BAB 2
CONTOH RINGKASAN AKTIVITI SEMASA LATIHAN INDUSTRI
2.1 Pengenalan
Bab ringkasan aktiviti latihan industri ini akan menerangkan berkaitan rumusan kerja dan aktiviti yang dijalankan sepanjang tempoh menjalani latihan industri. Kesemua aktiviti yang dilaksanakan ini memberikan satu pengalaman baru kepada saya di samping menyuntik semangat kerjasama antara satu sama lain. Keadaan ini dapat merangsang saya untuk belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang saya inginkan, serta menjalani kehidupan sebenar ketika berada di alam pekerjaan kelak.
Segala pengalaman yang telah dipelajari dan saya ketahui akan ditulis secara ringkas dalam ringkasan ini, sepanjang menjalankan latihan industri di ........ (sambung berkenaan dengan ringkasan anda)
2.1 Ringkasan Tugas Harian.
Semasa memulakan Latihan Industri, pihak bahagian Ancillary Income Department (MAID’S) dan bahagian Sales And Marketing di PERNEC CORPORATION BERHAD telah mengarahkan supaya saya melakukan kerja secara berperingkat semasa menjalani latihan industri. Jadual di bawah (Jadual 1.2) menunjukkan kerja–kerja yang dilakukan oleh saya serta jangka masa dilakukan.
Jadual 1.2 : Jadual Kerja Harian
Jabatan Dan
Jangkamasa
|
Kerja – Kerja Yang Dijalankan
|
Ancillary Income Department (MAID’S)
|
1.
Melaporkan diri di Pernec Corporation Berhad pada 23 November untuk mengikuti
minggu suai kenal bersama Encik Abu Zahrin dan Encik Abu.
2.
Mula melaporkan diri pada 29 November 2010 dan ditempatkan di Jabatan
Pendapatan Tambahan ‘Ancillary Income
Department (MAID’S)’ di bawah anak syarikat PAYPOINT, di bawah
penyelia Encik Aidil Azlan
3.
Belajar cara Membungkus dan
belajar langkah untuk menghantar barang promosi yang diminta mengikut zon.
4.
Melakukan kerja pejabat
seperti sistem fail, penggunaan mesin fax dan mesin fotostat serta menjawab
panggilan telefon.
5.
Menerima tugasan pertama
iaitu ‘Wifi Monitoring Zone’ dimana
data yang diperolehi daripada setiap Zon akan
dianalisis dan direkod setiap hari untuk memudahkan pihak atasan
membuat semakan dan rujukan
Ini kira sebagai contoh, ringkasan harian hendaklah ditulis/dibuat setiap minggu, mengikut tugasan yang diberikan
|
November
-
December
23 /11/2010
-
3 /12/2010
|
Contoh Jadual ringkasan aktiviti semasa
Sila klik ke CONTOH LATIHAN INDUSTRI atau anda boleh klik contoh report di bawah untuk melihat contoh yang terdahulu & jangan lupa like page aku VS kehidupan di facebook sebagai tanda sokongan.
- CONTOH REPORT LATIHAN INDUSTRI-PENDAHULUAN,OKJEKTIF & KEPENTINGAN
- SENARAI RAJAH & PENGHARGAAN
- PENGENALAN LATAR BELAKANG FIRMA, TEMPAT LATIHAN IDUSTRI DIJALANKAN
- REPORT LI ( PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT (ICT) DAN KOMUNIKASI DALAM PENGURUSAN PERNIAGAAN)
- PENGISIAN MAKLUMAT KE DALAM BORANG DAN PROSES UNTUK MENGHANTAR SURAT/ DOKUMEN/ BARANG PROMOSI DAN KADFON MELALUI PERKHIDMATAN POS LAJU.
No comments:
Post a Comment
Sob - A travel enthusiast with passion for hiking, outdoor adventure, photography and writing.