Assalamualaikum & salam sejahtera, selamat berhujung minggu semua, alhamdulilah rezeki cuti-cuti sekolah, boleh dikatakan setiap hari ada undangan menghadiri majlis kenduri kahwin, bukan macam dulu-dulu masa saya kecil seingat saya, kalau hendak mengadakan majlis kenduri kahwin mesti tunggu pada cuti hujung minggu, sama ada hari sabtu, ahad atapun musim cuti sekolah.
Tapi pada masa sekarang asalkan ada cuti di kalender, sama ada cuti perayaan, cuti keputeraan, cuti sekolah mesti akan ada Majlis kenduri kahwin dan seingat saya sekarang trend kahwin pada waktu malam terutama di bandar-bandar besar, so tidak menjadi masalah, bila tarikh untuk mengadakan majlis kenduri kahwin asalkan ada tetamu, cuti atau kelapangan, Majlis kenduri kahwin tetap boleh dijalankan asalkan ada duit dan pasangan, kalau tak ada pasangan yang hendak berkahwin, jawapnya anda bersanding la seorang diri :P
Bila tengok gambar di atas, teringat majlis kahwin masa masih kecil, berbunga mangga,
Pengantin Pakai baju songket, berkompang dan paling best ada sesi balling coklat atau duit syiling :P
Di sini saya akan akan senaraikan tips-tips untuk menghadiri majlis perkahwinan
- Pastikan tarikh dan masa yang betul ketika hendak menghadiri. Ingat jangan menghadiri majlis terlalu lewat. Kesian tuan rumah, mereka pun nak berehat, Datanglah ikutlah waktu yang telah ditetapkan mengikut kad Jemputan
- Pakailah lah pakaian yang bersesuaian mengikut majlis yang dihadiri, pakai baju yang kemas dan sopan, contoh pakaian baju melayu, baju kurung dan baju kemeja.
- Sediakan sampul jika anda ingin memberi wang sedekah. Tak eloklah beri tanpa sampul.
- Jika ada duit lebih, berilah lebih sikit kerana purata harga makanan untuk seorang tetamu (RM6/RM7), itu tidak termasuk doorgift lagi. Tuan rumah mengeluarkan sekurang-kurangnya RM 10 untuk seorang tetamu.
- Hadiah, diberi mengikut kemampuan (kalau dah beri angpau, hadiah tak payah bagi pun takpa). Antara barangan yang selalu diberi semasa majlis perkahwinan ialah jam, album, set pingan mangkuk, tea set, dan set gelas. Jika ingankan kelainan, cubalah beri barangan yang sentiasa dipakai seperti periuk, frying pan, set sudu garfu @ cadar.
- Jangan lupa membawa kamera untuk merakamkan saat bersama mempelai untuk dijadikan kenangan.
- Sebelum pulang, bersalaman dengan tuan rumah serta pasangan pengantin. Jangan lupa mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana menjemput anda.

P/s: Semoga tips di atas dapat membantu kita, yang paling penting jaga kelakuan / adab kita semasa menghadiri majlis kenduri, jangan sampai ada yang *naik menyampah* dengan kelakuan kita. Bagi tetamu yang hadir, ada rezeki lebih janganlah kedekut nak bagi duit bagi salam, walaupun tuan rumah tak mengharapkan, tapi kalau ada rezeki lebih apa salahnya berkongsi ingat *konsep Give and Take*
Anda mungkin berminat untuk membaca tips berikutnya.
biasa klu pergi kenduri kawin bawak hadiah je =)
ReplyDeletesaya kalau bawa hadiah, rumah2 kawan2.. sepupu.. bwak le :)
Deletewaahh.. tip yang berguna ni..hehe.. dah lama x g majlis org kawin.. salam kenal.. done follow sini balik... :)
ReplyDeleteterima kasih fatin..salam kenal
Deletebetul! paling sedih bila ada yg dah niat nak bg...tapi bagi sampul kosong je...
ReplyDeleteitu la.. kesian kat tuan rumah..kalau nak bg biar iklas.. kalau x baik x pyah bagi :)
DeleteMeraikan pengantin sambil mengambil berkat...
ReplyDeletealhamdulilah..berkat pengantin baru..itu yg kita nak sis :)
Deletehehe nice tips. terima kasih ^^
ReplyDeletesama-sama siara :)
DeleteKlu beri wang sedekah tu salam kokot namanya hehee.. mmg patutlah kita beri dlm keadaan sekarang ni yg perlukan bajet utk majlis.. kurang sikit beban tuan rumah kan.. T kasih diatas perkongsian yg menarik ini.. :)
ReplyDeleteha.ha. kat tempat saya pun panggil duit salam.. salam kokt gak.. ur wc bro :)
Deletewah...entri yang baik...
ReplyDeleteterima kasih bro :)
DeleteAssalammualaikum...sobri,
ReplyDeletebagus tips nie... utk musim kenduri kahwin nie...
mselim3
wasalam.. tq bro muslim :)
Deletetips terbaik :)
ReplyDeletetapi ada ek yang baling coklat, duit syiling tu?
ika tak pernah tahu pula hukhuk
itu ikut budaya stgah tempat ika..
Deletenak bg meriah ..baling gula2 or coklat..
budak2 pakat2 kutip..
nampak meriah la majlis bersanding itu :)
tips yg bagus..sekrg byk jemputan kenduri kahwin..satu lg tip - berhemah ketika mengambil makanan, jgn membazir...sakit hati & mata tengok tetamu ambik makanan byk2, lepas tu tak makan..takde kesedaran sivik..
ReplyDeleteitu la.. jangan membazir dan masa ambil mkanan tlong beratur..jgn suka2 hati potong line org... he.he.. :)
DeleteEh eh. Ada jugak rupanya baling2 coklat and duit shiling ? Abell ak pernah tau. Hihihi.
ReplyDeleteada,, ikut tempat la..setengah tempat masih amalkan tradisi ni.. :)
Deletethanks for sharing...bila la sy nak kahwin lg ni...
ReplyDeletehe..he. ada jodoh kawin lg sekali ya bro :)
Deleteaku pegi kenduri bwk diri je..hehe
ReplyDeletebwk kawan2 baru best.
kalo pegi sorang2 rasa cam terasing je.
itu la kalau nak p kenduri kena p dgn family or kawan..
Deletetambah2 kalau p kenduri rumah yg x berapa kenal..
memng rasa terasing :)
ade satu lagi aku nak tambah especially yang pergi kenduri sedara2 nie..jangan laa tapau makanan balik sebelum majlis habis..kesian kepada mereka yang terlewat datang..masih ade segelintir yang suka tapau makanan bawak balik especially kalau kenduri tu sedara mereka..
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
itu aku pling setuju.. yg jenis suka tapau sesuka hati.
Deletepadahai majlis tu panjang lg..
niat dtg nak meraikan pengantin..
klau nak tapau ada lebih ambiklah.. ni tak ambil je sesuka hati
Time cuti ni mmg banyak kenduri. Time gi kenduri ni jugak banyak makcik2 suka buat gossip. Hahaha...
ReplyDeleteha..ha.. kadang2 kalau dgr makcik2 ni bergosip kelakar gak..
Deletetapi kalau terkena dkat diri sendiri rasa gak pesdanya
sekarang dh musim kawen..mesti byk jemputan kawen ni nanti..thanks share tips..kdg2 kita ni lupa jugak..
ReplyDeletehe..he.. terima kasih niesa :)
Deletesetuju dengan semua tips ini.. selalu bagi hadiah buku berkaitan perkahwinan saja.. ianya boleh disimpan seumur hidup.. pinggan mangkuk dan peralatan elektrik dah selalu sangat orang bagi..
ReplyDelete