Mendaki Gunung Papulut - Negeri Di Atas Awan | www.sobriyaacob.com

Wednesday, September 26, 2018

Mendaki Gunung Papulut - Negeri Di Atas Awan


Gunung Papulut yang berketinggian 725.72 meter ini terletak di dalam Kawasan Hutan Simpan Papulut Gerik Perak ini, antara salah satu lokasi pendakian yang semakin mendapat tempat  di kalangan pendaki Malaysia berbanding 2 tahun lepas dimana gunung ini amat jarang menerima kehadiran pendaki luar untuk mendaki berbanding Gunung Kenderong dan Kerunai walaupun lokasi Gunung Papulut yang terletak berhadapan sahaja.

Mendaki Gunung Papulut - Negeri Di Atas Awan

Untuk mendaki Gunung Papulut akan melalui starting point yang sama seperti mendaki Gunung Pulut iaitu melalui kampung Tawai, dimana permulaan jalan akan melalui laluan bekas jalan balak yang sudah lama ditinggalkan jalan yang agak mendatar, seterusnya akan menjumpai sungai kecil ( Lwp ) sebelum cabaran sebenar bermula dimana selepas itu akan melalui trek mendaki yang menaik menurun dan melalui trek jalan permatang anggaran tempoh masa lebih kurang 3-4 jam dari starting point untuk sampai ke Puncak Papulut bergantung kepada pace pendakian masing-masing.

Seperti Gunung Kenderong dan Kerunai digelar sebagai ( K2 ) Gunung Papulut dan Pulut turut juga dikenali sebagai ( P2 ) mempunyai reputasi yang tersendiri di kalangan pendaki Malaysia kerana keindahan pemandangan yang dapat dilihat daripada puncak cukup mengagumkan, untuk melihat pemandangan matahari terbit yang indah dan hamparan lautan awan karpet agak mudah, mungkin disebabkan cuaca di Daerah Gerik yang sejuk dan berkabus di malam hari dikelilingi kawasan hutan yang masih luas  yang membuatkan kebarangkalian tuah para pendaki untuk mendapat pemandangan awan karpet di puncak agak senang sehingga gunung-gunung tersebut digelar sebagai 'negeri di atas awan'  tanpa perlu mendaki gunung yang lebih tinggi.

Antara laluan yang perlu dilalui untuk sampai ke Puncak Papulut - 

Sedikit tips untuk yang pertama kali mendaki disini, terutama mendaki ketika musim hujan keadaan trek yang perlu dilalui agak licin dan berselut jadi pastikan menggunakan kasut yang sesuai untuk mendaki untuk mengelakan anda terjatuh dan berisiko untuk tercedera ketika mendaki

Sekiranya ingin bermalam di puncak gunung pastikan membawa air yang secukupnya at least setiap ahli kumpulan membawa 4 botol besar untuk kegunaan sendiri dan Team. Air boleh diambil daripada permulaan water point yang mula-mula ditemui ketika mendaki  tetapi kebanyakan pendaki yang mendaki gunung ini lebih memilih untuk mendaki secara daypack disebabkan jarak untuk sampai ke puncak yang tidak begitu jauh.

Anggaran perjalanan daripada starting point mendaki menuju ke Puncak Papulut sejauh 4.2 km sehala apa yang lebih menarik adalah kepelbagaian flora dan fauna yang boleh ditemui dan dilihat ketika mendaki seperti tumbuhan herba, kayu kayan, paku pakis, kulat, cendawan dan jejak-jejak haiwan liar. Lebih kurang 5 kali mendaki Gunung Papulut, sob agak bertuah kerana dapat melihat Burung Kuang Raya dan Burung Enggang dari jarak dekat. Gambar di bawah adalah pelepah burung kuak raya yang dijumpai masih dalam keadaan elok ketika turun daripada Gunung Papulut

Pelepah Burung Kuang Raya - antara burung diancam kepupusan disebabkan populasinya yang semakin mengurang 


Antara kulat-kulat kecil, cendawan & tumbuhan yang unik boleh ditemui di sepanjang trek.


Lokasi Gunung Papulut & Pulut terletak di Kawasan Hutan Simpan Papulut, jadi untuk mendaki disini para pendaki haruslah memohon permit terlebih dahulu serta menjadi satu kesalahan sekiranya mendaki tanpa permit dan sekiranya ditangkap boleh dikenakan denda. Permit untuk mendaki boleh dimohon di Pejabat Hutan Daerah Hulu Perak.

Kawasan Hutan Simpan Papulut antara satu lokasi laluan gajah pada bulan-bulan tertentu untuk mencari makanan, mengawan atau menuju ke hutan seberang jadi agak mudah najis-najis gajah sekiranya mendaki pada awal pagi pendaki haruslah sentiasa berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling. 

keadaan trek pada awal pendakian akan melalui kawasan yang mendatar seterusnya melintasi sungai kecil selepas itu mula akan mula mendaki sehinggalah sampai ke simpang Y - anggaran 1 jam 30 minit pendakian, seterusnya andaakan mula melalui laluan menurun, ingat sentiasa berhati-hati dan jaga langkah  kerana laluan trek agak sempit dan curam selepas itu mula mendaki sehingga sampai ke laluan permatang. Di laluan permatang agak menarik kerana boleh melihat pemandangan bukit yang terbuka dan Hutan Papulut di sebelah kiri, teruskan mood mendaki kembali sehingga menjumpai pondok kecil yang sudah lama ditinggalkan. lebih kurang 15 minit lagi mendaki dengan keadaan trek 70% pacak sehingga sampai ke Puncak Papulut dimana anggaran masa diambil mendaki dari simpang Y ke puncak lebih kurang 2 jam. Bagi yang pertama kali mendaki ke sini pastikan anda dan team anda  tahu selok-belok laluan mendaki ke Gunung ini kerana jalan untuk sampai ke puncak agak mengelirukan dan berisiko untuk lost treck . Untuk mengurangkan risiko tersebut bolehlah mendapatkan perkhidmatan tunjuk arah daripada pendaki yang lebih mahir dan tahu laluan kawasan tersebut

Tinggalan Beirut lama yang jatuh menghempas bumi boleh ditemui di Puncak Gunung Papulut.


Sekiranya anda seorang pencari 'besi buruk' di puncak gunung dan bukit Malaysia, ya di sini daerah Gerik terdapat satu daripada beribu tinggalan Beirut di Malaysia yang perlu anda lawati. Cuma beirut  di  Puncak Papulut sudah jatuh ke tanah sama seperti yang terdapat di Puncak Bukit Gelok, Gunung Bubu, Puncak Kobeh , Bukit Nasah. Bukit Mengkuang dan beberapa lagi bukit yang terdapat di sekitar daerah Gerik. Setakat ini beirut yang masih berdiri teguh terdapat di Puncak Gunung Kenderong & Bukit Ulu Labu.

Bagi yang tertanya-tanya apa itu beirut dan fungsinya ? untuk makluman semua "Beirut" adalah besi yang berbentuk segitiga yang berada di puncak. Beirut adalah struktur yang dibina sebagai penanda puncak atau poin tertinggi, Bagi seorang pendaki pula satu kepuasan serta bonus sekiranya mendaki sampai ke puncak dan menjumpai beirut kerana ia menjadi simbol dan petunjuk ketinggian sesuatu puncak yang berjaya didaki oleh seorang pendaki itu.

Beirut berasal daripada perkataan "Biroute" dalam bahasa Perancis. "Biroute" bermaksud "windsock" atau stokin angin. "Windsock" ini telah menjadi amalan penjelajah dahulu. Mereka akan memasang "windsock" di puncak tertinggi yang telah dicapai. Tapi harus diingat bahawa tidak semua gunung mempunyai beirut sebagai penanda puncak. Ada yang hanya mempunyai batu penanda kawasan dan sempadan. Pada masa kini, ada yang telah meletak papan tanda sebagai poin tertinggi.

Gunung Papulut 725.72
Gerik Silver Outdoor Adventure

Mendaki bersama Team Deaf Hikers dan bersama idola pendaki kegilaan ramai dari G2K2 brother 
Ikwan :)

Negeri di atas Awan, daripada Puncak Papulut boleh kelihan dengan jelas pemandangan The twin Peak Perak ( k2 )



Pemandangan 360% terbuka luas dari puncak Papulut dari  sini boleh kelihatan Bukit Pulut di hadapan.

Keadaan di Puncak Gunung papulut tidak begitu luas dan terdapat beberapa pokok kecil yang boleh dijadikan tempat berlindung daripada panas matahari sama seperti Bukit Pulut keadaan permukaan tanah yang agak berbatu-batu tapi masih mendatar sesuai untuk mendirikan fly and ground untuk berehat di Puncak. Daripada puncak Gunung Papulut boleh nampak pemandangan 360 darjah banjaran yang terdapat di sekeliling antaranya Banjaran Bintang, Banjaran Titiwangsa, Banjaran  & Banjaran Ulu Soh.  

10 comments:

  1. begitu mengujakan utk trail activity :D

    ReplyDelete
  2. UNTUNGNYA DPT MELIHAT NEGERI DI ATAS AWAN YG SGT INDAH

    ReplyDelete
  3. Nyamannya tengok awan berkepul-kepul... thanks for sharing the awesome views ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. your are welcome. thanks for reading :)

      Delete
  4. assalam nak tanya...klu nak guide ke gunung pulut untuk kurang 10 orang boleh apply ke?..wassap me @01110018057

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam boleh bos- boleh ws saya 013-4599815 sob

      Delete
  5. tengok pelepah burung tu cantik, burungnya pasti cantik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh google burung kuang raya. .spesis kluarga meramerak juga. memang lawa

      Delete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...