www.sobriyaacob.com

Monday, November 9, 2020

Pesona Air Terjun Lata Taman, Lawin Perak

Terletak di dalam kawasan Lawin, Air Terjun Lata Taman mungkin jarang diperkatakan berbanding air terjun lain yang terdapat di Daerah Hulu Perak. Berada di lokasi yang jarang dimasuki oleh pengunjung  air terjun ini tidaklah begitu popular, mungkin hanya dilawati oleh penduduk setempat sahaja. Sama ada anda pernah dengar atau tidak di sungai Air Pulau terdapat satu tarikan semulajadi yang tersergam indah dan mempesonakan iaitu Air Terjun Lata Taman.

Yang menariknya selain daripada keindahan air terjun itu sendiri, kawasan  sungai yang mengalir jernih daripada Hutan Simpan Bintang ini juga terdapat pelbagai spesies flora dan fauna yang boleh ditemui. Sepanjang perjalanan sob dan rakan-rakan menyusuri aliran sungai  memberikan satu perasaan adrenaline yang menyeronokkan kepada kami semua dimana boleh menikmati keindahan panorama hutan hijau yang indah serta melihat aliran air sungai yang jernih dan bebas daripada pencemaran yang terdapat di kawasan ini.

Air Terjun Lata Taman, Lawin Perak

Air sungai yang jernih ini mengalir daripada Hutan Simpan Bintang Hijau dan dipanggil sebagai Sungai Air Pulau. Tempoh masa yang diambil dengan menaiki motor lebih kurang 40 minit untuk sampai ke kemsite utama dan sekiranya berjalan kaki daripada starting point di Felda Lawin Utara mungkin mengambil masa 2 jam perjalan sehala dimana perlu melalui jalan kebun getah terlebih dahulu, seterusnya laluan balak yang sedikit berbukit dan seterusnya trek landai sehingga sampai ke kemsite. 

Thursday, May 7, 2020

Ekspedisi Trans Jerging - Gunung Suku, Gunung Irau, Gunung Yellow Dan Gunung Pass

Assalamulaikum dan salam sejahtera,

Trans Jerging memang sangat awesome, once in a lifetime experience! masih terbayang-bayang keindahan hutan mossy yang sangat cantik, pemandangan indah daripada puncak yang terbentang luas, cuaca yang nyaman ketika mendaki membuatkan trips 2h1m mendaki Gunung Suku, Gunung Irau, Gunung Yellow dan Gunung Pass sejauh 18 km +/- antara trips yang cukup segar di dalam Ingatan Sob.

Trans Jerging diberi nama sempena salah satu sungai yang akan dilalui ketika melakukan Trans ini, iaitu Sungai Jerging yang terletak di antara Gunung Suku dan Gunung Irau. Laluan Trans Jerging meliputi empat Gunung di Tanah Tinggi Cameron Highland iaitu Gunung Suku [1797 meter] Gunung Irau [2110 meter], Gunung Yellow [1667 meter] & Gunung Pass [1587 meter]. Keseluruhan jarak pendakian yang dilalui sejauh 18km dimana akan mendaki antara gunung yang cukup terkenal dengan keindahan Hutan Mossy sehingga digelar hutan The Lord of The Ring Malaysia iaitu Gunung Irau yang menduduki tempat ke-9 gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia

Ekspedisi Trans  Jerging- Hutan Lumut yang tersembunyi.