Pengalaman Mendaki Gunung Tahan - Memang Tak TerTAHAN | www.sobriyaacob.com

Friday, December 29, 2017

Pengalaman Mendaki Gunung Tahan - Memang Tak TerTAHAN

Puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia, Gunung Tahan yang berketinggian 2187 Mtr dari aras laut yang terletak di Taman Negara Pahang menjadi pilihan sob penutup kalender bagi aktiviti mendaki pegunungan Malaysia bagi tahun 2017. Perasaan ingin mendaki gunung ke-enam tertinggi di Malaysia memang sudah lama diidam-idamkan kerana ingin melihat sendiri pesona keindahan Banjaran Tahan yang terbentang luas seluas mata yang memandang, melalui kawasan dipenuhi dengan deretan pohon-pohon bonsai, merasai sendiri kesejukan bermalam di Kem Botak yang berketinggian 1943 Mtr menikmati suasana malam bertemankan ribuan kerlipan bintang di langit & menikmati keindahan matahari terbit dikelilingi oleh lautan awan karpet di puncak tertinggi semenajung, alhamdulilah pada awal bulan November 2017 impian sob dapat dilaksanakan dengan jayanya, ternyata aura Gunung Tahan memang tak terTAHAN !

Pengalaman Mendaki Gunung Tahan 

08 November 2017

Lewat petang Sob bersama dua rakan pendaki yang lain iaitu Matdro & fariz bergerak daripada Gerik menuju ke Ipoh berkumpul dengan dengan semua lineup Team Tahan tak terTahan seramai 12 orang yang terdiri daripada Mirul, Mat Yana, Fatin, Nunia, Marwan, Angah, Kak Bell, Ariff & Mira ( nama group diambil daripada group aplikasi whatsapp ) dimana kami semua akan bertemu dan bergerak carpool bersama-sama menuju ke Taman Negara Pahang Sungai Relau  dimana disitu adalah lokasi untuk memulakan pendakian. Perjalanan untuk sampai keSungai Relau di kiri & kanan kelihatan banyak bukit batu kapur yang tersergam indah, cukup mencuri perhatian kami semua. Awal pagi khamis kami semua telah sampai ke Pekan Merapoh sementara menunggu guidge iaitu Mat yang bertanggungjawab membawa kumpulan kami mendaki ke puncak, bersarapan dahulu di Anjung Seri Merapoh mengisi perut yang rancak berbunyi berkeroncong memberi isyarat unuk disisi serta tapau makanan disini. Pada jam  09.10 pagi kami semua lineup bergerak ke Sungai Relau dimana disini terdapat pejabat Taman Negara dan seterusnya bersiap-siap dan membuat semakan terakhir barang-barang yang perlu dibawa sepanjang expedisi ini nanti, owh ya trips kali ini dianjurkan @ gogo by Gerik silver Outdoor Adventure, so you gais boleh boleh cari mengenai group ini di Insta & page facebook 💻

Tengah bersiap-siap membahagikan ration & pengisytirahan barang!

Sebelum setiap pendaki boleh memasuki Taman Negara Pahang sama ada berkumpulan atau perseorangan, adalah diwajibkan untuk setiap pendaki melakukan pengisytiharan barang-barang yang akan dibawa semasa mendaki, jadi setiap item yang dibawa masuk ke dalam tidak boleh dibuang, ditinggalkan merata-rata kecuali sisa-sisa makanan yang boleh terhapus dan perlu membawa keluar balik barang yang dibawa masuk. Langkah ini perlu diambil untuk menjaga kebersihan dan keaslian Tahan terkawal.

Lebih kurang 10.30 pagi setelah selesai membahagikan ration, pengisytiharan barang & mendengar sedikit taklimat daripada Ranger Taman Negara, banyak info-info yang dikongsi antara yang cukup menarik untuk dikongsikan iaitu isu #gogomakanduit! & isu trips compress mendaki Gunung Tahan dimana bermula untuk tahun 2018 tiada lagi trips compress dibenarkan atas faktor-faktor keselamatan diamana selama ini trips yang selalunya boleh dijalankan selama 3hari 2malam untuk laluan Merapoh-Merapoh diwajibkan mengambil masa selama 4hari 3malam sekiranya trips yang dijalankan seperti masa yang telah ditetapkan mungkin gogo atau kumpulan itu akan dilarang untuk mendaki ke Gunung Tahan lagi seperti diberitahu oleh staff yang bertugas.

Wajah-wajah ceria lagi gumbira berhohohoho, tekun mendengar cerita dan tips-tips karut lagi mengarut mahaguru sob sebelum ekspedisi mendaki Gunung Tahan  bermula.

Pergerakan kami semua lineup diteruskan bergerak menuju  ke Kuala Jeram dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda. Satu kenderaan boleh dinaiki seramai 12 orang dimana melalui jalan yang berturap sehingga sampai ke Kuala Juram. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 40 minit dengan anggaran sejauh 13km Disini terdapat tempat pemeliharaan ikan kelah & kawasan kemudahan rekreasi seperti dorm & dewan.

Gerik Silver x Tahan ( 09-12 /12/2017 )
Hari Pertama (09/11/201)

Hari pertama mendaki, memulakan perjalanan mendaki secara santai dari Sungai Relau menuju ke Kemsite Kor anggaran perjalanan sejauh 12.5km, mengikut perancangan kami semua akan berhenti bermalam pada hari pertama disini sebelum keesokan harinya meneruskan pendakian untuk menuju Kemsite Botak bermalam. Pada awal pagi hari ketiga memulakan perjalanan mendaki ke puncak untuk misi summit attack & sunrise daripada puncak Tahan.

Dimana awal pendakian daripada kuala Jeram menuju ke Kem Kor boleh disifatkan melalui trek yang santai dan dan perlu melintasi 4 sungai besar yang dimana kedalamanya boleh melepasi paras lutut sehingga ke punggung jadi tips mungkin bagi anda yang tidak suka mendaki dalam keadaan kasut basah boleh menggunakan sandal atau kasut getah kampung. Sekali sekala perlu mendaki bukit-bukit untuk sampai ke kemsite tapi apa yang menarik sepanjang perjalanan mata akan selalu disajikan dengan panorama-panorama indah hutan rimba seperti menjumpai pokok-pokok besar, flora & fauna spesis kulat & cendawan yang rare & merentasi kawasan sungai yang jernih walaupun air nya kelihatan coklat dari jauh, boleh juga kelihatan dengan jelas ikan-ikan bermain di tepi-tepi batu, air terjun yang cukup memukau dan yang paling penting sepanjang melalui trek tidak akan menjumpai sampah yang ditinggalkan oleh pendaki lain sama seperti di trek Gunung Kinabalu.

Antara sungai yang perlu dilintas

Terdapat empat sungai yang perlu diseberang airnya berwana keperangan dan sejuk, terdapat banyak batu sungai  tapi agak licin permukaan nya jadi perlu juga berhati-hati takut jatuh nanti basah semua barang-barang yang dibawa. Bayangkan dengan load yang dibawa agak berat mungkin agak susah untuk mengimbangkan diri ketika tengah melintas sungai akibat aliran arus sungai

So tips untuk mengelakkan barang-barang atau ration yang dibawa basah terutama pakaian untuk tidur & sleping beg pastikan semelum kemas barang-barang disusun di dalam beg balut terlebih dahulu dengan plastik  & masukkan semua barang di dalam pastik sampah elok-elok serta ikat dengan kemas di dalam beg galas.


Sedikit info yang sob ingin kongsikan mengenai  Gunung Tahan.

Gunung Tahan dengan ketinggian 2,186 meter adalah puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia. Terletak di Taman Negara, Pahang, Tahan menjadi titik sempadan di antara negeri Pahang dan Kelantan. Walaupun ketinggiannya Gunung Tahan adalah lebih rendah berbanding Gunung Kinabalu tetapi tahap kesukaran dan cabaran yang perlu dilalui pendaki untuk sampai ke puncak Tahan adalah jauh lebih mencabar, itu sob tak nafikan memang benar mungkin kerana untuk mendaki ke Gunung Kinabalu tidak memerlukan para pendaki membawa bebanan yang berat seperti khemah, ration makanan dan sebagainya kerana semuanya tersedia mengikut pakej yang diambil berbanding mendaki Gunung Tahan semuanya perlu dibawa sendiri oleh setiap team yang mendaki.

Lazimnya, laluan ke puncak Tahan serta anggaran tempoh hari pendakian berdasarkan kemampuan & pace pendaki  itu sendiri adalah seperti berikut:

• Merapoh – Gunung Tahan – Kuala Tahan (5-6 hari)
• Kuala Tahan – Gunung Tahan – Merapoh (5-6hari)
• Merapoh – Gunung Tahan – Merapoh (3-4 hari)
• Kuala Tahan – Gunung Tahan – Kuala Tahan (4-5 hari)


Lebih kurang 2 jam perjalanan akhirnya kami sampai ke Kuala Luis, untuk berehat sebentar, solat dan makan tengahari makanan yang siap ditapau pada awal pagi. Makan sambil menghadap sungai dan kelihatan pula ikan-ikan yang cukup jinak di dalam sungai, memang cukup melegakan dan penat yang dirasai ketika mendaki tadi hilang begitu sahaja.


Candid wajah-wajah ceria lineup bercampur pewai, ketika ini baru melalui separuh perjalanan untuk sampai ke Kem Kor, lokasi gambar di Lata Luis.



Di checkpoint terakhir berehat sebentar sambil lelapkan mata ketika ini kebanyakan lineup sudah mula menunjukan tanda-tanda mahu pewai dari sini sudah tidak jauh untuk sampai ke kem site Kor. Kami baru sahaja melalui Lata Luis berketinggian 558 meter yang jaraknya enam kilometer dari Kuala Luis. Keadaannya sama melalui bukit dan hutan rimba di kiri kanan laluan, cuma untuk sampai ke sini perlu mendaki bukit satu bukit yang agak tinggi dan dari atas sini boleh kelihatan dengan jelas Air Terjun Luis.

Kem Kor ni terletak di Bukit Kor, kedudukan di ketinggian 750 meter dari aras laut.

Selepas 4.00 jam berjalan akhirnya kami semua tiba di tapak khemah Kem Kor. Perjalanan melalui Merapuh-Sungai Relau (13 kilometer) - Kuala Juram (5 kilometer) - Kuala Luis (6 kilometer) - Kem Kor (2.5 kilometer) anggaran kilometer yang dilalui setiap perhentian @ kemsite.

Setelah selesai memasang fly & ground untuk bermalam, seterusnya ration dikeluarkan untuk memasak hidangan untuk dimakan pada malam nanti, hidangan yang cukup simple tapi mewah menjadi pilihan makcik kantin Mat Yana @ gogo iaitu tomyam, nasi putih, ikan pekasam dan pelengkap hidangan indo cafe dimakan ketika panas-panas memang menyelerakan.  Selepas selesai makan, membersihkan diri di sungai yang berhampiran, fuhh airnya ketika mandi di tengah malam memang cukup menyegarkan sejuk sampai ke tulang! Seterusnya semua lineup berehat untuk bersiap sedia untuk cabaran yang sebenar pendakian gunung tahan pada keesokannya. 

Kem khor agak luas mungkin pada satu masa boleh memuatkan lebih 100 pendaki untuk bermalam, berhampiran dengan sungai jadi amat mudah untuk mendapatkan sumber air untuk memasak & mandi.

Di laluan Permatang menuju Kubang

Hari Kedua ( 10/11/2017 )

Awal pagi dalam pukul 3.30 pagi sob merasakan kaki seolah digoyang-goyang oleh sesuatu! adakah ia sekadar permainan mimpi atau reality arhh dalam hati sudah terfikir-fikir binatang apa pula ni yang bermain-main di hujung fly, perlahan-lahan sob keluar memandang ke hadapan rupanya hadrol salah seorang crew gerik silver mengejutkan sob untuk menolong memasak makanan untuk ditapau nanti. Di tempat memasak kelihatan makcik kantin Mat Yana masih tidur di sebalik ration-ration, mungkin disebabkan malam semalam bertungkus lumus bersilat di dapur sambil dibantu oleh lineup yang lain menyediakan makanan. Menu pagi ini adalah spaghetti dimana sauces sudah dibuat siap-siap jadi ini memang kepakaran sob & madro hanya pasangkan api masak air rebus spaghetti serta panaskan kuah sosnya ! settle dan sambung tidur kembali.

Lebih kurang pukul 9.30 pagi setelah siap bersarapan & mengemas barang-barang seterusnya kami mulakan perjalanan daripada kem kor menuju ke Kem botak untuk bermalam. Pendakian hari ini adalah lebih panjang dan akan lebih memberi cabaran berbanding semalam di mana kami akan melalui pendakian lebih kurang perjalanan sejauh 16 kilometer melalui berapa checkpoint iaitu, Permatang, Kubang, Berlumut seterusnya Kem Bonsai sebelum sampai ke kem botak. Setiap laluan yang dilalui mempunyai cabaran yang tersendiri yang perlu ditempuhi, memang memenatkan tambahan dengan membawa load yang berat walaupun pewai tapi ia memberikan kepuasan yang tersendiri.

Dari Kem Kor kami mula mendaki Bukit Good Morning &  Bukit Permatang  melalui trek di laluan permatang bukit  sehingga sampai ke kubang, subhanallah trek dari laluan permatang sehingga ke Berlumut terasa sangat panjang untuk dilalui perlu mendaki menaik dan jarang-jarang sekali dapat melalui trek yang landai.  

Daripada Kem kubang menuju ke Blumut jarak perjalanan diambil sejauh 1.5km

Lebih kurang Pukul 12.00 tengahari kami singgah sebentar berehat di Kubang berada di ketinggian 1,406 meter, owh ya disini terdapat signal line telefon yang agak kuat liputanya bagi Celcom & Digi rasanya yang agak jelas berbanding lokasi lain. Menikmati makan tengahari yang sudah siap-siap ditapau pada pagi tadi menunya Sup Sayur & Ayam masak merah. Mendaki pada hari kedua cukup memberi cabaran & tekanan kepada sob kerana kesihatan diri tidak berada dalam tahap yang memuaskan, sepanjang hari mendaki terpaksa berperang dengan demam plus selesema hidung asyik meleleh je hingus ketika mendaki dimana cuaca pula pada hari itu sepanjang hari mendung, berkabus & dingin fuhh.. sejuk je memang layan bro mendaki dalam keadaan macam ni :P

Meneruskan perjalanan mendaki dari satu bukit ke bukit yang lain, di kiri dan kanan hutan rimba yang masih belum terusik cukup memberikan kedamaian. Mula melalui trek yang berlecak serta laluan yang dipenuhi akar-akar kayu sehingga melalui satu kawasan selepas checkpoint Berlumut lokasinya perlu menurun seperti V  terdapat satu punca mata air yang agak deras mengalir, disini digakklan untuk refill balik stock air untuk diminum sehingga sampai ke kemsite kerana dari sini untuk sampai ke Kemsite Botak masih jauh baki pendakian yang perlu dilalui

Bonsai di ketinggian 1705 Meter

Perjalanan untuk menuju ke Bonsai boleh tahan juga peritnya dengan tenaga untuk mendaki semakin berkurang penat, disamping itu dengan terpaksa melalui trek yang berselut, melalui trek akar kayu yang sebesar lengan dimana agak sukar hendak membuat pilihan sekiranya pijak akar kaki akan sakit, salah pijak boleh masuk ke paya sekiranya nasib tak begitu baik kasut boleh terbenam di dalam selut. Untuk memaut pokok juga perlu berhati-hati kerana ada pokok yang berduri, disebabkan sob terlupa untuk membawa sarung tangan untuk dipakai ada juga kesan calar balar dan duri yang terkena di tangan yang bolehlah dijadikan kenangan. Jarak perjalanan ke Bonsai dari Berlumut sejauh 5.5 km, di pertengahan perjalanansob dan a few team yang terakhir berehat sebentar take 5 lelapkan mata sekejap untuk recover balik tenaga yang banyak perlu digunakan untuk sampai ke Bonsai. Ketika ini pemandangan sudah mula berubah di mana pokok-pokok sudah semakin rendah jadi dari sini kita sudah boleh lihat pemandangan banjaran Tahan.

Lebih kurang 6 jam perjalanan, anggaran pukul 4.30 petang semua lineup berhenti berehat dahulu di Bonsai untuk regroup sebelum bersama-sama  menuju ke Kem Botak yang dijangkakan akan sampai lebih kurang pukul 7.30 petang dimana ketika itu cuaca sudah gelap. Sepanjang hari mendaki ini betul-betul memberikan kesan kepada corak pendakian  sob dengan keadaan masih deman dan selesema yang secara tiba-tiba terkena pada hari kedua.

Laluan masih berpaya pada peringkat awal dan pokok-pokok semakin rendah farmasinya semakin kita tinggi mendaki, selepas itu tanahnya semakin kering dan berbatu-batu yang perlu dilalui. Keadaan cuaca semakin lewat ke petang hari semakin berkabus, gelap & sejuk. Ketika menuju ke Kem Botak hanya lagi berapa ratus meter untuk sampai ke kemsite secara tiba-tiba angin bertiup kencang dan hujan mulai turun berada di ketinggian 1800 meter memang cukup memerikan badan mulai menggigil kesejukan ketika itu situasi ini cukup mengingatkan sob terhadapt situasi yang sama dilalui ketika dalam  summit attack untuk sampai ke Puncak Anaputra & Akinabalu. Owah ya ketika memang sudah pewai cuma disebabkan tekad dan semangat untuk sampai ke Puncak Tahan menyebabkan sob masih berjalan perlahan-lahan gagahkan diri juga sehingga sehingga sampai ke Kemsite Botak

Suasana pagi di Kemsite Botak, selepas selesai summit attach ketika ini suhu masih lagi sejuk & berkabus :P

Waterpoint yang berhampiran trek yang boleh ditemui ketika perjalanan di sebelah kiri adalah waterpoint di Kem Botak manakala di sebelah kanan adalah waterpoint yang sob mention di atas selepas melalui Kubang menuju ke Bonsai

Suasana pagi, pemandangan dari Kem Botak

Dalam keadaan hujan semakin lebat membasahi bumi, setibanya di kemsite sob dan beberapa teman yang lain mula memasang fly & ground kerana ketika itu sudah terdapat lineup yang mula menggigil kesejukan dan mula menunjukkan kesan-kesan berkemungkinan untuk terkena serangan hipotermia, syukur hujan tidak begitu lama mencurahkan airnya ke perut bumi lebih kurang setengah jam selepas itu hujan mula  beransur reda tapi cuaca di kem Botak ketika itu semakin sejuk & berkabus selepas hujan, sehinggakan untuk tidur memakai beberapa helai baju kering dan jaket pun masih terasa sejuk hingga ke tulang kaki ketika tidur, paling penting plastik sampah & sleeping bag memang banyak membantu memberikan keselesaan & kehangatan ketika tidur ketika berhadapan dengan situasi sebegini.

Cuaca yang sejuk menyebabkan sob tidak dapat tidur dengan nyenyak walaupun badan terasa penat setelah seharian mendaki, tetapi mungkin rezeki terjaga di tengah malam dalam pukul 1.00 pagi, kelihatan langit begitu cerah dari dalam ground, Sob hanya selakkan sedikit ground ke tepi, keluar muka dan pandang ke langit yang terbentang luas di atas agaknya inilah hikmahnya tidur di open tent berbanding khemah walaupun tidak begitu selesa seperti di dalam khemah yang boleh memerap haba untuk memanaskan badan berbanding open tent, tetapi subhanallah satu pemandangan yang cukup luar biasa yang tidak disangka-sangka walaupun kesejukan ketika itu tapi dapat melihat dan menikmati menikmati malam berteman ribuan kerlipan bintang di langit berkelipan di sana sini, terasa semuanya berbaloi & cukup indah suasana ketika itu :)


Gambar ini diambil ketika perjalanan menurun menuju ke Kem Botak, waktu ketika ini dalam pukul 9.15am & dan suhu ketika ini masih dingin kesejukan seta masih kelihatan jelas awan karpet di kiri dan kanan gunung.

Pemandangan indah Banjaran Tahan


Antara pokok orkid, lumut  dan cendawan berwarna oren berbentuk bulat  seperti bola pingpong yang ditemui ketika mendaki Gunung Tahan yang cukup menarik untuk dikongsikan. Pokok orkid yang mengeluarkan bunga berwarna putih berada betul-betul berada di Puncak Gunung Tahan, manakala lumut-lumut yang bercampur warna oren, hijau itu pula di kawasan waterpoint di Kem Botak


Hari Ketiga ( 11/11/2017 )

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba 11/11/2017 percaturan tuhan cukup cantik seindah tarikh yang telah ditakdirkan untuk kesemua lineup bakal menjejakkan kaki ke Puncak Gunung Tahan, lebih kurang pukul 4.30 pagi semua lineup telah terjaga dan bersiap-siap kami hanya membawa barang keperluan daypack sahaja untuk pendakian ke puncak. Perjalanan ke Summit  hanya berbaki 2.5 km mengambil masa anggaran 1jam15 minit, alhamdulillah pagi hari ketiga di Tahan keadaan kesihatan sob & beberapa rakan yang lain semakin pulih, daripada selsema berbanding hari sebelumnya. Setelah mendapat rehat yang secukupnya, keadaan ini menyuntik semangat kami semua agar lebih bersemangat & bertenaga untuk menamatkan pendakian untuk  menjejakkan kaki ke puncak tertinggi semenanjung yang hanya berbaki beberapa kilometer dihadapan, yeah pada masa ini kesemua lineup sudah tidak sabar-sabar untuk sampai ke Puncak Gunung Tahan dimana walaupun masih terasa letih kesan mendaki semalam yang agak jauh perjalanan tapi perasaan teruja ketika itu menyebabkan kami semua lebih bersemangat untuk meneruskan pendakian.

Setelah selesai mendengar taklimat ringkas & melakukan sedikit senaman ringan untuk misi summit attack pada pagi ini terlebih dahulu untuk sampai ke puncak kami semua perlu melalui trek berbatu-batu, seterusnya kawasan landai dan perlu mendaki di sedikit dikelilingi oleh pohon-pohon  bongsai, dimana ketika itu pemandangan Banjaran Tahan terbuka luas di kiri dan kanan seluas saujana memandang! lebih kurang pukul 6.40 pagi sob telah sampai ke Puncak tertinggi semenanjung Gunung Tahan berketinggian 2,187 Mtr disambut pula dengan pemandangan lautan awan karpet di sekeliling puncak & pancaran cahaya keemasan  satu moment indah yang cukup sukar digambarkan dengan kata-kata betapa bersyukurnya dan cantiknya pemandangan ketika itu



Gerik Silver x Gunung Tahan - 2,187 Mtr @ 7,175 ft

Lebih kurang pukul 7.30 am, kesemua Team Tahan tak TerTAHAN berjaya juga menjejakkan kaki di puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia iaitu Gunung Tahan satu perasaan syukur yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata, gunung yang dulunya hanya mendengar cerita daripada teman-teman pendaki yang lain betapa cantiknya pemandangan dan seronoknya trek mendaki disini akhirnya berjaya di takluki dengan selamat, alhamdulilah mungkin rezeki sob sini mendapat pemandangan yang cukup cantik daripada puncak berbanding ketika mendaki Gunung Kinabalu, view kabus di Puncak. Apa yang penting bukan hanya sekadar pemandangan cantik semata-mata yang dicari tapi dapat merasai sendiri pengalaman mendaki Gunung Tahan adalah amat berharga tambahan pula mendaki bersama-sama  teman seperjuangan yang amat menyenangkan adalah memori yang cukup bermakna 😎


#savemerapoh

Alhamdulillah ketika entry ini ditulis aktiviti pembalakan di Merapoh ketika ini telah diberhentikan buat masa kini. ketika waktu kami mendaki Gunung Tahan ketika itu  sedang rancak para pendaki & aktivis pencinta alam menunjukkan bantahan terhadap aktiviti pembalakan di Merapoh terutama di media sosial, walaupun hanya sekadar penggunaan #savemerapoh dan ada juga pihak yang mempersoalkan keberkesanan # ini tapi sob percaya satu suara yang kecil sekiranya semua bergabung & bersatu-padu mampu mewujudkan satu suara yang lantang dan kuat, percayalah suara itu akan mampu  didengar sehingga ke seluruh dunia, !

Antara post yang sob share mengenai kepentingan untuk mengekalkan menjaga ekosistem hutan yang terdapat di Merapoh #savemerapoh di Instagram sobri_yaacob 

Merapoh  Beautiful virgin Forest

Merapoh is a home for beautiful virgin forest and many under explored caves networks, as we know Merapoh also another entrance to Taman Negara or another trail head to Mount Tahan. Merapoh is also famous as the seconds gateway to Mount Tahan, the highest mountain in peninsular Malaysia aside from kuala tahan in Jerantut. Not far from the small town they have are beautiful jungle, caves and rivers in desperate need to be saved by us! unfortunately, things are gonna change soon and it will be happened quickly without us notice 😭 They will lose its 'cave paradise' which includes at lease 85 precious limestone hills and dozens of rare species of flora and fauna. Here also home for smallest rafflesia in the world that we call Padma Tikus. The crystal clear water in the rivers and streams in the surrounding area will also be effect! .

Gais let make a lot of noise, share to everyone about it and do our part before everything is gone! Do you want to see another limestone hills disappear like other places in Malaysia? 


Lebih kurang 2 jam setengah berada di Puncak Tahan, seterusnya kami berpatah balik menuju ke Kem Botak, memasak, mengemas dan mula berpatah balik menuju ke Kem Kor untuk bermalam semalaman lagi sebelum keluar pada keesokan harinya. Pada jam 10.00 am bermulah perjalanan yang panjang di mana perjalanan akan melalui laluan yang sama akan menempuhi suasana yang sama iaitu akan turun dan naik bukit, ketika ini kebanyakan stamina lineup sudah mula perlahan rentak masing-masing tapi kami semua tetap berjalan bersama-sama sehingga sampai ke kemsite. Cuaca pada hari itu di sebelah petang mula menunjukkan tanda-tanda hujan lebat akan turun, ketika itu kami semua telah berada di Permatang dan masing-masing mempercepatkan langkah masing-masing untuk mengelakkan daripada kepala air mungkin rezeki kami semua sekali untuk bermain dengan air arus deras setelah menunggu lebih kurang 40 minit dan keadaan arus air yang deras kelihatan semakin tenang akhirnya kami semua berjaya  menyeberangi sungai menuju ke Kem Kor dengan selamat dengan kerjasama semua.

Hari Terakhir ( 12/11/2017 )

Hari terakhir di Gunung Tahan, ketika ini mood bersantai-santai sambil menikmati alam sekitar tidak ada apa lagi yang perlu dikerjakan lagi alhamdulillah misi telah berjaya, perjalanan hanya berbaki beberapa kilometer untuk keluar. Subuh yang tenang di Kem Kor sambil mendengar alunan zikir selepas selesai solat subuh dan sarapan pagi jam 10.30 pagi teruskan perjalanan bergerak ke Sungai Relau. Setelah selesai pengisytiharan barang-barang, bersiap & mandi  pada jam 5.20 petang meninggalkan Taman Negara Pahang Sungai Relau untuk pulang ke destinasi masing-masing.

Gunung Tahan banyak kisah menarik yang berlaku sepanjang pendakian ini, daripada kisah batu, meggi, stove, membina masjid & kaki cukuplah sekadar menjadi ingatan dalam memori kami semua, yang pasti doakan sekiranya ada rezeki persona gunung tahan pasti akan membuatkan kami semua repeat kembali ke sini ! Tahan 4 step mission :)



Pemandangan daripada puncak Gunung Tahan dikelilingi oleh lautan samudra putih, pernah dengar kisah dongeng negeri di atas awan? sekiranya boleh di zahirkan pada zaman sekarang Gunung Tahan antara salah antara lokasinya. Percaya atau tidak ini bukan cerita dongeng dahulu kala,  tapi cerita 12 pendaki menawan Gunung Tahan, percayalah banyak memori terindah tercipta. Terima kasih gunung & sahabat atas satu pengalaman.

6 comments:

  1. tahniah berjaya daki gunung Tahan walau dh tentu xtertahan hadapi dugaannya hingga capai puncak...izin kak share pic view ya tksh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sis, yeah boleh sahaja nak share gambar2 saya izinkan

      Delete
  2. Dasat laa korang nih, bersemangat waja betul... tahniah sis ucapkan, teruskan bersemangat macam ini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah alhamdulilah mungkin sebab minat, so semuanya bila buat rasa best! terima kasih ..insyallah :) jom sis mendaki sekali :P

      Delete
  3. Salam owner blog Sobri Yaacob.
    Mohon update blog list tuan dengan blog Rahsia Melancong. Saya sudah masukkan blog tuan dalam blog list saya di Top 55 Blog Travel Malaysia 2017.

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca