Assalamualaikum & salam sejahtera, buat masa sekarang negara kita mengalami masalah jerebu & antara negeri yang dilanda masalah jelebu adalah johor, melaka dan sebahagian kecil di daerah sekitarnya. Antara Negara lain yang turut terjejas akibat masalah ini adalah jiran-jiran negara kita Indonesia dan Singapura. Seperti kita tahu punca masalah ini berlaku akibat pembakaran terbuka & sebab-sebab lain kita sedia tahu adalah asap industri dan kenderaan :)
Di sini saya ingin kongsikan tips cara-cara untuk menghindari masalah kesihatan akibat fenomena jerebu. Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak masalah-masalah di atas ialah:
- Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap
- Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar
- Kurangkan penggunaan kenderaan terutama motosikal
- Sentiasa basuh bahagian yang terdedah; mandi
- Selalu minum air
- Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan
Dan aplikasi-aplikasi yang akan kita terima akibat terdedah kepada jerebu tanpa perlindungan adalah seperti berikut:
- Iritasi kerongkong dan batuk-batuk
- Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat
- Iritasi di mata serta mata yang merah
- Kulit terasa gatal
P/s: Di atas antara tip-tips yang kita boleh aplikasi untuk menghindari masalah akibat jerebu, Kanak-kanak, orang tua & perokok antara golongan yang mudah untuk diserang masalah kesihatan akibat jerebu, diharapkan semua orang mengambil langkah berjaga-jaga seperti memakai mask & dan mengelakkan melakukan aktiviti luar sepanjang fenomena jerebu berlaku :)
ARTICLE BERKAITAN
No comments:
Post a Comment
Sob - A travel enthusiast with passion for hiking, outdoor adventure, photography and writing.