Assalamualaikum dan salam sejahtera, Untuk entry pengembaraan pada kali ini, akan menjelajah kembali negeri kelahiran saya, Perak Darul Ridzuan, di daerah lenggong iaitu ke Muzium Arkeologi, Lembah Lenggong, Perak, Malaysia yang terletak di Kota Tampan, muzium ini terletak di kawasan bekas ladang kelapa sawit.
Ya kalau saya tulis nama Muzium ini, mesti ramai yang tidak mengetahui, tapi kalau mengenai Rangka Perak Man yang dijumpai di Gua Gunung Runtuh, mesti ramai yang tahukan?, itupun kalau anda belek betul-betul buku teks sejarah pasti mengetahui sejarah Perak Man. Rangka perak Man begitu popular di luar negara sehingga berapa kali artifak itu diterbangkan ke luar negara untuk dijadikan bahan kajian dan pameran.
Jadi bagi anda yang melalui jalan lenggong untuk ke kuala kangsar ataupun ke gerik jangan lupa singgah ke Muzium Arkeologi, Lembah Lenggong, apa salahnya datang melawat ke Muzium ini alang-alang sudah sampai ke lenggong pastinya banyak sejarah dan informasi mengenai sejarah pada masa dahulu boleh dipelajari.
Inilah rupa muzium Arkeologi Lembah Lenggong, sedang-sedang saiznya terbahagi kepada dua bahagian di kawasan pameran dan di luar. Pameran di luar anda perlu mendaki sedikit di atas bukit
- Kenapa Muzium ini dibina di kawasan kota tampan bukan di tempat lain di sekitar daerah lenggong? kerana lokasi pembangunan Muzium ini dibina berdasarkan kepada signifikan tapak arkeologi zaman Paleolitik yang wujud 74,000 tahun dahulu dan merupakan tapak terawal bermula di Kota Tampan iaitu muzium kini setelah mendapati Lembah Lenggong adalah sebuah daerah yang kaya dengan khazanah prasejarah dari 1,000 hingga 300,000 tahun dahulu.
Bagaimana cara untuk sampai ke lokasi ini?
- Muzium Arkeologi Lenggong atau 'Muzium Arkeologi Kota Tampan' terletak di Kota Tampan berhampiran pekan Lenggong , Perak ataupun tengok sahaja tanda arah menunjukkan lokasi senang sahaja untuk menjumpai lokasi ini.
- Lenggong terletak sekitar 100 kilometer ke utara Ipoh melalui jalan Kuala Kangsar ke Grik. Sekiranya melalui highway ipoh, keluar ke tol kuala kangsar, teruskan perjalanan dalam 30 minit akan sampai ke pekan lenggong.
Inilah tugu yang pertama kita jumpa sebelum sampai ke muzium, selepas jumpa tugu ini belok ke kiri, jangan jalan terus nanti sampai ke kawasan kampung, Kawasan muzium ini dibina di kawasan bekas ladang kelapa sawit, sebelum terlupa lenggong telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia (UNESCO) pada tahun 2012
Info Mengenai Lembah lenggong Sebagai Tapak Warisan Dunia
- Bukti penemuan batu serpihan hentaman meteorit itu penyumbang kepada pengiktirafan Lembah Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 30 Jun 2012.
- Tersenarai sebagai antara 953 Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO juga berkaitan dengan penemuan beberapa artefak berusia lebih 11,000 tahun menerusi kerja-kerja eskavasi ahli arkeologi negara sejak 20 tahun lalu sekaligus membuktikan wujudnya penempatan awal manusia prasejarah di negara ini.
- Lembah Lenggong adalah sebuah daerah yang kaya dengan khazanah prasejarah dari 1,000 hingga 300,000 tahun dahulu
- Penemuan bukti artifak di kawasan terbuka dan gua yang terletak berdekatan antara satu sama lain dan di lembah sungai membuktikan arkeologi lembah Lenggong bermula di sini.
- Kawasan terbuka Bukit Bunuh di Lembah Lenggong mencatatkan kehadiran hominid terawal di Asia Tenggara berusia kira-kira 1.83 juta tahun dengan penemuan kapak genggam tertua di dunia dan peralatan lain-lain yang tertanam di dalam batu suevite.
- Bukti lagi kehadiran berterusan hominid di Lembah Lenggong dijumpai berdasarkan kepada kronologi penemuan bengkel alat batu di kawasan tersebut yang bertarikh 200,000 hingga 74,000 tahun dan 40,000 tahun.
selepas 6 tahun tidak menjejaki kawasan ini, akhirnyaku sampai lagi :P iyelah padahal selalu lalu lalang kawasan ini kalau nak ke Penang atau Ipoh, patutlah orang selalu cakap tempat menarik yang jauh-jauh nak pergi, ini yang dekat pun tak habis explore lagi.
Inilah rupa Pintu hadapan untuk memasuki Muzium, macam nak masuk gua pun ada?
Apa yang menarik ada di dalam muzium ini antaranya ialah :
- Antara koleksi-koleksi yang menarik yang disimpan di Muzium ini seperti Alat-alat batu zaman Paleolitik di Bukit Jawa, Kg. Temelong, Bukit Bunuh dan Lawin
- Alat-alat batu bifas dan unifas yang ditemui di Gua Teluk Kelawar, Gua Ngaum dan Gua Gunung Runtuh
- Rangka "Perak Man" yang berusia 10,000 - 11,000 tahun yang ditemui di Gua Gunung Runtuh.
- Peralatan yang digunakan untuk Penyelidikan Arkeologi
Muzium Arkeologi Lenggong dibuka kepada semua pengunjung setiap hari dari jam 9 pagi hingga 5 petang dan ditutup pada Aidilfitri dan Aidiladha. Bayaran masuk adalah percuma & paling menarik anda dibenarkan untuk bergambar di dalam muzium!
Disini pelbagai maklumat dan informasi mengenai sejarah purba ada, daripada zaman neolitik, peolitik segala tik, memang menarik bagi yang meminati sejarah, memang khusuk la membaca seperti membaca komik :P
Antara banyak-banyak bahan pameran yang dipamerkan, saya paling tertarik kepada pameran ini mengenai bukti dan usia peradaban Manusia.Peradaban manusia tertua di luar Afrika itu dibuktikan melalui rangka manusia Perak Man dan bengkel pembuatan alat batu zaman pada Paleotik. Maknanya di negara kita sudah lama wujudnya peradaban Manusia berbanding di benua-benua lain.
Dipamerkan artifak-artifak yang di jumpai di sekitar lembah lenggong, batu-batu pada zaman dahulu seperti zaman neolitik, peolitik dan logam. Turut dipamerkan aksesori yang digunakan oleh manusia pada zaman itu.

Contoh situasi cara manusia hidup pada zaman purba kala!
Disinilah rangka perak Man di pamerkan, sayangnya pada waktu saya datang melawat rangka tersebut tiada, mungkin dipamerkan di tempat lain *alamak perak man ni, orang datang nak melawat dia, dia pulak tak ada!* Disini dibina seolah berbentuk gua dimana rangka perak man ditemui.
Di dalam gua buatan itu digantung replika Kad Pengenalan Malaysia, MyKad Perak Man yang ditulis beberapa perkara penting mengenainya termasuk usia, ketinggian, kelompok manusia, jenis kecacatannya serta aktiviti yang dilakukan dan teknologi yang digunakan pada zaman ia hidup.
Rangka manusia yang paling tua ditemui di negeri Perak. Dikenali sebagai Perak Man ianya ditemui di Gua Gunung Runtuh. Rangka seorang lelaki dengan ketinggian kira-kira 157cm dan berusia sekitar 50-an. Ianya ditemui pada tahun 1991 dan analisa pertarikhan karbon telah dilakukan dan didapati rangka ini berusia sekitar 11,000 tahun. Rangka ini juga telah dikenalpasti mengalami kecacatan konginetal iaitu "Branchamesophalagia Type A2 " dimana tulang kiri ulna dan radius lebih pendek, kecil dan agak bengkok. Penemuan rangka manusia Perak yang juga satu-satunya rangka prasejarah di dunia yang lahir dengan kecacatan dikenali sebagai Braehymesophalangia Type A juga adalah satu daripada kepentingan lembah Lenggong kepada sejarah manusia.
Muzium ini mempunyai 2 tingkat, di tingkat bawah banyak menerangkan mengenai sejarah kewujudan manusia mengikut zaman dan batu-batu yang dijumpai seusia pada zaman itu di tingkat atas dikongsikan tamadun manusia / malaysia pada zaman sekarang. Di sini juga terdapat salinan sijil menunjukkan lembah lenggong diiktiraf sebagai salah satu tapak warisan dunia (unesco) hebat ! sambil tepuk tangan, berbangga mempunyai ic 08 dan lahir di daerah hulu perak !
Pameran di sebelah luar, mempamerkan secara terbuka semua jenis batuan yang ada di Hulu Perak dari yang berusia 300,000. Disini pelbagai jenis batu dan sejarah mengenai asal usul / usia batu ditulis.
Semasa saya sampai ke muzium ini pengunjung tempatan tidaklah banyak boleh dibilang dengan jari, tapi melihat sekumpulan pelancong mat salleh begitu khusuk membaca mengenai bahan sejarah yang dipamerkan siap buat catatan *terus terfikir alamak aku yang orang malaysia pun, baca ala kadar, itupun sebab nak tulis balik dalam blog padahai orang luar begitu menghargai sejarah yang wujud di negara kita, terus insaf itulah dikalau kita sendiri tak menghargai dan memperkenalkan sejarah negara kita kepada orang luar, siapa lagi.* fikir-fikirkanlah, Patriotik sebentar :P
Ya macam mana dengan pengembaraan lenggong perak, ya sejujurnya mengunjungi muzium memang membosankan tapi berbanding ilmu dan maklumat yang bakal diperoleh memang berbaloi, sekiranya anda ada kelapangan untuk datang melawat Daerah Lenggong yang diiktiraf sebagai tapak Unisco yang ke 4 di malaysia, jangan lupa melawat Muzium Arkeologi Lembah lenggong yang mempamerkan rangka manusia tertua, Perak Man di ditemui Gua Gunung Runtuh, dan merupakan rangka manusia tertua di semenanjung malaysia yang kaya dengan pelbagai sejarah yang tersendiri.
Sebarang Pertanyaan Mengenai Muzium Arkeologi Lembah Lenggong
Hubungi Alamat Di Bawah
Jabatan Muzium dan Antikuiti,
Kota Tampan, 33400
Lenggong Perak
Phone:05-767 9700
P/s:entry yang berikutnya saya akan senarai aktiviti & tempat penginapan yang menarik di sekitar lenggong, bagi anda yang belum membaca entry pengembaraan saya yang terdahulu bolehlah klik link ini
hope one day..sy dapat datang sini :)
ReplyDeleteinsaallah itah..dtang lenggong jgan lupa datang ya :)
DeleteKuala Kangsar..my hometown..tapi belum berkesempatan nak gi sini..huhu...
ReplyDeleteowh ye kak..dekat je la dari kk nak ke sini he..he. :)
Deletemasa pergi ke Belum, Tasik Banding hari tu memang nampak bnyk sangat signboard Muzium Arkelologi.. mmg terfikir nak singgah.. tggu next entri psl tempat penginapan.. jgn lupa pilihan tmpt makan yg best skali... :)
ReplyDeleteok sis..memng byak nampak sigboard tunjuk jalan nak ke sini..so mudah nak cari.. insaallah nanti saya kan buat ya :)
Deletememang menarik tempat2 sejarah mcm ni..:)
ReplyDeleteowh kalau yg minat sejarah bestlah..kalau yg kurang meminatii memng ckap bosan.. tapi bg saya tmpat ni memng menarik he..he. bayak sejarah dipamerkan :)
Deletetgk gmbr2 ni, trgt dulu pernah bercita-cita nk jadi ahli arkeologi.. tp dulu.. skrg dah jauh tinggalkan cita2 tu..
ReplyDeleteye ke kak..owh he.he. kalau tringin lagi rajin2 la ke muzium :)
Deleteseronok sebenarnya pergi melawat tempat bersejarah ni
ReplyDeletememng seronok bro..dpat belajar benda baru :)
DeleteAssalammualaikum....sobri,
ReplyDeletebagus sangat2 entry nie.. terbaik sangat daripada perjalanan pergi ke tempat muzium hingga suasana berada di muzium.. pehh.. siapa gi muzium memang ingat.. lah sejarah. Cintai sejarah negara kita .. insaallah kita akan cintai bumi Malaysia ini. Itu belum gi Makam pahlawan negara kita.. macam dol said, mat salleh, mat kilau atau tok janggut.
mselim3
terima kasih bro muslim..somoga yg membaca dapat memfaat :)
Deleteinsaallah kita akan ingat asal usul..brulah x mudah lupa diri kan bro :)
Muzium Arkeologi Lembah Lenggong...tak pernah dengar.. Rangka Perak Man yang dijumpai di Gua Gunung Runtuh... hurmm tak jugak hahaha.. aduii buta sejarah aku ni hehehe.. kene berguru dengan Tuan Sobri yang arif nie :D
ReplyDeleteSuka tempat macam ni.. insyallah tanam niat nak jejak kaki ke sana :D
ha.ha.. semua pun ko x pnah dgr bro..itulah asik travel kat luar aje kan.. he..he,, x pe nanti semua info tu ko bleh google.. berguru dgn aku. aku masih x layak lagi..skadar perkongsian boleh la bro :) seloknya bergurulah dgn pngalaman ? :P
Deleterasanya macam pernah pergi sana dengan rombongan bas.. tapi x igt bila...
ReplyDeleteowh bgus tu bro..mesti dah lama zaman sekolah apa..sampai x ingat dah he..he..
Deletesuka baca tulisan sobri, detil n informatif patut scored A1 dlm sejarah...kak memang minat sejarah n leka membacanya.
ReplyDeleteterima kasih sis..alhamdulilah..ada juga yg suka membaca.. ingatkan saya tulis melalut-lalut jugak.. he..he. :) amin.... saya pun suka cara pnulisan sis :)
Delete"Maknanya di negara kita sudah lama wujudnya peradapan Manusia berbanding di benua-benua lain."
ReplyDeleteI wonder where the words of Malingsia comes from.. (:
im not really sure..what means MALINGSIA = it means gayang malaysia ..? gee...
Deletebut if words baglasia memng bayak kluar after pru14..
agaknya mugkin peradapan di malaysia sudah lama ada.. terbaca satu article yg mngatakan
sbhagian penduduk pribumi di malaysia dtgnya dripada afrika,,sbab ada persamaan budaya..adat dan colour kulit..:P
the first gambar tu scary lah sobri..tak tau kenapa..Hmmm..sebenarnya kita tak suka pergi muzium...ada rasa tak selesa..itu belum muzium perang penang!!!
ReplyDeletescary sis? he..he.. itu gamba rangka yg ditemui.x pasti klon or original.. owh mudah lemah semangat agaknya..sama lah saya muzium perang pun x pergi lg :)
DeleteDetail sungguh penerangannya .
ReplyDeletehe..he. sekadar perkongsian kita bsama :)
DeleteWahh bestnya.. teringin juga nk ke sini nanti. T kasih diatas perkongsian ye bro Sobri.. best.. :)
ReplyDeleteterima kasih bro khir...jangan lupa ya satu hari singgah ke muzium ini memng mnarik :)
DeleteIn shaa Allah.. mmg nk singgah sgt klu ke sana nanti.. :)
Deletesungguh pengalaman menarik bila saya, pacak jalan-jalan kesitu,,, hehe
ReplyDeletejemput2 la datang.. ada kelapangan boleh dtang :)
DeleteMenarik jugak baca entri2 di blog bro ni.... saya mmg ada plan nak singgah muzium ni tp tak tau biler...hari tu ke sana x sempat lak nak singgah.... saya dah add blog bro kat bloglist saya... :D
ReplyDeleteterima kasih bro.. ok saya pun dah masukkan blog bro dlm bloglist saya :)
Deletemuzium lenggong memang tak pernah sampai lagi, tapi gua-gua di lenggong saya dah masuk dua tahun lepas..seronok...
ReplyDeletewow untung..saya walaupun dkat..gua dkat lenggong x pnah masuk..x bkesempatan lagi...
Deletesobri asal perak juga ya? akak memang asal dari lenggong tu.. dah lama akak tak balik kampung..
ReplyDeletear ah kak..saya asal gerik..akak org lenggong..owh kiranya dekat jela.. senegeri la kita... perakian!!
Deleteowh, orang gerik rupanya.. daerah sebelah aje la.. hehe.. perakian.. :D
DeleteAwesome ! saya suka gak tempat2 bersejarah mcm ni.. Harap one day dapat menjejakkan kaki ke sini dan berkenalan dengan Perak Man dengan lebih dekat lagi ^_^
ReplyDeletetq u sis... insaallah satu hari dpat sampai ke sini..ya jgn lpa bkenalan dgn perak man.. :)
Deletejgn lupa bgambar sekali - : P he..he..
Muzium Arkeologi Lembah Lenggong belum pernah smp lg tapi Muzium Arkeologi Lembah Bujang dah sampai. Hehe tp menarik la..kdg2 org ckp sejarah boring tapi bila bt lawatan cmni nmpk interesting!^^
ReplyDeletear ah kalau dtang lawatan ramai2 memng x boring..sbnarnya history very intresting :) he..he..
Deletehebat ni...
ReplyDeleteterima kasih..
DeleteAkak ada lalu kesini haritu, tp tak menyinggah
ReplyDeleterugi ye kak..next time jagan lupa ya :)
DeleteWah sobri, pulang ke kampung halaman iyer. lame mike tak balik perak juga. hehe... mike yg org perak pun tak pernah sampai lagi ke muzium lenggong ni... byk jugak info sejarah kat situ ye. menarik pulak. P/S: ingat tadi yang kat berbaju biru tu model perak man zaman moden. hehehehe
ReplyDeletewahhh berjalan di banyak tempat ye..sekali lagi gambar cantik ^_^
ReplyDeleteowh...aku tak tahu plak kat lenggong ade muzium macam nie...menarik gak tempat dia walaupun aku bukan seorang peminat pasal arkeologi nih..hehehe
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
Rasanya pernah lalu aje..mmg bkn kaki jln2..fpt bca segala info kt sini jafilh...tqvm...sgt mghargainya
ReplyDeleteVee suka pergi tempat macam ni, penuh dgn information :D Vee suka gather information utk something yg sgt rare and kebabomm. Kat rumah pun V slalu buat research, but most of the time, natural disasters lahh yang sangat menarik perhatian V. Hahakk :) Btw, yang tugu tu tadi; mana satu tugu ek? Batu tu atau yang baju purple tu? Haha..
ReplyDeletemacam best gak tempat ni. nak kena pergi sini one day
ReplyDeletextau pulak kt lenggong ada muzium.. bestnya kt dalam tu mcm2 ada. siap boleh snap gambar
ReplyDeleteboleh pergi ni nanti....alang2 dah lama tak pi muzuim..macam jakun sikit rasa...ahahahaha
ReplyDeleteakak lalu je dekat sini haritu, tapi tak masuk. Pergi dengan bos, segan nak suruh menyinggah. Lagipun tengah kerja kan. Apapun, minat kita sama!
ReplyDeletesalam.mak mertua saya duduk sana hee..tak tahu pula sana ada muzium.hurm boleh pergi waktu cuti nanti..thnks
ReplyDeleteassalamualaikum
ReplyDeletehebat sungguh...izinkan saya menggunakan serba sedikit maklumat di sini untuk buat buku skrap pakai sekolah,boleh?
assalamualaikum
ReplyDeletehebat sungguh...izinkan saya menggunakan serba sedikit maklumat di sini untuk membuat buku skrap untuk kerja sekolah,boleh?
wasalam... dipersilakan..dharapkan maklumat di atas dpt membantu anda.. menyiapkan buku skap.. good luck :P
DeleteThank you for your entry. InsyaAllah will be home and visit this museum later.
ReplyDelete