Eksplorasi Khao Ko Be - Bukit Sempadan Dua Negara | www.sobriyaacob.com

Sunday, January 21, 2018

Eksplorasi Khao Ko Be - Bukit Sempadan Dua Negara


Di Daerah Hulu Perak sememangnya cukup terkenal dengan kepelbagaian flora dan fauna, selain daripada terdapat banyak gunung & bukit yang cukup menarik untuk diterokai, kaya dengan pelbagai sumber semulajadi seperti tumbuhan herba, kayu kayan tahukah anda bahawa selain daripada Gunung Lang yang terletak berhampiran Thailand terdapat juga bukit lain yang tidak kurang hebatnya dipanggil sebagai Bukit Kobeh atau di panggil dalam bahasa siam iaitu Khao Ko Be yang terletak betul-betul bersempadan Malaysia iaitu Pengkalan Hulu, Perak & Betong, Thailand .

Khao Ko Be @ Bukit Kobeh Bukit Sempadan Dua Negara

Bt Kobeh a.k.a Khao Ko Be antara berpuluh-puluh bukit & gunung yang terdapat disini, bukit yang berketinggian 896m terletak di Hutan Simpan Lepang Nenering iaitu salah satu daripada gunung-gunung Uu Titiwangsa yang bersempadan dengan Siam. Hutan simpan Lepang Nenering ini menganjur hingga ke Royal Belum. Alhamdulillah di pertengahan tahun 2017 sob berpeluang untuk mendaki ke sini bersama dengan Team Gerik Silver Outdoor Adventure #GSoA


Antara kulat, paku-pakis &  tumbuhan yang unik boleh  ditemui dan laluan trek ke puncak kelihatan amat jarang dilalui oleh pendaki. 

Disebabkan lokasi Bukit Kobeh ini agak unik, trek yang bakal dilalui oleh kami agak jarang dilalui kerana tidak terdapat catatan atau log masuk yang dikongsi oleh pendaki terdahulu  mengenai laluan masuk ke sini ditemui, mungkin hanya sekali sekala trek ini dilalui oleh orang kampung atau askar melakukan rondaan ke kesini, jadi kami memilih untuk melakukan ekspedisi kali ini secara daypack sahaja atas faktor keselamatan.

Pendakian yang bakal mengambil masa lebih kurang 5 jam untuk sampai ke puncak, terlebih dahulu kesemua lineup berkumpul di lokasi yang telah ditetapkan seterusnya menaiki powil sehingga ke starting point melalui kawasan kebun sebelum memulakan pendakian. Keadaan trek yang bakal dilalui pada permulaan adalah agak mendatar tapi keadaan trek agak semak di setengah laluan kerana  dihalang oleh buluh dan pokok kayu yang telah jatuh ke tanah, dimana perlu juga melintasi 14 kali aliran sungai berkemungkinan sungai yang sama. Di pertengahan perjalanan akan menjumpai Air Terjun yang cukup menarik yang dikenali sebagai Air Terjun Alai, seterusnya keadaan trek bakal dilalui agak  mengelirukan terdapat simpang-simpang yang terhasil daripada laluan binatang seterusnya mula mendaki sehingga sampai ke laluan permatang  dimana terdapat kawasan yang agak luas serta lapang yang boleh dijadikan kemsite sekiranya ingin bermalam.
.

Antara hidden gem yang terdapat di Hulu Perak Air Terjun Alai, antara air terjun yang terdapat Hutan Simpan Lepang Nenering . Pandangan peribadi 4/5 star rating boleh diberikan berbanding Air Terjun Cermin dan boleh disenaraikan antara 5 air terjun tercantik yang terdapat di Hulu Perak dengan keadaan plunge/vertical yang unik terdapat disini memang agak sukar ditemui di Semenanjung Malaysia!

eh! kome dah sampai ke belum ke sini ? 😎

Disebabkan bukit kobeh berada di kawasan sempadan, akan menjumpai lebih kurang 5 biji batu penanda sempadan Malaysia - Thailand 

Khao Ko Be @ Bukit Kobeh yang berketinggian 896 Meter

Memulakan pendakian lebih kurang pukul 2.30 pagi dan tepat 8.30 pagi kebanyakan lineup sudah sampai ke Puncak Kobeh, tempoh masa pendakian yang mengambil masa lebih kurang 5 ke 6 jam dimana sepanjang pendakian berhenti di beberapa checkpoint untuk berehat. Dengan keadaan trek pada mulanya agak mendatar tapi panjang di setengah laluan dimana sekali sekala perlu mendaki bukit dan meredah aliran air sehinggalah lebih kurang 500 meter untuk sampai ke Puncak Kobeh perlu melalui trek yang agak pacak 70% dan keadaan trek tanah yang agak licin serta melekat dimana ketika ini kemampuan para pendaki memang teruji untuk sampai ke puncak.


Pemandangan daripada Puncak Bukit Kobeh.

Di puncak terdapat satu tinggalan Beirut lama yang sudah jatuh menyembah bumi, pemandangan daripada puncak pula cukup menarik boleh kelihatan Gunung yang yang menjadi Icon Gerik iaitu Kenderong & Kerunai selain itu boleh melihat pemandangan hutan di sebelah Thailand 

Gerik Silver X Khao Ko Be - Bukit Sempadan dua Negara
 masuk sini jangan lupa bawa buku merah ya :)

Bergambar di Puncak Bukit Kobeh di Batu Sempadan Malaysia - Thailand, dimana puncak Bukit Kobeh adalah Tanah Siam yang paling selatan dimana ia adalah titik penghujung Tanah Siam yang bersempadan dengan Malaysia. Walaupun banyak pertikaian mengenai lokasi Bukit ini satu perkataan yang boleh menggambarkan pendakian ke Bukit Kobeh adalah sangat Awesome! cukup memberikan adrenaline dan cabaran yang tersendiri ketika mendaki gabungan trek yang rare serta mantap dan keindahan air terjun yang cukup memikat setiap mata yang memandang memang memberikan kepuasan yang tersendiri, cuma pastikan sekiranya mendaki ke sini jangan lupa memohon permit kerana lokasi bukit ini terletak di kawasan Hutan Simpan & peringatan mesra kawasan kaki gunung ini sering dikunjungi gajah-gajah dan binatang liar yang berkeliaran untuk mencari sumber makanan.




3 comments:

  1. rasa seronok nya tengok air terjun tu
    mesti fresh gila dkt situ

    ReplyDelete
  2. MENARIK VIEW DI PUNCAK BUKIT KOBEH

    ReplyDelete
  3. cantik view gunung-ganang & suasana hutan...unik batu sempadan, selangkah je dah masuk Thailand..

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...