Kuala Razila Adventure Resort Riverside Resort Bertemakan Alam Semula Jadi | www.sobriyaacob.com

Saturday, November 18, 2017

Kuala Razila Adventure Resort Riverside Resort Bertemakan Alam Semula Jadi


Bagi anda yang gemar melakukan aktiviti outdoor dimana ingin mencabar adrenaline diri sendiri sambil menikmati keindahan alam semulajadi dikelilingi oleh sungai & hutan yang mendamaikan kunjungan korang ke Kuala Razila Adventure Resort Riverside yang beroperasi di Ulu Geroh, Gopeng Perak pastinya tidak akan mengecewakan akan memberi pengalaman yang menarik dan cukup luar biasa untuk dirasai. Seperti anda sedia maklum daerah Gopeng antara lokasi yang cukup popular untuk dikunjungi oleh penggemar aktiviti outdoor dari dalam Malaysia sehingga ke luar negara kerana kepelbagaian aktiviti extreme yang ditawarkan disini yang boleh di cuba.


Untuk pengetahuan korang semua Kuala Razila Adventure Resort Riverside adalah sebuah kawasan resort yang bertemakan alam semulajadi yang boleh sob kelaskan sebagai lokasi yang sesuai untuk program team building, company trips atau untuk mengadakan hari keluarga dan sebagai tapak melakukan aktiviti extreme seperti water rafting antara aktiviti yang cukup popular untuk dilakukan disini di Sungai Kampar yang dikatakan sebagai sungai yang mencabar bagi melakukan aktiviti ini.

Kuala Razila Adventure Resort Riverside

Antara tempat penginapan yang disediakan di Kuala Razila Adventure Resort Riverside.

Lokasi Resort yang terletak berhampiran dengan sungai, sungguh mendamaikan.

Dalam usaha untuk menarik lebih ramai pengunjung untuk menginap di Kuala Razila Adventure Resort Riverside juga menawarkan pelbagai pakej untuk semua golongan daripada aktiviti santai sehinggalah ke aktiviti ekstrem, di antaranya adalah aktiviti merentas hutan, berkhemah, mendaki, waterfall abseiling, water tubing serta aktiviti white water rafting semuanya boleh dilakukan di sini.

Ternyata hidangan masakan ala- kampung lengkap dengan pelbagai pilihan ulam-ulaman dan sambal yang disediakan oleh Kuala Razila Adventure Resort Riverside memang cukup menyelerakan.


Alhamdulillah pada tanggal 30 September sehingga 1 Oktober 2017, Sob telah dijemput sebagai wakil blogger bagi program Xtreme Sport yang telah dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan Media Perak (KSKMP) dengan kerjasama pihak Kuala Razila Adventure Resort Riverside. Program selama  2h1m berlangsung, melibatkan wakil media daripada pelbagai agensi yang bertujuan untuk mempromosikan Kuala Razila Adventure Resort Riverside dan sekaligus berpeluang untuk merasai sendiri aktiviti-aktiviti exstrem yang ditawarkan di sini.

Sepanjang menginap selama 2h1m sini sob berpeluang untuk merasai sendiri beberapa aktiviti sukan exstrem yang telah disediakan oleh pihak penganjur, di bawah sob kongsikan apa yang menarik serta pengalaman melakukan sendiri aktiviti tersebut.

Bukit Batu Putih, Gopeng Perak

Hari pertama berada di sini pada sebelah petang  kami semua dibawa mendaki secara santai ke Bukit Batu Putih yang berketinggian 135.9 meter untuk menikmati pemandangan matahari terbenam daripada puncak. Trek pendakian ke puncak Bukit Batu Putih boleh diketegerikan sebagai trek yang sesual untuk lapisan umur dimana trek yang perlu dilalui agak senang dilihat serta jelas dimana untuk mendaki dan menurun menggunakan trek yang sama.

Daripada puncak yang berketinggian 135.9 M boleh kelihatan jelas pemandangan sungai Geroh antara laluan yang popular dengan sukan water rafting



Pemandangan matahari terbenam, dimana di puncak disajikan pemandangan jelas 360%. Anggaran pendakian ke puncak mengambil masa selama 30 minit dan sepanjang perjalanan terdapat lebih kurang 3 checkpoint untuk berehat sebelum sampai ke puncak.

Hari ke-2 berada di Kuala Razila Adventure Resort Riverside selepas semalaman dapat tidur yang cukup  nenyak serta selesa di resort, aktiviti outdoor yang ingin dilakukan ialah white water rafting, tube tubing & water abbesling yang telah dicadangkan oleh  pihak resort kepada kami semua untuk mencuba. Sebelum memulakan cabaran terlebih dahulu perut yang berkeroncong dari awal pagi diminta untuk  disi dengan pilihan pelbagai kuih muih tradisional & mee mamak sebagai sarapan pagi kami semua yang cukup sedap disediakan oleh pihak resort.

Awang peneman setia di  Kuala Razila Adventure Resort Riverside

Sementara menunggu kesemua peserta bersiap dan selesai sarapan, pagi itu sob berpeluang untuk memberikan makan kepada Awang burung Hornbill jantan iaitu penunggu setia yang tinggal di kawasan resort ini. Disebabkan faktor usia awang yang sudah berusia dan tidak mampu seaktif burung-burung yang lain mencari makanan di luar, jadi awang jadikan Kuala Razila Adventure Resort Riverside sebagai kawasan untuk berlindung dan mendapatkan makanan daripada pemilik dan awang antara salah satu keunikan dan tarikan yang menarik ada disini.

Selepas selesai berarapan, bersiap & membawa barang keperluan basic sob bersama wakil media yang lain menaiki lori dibawa ke Air Terjun Ulu Geruntum dimana aktiviti outdoor extsrem yang berikutnya mungkin akan menguji perasaan aderanaline sob dan peserta yang lain dimana kami akan melakukan waterfall abseiling dimana aktiviti ini memerlukan keberanian setiap peserta untuk mencubanya terutama bagi yang mempunyai perasaan gayat atau fobia dengan ketinggian.


Water Abbesling 

Apa itu waterfall abseiling ?

Abseiling adalah sukan ekstrem yang mencabar ketahanan fizikal dan mental, selain menuntut keberanian serta keyakinan diri. waterfall abseiling atau canyoning cabarannya pula ialah berganda apabila perlu 'melawan' kederasan air terjun, ketinggiannya serta melalui  permukaan berbatu yang sangat licin. Aktiviti lasak  ini memang meletihkan kerana memerlukan banyak tenaga tetapi sangat seronok untuk dilakukan.

Setibanya di Air Terjun Ulu Geruntum atau dikenali juga dengan nama air terjun Merkoi di kalangan masyarakat pribumi asli di sini yang membawa maksud‘kedamaian’

kesemua peserta telah diberi taklimat keselamatan serta juga di ajar cara dan teknik abseiling menggunakan tali, memakai hardness dan sebagainya oleh Guide yang bertauliah bagi aktiviti ini.

Another bucket list checked, waterfall abseilng at Merkoi Waterfalls, Gopeng. Experience rate is Awesome !

Setelah selesai melakukan aktiviti waterfall abseiling pada sebelah pagi,  pada waktu petang pula kesemua peserta menyahut cabaran untuk melakukan white water rafting antara tarikan utama aktiviti outdoor extreme yang ditawarkan di Kuala Razila Adventure Resort Riverside

Aktiviti white water rafting & tube tubing




Seterusnya keberanian kami semua diuji sekali lagi dengan aktiviti white water rafting untuk meredah arus menempuhi 7 buah jeram besar dan 15 buah jeram kecil sejauh 15 kilometer di Sungai Kampar yang bermula dari perkampungan Ulu Geroh sehinggalah berakhir di Kampung Jahang sebelum di bawa pulang ke Kuala Razila Adventure Resort Riverside dengan menaiki lori yang telah disediakan khas oleh pihak penganjur.

Apa itu white water rafting ?

White Water Rafting merupakan aktiviti mengharungi sungai yang berjeram, Mengharung jeram sebagai sukan berkumpulan, ianya sangat bergantung pada satu pasukan secara keseluruhan dimana kerja sama yang padu dan kebolehan mengemudi perahu faktor utama yang menyokong kejayaan melalui pelbagai halangan di sungai


White water rafting in action !

Ini merupakan pengalaman kali ketiga untuk sob yang sebelum ini pernah melakukan white water rafting pada waktu malam dan juga siang, tetapi percayalah walaupun telah melakukan aktiviti outdoor yang sama berulang kali tetapi ianya tetap akan memberikan rasa cabaran dan pengalaman yang berbeza dimana debaran akan tetap akan terasa sebelum memulakan aktiviti-aktiviti tersebut.

Sedikit info yang boleh sob kongsikan bagi anda yang di luar sana ingin mencuba melakukan  aktiviti white water rafting tetapi masih ragu-ragu atau risau risiko yang perlu dihadapi.

1) Kenalpasti lokasi dan gred jeram
  • Kenalpasti lokasi dan gred jeramyang ingin dicuba ini kerana setiap lokasi merupakan sungai yang mempunyai tahap kesukaran sendiri berdasarkan jeram dan arus yang ada. Tahap kesukaran ini dipanggil Gred.
2) Pakai pakaian yang sesuai
  • Sila pilih pakaian sukan atau pakaian yang sesuai untuk mandi sungai. Untuk kasut pula pakai kasut khas untuk dalam air, atau sandal untuk aktiviti air. Kasut dalam air ini dibuat dari fabrik lembut dan bergetah dan tahan basah.
3) Pemilihan musim
  • Seperti kita sedia maklum untuk melakukan aktiviti rafting, lagi elok dilakukan ketika musim tengkujuh atau musim hujan lebat kerana pada waktu itu aliran air sungai lebih deras daripada biasa, dimana jeram yang perlu dilalui lebih adventure dan banyak batu-batu akan tenggelam dan menyebabkan bot tidak akan selalu tersangkut-sangkut.


Kesemua wakil media  menyertai Xtreme Sport yang telah dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan Media Perak (KSKMP) dengan kerjasama pihak Kuala Razila Adventure Resort Riverside. Kepada anda semua yang berminat untuk mencuba atau ingin menganjurkan aktiviti-aktiviti seperti ini, boleh menghubungi Kuala Razila Adventure Resort Riverside seperti alamat di bawah :

Kuala Razila Adventure And Resort
Add: Jalan Ulu Geroh, 31600 Ulu Geroh, Gopeng, Perak.
Tel: +6012-5958148

Kuala Razila Adventure Resort Riverside juga menyediakan tempat penginapan kepada mereka yang ingin bermalam serta lain-lain kemudahan asas seperti bilik air, tandas dan parkir kenderaan khas buat pengunjung. Bagi mereka yang bermalam disini boleh memilih sama ada bermalam di chalet atau di dorm Kuala Razila.


Kredit Gambar: Perkongsian dari Kelab Sukan dan Kebajikan Media Perak

3 comments:

  1. wah menafrik sekali kuala razila ni utk beraktiviti lasak bersama alam semula jadi

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca