Lelaki kacak & Handsome | www.sobriyaacob.com

Tuesday, November 19, 2013

Lelaki kacak & Handsome


Assalamualaikum & salam sejahtera, Apa perasaan anda apabila terjumpa dengan lelaki Hensom atau kacak, bagi kaum wanita mesti akan terasa teruja dan ingin mengenali jejaka kacak itu dengan lebih mendalam kan? *dalam hari mesti ada sebut ermm.. kacak juga kan? mamat tu*  ataupun mesti toleh dua kali jugak, sekiranya berjalan secara kumpulan dengan gadis lain, adalah *benda* yang hendak digosipkannya mengenai jejaka kacak itu? * adakah betul pandangan saya wahai kaum hawa yang menawan lagi tertawan :P  

Dari pandangan kaum lelaki *sesetengah ya bukan semua* mesti akan cakap, owh kacaknya lelaki tu, mesti dia ni playboy, pandainya dia jaga penampilan, ini mesti anak orang kaya ni badan berketul-ketul  ataupun *alhamdulilah indahnya ciptaan tuhan* jawapan yang akhir itu agak klise.

Nampak tak gambar yang saya letak pun gambar lelaki kacak *Taste LBGT*
Yang pasti siapa yang baca entry ini adalah seorang yang cantik & kacak. P

Disini  saya berikan definisi kacak & ciri-ciri lelaki kacak

Lelaki Kacak merupakan satu bentuk kecantikan. Ianya selalu merujuk kepada perkataan yang selalunya digunakan oleh golongan kelas atasan, kekuatan dan keindahan fizikal serta berkait rapat dengan raut wajah (rupa). Perkataan Kacak selalunya di kait rapat dengan kaum lelaki


Ciri-ciri lelaki kacak (Personaliti & Fizikal)

           Ciri-ciri Fizikal

  • Mempunyai keindahan fizikal
  • Mempunyai raut wajah yang “cantik”
  • Mempunyai susuk tubuh yang kuat serta sihat.
  • Mempunyai ciri maskulin yang menarik hasil dari campuran ciri-ciri di atas.

         Ciri-ciri Personaliti

  • Lemah lembut
  • Menarik
  • Mendapat perhatian

Tapi tahukah anda, jenis pekerjaan yang ada lakukan sekarang , boleh mengklasifikasi sama ada anda kacak ataupun tidak, tidak percaya boleh baca fakta di bawah.


Adakah anda bersetuju dengan fakta yang ditulis di atas? 

Rupanya mereka yang bekerja sebagai doktor mendahului senarai lelaki kacak, dan seterusnya kerjaya sebagai peguam dan adakah kebanyakkan pelakon yang sedia ada tidak cukup kacak? kacak mereka mungkin hanya disebabkan bedak yang disapu tebal untuk menutupi ruang-ruang jeragat yang wujud di muka yang mampu membuatkan mereka kacak di kaca television.

Kerjaya sebagai pelakon jatuh  di tangga ke 3  *Aron Aziz tak hensem ke?* lagipun bukan semua pelakon kacak. Mungkin kebanyakkan doktor yang dijumpai oleh penulis article/ fakta ini temui adalah lelaki kacak dan bergaya seperti Patrick Dempsey pelakon siri Grey Anatomy yang membuatkan kerjaya mereka mengungguli senarai lelaki kacak mengikut kerjaya mereka. Seterusnya olahragawan dan tentera.  *abaikan perenggan ini

Bagi saya senarai di atas, mungkin pandangan "kacaknya" lebih kepada personaliti yang ditunjukkan dan khidmat yang diberikan, contoh  Kerjaya doktor di tangga teratas, *kekacakkan* mungkin kerana khidmat yang diberikan kepada masyarakat sekeliling, dengan membantu & menyelamatkan orang dalam kesusahan, Kerjaya Olahragawan disebabkan otot-otot kekar yang wujud hasil, latihan yang berterusan dan kejayaan mereka yang menjadi inspirasi, manakala Kerjaya tentera pulak, tidak dapat diragui keberanian, kesetiaan menjaga keselamatan kita dan negara menyebabkan mereka kelihatan *seksi & kacak* di pandangan masyarakat.

Walaupun ada sesetengah tentera, doktor, peguam, artis mempunyai bentuk fizikal yang kurang memuaskan, pendek, gemuk, gelap, putih macam-macam lagi  mereka tetap akan kelihatan seksi disebabkan khidmat, kejayaan dan personaliti yang ditunjukkan. Tapi saya perasan antara semua pekerjaan di atas ada satu persamaan iaitu apa yang membuatkan mereka seksi adalah gaji yang diperolehi adalah lumayan: P 

Sebenarnya entry hari ini, lebih kepada santai-santai, apa pandangan "kacak & hensem" dari pandangan mata anda dan dari perspektif saya, apa kelebihan menjadi seorang yang kacak & perkara apa yang dilakukan oleh individu itu sehingga digelar atau kelihatan kacak, adakah disebabkan personalitinya atau tubuh fizikal yang hebat?

Ini pandangan saya, sebenarnya kacak seseorang itu adalah subjektif dan bergantung kepada pendapat dan pandangan seseorang individu itu sendiri, yang dipengaruhi oleh tahap kematangan pemikiran, pengalaman, cara hidup, agama dan budaya yang diwarisinya. Kadang-kadang kita cakap si A hensom, dan Si B kurang hensem, tapi penilaian orang lain adalah sebaliknya, bagi saya ciptaan tuhan itu adalah sebaik-baiknya dan sekiranya anda hensem itu satu bonus dan kelebihan untuk anda, dan gunalah kelebihan itu untuk memberi sumbangan kepada orang yang lain yang memerlukanya.

Yang pasti anda semua tetap kacak dan cantik dengan cara tersendiri, sebab kita semua Unik, itu yang membuatkan kita cantik dan kacak di pandangan Tuhan.

39 comments:

  1. sy prefer paras sederhana je and manis dipandangan mata:) kalo kacak sgt tu taknak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la taste orang sumua lain2.. kalau semua nak yg kacak.. yg kurang kacak.. x de orang nak le :P

      Delete
  2. ya, betul tu, kacak dan handsome tu sangat subjektif...beauty lies in the eyes of beholder..

    ReplyDelete
  3. different people, different judgement..macam sy hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha..ha. betul tu kemey :) smua org mempunyai pendapat berbeza..

      Delete
  4. Kita suka guys yang cerdik. Taht's why doktor dan peguam mendahului senarai...Dia orang akan kelihatan kacak bile in suit...lawyer bila bercakap sure ramai yang terpegun kan..ada karisma..and doktor ni berhemah dengan patience...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya... setiap orang ada *kekacakkan* yang tersendiri.. itu yg membuatkan dunia ini unik :)

      Delete
  5. setiap individu tu ada kelebihan dan kekurangan mereka sendiri, tapi kalau ada yang full package memang bonus laa :)
    apa pun, hargai apa yang ada, jangan ubah ciptaan Allah semata-mata nak puaskan mata orang lain memandang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya affy..setiap org ada kelebihan dan kelemahan tersendiri.. hargailah apa yg ada :)

      Delete
  6. sebenarnya statistik yang dibuat tu lebih daripada pengaruh filem..hehehe..doktor akan nampak belih kacak dari tentera kerana memang secara amnya seorang doktor akan berpakaian dengan kemas dan bersih ketika bertugas..itu pandangan aku laa...hehe..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. aq pun rasa statistik itu dibuat atas pengaruh filem atau drama..
      aq tengak bayak je yg keja jual kat pasar hensem.. :

      Delete
  7. Assalammualaikum....sobri,

    wahhh..penerangan pasal lelaki kacak..takper janji sobri 'manis' macam cerita p.ramlee plak...hehehe

    mselim3

    pls: yang indah hanya sementara apabila tiba masa tua nyer nanti... apa yg cantik pasti jelek... yg penting hati kan... hati mau baik..kan!

    mselim3

    ReplyDelete
  8. kacak/cantik itu adalah sesuatu yang subjektif.. jika wajah cantik/kacak, tapi perangai biadap dan sombong (macam cerita mr. arrogant) pun tak guna juga.. yang penting cantik/kacak di luar dan di dalam.. bersyulurlah kerana diberikan fizikal yang sempurna walaupun kurang cantik/kacak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ar ah sis..cantik dalam cantik di luar..baru la full pakej kehensemen itu :)

      Delete
  9. susa gk nk jd lelaki kacak ni...haha..

    ReplyDelete
  10. haha...doktor jatuh no.1 ya. tapi kalau tanya bebudak sekolah terutama sekolah menengah, mesti dia kata cikgu praktikal (of course lelaki bujang) yang mai sekolah dia paling kacak:-))

    p/s kak anim "suka" (dalam ertikata suka memandang, bukan suka nafsu..hee) lihat anak-anak muda di masjidil haram yang berjubah, berserban sedang bertawaf atau bersolat. tak kira kulit hitam, kulit sawo matang atau kulit putih..sejuk mata memandang:-)),

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha.ha.. itu la jawapan yg selalu budak2 skolah menegah bagi.. sbab cikgu pracktial bujung suka melayan dorg..

      alhamdulilah.. siapa x suka melihat anak2 muda di masjidil haram. seindah2 tempat di dunia :)

      Delete
  11. definasi kacak ada terlalu subjective dan sensitive #woahhh

    *kacak luar.. kacak dlm

    ReplyDelete
    Replies
    1. *kacak luar dan kacak di dalam, & kacak di mana* ha.ha.

      Delete
  12. rupa paras seseorang tu mmg sgt2 subjective..hehe..

    ReplyDelete
  13. nazim othman kacak..
    muahahahaha..
    meraban dh..

    sederhana pn oke..

    ReplyDelete
  14. Bru je bca pasal jejaka arab yg kacak ni...huuu..oooohhh..sya rasa mmg yg kerjaya askar tu..mmg kebykkannya kacak...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh untung la siapa yg menjadi askar.. diggilai oleh wanita ha.ha. :)

      Delete
  15. Tak handsome tak apa,yang penting manisnya ada. hehe..

    ReplyDelete
  16. Assalam... Alhamdulillah sbb sy kacak hahaa.. perkongsian yg menarik. Apa yg penting, hati budi kena baik kan.. :)

    ReplyDelete
  17. mmg kacak n cantik tu subjektif..citarasa setiap dr kita pun lain2,pandangan mata pun tak sama la..

    ReplyDelete
  18. Walaupun suami saya bukan doktor, pelakon, tentera, bla bal bal..Tapi dialah yang terkacak dimata saya..heheh..Kacak bukan pada paras rupa saja kan, ia dari hati juga

    ReplyDelete
  19. saya tidak termasuk dari golongan ini ..saya tak handsome

    ReplyDelete
  20. betul tu,setiap dari kita ada side attraction yang berbeza :)

    ReplyDelete
  21. kacak personaliti tu lbh menarik lah . Tapi best klu kacak jetta ni kan . boleh wat promoted content lagi .

    ReplyDelete

Sob - A travel enthusiast with passion for hiking, outdoor adventure, photography and writing.