Info: Kenapa Makanan Segera Bahaya | www.sobriyaacob.com

Tuesday, November 26, 2013

Info: Kenapa Makanan Segera Bahaya


Assalamualaikum & salam sejahtera, siapa di sini penggemar makanan segera? mesti ramai yang menyukai makanan segera, termasuklah saya. Seperti yang kita sedia tahu makanan segera adalah pilihan makanan yang tidak berkhasiat, Makanan segera menjadi pilihan kita, kerana rasa yang sedap, mudah diperolehi, harga yang agak murah dan cepat siap. Untuk entry hari ini saya kongsikan kenapa makanan segera bahaya sekiranya diambil selalu. Kredit kepada Melayu Kini

Kenapa Makanan Segera Bahaya | Makanan proses atau segera adalah komponen makanan yang boleh dimakan terus tanpa perlu memasaknya terlebih dahulu. la mungkin makanan dalam tin, makanan berasaskan corak pemakanan barat seperti burger dan hot dog, makanan sejuk beku dan sebagainya. Untuk menunjukkan kepada anda kandungan sebenar makanan segera, di sini disenaraikan makanan ringan (snek) yang biasa anda pesan di sebuah restoran:




Burger daging:
  • Mengandungi 4 gram lemak tulen. Makanan segera yang dipanggil burger ni membekalkan protein, zat besi, vitamin B12. Sedikit serat tetapi banyak penambah kimia.
          
Ayam goreng:
  • Kaya dengan lemak (hampir 60% kalori diperoleh dari lemak).Banyak garam. Ramai yang suka ayam goreng segera. la membekalkan protein, niacin dan vitamin B6. Bahan yang menyalurkannya mengandung MSG dan pewarna kimia.

Kentang goreng:
  • French fries atau Ubi kentang membekalkan protein dan vitamin C. Terlalu banyak lemak dan garam. Warna keemasannya adalah tiruan.

Susu kocak (shake)
  • Susu ini bercampur udara dan air. Proses ini memerlukan bahan pemekat kimia, penstabil dan pengemulsi. la juga mengandung perisa dan pewarna kimia. Susu membekalkan protein dan kalsium dan lapan sudu teh gula di dalam bekas yang sederhana besarnya.

Minuman berasaskan Kola:
  • Amat kaya dengan gula (bekas besar mengandungi 14 sudu teh gula. Pewarna kimia dan kafein. Nilai makanannya kosong.

Garam
  • Secara purata seseorang itu memerlukan tidak lebih daripada lima gram atau satu sudu teh sehari. Kebanyakan jumlah ini terdapat di dalam makanan secara semula jadi. Menurut satu kajian oleh Suruhanjaya Makanan London, sebiji burger boleh mengandungi dua hingga tiga gram garam.

Gula
  • Kebanyakan makanan segera amat manis. Bahan pemanis berkalori rendah aspartam, pernah dilaporkan membawa kesan sampingan mudarat kepada pengguna. Tetapi pemerhatian berterusan pihak Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat selama lebih sepuluh tahun gagal memperoleh bukti kukuh tentang kesan bahaya bahan ini. Demikian juga halnya dengan sesetengah aditif makanan yang dicampurkan ke dalam makanan ringan untuk kanak-kanak dan remaja.

Serat
  • Serat terkandung di dalam buah-.buahan, sayur-sayuran, bijirin dan kekacang yang memainkan peranan penting di dalam perut. Sesetengah serat melegakan sembelit atau baik dalam penyerapan kolesterol, dengan itu membantu mengurangkan kolesterol di dalam darah. la juga membantu mencegah penyakit jantung dan sesetengah kanser terutamanya usus. Makanan segera begitu banyak diproses dan ia hampir tidak mengandungi serat. Serat tidak terdapat di dalam burger ikan dan ayam. Ban biasanya kurang serat, jika ia berwarna putih dan manis. Hanya ban yang mengandungi kepingan-kepingan salad sahaja yang mengandungi sedikit serat.

Vitamin dan zat galian

  • Jangan terpedaya dengan dakwaan tentang vitamin dan zat galian di dalam makanan segera. Memang benar bahan-bahan itu terdapat di dalamnya tetapi tidak mencukupi memandangkan sejumlah besar lemak, garam dan kalori anda makan pada masa yang sama. Terdapat sedikit zat besi di dalam burger, kalsium di dalam keju dan susu, vitamin C di dalam kentang goreng. Namun, kandungan semua zat makanan ini tidak mencukupi dan terlalu sedikit.


P/s: Bukan tak boleh langsung mengambil makanan segera, boleh ambil ! tapi jangan jadikan makanan segera sebagai menu tetap anda, cuba kawal kuantiti pengambilan makanan berasaskan menu daripada makanan segera, Pastikan sentiasa mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat. kita semua digalakkan memakan makanan yang segar seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak dimasak lama. Ini lebih menyihatkan dan baik untuk kesihatan kita dalam jangka masa yang panjang

35 comments:

  1. niesa sekarang mmg kerap makan makanan segera ni..huhu..pastu badan naik mula la nak risau..sekarang sibuk nk berdiet..kononnya..hihi..thanks share sobri.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. he.he.. mudah naik.. nak turun tu yg susah!!..
      ur wc niesa :)

      Delete
  2. Kadang-kadang tu kita tahu abhaya tapi kita nak juga sebab sedap. Rasa dia tu buat kita lupa dia punya bahaya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul fiqah.. bila dah sedap..abih lupasemua benda.. ish..ish..

      Delete
  3. assalam...makan makanan segera matipun segera kot...heh...heh...

    ReplyDelete
  4. Tahu dan selalu baca makanan segera ni agak bahaya tapi... alahaiii terpaksa juga ambil bila terlalu sibuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la kita.. tapi dulu la..skrg kalau dah gian nak makan baru beli :)

      Delete
  5. ia hanya mengambil masa seminggu untuk berat badan naik bila makan makanan segera nie.tapi nak turun punya main susah lagi..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  6. Setuju dgn bro Sobri.. sekali sekala makan bolehlah buat seronok2.. tp klu dah jadi makanan harian, boleh merosakkan badan. Boleh menambah kadar kolestrol & juga mengundang pelbagai penyakit nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul bro.. mengundang bahaya dan pelbagai penyakit menanti :)

      Delete
  7. kalau boleh tinggalkan terus makanan segera kerana ianya tidak elok untuk kesihatan.. kalorinya tinggi dan kandungan serat rendah.. sebagai langkah permulaan mungkin boleh banyakkan pengambilan snek seperti buah-buahan segar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nice info sis.. betul mula2 amalkan pemakanan snek sperti buah-buahan segar.. tu antara langkah yg bijak utk stop pengambilan makanan segera

      Delete
  8. Alhamdulillah... semenjak boikot McD dah lama tak makan burger dan sekaligus mengurangkan makan makanan segera.. kalau ada pun mungkin pizza jer lagi huhuhu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulilah.. yg boikot tu la semua yg sdiakan makan yg sedap.. ai iman kena kuat ni :)

      Delete
  9. Sebenarnya rata-rata kita semua tahu akan keburukannya makanan segera. Tetapi dek kerana nafsu nak makan mudah dan sedap akibatnya ditanggunglah bila dah terlalu banyak duduk dalam badan..

    ReplyDelete
  10. fries tu sedap.. huhu.. kdg2 makan jgk la sekali skala sbb teringin

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la.. kadang2 je makan.. tapi dalam duk kadang2 pun boleh kira bayak kali gak sya p makan :)

      Delete
  11. makanan segera mmg byk MSG..
    tapi mudah dan cepatkan..saya pun suka hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. MSG itu la yg menyedapkan makanan
      & ibu kepada smua jenis penyakit he.he.he

      Delete
  12. Rietta mmg jarang dengan fastfood...xbrapa kena dengan selera....

    ReplyDelete
  13. hazardous instant food hahakk.. :)

    ReplyDelete
  14. anak buah saya suka sgt mkn maggi ... grrrrr

    ReplyDelete
  15. Yang terlist out smua makanan kesukaan T_T

    ReplyDelete
  16. betul tu bro...bukan tak leh makan langsung, sekali sekala ok la kan.

    ReplyDelete
  17. Kita pun risau jugak coz kita ni memang peminat tegar instant food..KFC and MC D tu hari -hari pun ok...

    ReplyDelete
  18. kalau overtime, selalu jg order delivery fast food...so unhealthy diet..tahu tapi mahu..kena kurangkan lepas ni!

    ReplyDelete
  19. bukan jer x bagus utk kesihatan.. tp x bagus utk duit poket.. lelebih lg nnt bila GST dah berkuat kuasa.. makan la makanan yak di masak kat rumah.. leh kawal skit penggunaan bahan terlarang..

    ReplyDelete
  20. kalau lapar di tengah malam memang menu segera la perginya >.<

    ReplyDelete
  21. bukan tak boleh makan... boleh... mcm saya taun nie boleh di bilang dengan jari bape kali makan fast food... kurang 10 kali kot...

    ReplyDelete
  22. Kebaikan makanan segera ialah, anda mampu mendapat penyakit berbahaya pada usia muda..:)

    ReplyDelete
  23. jgn selalu...jarang2 x pe..at least sebulan sekali....

    ReplyDelete

Sob - A travel enthusiast with passion for hiking, outdoor adventure, photography and writing.