BAB
1
PENGENALAN
DAN LATAR BELAKANG FIRMA
1.1 PENGENALAN
1.1.1 Pendahuluan
Terlebih
dalulu saya bersyukur kepada Allah S.W.T kerana di atas limpah kurniaNya dan
keizinanNya, saya telah menyempurnakan latihan industri ini dengan jayanya.
Saya berasa gembira kerana Latihan ini bermula dengan baik dan berakhir dengan
sempurnanya. Ia telah berjalan dengan lancar sepertimana yang diharapkan.
Latihan
ini merupakan satu syarat yang
diwajibkan ke atas setiap pelajar Politeknik sebelum layak dipertimbangkan untuk
penganugerahan.
Setiap
pelajar perlu lulus latihan industri
sebelum dibenarkan untuk memasuki semester yang berikutnya. Pelajar yang gagal perlu
mengulangi semula latihan industri. Oleh itu pelajar perlu mengikuti syarat-syarat
yang telah ditetapkan oleh pihak Politeknik dan juga syarikat pelajar
ditempatkan .
Antara
objektif utama latihan industri diwujudkan adalah untuk bertujuan untuk
mendedahkan pelajar dengan suasana pekerjaan yang sebenar. Ia juga tujuan untuk
menanam semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik semasa pekerjaan. Selain
itu membolehkan pelajar melihat kaitan
di antara teori yang dipelajari di kelas dengan kerja-kerja praktikal yang
dijalankan di alam pekerjaan yang sebenar. Di samping itu pelajar dapat
mengukuhkan keyakinan diri ke alam pekerjaan serta pengalaman yang ditimba
juga boleh dijadikan sebagai persedian untuk menempuh alam pekerjaan kelak.
Dengan
terbitnya buku laporan ini diharap dapat dijadikan sumber rujukan untuk pelajar mencari maklumat yang diingini
bagi menambah ilmu pengetahuan.
1.2
LATAR BELAKANG FIRMA
1.2.1 Pengenalan Kepada Firma
PERNEC
CORPORATION BERHAD.
PERNEC CORPORATION BERHAD ialah sebuah syarikat yang bekerjasama
antara Amanah Raya Berhad, Skim Amanah Saham Bumiputera, Pernas International
Holding Berhad dan NEC Corporation, Jepun. Aktiviti perniagaan utamanya ialah menyelesaikan
sesuatu masalah dan memperlengkapkan sesuatu teknologi komunikasi dan informasi
kepada pelanggan dalam Malaysia dan luar negara.
Syarikat ini beroperasi pada tahun 1983 melalui kerjasama
antara perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) di Malaysia dan Nippon Electric
Company di jepun. Perniagaan ini memfokuskan kepada membekalkan peralatan
komunikasi kepada jabatan Telekom Malaysia (sekarang dikenali sebagai Telekom
Berhad). Pada tahun 1974, syarikat ini bekerjasama dalam memasarkan pelbagai
peralatan NEC.
Pada tahun 1981, PNB melabur dalam sebahagian saham dan
mengemudikan syarikat melalui perkembangan perniagaan. Awal tahun 90-an,
syarikat ini menawan perkongsian pasaran yang istimewa di Malaysia dengan
membekalkan alatan telekomunikasi kepada operator telekomunikasi di Malaysia
khusus untuk Telekom Malaysia Berhad. Di dalam Syarikat ini, terdapat enam subsidiari yang
terlibat di dalam bidang yang berbeza di dalam sektor komunikasi dan teknologi
maklumat seperti infrastruktur, telekomunikasi, perusahaan, teknologi maklumat,
i- kewangan Islam dan operasi telefon awam.
Semenjak
penubuhannya, Pernec Corporation Berhad telah mencatatkan peningkatan operasi
yang memberangsangkan dan ketika ini, Pernec
dikenali sebagai salah satu
syarikat yang terkemuka di dalam bidang telekomunikasi dan teknologi maklumat
dan komunikasi, dan telah memberi berbagai perkhidmatan dan produk untuk
pelanggan yang meliputi berbagai bidang di dalam dan luar Negara.
Bersesuaian
dengan strategi perniagaan yang telah diperbaharui, Pernec telah mengenal pasti
beberapa inisiatif baru seperti sistem e-Ras, Teknologi Hijau dan juga Portal
Perniagaan Halal Square dan e-Bekal yang berpotensi untuk melebarkan lagi
pertambahan pendapatannya di dalam usaha untuk mengekalkan reputasi sebagai,
salah satu sebuah syarikat yang berdaya saing di dalam bidang telekomunikasi
dan teknologi maklumat yang kompetitif.
Gambaran keperluan pelanggan dalam Bidang IT
dan komunikasi pada masa sekarang dan masa hadapan, PERNEC menentukan kedudukan
tertentu untuk menjadi panduan syarikat di malaysia dalam memperlengkapkan dan
menyelesaikan Teknologi Informasi dan Komunikasi kepada pelanggan yang amat
bernilai.
Rajah1.1: Logo Rasmi Pernec Coperations Berhad.
Rajah 1.2: Syarikat Pernec Corperations Berhad yang bertempat di Ampang / Ulu
Klang Industrial Zone, Selangor Darul Ehsan.
Sumber:pernec-intranet/Pages/Default.aspx
1.2.2 Misi, Visi, dan Matlamat
Misi
Misi Pernec, adalah untuk menjadi salah satu sebuah
syarikat yang terulung di malaysia. Pernec telah berusaha untuk memberikan
penyelesaian lengkap dalam Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT) di Malaysia
dan luar Negara dengan memberi tumpuan utama kepada kepuasan pengguna dan
menepati aspirasi pelanggan.
Visi Dan Matlamat
PERNEC corporation Bhd, mempunyai visi dan matlamat yang
tersendiri iaitu untuk terus bersaing demi meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan
Industri Teknologi Maklumat serta komunikasi dengan berdasarkan penggunaan
satelit , fiber optic, system “mobile phone” dan jaringan komunikasi
antarabangsa.
Syarikat ni menjalankan perniagaan yang berkaitan dengan
teknologi maklumat bagi menyokong usaha kerajaan malaysia dalam membangunkan
Projek Koridor Raya Multimedia sebagai salah satu medium penyebar maklumat
kepada rakyat.
1.2.3 Carta Organisasi Pernec Corporation Berhad
1.2.5 Pemegang Saham
I.
Permodalan Nasional Berhad
Permodalan
Nasional Berhad (PNB) adalah dana yang terbesar untuk pengurusan syarikat di
malaysia, PNB adalah syarikat induk untuk Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)
yang mengendalikan sejumlah skim kepercayaan unit dan merupakan anak syarikat
yang sepenuhnya dimiliki oleh yayasan pelaburan bumiputra.
Rajah 1.5: Logo Permodalan Nasional
Berhad
Sumber:
www. pernec.com.my
II.
NEC
corporation
NEC Corporation adalah sebuah syarikat multinasional Jepun ICT beribu pejabat di Minato-ku Tokyo, Jepun. NEC corporation adalah
sebahagian daripada kumpulan syarikat Sumitomo, menyediakan produk
berasaskan Teknologi Maklumat (IT) dan
menyelesaikan masalah komunikasi perniagaan. NEC corporation juga pembekal
perkhidmatan komunikasi dan
pemerintah instansi. Syarikat ini
dahulu dikenali sebagai Nippon Electric Company, Limited, sebelum diubah nama
pada tahun 1983.
Rajah 1.6 : Logo NEC corporation
Sumber: www. pernec.com.my
III.
Amanah
Raya Berhad
Amanah Raya Berhad adalah pemegang saham yang terbesar di
dalam Pernec Corporation. Amanah Raya Berhad memegang saham dalam Pernec
Corporation untuk PNB’s Unit Trust Fund. Bumiputra Malaysia pada umumnya
ditempatkan di Skim Amanah Saham Bumiputra (ASB).
. Rajah 1.7: Logo Amanah Raya
Berhad
Sumber: www. pernec.com.my
Jadual 1.1: Jumlah
Peratusan Pemegang-Pemegang Saham Syarikat
Nama Syarikat
|
Negara
|
Peratusan %
|
Amanah Raya Berhad
|
Malaysia
|
48.45%
|
Permodalan Nasional
Berhad
|
Malaysia
|
21.56%
|
NEC Coperation
|
Jepun
|
29.99%
|
JUMLAH
|
100%
|
1.2.6 Anak-Anak Syarikat Pernec
PERNEC
CORPORATION BERHAD, mempunyai tiga cabang utama perniagaan iaitu, Telco Group,
IT Group, dan Pernec Paypoint Sdn. Bhd. Di bawah tiga cabang perniagaan
utama yang dijalankan di PERNEC,
terdapat 5 buah anak syarikat iaitu Pernec Integrated Network System Sdn Bhd, Pernec Transmissions Sdn Bhd, Pernec
Advance Network Sdn Bhd, Pernec Technology Sdn
Bhd dan Fitos Sdn Bhd.
Rajah 1.8: Cabang utama perniagaan
dan anak syarikat di bawah Pernec.
Sumber:
www.pernec.com.my
1.2.7.1 Pernec Technologies Sdn Bhd
PERNEC Technologies (PT) telah bergabung dengan PERNEC
Corporation Berhad, pada bulan Oktober tahun 1988 dan kini ia dimiliki oleh
Pernec sepenuhnya. Ia memiliki modal sejumlah RM 10 juta. Pada 29 jun 2001 ,PT
telah dianugerahkan dengan sijil ISO daripada SIRIM.
Pernec Technologies
mendefinisikan, rekabentuk dan teknologi memberikan penyelesaian perniagaan
yang membantu syarikat mengusaia pasaran global tanpa batasan. Pernec
technologies
juga menyediakan rangkaian lengkap perkhidmatan dengan memanfaatkan
kelebihan kemahiran perniagaan dan kerjasama strategik dengan pembekal
teknologi terkenal dunia. Perkhidmatan yang ditawarkan merangkumi perundingan
perniagaan dan teknologi, perkhidmatan aplikasi, integrasi sistem, kejuruteraan
produk, pembangunan perisian dan penyelenggaraan, infrastruktur dan perkhidmatan
proses perniagaan.
Rajah 1.9: Logo
Pernec Technologies Snd. Bhd
Sumber: Majalah Nada Pernec, edisi Ogos 2010 (vol 39)
1.2.7.2 Pernec Telco Snd. Bhd.
Pernec Telco Snd. Bhd adalah sebuah perniagaan berasaskan
bidang komunikasi, memberikan perkhidmatan yang terbaik melalui produk- produk
yang ditawarkan kepada pelanggan. Daripada infrastruktur telekomunikasi yang asas
untuk Radio Microwave Access kepada perniagaan multinasional yang canggih.
Operasi Pernec Telco adalah sebagai salah satu pembekal
peralatan komunikasi untuk Telcos serta perkhidmatan komunikasi untuk
perniagaan, turut juga mempelbagai perkhidmatan ditawarkan antaranya
menyediakan perkhidmatan liputan internet.
Perkidmatan Spot wayarles helo fidelity (WIFI) antara
syarikat mempunyai rangkaian WIFI terbesar di negara pada masa kini. Pernec
Telco juga terus mencari dan membangunkan
penyelesaian baru serta
memberikan perkhidmatan kepada pelanggan yang berkualiti tinggi.
Rajah1.10 : Logo
Pernec Telco Snd. Bhd
Sumber: Majalah Nada Pernec, edisi Ogos 2010 (vol39)
1.2.7.3 Pernec Paypoint Sdn Bhd
PERNEC Paypoint Sdn Bhd (PayPoint) dilesenkan di bawah undang-undang komunikasi dan Multimedia 1988 sebagai Network Service Provider (NSP)
dalam industri telekomunikasi yang meliputi perkhidmatan telefon awan yang
terdapat di malaysia.
PayPoint mula beroperasi pada 1 Januari 2008 setelah mengambil alih daripada Syarikat TM telefon awam. Mempunyai seramai 650
pekerja dengan 27 cawangan utama di Malaysia dan jumlah keseluruhan mempunyai
35000 telefon awam dalam perkhidmatan yang ditawarkan dengan lebih daripada 90%
servis.
Paypoint
merupakan syarikat monopoli dalam industri telefon umum di Malaysia, selepas
memperolehi peratusan saham sebanyak 56.7% di dalam pasaran telekomunikasi yang
merangkumi kawasan seperti kawasan rekreasi, sekolah, universiti, kem khidmat
Negara , pasar raya, turut memfokuskan kawasan seperti kawasan pelancongan,
kawasan perumahan, iklan, kawasan perniagaan, stesen bas, lapangan terbang dan
kawasan lain-lain yang merangkumi kawasan dalam bandar dan luar bandar.
Kekuatan dan pengalaman syarikat
Pernec Paypoint Snd Bhd Secara umumnya, menyediakan mutu perkhidmatan telefon awan yang berkualiti tinggi kepada masyarakat
setempat. Turut mengendalikan pengurusan dan operasi rangkaian telefon awam
secara menyeluruh di seluruh Malaysia.
Turut menyediakan penyelesaian dan menghasilkan untuk sistem
telefon awam termasuk rekabentuk ,perkhidmatan, latihan dan sokongan dan
perkhidmatan selepas jualan. Mempunyai pasukan tenaga kerja yang terlatih dan
berkualiti untuk menyokong sebarang masalah yang dihadapai dalam melakukan
penambahbaikan dalam industri telefon awam di Malaysia.
P/S: Selalunya sejarah syarikat / background company boleh mintak terus daripada penyelia sebagai rujukan ataupun boleh copy daripada website syarikat.
Anda boleh klik ke CONTOH LATIHAN INDUSTRI atau anda boleh klik contoh report di bawah untuk melihat contoh-cotoh Report yang terdahulu & jangan lupa like page aku VS kehidupan di facebook sebagai tanda sokongan.
- CONTOH REPORT LATIHAN INDUSTRI-PENDAHULUAN,OKJEKTIF & KEPENTINGAN
- SENARAI RAJAH & PENGHARGAAN
- PENGENALAN LATAR BELAKANG FIRMA, TEMPAT LATIHAN IDUSTRI DIJALANKAN
- REPORT LI ( PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT (ICT) DAN KOMUNIKASI DALAM PENGURUSAN PERNIAGAAN)
- PENGISIAN MAKLUMAT KE DALAM BORANG DAN PROSES UNTUK MENGHANTAR SURAT/ DOKUMEN/ BARANG PROMOSI DAN KADFON MELALUI PERKHIDMATAN POS LAJU.
baru bab 1 dah pnjang itu? pingsan...
ReplyDeletehe..he.. biasala report li..
Deleteboleh dak nak tgk contoh report yang full?
ReplyDeleteboleh tak nak tengok report full sebagai rujukan? ni email saya carolinecarolinau98@gmail.com
ReplyDelete