Salam semua, apa khabar? diharapkan anda sihat walafiat, semenjak dua tiga bulan ini, saya banyak berkongsi article mengenai Cara-cara untuk menjaga kesihatan dan cara untuk mengekalkan kecergasan ini kerana saya sudah mula sedar kepentingan menjaga kesihatan dan keinginan saya untuk mengekalkan kecergasan, barulah nanti apabila saya beriadah dengan melakukan aktiviti yang berpeluh, saya tidak mudah pancit dan stamina sentiasa fit. Antara sebab lain ialah saya cuba mengawal berat badan saya supaya tidak terlalu gemuk atau kurus, supaya elok-elok mata yang memandang bayangkanlah tinggi saya 180 cm, so saya kena dapatkan tubuh yang ideal dengan badan saya, barulah nanti "confident" saya akan meningkat dan secara tidak langsung, saya akan berasa selesa untuk bergaul dengan orang lain.
Ini antara article yang terdahulu, yang pernah saya kongsikan antaranya ialah, anda boleh klik pautan di bawah untuk membaca article yang terdahulu.
Alhamdulilah semenjak saya amalkan senaman secara konsisten, lemak-lemak degil yang tidak sepatutnya ada di sekitar perut semakin menghilang, dan saya berasa semakin cergas dan bersemangat, ini kerana dulu saya seorang yang tidak suka bersenam dan bersukan. Semenjak saya mengamalkan aktiviti senaman, apabila saya melakukan aktiviti yang saya suka iaitu jungle trekking & bermain badminton, berasa stamina semakin kuat dan mudah tidak letih, badan pun semakin fit, sedap mata memandang tapi kalau saya nak tunggu ada six pack kena usaha keras lagi : p.
Seperti yang kita tahu, masalah obesiti dikalangan rakyat malaysia sudah menjadi phenomena di malaysia,pada pandangan saya, rakyat malaysia sekarang kebanyakan sudah rajin untuk bersenam untuk menjaga kesihatan. Tapi ada satu masalah yang sering dihadapi oleh lelaki zaman sekarang iaitu masalah perut boroi atau buncit tak kira sudah berkahwin atau bujang, semuanya menghadapi masalah yang sama.
Di sini saya senaraikan apa yang saya lakukan apabila saya bersenam:
- Senaman pentingkan kualiti daripada kuantiti, bila bersenam tidak perlu beria-ria, cuma pastikan senaman itu berkesan dan berkualiti, itu yang saya amalkan.
- Bersenam fokuskan kepada otot yang tertentu, jangan nak sekali harung / lakukan pelbagai gerakan dalam satu sesi. Buat satu persatu senaman, mengikut urutan
- Jaga pemakanan, pastikan mengambil makanan yang seimbang yang diperlukan oleh tubuh badan, buat yang teringin perut yang cantik bak model, pastikan elakkan makanan yang berminyak dan mengandungi msc dan garam yang tinggi. Banyakkan mengambil sayuran dan buah-buahan dan air kosong.
- Jangan lupa lakukan senaman kardio, cara yang paling senang bagi yang "agak malas" pergi bersenam di kawasan terbuka, anda boleh lakukan di rumah, cuma taip senaman kardio di internet / youtube pelbagai pilihan yang ada, pastikan pilih senaman yang bersesuaian dengan diri anda. Tambahan sekarang sudah banyak pilihan melakukan senaman sambil berseronok antara melakukan Senaman Zumba atau pun tarian, Paling penting tepuk dada tanya selera, mahu atau tidak mahu.
P/s: Bagi saya senang saja, kita bersenam bukan sebab untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain (atas pengalaman sendiri), tapi atas sebab keprihatinan kita untuk menjaga kesihatan, perkara yang selalu memotivasikan saya apabila saya down nak bersenam ialah
"kurus atau gemuk, yang penting kita sihat, orang yang kurus tak semestinya sihat, yang berisi tidak semestinya sakit, yang penting kita jaga kesihatan kita untuk diri sendiri"
wah.. tingginya 180cm.. bagus perkongsian pengalaman ini sebagai panduan untuk semua.. bersenam untuk sihatkan badan..
ReplyDeleteterima kasih sis, tinggi biasa2 ja. betul bersenam utuk sihatkan badan :)
Deletedah lama tak bersenam secara tetap..
Deletetapi senaman lah paling malas nk buat..tambah2 lagi kelas habis jam6..hurmm
ReplyDeletehe..he. setuju tu bro.. tapi mcm mna pun hujung minggu bleh buat kan :)
DeleteSemakin lama semakin malas nk bersenam, tp cara pemakanan masih terjaga. ..kekangan masa adalah sebahagian puncanya.
ReplyDeleteowh. janji pemaknan msih terjaga.. jangan bersenam pun x .. mkn pun x jaga..tu yg payah tu
DeleteSALAM KENAL...DONE FOLLOW AWK..SUKA TGK BLOG AWK.NICE ENTRI SEMUANYE..JEMPUT KE BLOG SAYA N FOLLOW YE..^__^
ReplyDeletesalam kenal.. terima kasih sudi follow blog saya. :)
Deletebanyak cara nak sihat, tapi penyakit MALAS menguasai diri... hehe
ReplyDeletetu la, dulu pun saya bro, penyakit mlas tu memng ada, lama2 dia hilang sendiri, rasa enjoy pulak bila bersenam :)
DeleteTerbaiklah entri ni. Mesti selalu pegi gym kan ? Sebab tu tau mana satu yang perlu dilakukan dulu bila bergym.
ReplyDeleteterima kasih lynn, kadang2 je.. tapi sekarang banyak buat senaman kardio je dekatrumah :)
Deletekena pasang niat dulu. kalau tak bantai tido petang. haha
ReplyDeletesetuju tu bro.. niat dan tindakan :)
DeleteAlhamdulillah.. ada juga amalkan beberapa yg diatas & perut pun masih belum boroi lg hehee.. T kasih.. :)
ReplyDeletewah hebat bro, mesti rajin exercise kan :)
DeleteNice sharing.. semua kaedah yh listed tue mmg sangat berguna.. tp nk bg komitmen utk mempraktikkan tue yg masalah..mental kena kuat baru boleh berjaya..hehehe
ReplyDeleteBetul tu sis, mental + tidakan kena kuat, barulah akan berhasil dan paling peting kena komitet la.. jangan hangat2 tahi ayam. memng tak jalan la :) yg penting buat slow2 ambil masa :)
Deletenak mulakan bersenam tu agak mencabar ar #hukk
ReplyDeleteslow2 kayuh bro.. akhirnya mesti sampai ke destinasi :)
Deletenak gerakkan badan tu memang lah malas sangat kan. tapi bila dah start memang ok lah. ^_^
ReplyDeletemula2 nak start memang sudah.. tapi kalau dah mula buat.. hari2 nak :)
DeleteKdg2 kagum juga tgk apek2 dan nyonya2 tua bila awal pagi dah keluar bersenam, sedangkan ketika itu kita pula sibuk nak pegi kelas atau pegi kerja ;)
ReplyDeletebetul tu ida..pagi2 dorg dah kluar bersenam.. tak pe kita boleh contohi mereka yg postif kita ambik :)
DeleteBunda terpaksalah buat juga senaman ..walaupun jarang2...maklumlah faktor usia, bukan orang muda jer...sekurang2 berjalan kaki ...atau berlari2 anak depan halaman rumah pagi2...
ReplyDeletetak pe bunda.. jarang-jarangpun janji buat..pagi2 jalan kaki dkat halaman rumah sekali sapu sampah pun dah dikira senaman :)
DeleteKesihatan mmg perlu kita jaga, tp kdg kala ada sesetengah org dibelenggu oleh sifat malas.. susahlah hahaa.. Perkongsian yg sgt menarik.. :)
ReplyDeletehe.he.. tu la bro bila dtang sifat malas tu yang payah :)
Deletekesihatan perlu di utamakan :) 180 ?/ tingginya
ReplyDeletebetul.. setuju tu achik.. biasa je.. tak tinggi mana pun :)
Deleteterima kasih sudi singgah. kak balas balik kunjungan. kak malas nak bersenam sebab penat seharian ke sana sini , kelas atas bawah dan tak duduk dalam kelas, berdiri dan berjalan..cukup kot ya:-))
ReplyDeleteterima kasih sudi mengunjungi kembali.. tu pun dah kira bersenam..lg letih lari bersanam..
Deletesenaman ikut kemampuan . rasanya klu saya berdiri awk , paras bahu jer nih ...
ReplyDeletehe..he.. ye ke.. kita buat ikut kemampuan sahaja :)
DeleteTips nak 6pax tnpa bersenam ade tak bro? Kihkihkih
ReplyDeletetips six pad tak de lagi.. maybe bro bleh tgok entry2 yg terdahulu..saya pun tgh berusaha nak dapatkanya :)
Deletejalan ulang alik bukan keja dalam umah pun satu cabang senaman gak kan..hehe..
ReplyDeletetu pun kira senman jugak..letih gak tu kalau hari2 buat :)
Deletemembalas kunjungan sambil follow...nice tips..thanks for the sharing..^^
ReplyDeleteterima kasih ya..
Deletehehehe.... 180? lebih kurang lah kita.. :)
ReplyDeleteeh sama la ye bro..boleh jadi geng la :)
Deleteseriously 180cm? wahhh tingginya!! :O
ReplyDeletebanyak sangat tips kesihatan yang dikongsikan yang sudah pasti berguna untuk bahan bacaan kita semua :)
betul apa sobri kongsi ni, jangan nak kurus sebab nak raih perhatian orang, sebaliknya, bersenam laa untuk kesihatan diri sendiri, kena ubat mindset tu, kadang-kadang orang yang kurus pun belum tentu 100% sihat :)
yup fikah tinggi 180 cm.. berat 67kg..
Deletealahamdulilah syukur berguna untuk orang lain..
betul tu semua tu kena ubah mindset..
yg penting buat untuk diri sendiri...
Selamat pagi :)
ReplyDeletesaya datang menyinggah..
info berguna untuk kita..nice bro :)
ReplyDelete