Penang Trip: Jeti Teluk Bahang, Pulau Pinang | www.sobriyaacob.com

Sunday, September 11, 2011

Penang Trip: Jeti Teluk Bahang, Pulau Pinang



Salam semua, entry ini khas saya buat  mengenai kawasan pelancongan yang menarik di sekitar pulau pinang sebagai penghargaan saya kepada Negeri Pulau pinang, Rasanya sudah 2 tahun saya bermautatin di negeri orang sepanjang saya belajar di sini, jadi saya ingin berkongsi kawasan pelancongan yang menarik tetapi, saya rasa masih ramai orang ramai tidak merasai "kewujudan" tempat-tempat ini. 


Selalunya sekiranya orang ramai datang ke pulau pinang mesti ke padang lama, batu Feringgi, komtar dan bukit bendera, apa kata kali ini sekiranya anda datang ke pulau pinang, melawat pula ke kawasan-kawasan baru yang saya cadangkan semestinya "sempoi"


Kita mulakan pengembaraan kita di Taman Negara, Teluk Bahang [klik sini] bagi anda yang sukakan alam sekitar dan inginkan cabaran ini adalah tempat yang paling menarik untuk dilawati

Info Mengenai Taman Negara Teluk Bahang

  • Taman Negara Pulau Pinang terletak di Teluk Bahang, Daerah Barat Daya. Jaraknya dari bandar Georgetown adalah lebih kurung 20 kilometer. Taman negara ini adalah seluas 1381 hektar yang merangkumi keluasan daratan dan lautan yang telah 
    digazetkan.
  • Terletak di sebelah pesisiran pantai Pulau Pinang. Taman ini mempunyai keluasan sebanyak 1, 266 hektar meliputi dipterokarpa, tanah tinggi, paya bakau, pantai dan juga pesisiran pantai berbatu. Keluasannya adalah yang kedua terbesar selepas Taman Negara. 
  • Banyak spesies flora dan fauna termasuk yang jarang ditemui dan juga yang hampir pupus terdapat di sini. Untuk sampai ke sini hanya mengambil masa 45 minit dari pusat bandar.
  • Terdapat banyak tempat bagi memerhati dan mengambil gambar burung, penyu dan hidupan liar lain di dalam habitat semulajadi. Taman ini sesuai untuk merentas hutan. Pengunjung berpeluang untuk mengalami pelbagai habitat yang meliputi pantai berpasir dan berbatu sehingga kepada dataran lumpur, paya bakau, kolam meromiktik dan hutan 

Ini antara peraturan-peraturan yang perlu diikuti oleh pengunjung sekiranya cuti-cuti malaysia di taman negara, pulau pinang

Dekat sini perkhidmatan pemandu arah disediakan untuk menjadi tour guide anda, jadi sekiranya anda datang dinasihatkan dapatkan tour guide yang bertauliah dan untuk memudahkan anda banyak pakej yang menarik boleh anda dapatkan daripada agensi-agensi pelancongan di kawasan ini.


Antara Pelbagai cenderahati yang anda boleh beli untuk dijadikan ole-ole dari Taman negara, banyak dijual di sekitar Jeti  teluk bahang untuk diberikan kepada rakan-rakan :)

Seterusnya mari kita teruskan pengembaraan kita di Jeti teluk bahang, Pulau pinang. Daripada maklumat yang diperolehi daripada penduduk setempat, bahawa jeti ini sudah lama wujud, masih dikekalkan dan digunakan sehingga hari ini walaupun sudah ada jeti baru yang dibina bersebelahan. Sekiranya anda perasan jeti yang lama ini diperbuat daripada kayu, dan strukturnya asalnya masih bertahan sehingga kini.


Inilah rupa jeti Teluk Bahang, Original daripada kayu!

Cuba lihat gambar di atas, hebat tak jeti ni masih kukuh hingga sekarang, jeti ini dibina menggunakan kayu, yang pasti sekiranya anda berpeluang naik dan berjalan di atas jeti ini baru anda dapat merasakan anda akan merasakan suatu "perasaan" yang tak dapat digambarkan

Perbanyakan tarik nafas dan bertenang, Paling best jalan diatas jeti banyak yang berlubang-lubang dan kayu yang agak rapuh, lepas tu tiupan angin pulak agak kencang di penghujung jeti, satu kepuasan yang maksima sekiranya berjaya merentasi jeti sampai ke penghujung dan berjaya melawan perasaan gemuruh dan takut. Fuhh perasaan yang tidak dapat digambarkan! apapun ini satu pengalaman baru yang tidak dapat saya lupakan !

Eh eleh bro!!.. uncle tu selamber je bawa motor atas jeti ni!

kawasan yang sangat cantik bagi seorang photographer untuk mengambil gambar, so sekiranya anda hendak mengambil gambar Pre wedding, atau Outdoor gambar kahwin, saya mencadangkan kawasan ini antara yang harus dikunjungi. Sekiranya anda seorang photographer saya mencadangkan tempat ini salah satu wajib dikunjungi, sekiranya anda melawat pulau pinang dan saya rasa pemandangan sunset dekat sini memang terbaik !

Sebenarnya masih banyak lagi tempat-tempat menarik di sekitar pulau pinang, akan saya poskan kepada anda semua seperti teluk bahang, dorm, padang Brown, Pantai miami, Pulau Pinang dan lain-lain lagi.

Tempat-tempat yang lain akan saya poskan di entry yang lain, pesanan saya melancong lah di Malaysia kerana banyak lagi tempat yang belum kita terokai ! siapa lagi yang hendak sokong industri pelancongan kita kalau bukan kita sendiri warga Malaysia.

17 comments:

  1. saya belum pernah sampai ke PP ... :(

    ReplyDelete
  2. best2.. rase nk wat trip ke sana la..
    intresting (=

    ReplyDelete
  3. erm cantik... sy pnh pergi kat pp tapi x pernah sampai lg kat sana..

    ReplyDelete
  4. insyAllah cuti hujung tahun ni bercuti ke penang plak..

    ReplyDelete
  5. wah mcm best tmpt nih..tak pernah sampai lagi.huhuu

    ReplyDelete
  6. wahhh nice picture...

    bolehla lau ke penang singgah sini.. :)

    ReplyDelete
  7. cantiknya gambar2 ni... tak pernah lagi pegi teluk bahang... nak try pegi sekali la...

    ReplyDelete
  8. wahhh.cntiknye tempat nh...like this..btw..had follow u jst..hopefully.u follow back

    ReplyDelete
  9. lama sungguh tak ke penang..dulu aku kat USM

    ReplyDelete
  10. ika lom pnh sampai lg ke sini,ade rezeki insyaAllah :)

    ReplyDelete
  11. tak penah lg smpai kt teluk bahang ni..tp, taw jalan nak ke sna ikot batu ferringhi kan??kamu da penah p toy muzium tak????

    ReplyDelete
  12. salam kenal.


    pernah berposing kat jeti ni, siap baring-baring..haha.
    memang nice view, masa tu air pasang.

    ReplyDelete
  13. kapal2 ni utk bawa tangkap ikan atau ada servis hantar ke pulau2 kecil yang lain

    ReplyDelete
  14. jalan-jalan cri tempat menarik di pulau pinang.:)

    ReplyDelete
  15. The lady ωith depіcted ωith multiple variouslу, uρ to the erotic massage community.

    Τhis year wе ωon't just be the most effective, but otherwise, you can always arreglarte!

    Also visit my blog post tantric massage London

    ReplyDelete
  16. Bgus info untuk saya.. Saya tgh servey2 tempat pelancongan di malaysia nie

    ReplyDelete

Sob - A travel enthusiast with passion for hiking, outdoor adventure, photography and writing.