Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, Tadi terbaca satu article di kosmo, yang mengatakan gabungan tidur yang berkualiti dan pengambilan minuman berkafein dapat meningkatkan keupayaan tubuh badan ke tahap yang lebih optimum. Nampaknya ini satu fakta yang baru diketahui oleh saya, kerana selama ini saya beranggapan pengambilan minuman berkafein tidak bagus untuk kesihatan.
Menurut article di harian kosmo, Kombinasi tidur yang berkualiti dan pengambilan minuman berkafein dapat meningkatkan keupayaan tubuh ke tahap yang lebih optimum. Nampaknya sekiranya anda mengambil kafein dalam kuantiti yang betul ia mampu memberikan kebaikan yang tersendiri.
“Sekiranya anda minum secawan kopi dan tidur selama 20 minit selepas itu, kesan kafein akan dirasai ketika bangun. Anda akan terasa lebih segar,” katanya.
Pakar Pusat Penyelidikan Tidur di Universiti Australia Selatan, Dr. Jill Dorian berkata, strategi itu dapat mengatasi keletihan dan tekanan akibat waktu kerja yang panjang.Menurut Dorian, kecergasan tubuh juga dipengaruhi oleh pola tidur yang baik. Oleh itu, beliau menyarankan supaya orang ramai memanfaatkan waktu tidur dengan tidak menonton televisyen, membaca atau melakukan kerja-kerja pejabat.
Di sini saya senaraikan dan keburukan Pengambilan Kafein dalam kuantiti yang sedikit dan kuantiti yang banyak.
Kesan pengambilan kafein yang sedikit:
1.Mengganggu corak tidur.
2.Meningkatkan degupan jantung.
3.Meninggikan tekanan darah.
4.Kerap membuang air kecil.
5.Tangan terketar-ketar perlahan.
6.Kurang selera makan.
Kesan pengambilan kafein dengan jumlah yang banyak:
1.Resah dan gelisah.
2.Sukar menumpukan perhatian.
3.Sakit kepala.
4.Sukar tidur.
5.Keliru dan kadang-kala berhalusinasi.
P/s: Pada pendapat saya dalam apa juga pengambilan makanan atau minuman sekali pun, sifat bersederhana adalah lebih baik kerana setiap perkara itu ada keburukan dan kebaikannya.
Anda mungkin berminat untuk membaca info sihat yang berikut
- Tanda-Tanda Mengalami Alahan Makanan
- Kepentingan Mengambil Makanan Seimbang
- Info: Kenapa Makanan Segera Bahaya
- Info: Kenapa Makanan Segera Sangat Bahayakan Kesihatan
- Tips makan secara sihat
- Tips sihat : Kepentingan Mengambil Makanan Berkhasiat.
setiap kali ada pameran kesihatan saya akan bertanya pada petugas tentang had pengambilan kafein dalam sehari... kalau 3 in 1 jangan lebih 2 paket sehari.. kalau minuman yg tinggi kafein seperti starbuck / coffe bean memadai 1 kali sehari... :)
ReplyDeleteTerimakasih sis..atas perkongsian..so sekarang kita tahu berapa bayak sukatan dan kuantiti yg spatutnya kita amalkan / minum setiap hari.. :)
Deletebetul tu.. cafien ada baik dan ada buruknya.... singgah sini.. :)
ReplyDeleteyup.. terima kasih sis :)
DeleteSalam ukhwah semua..disini saya ada jalan penyelesaian kepada para penggemar kopi..kopi mngandungi tahap cafein yang teramat rendah..malah ia juga mengandungi 9 jenis herba terbaikuntuk kesihatan., "de asia white coffe" adalah produk terbaru bumiputera sepenuhnya.. untuk info yg lebih mendalampruduk ini sila layari https://www.deasiaworld.com/product-knowledge#white_coffee... dan jika berminat hubungi saya nazriarshad 0199281047/0109002063. sekian , terima kasih
Deletebukankah Nabi SAW suka minum kopi...mengapa kita perlu pertikaikan kebaikannya...
ReplyDelete:)
Deletesetiap sesuatu mesti ada pro & kontra kan :)
ReplyDeletesetiap benda yg kita makan or minum mesti ada klebihan dan kekurangan yg tersendiri :)
DeleteMmg ada baik & buruknya.. tp sesekali kena klu mcm nescafe tu mmg sedap kan.. Thanks sharing :)
ReplyDeletebetul tu bro..tapi sesekali kena minuman yg ada kafein memng terangkat :)
Deletebiasanya kalo amek berlebihan itu yak effect dan mendapat masalah.. sbb tu agama kita menekankan aspect kesederhanaan #salamJumaat
ReplyDeletesalam jumaat shin.. :)
DeleteBut I heard coffee is good or was it just rumoured? They said coffee is good which is why most of the people at the west, makes a lot of Coffeehouse such as starbucks or so..
ReplyDeleteCoffee really changed my sleeping pattern, just last night, I had a cup of them and I sleep very late lol.
it depent how many kafein we take bro :) tapi semua perlu diambl dlm keadaan bersedahana.. :)
Deleteouh..baru tau..huhu..niesa bukan penggemar coffee dan xminum pun...
ReplyDeletehe..he.. ni kira penggemar tea n milo la kan :)
Deletesetuju . segalanya perlu sederhana ...
ReplyDeletebersederhana itu penting :)
Deletebetul tu, harus besederhana.. akak tak boleh minum kopi sebab mesti akan rasa mamai dan mengantuk..
ReplyDeletenice sharing :)
ReplyDeleteBagaimana agaknya kalau tak minum langsung..
ReplyDeleteika memang tak boleh accept caffeine...mnum sikit je pun dah sakit kepala...bg penggemar coffee harap boleh kurgkn sdikit laa sb bhya sbnrny tuk tubuh bdn...
ReplyDeletecafein sangat di perlukan untuk stay up. haha tasneem selalu amal kan walaupun tau ia nya tak berapa elok. tapi ade kesah. haha wajib bancuh nescafe setiap malam untuk study. Alhamdulillah setakat ni tak dak negetif effect lagi. tasneem amal kan masa nak exam ja. maklum lah budak setadi last minit. hakhak
ReplyDeleteRasanya susah nak tidur bila ambil secawan kopi tu..hehe
ReplyDeleteKopi ni banyak khasiatnya, paling terbaik minum kopi tanpa gula.
Kopi memang sedap... sehari tak pekena kopi mmg tak sah.. huhu
ReplyDelete