for your win at traveloka !!!!!

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca