Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Apa khabar semua pembaca blog aku VS kehidupan? diharapkan anda semua dalam keadaan sihat. Entry kali ini adalah sambungan pengembaraan ke Negeri Sabah Di Bawah Bayu, sebelum ini, pengembaraan kita telah ke Muzium Sabah, di Kota Kinabalu, Poring Hot Spring di Ranau, sabah & di Ladang Tea Sabah, Nalapak, Ranau untuk edisi kali ini saya sangat teruja untuk menceritakan pengembaraan saya di Desa Dairy Farm di kundasang atau lebih dikenali dikalangan pelancong sebagai Desa cattle, yang menawarkan pemandangan yang sangat cantik seolah-olah berada di New Zealand
Sebelum kita meneroka apa yang menarik di Desa Cattle, bagi anda yang belum membaca entry terdahulu pengembaraan saya di bumi sabah apa kata anda klik link dibawah untuk pergi ke entry terdahulu
Antara banyak-banyak tempat yang ada di sabah, saya paling teruja untuk mengunjungi tempat ini, kerana daripada gambar-gambar yang saya lihat di internet memang sangat cantik, ya! saya aku Desa Castle yang terletak di daerah kundasang sabah antara kawasan yang tercantik pernah saya lawati di sabah.
Sebenarnya Desa Castle ini adalah sebuah ladang peternakan lembu dan kambing, tapi lembu yang diternak bukan jenis lembu biasa, lembu daripada baka luar negara, senang cerita jenis lembu yang selalu kita lihat di New zealand yang bertompok-tompok hitam putih dan bersaiz agak besar daripada lembu biasa. Cuaca di sini agak sejuk dan berkabus dan yang paling menarik lanskap ladang ternakan ini umpama senibina ladang ternakan di negara eropah dan berlatar belakangkan pemandangan gunung kinabalu.
Ketinggian kawasan ini 2100M daripada aras laut, itu menyebabkan rumput yang ditanam untuk makanan lembu tumbuh dengan subur, hijau mata memandang dan gunung kinabalu nampak sangat dekat, jadi bagi anda yang suka bergambar memang saya syorkan untuk datang ke Desa Dairy Farm, Mesilau Highland, kundasang sabah.
Bagaimana cara untuk datang ke sini? senang sahaja Desa Cattle terletak di Kundasang, pemanduan daripada Kinabalu Park adalah selama 30 minit, banyak petunjuk arah diletakkan di sepanjang jalan untuk memudahkan anda untuk datang kesini, insha allah tidak akan sesat, sekiranya sesat tanya saja kepada orang sabah sah, semuanya frendly dan murah senyuman.
Tips penting: Di Sekitar Kundasang
- Sekiranya anda daripada bandaraya kota kinabalu apa kata anda singgah semalam di pekan kundasang untuk bermalam sebab jarak perjalanan agak jauh dan keadaan jalan raya agak mencabar lebih kurang Highway Kulim - Gerik atau Gerik - Kelantan, tapi lebih extreme
- Di kawasan sekitar kundasang banyak kawasan menarik untuk dilawati seperti Ladang Tea Sabah, kundasang war memorial & Desa Cattle, Kinabalu Park *bagi yang sukakan aktiviti mendaki gunung jangan lupa menawan gunung tertinggi di asia tenggara Mount Kinabalu*
- Kawasan penginapan banyak di sekitar kundasang, harga berpatutan! semuanya bergantung kepada bajet anda, dinasihatkan membuat tempahan awal / terutama pada musim cuti sekolah kawasan ini dipenuhi oleh pelancong, seperti saya memilih tinggal di Rose Cabin, memang terbaik, harga berpatutan, saiz bilik juga agak besar sekiranya anda datang secara group amat sesuai sekali dan paling penting pemandangan di belakang chalet menghadap gunung Kinabalu!, memang sesuai datang untuk berhoneymoon :
- Sekiranya lapar anda boleh ke pekan kundasang, tapi pekan ini ditutup agak awal, jadi datang awal selalunya selepas isyak kebanyakkan kedai sudah tutup jadi jangan datang lewat malam, sekiranya lapar pada waktu malam pastikan membawa makanan ringan seperti roti dan biskut. Makanan yang disediakan agak sedap, tapi di sesetengah kedai harga makanan yang dijual agak mahai contoh saya memakan nasi goreng pattaya RM 8.00 + sirup ais RM 2.00, jadi pastikan pandai memilih kedai yang menjual makanan dengan harga yang berpatutan *ada tapi kena rajin cari*
- Paling Penting Cuaca di Kundasang amat sejuk mengalahkan Cameron Highland terutama pada waktu malam, jadi sila bawakan baju sejuk, keluar bilik siap dengan selimut chalet sebab terlalu sejuk, mandi pun terpaksa menggunakan air panas, kalau tak memang tak mandi! sebab air sejuk macam ais batu.
Saya memilih untuk menginap di rumah penginapan Rose Cabin, kawasan persekitaran cabin sangat cantik ditanam dengan pelbagai jenis bunga, yang paling penting pemandangan di belakang bilik terus menghadap gunung kinabalu! serius memang cantik terutama pada waktu pagi, melihat pemandangan terbitnya matahari sambil minum segelas kopi! terasa sangatlah indahnya hidup di dunia, memang releks habislah
keluar pada waktu malam terpaksa tutup badan dengan selimut chalet sebab suhu pada waktu malam amat sejuk, tambahan bagi yang tak biasa dengan cuaca sejuk sebegitu, pakai sweater pun tak mencukupi paling penting chalet dekat sini memang tak ada penghawa dingin sebab suhu sudah cukup sejuk.
Untuk makan, saya mencadangkan makan di pekan kundasang makanan memang sedap, tapi harga makanan agak mahal tambah-tambah yang bercuti secara bajet, pastikan datang awal untuk makan malam sebelum waktu maghrib kerana kebanyakkan kedai sudah mahu ditutup.
Pemandangan gunung-ganang di sekitar kawasan Kundasang, amazing view
Nampak tak, itu Gunung Kinabalu dilindungi oleh awan.
Pemandangan di sekitar kundasang sangat awesome! saya bagi markah Perfect 10 untuk view yang ditawarkan, sekiranya anda memandu memang tak akan bosan melihat gunung ganang di kri dan kanan, melihat kebun-kebun sayur di lereng-lereng bukit, tambahan dengan keadaan demografi tanah tinggi yang landai sejuk mata memandang
Sebelum anda sampai ke Desa Cattle, apa kata singgah dulu ke Kundasang War Memorial, lagipun kita akan menjumpai kawasan ini dahulu sebelum sampai ke destinasi, saya tidak sempat masuk akibat mengejar waktu, dikabarkan kawasan ini menempatkan tugu peringatan semasa perang kedua melanda.
Memorial ini dibina untuk memperingati satu kecelakaan besar semasa perang dunia kedua dulu iaitu Sandakan Death Marches. dalam peristiwa tersebut 2428 orang askar Australia dan British yang ditangkap dalam siri battle of singapore(1942) telah dihantar ke borneo untuk menjadi tahanan perang diKem POW Sandakan, menarik bukan?
Daripada Kundasang Memorial War, anda boleh teruskan perjalan anda untuk terus ke desa Cattle, digalakkan anda menaiki kenderaan yang bercc kuat, sebab perjalanan untuk kesana anda akan melalui jalan yang berbengkang bengkok dan mendaki bukit, rasanya bukan semua kereta mampu untuk mendaki sampai ke atas.
Nampak tak dibelakang saya Gunung Kinabalu, kebanyakkan penduduk setempat banyak menggunakan kenderaan jenis 4x4, mungkin disebabkan faktor jalan dan senang untuk membawa hasil tanaman untuk dijual.
Maklumat Pengangkutan
- Bas dan kenderaan yang bercc kecil, memang tidak boleh melalui jalan ini kerana perlu mendaki untuk sampai ke atas. Sekiranya dapat kenderaan jenis Ford memang best!
- Bagi anda yang datang melalui bas, anda bolehlah menyewa van untuk membawa anda naik ke atas, bayaran dikenakan berpatutan bergantung kapasiti penumpang yang dibawa. Perkhidmatan van ini boleh dijumpai di pekan kundasang.
- Di sabah van dipanggil bas kecil / mini dan bas dipanggil bas besar, jadi jangan keliru, sebab sebelum saya datang ke sini saya ada menghantar email kepada pihak pengurusan desa Cattle adakah bas boleh dipandu sampai ke dan jawapan yang diberi boleh, sebenarnya akibat kesalahan kefahaman yang dimaksudkan adalah van mini bukan bas yang boleh membawa 44 orang penumpang jadi take note ya!
Antara Tredmark, lokasi wajib untuk bergambar :P Macam mana pemandangan yang anda? terbaik! suasana seperti New Zealand, landskap ladang ternakan dibina umpama senibina ladang ternakan di Negara Eropah dan berlatar belakangkan pemandangan Gunung Kinabalu & paling geram melihat rumput-rumput yang ditanam sangat cantik
Paling geram dengan lembu di sini, besar-besar saiznya degan tompok-tompok hitam putih seperti lembu yang kita lihat di luar negara seperti di New Zealand*selalu tengok dalam tv, bila tengok sendiri mulalah jakun! macam tak pernah tengok lembu..booo..booo*, tapi sayang masa saya datang lembu berada agak jauh, mungkin tengah meragut rumput di tengah-tengah padang.
Tengoklah rumput yang ditanam pun bukan main subur hidup manalah lembu kat sini tak gemuk
Tengok bertapa hijau dan cantiknya rumput yang ditanam di sini ,patutlah lembu-lembu di sini sihat belaka sebab rumput yang dimakan bukan rumput sembarangan tapi dari benih rumput yang diimport di luar negara. Antara faktor lain kenapa rumput di sini tumbuh subur menghijau kerana suhu di Desa Cattle sejuk, nyaman dan berkabus.
Di sinilah pejabat utama pihak pengurusan, disini kita akan diberi taklimat mengenai kawasan ini, jenis lembu yang diternak, aktiviti yang boleh dilakukan serta boleh melihat sendiri proses penghasilan susu segar
Antara aktiviti yang boleh dilakukan di Desa Cattle
- Melihat bagaimana proses pemerahan susu
- Boleh memberi lembu makan / rumput dikenakan bayaran
- Melihat sendiri proses bagaimana susu segar dijalankan / penghasilan susu dalam kotak, harus merasai sendiri susu yang dihasilkan pelbagai perisa dan sangat lazat!
- Berjalan-jalan di sekitar ladang ternakan.
- Sekiranya lapar, di sini juga ada menjual makanan ringan seperti waffle, sosej & pop corn, dan boleh membeli ole-ole di kedai cenderahati
Bayaran masuk & urusan lawatan
- Masa yang paling sesuai untuk membuat lawatan ialah jam 3.00pm-5.00pm untuk melihat aktiviti pemerahan susu lembu (setiap hari) atau waktu pemprosesan susu jam 10.30am-2.00pm (selasa,khamis,ahad).
- Bayaran masuk RM4.00/Dewasa dan RM3.00/pelajar atau kanak-kanak Pelajar Pra sekolah (umur 6 Tahun dan kebawah) dan OKU dikecualikan bayaran masuk
- Rombongan sekolah, IPTA / IPTS, badan kerajaan/swasta, persatuan, yang berminat untuk membuat lawatan sambil belajar ke Desa Cattle, tujukan surat kepada
Pengurus Ladang,
Desa Cattle (Sabah) Sdn. Bhd.,
P.O.Box 71, 89308 Kundasang, Ranau,Sabah.
Tel/Faks no.: 088-889562
Email: vet_marcel@yahoo.co.uk
Kawasan pemerahan susu lembu
Sesi promosi, jangan lupa datang ke sini membeli sekotak susu segar, memng sedap dan lazat ada pelbagai jenis perisa dan harga dijual berpatutan, memperkenalkan Ain Danny model tak rasmi susu kotak cap desa! *thank you Ain, menjadi model untuk iklan ini, nanti jangan lupa minta royalti dekat pengurusan Desa Cattle dah banyak sangat promosi ditulis! just joke* sokonglah produk keluaran tempatan, siapa lagi yang hendak mempromosikan produk keluaran tempatan kalau bukan kita sendiri rakyat Malaysia!
Pemandangan daripada tempat menunggu
Information About Desa Cattle
- The Desa Dairy Project,TENUSU DESA, of Desa Cattle (S) Sdn. bhd. is located at the foothills of Mt.Kinabalu at the Mesilau Plateau, Kundasang. Milk production commenced in March 1981. The project is now capable of producing 900,000 litres of milk per year.
- The total area of this farm is 199 hectares of which 133 hectares have been planted with improved pasture such as Kikuyu, Narok Setaria and legume (white clover).
- Most of the milking cows are Friesians and producing daily average of 14 litres high quality milk per cow. Friesians are the highest milk producers of all dairy cattle breeds and are most popular temperate breed worldwide. The milk contains a specially pleasing balance of cream, proteins, carbohydrate, vitamins and minerals unique to milk produced in mild temperate climates.
- GPS of Desa Cattle, Decimal coordinates (latitude, longitude): 6.013877, 116.593519
Betullah pepatah orang zaman sekarang walaupun anda tidak kacak tapi apabila bergambar di tempat cantik secara tidak langsung kekacakan anda akan timbul di dalam gambar disebalik keindahan pemandangan yang ada!. * antara semua gambar yang ada paling suka gambar ini!* Pemandangan di belakang saya berlatar belakangkan gunung kinabalu, tetapi disebabkan cuaca yang sejuk dan berkabus, tidak begitu kelihatan gunung di situ. Bagi anda yang suka bergambar berlatar belakangkan gunung ganang tempat ini memang saya syorkan!
P/s: Ok sampai di sini sajalah pengembaraan kita di bumi sabah, sekiranya anda sampai di daerah kundasang pastikan desa cattle sebagai list kawasan pertama wajib dikunjungi pemandangan yang cantik udara yang sejuk & rasa susu kotak yang lazat *berharap satu hari akan masuk pasaran semenanjung*
cantiknya view dia
ReplyDeletesubhanallah ciptaan allah :) terima kasih..
Deletesaudara, nak tanya. berapa harga rose cabin tu utk satu malam ye.
Deletekalau datang sabah tak pergi ker Desa Cattle tak lengkap percutian... hehe... feeling2 pergi new zealand gitu... betul tak? :D
ReplyDeletear ah sis..pergi kundasang kalau x pergi desa cattle memang x lengkap..tambah2 view mcm new zealand..memng feeling terlebih la he..he, :)
DeleteSeronok dan enjoy ...gambar cantik2 :) tapikannn..apa pun.. memang rugi tak dapat masuk Kundasang War memorial tu..pemandangan dan susun atur dlm tu menarik...eheheee.. jgn gerammmzzz..peace :p
ReplyDeleteitulah rugi x sempat masuk kundasang momorial war..ai baru nak menghayati sejarah sikit! masa plak mengcemburui..insaallah nest time kalau pergi la mesti akan msuk ke tempat tu :)
DeleteIn shaa Allah.. Allah permudahkan niat Sobri tu :)
Deletebeshnyer... cantik sehh
ReplyDeletetq shin :)
DeleteSangat menarik. Banyak lagi lokasi-lokasi yang perlu dilawati di Sabah. Jangan lupa Pulau Sipadan bro..:)
ReplyDeletetq bro..next time mamng ada plan nak p sana plak..nak berjemur plak mcm mat salleh..orite bro sabah very intresting place :)
Deletekundasang adalah sgt awesomeee...nak repeat sini lagi!
ReplyDeletebetul sis sanagt awesome kan.. sejuk view pun cantik..
Deletecantiknyaaaa pemandangan gunung tu...entry2 sobri buat hati niesa ni berkobar2 dan ketidaksabaran nk menjejak kaki ke bumi Sabah..wuaa....sobri ada g pulau mabul x?share le ngan niesa ye..termasuk kos2 nk g situ..hikhik..
ReplyDeletememng sangat cantik...owh pastikan hatu hari niesa pergi ke sana ya..lgpun sarawak dah dkatkan? area2 pulau boleh smpat p..tapi insaalah ada rezeki mybe tahun depan..kalau dah pergi saya akan tlis entry bkaitan kos,,pnginapan semua la ya :)niesa..
DeleteMenggodek kembali entry2 sobri sbb bln 10 niesa nk g sabah..yeay!!hehe..jgn lupa buat entry ke pulau yeee.. >_<
Deleteindahnya Kundasang ...dilatari view Kinabalu yg cantik, lembu2 pun nampak selesa hidup nyaman di situ...n tuan punya blog berposing kacak menyatukan diri dgn alam...oklah tu, bukan selalu ya..
ReplyDeleteya memng indah sis..alamak kacak ke tuan blog..ha..ha..bukan senang tu nak bergambar bsatu dgn alam..view sana memng terbaik tambah dilatari gunung kinabalu :)
Deletememang cantik permandangannya... nice sharing sobri.. klik2 nuff disini.. :)
ReplyDeleteterima kasih fatin :)
Deletesubhanallah.. cantiknya pemandangan di sana.. akak pernah lalu je dari jalan utama menuju ke ranau.. tapi tak sempat singgah pun sebab masa tu ke sana atas urusan kerja di kg. luanti, ranau..
ReplyDeleteowh sayang kan akak..jalan kat sana agak extrem gak tambah yg x biasa memandu kat kawasan berbukit..owh next time kalau akak p sabah lagi jangan lupa pergi ya :)
DeleteTeringin nk ke kota kinabalu..
ReplyDeleteinsaallah satu hari akan sampai :)
Deletedah mcm oversea gitu dh pemandangan dia kan. hihi..
ReplyDeletehm... cantik la
ya..dah mcm mcm kat new zealand pun ada..memng cntik view dia
Deletejauh berjalan luar pandangan...cantik sungguh permandangan kat sana..nmpak nyaman ja.
ReplyDeletebetul tu kak jauh pjalanan luas pandangan byak benda baru bleh dipelajari.view yg cantik .sejuk mata memandang :)
Deletecantik sangat... nampak nyaman dan sejuk :)
ReplyDeleteya memng cantik ada2 iras new zealand..cuaca pun sejuk :)
DeleteWow... bestnya! K'Yus teringin nak gi Kundasang! Harap-harap suatu hari nanti, sampai juga ke sana!
ReplyDeleteinsaallah k.yus saya doakan akak sampai..dan jgn lupa melawat kundasang ya kak :)
Deletenext year aku akan ke sabah..kalau kesempatan aku ingat cara gak kalau dapat singgah pegi sini...lawa giler view dia...dah macam kat New Zealand aku rasa..kalau ko tipu kata kat NZ pun aku rasa aku tatau..hahaha
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
ha..ha.. spatutnya aku tlis je ckap aku kat NZ..mesti ramai yg percaya...orite bro..pastikan datang ke tempat ni kalau bkesempatan..
Deletelpas tu bleh la pose ala2 majalah mempelam..ha..ha,,
wahh aku tetap terpegun tengok gambar nie ^_^
ReplyDeleteterima kasih acik.. :) cantik kan view dia...
Deleteterujanya melihat keindahan pemandangan di sana :)
ReplyDeletecantik betul.
ya saya yg pergi pun teruja tgok pemandangan ..rasa mcm bkan kat malaysia..oversea pun ada :)
Deleteklu musim hujan , comfirm sejuk cam salji kat kundasang kan . maklumlah dah biasa cuaca panas ...
ReplyDeletehe..he.. masa p pun musim panas..dah rasa sejuk gila..kalau musim ujan tak dapat la nak bayangkan mcm mana :)
Deleteperghhh.. ni yang buat jelos giler2 ni. hehehe. nak pergi la thun dpn!!!
ReplyDeleteok jangan lupa p.. kalau tahun ni tinggal lg 10 hari takut x sempat p..he..he.. area kundasang harus dilawati :)
Deleteseee, malaysia pun ada tempat yang macam new zealand ihiks :)
ReplyDeletesengaja laa sobri ni buat ika jeles pi travel sana sini aishhhh...mengundang ni hahahaha
ya..sekali pandang mcm dekat oversea..
Deletedua kali pandang rupanya di kundasang..malaysia..
bangga menjadi rakyat malaysia..he..he..
ok ika next year ika bleh plan p dgn kawan2 ya :)
susah laa sobri nak plan dengan member2...
Deletebebudak medic ni busy bukan main...ni pun untung ika tengah cuti...
kalau tak cuti...jangan harap laa free...
kadang2 ika suka travel sorang je....
ada senior seorang praktikal kat sini :)
ReplyDeleteuntung seniour dpt wat li tmpat yg best..
DeleteTerbaik dari ladang..best..best!!!
ReplyDeletetq akak :)
DeleteGoogle & download for you!!!
ReplyDelete:)
DeleteSalam ^^
ReplyDeleteBest Kundasang, last time pergi tahun 1999, blom ada lg cattle farm time tu ^^
wasalam... owh ..rupanya desa catlle baru je buat ya :)
Deletehe..he..
urghhh teruja scroll sbb gambar cantik2...permandangan yg super awesome!! haihh teringin nk p..;)
ReplyDeletewow...memng awesomekan pemandangan dia.. cantik :)
DeleteKundasang segar nampak !, mesti lawa2 gadis gunung sana..kan.
ReplyDeleteudara yg segar...lawa2 gadis dkat sana..maklumlah sejuk..putih mcm adira :)
Deletewahh seronoknyaaa...teringin nak pergi melawat ke negeri sabah/sarwak! huhu..ni kira mcm blog tarvel lah kan...rajin sobri share pasal travel... teringin nk pg pulau sipadan... ^_____^
ReplyDeleteseronoklah..sbab bkan slalu dpt bjalan..he..he. owh..saya sipadan pun belum sampai lagi..
Deleteowh blog ni.. campur2 mcm rojak.. semua ada ha..ha.. :)
salam singgah.. ^^
ReplyDeletebertuahnyer empunya badan.. ke main!
wasalam.. terima kasih ya..
DeleteSya lalu je kundasang masa pg thn 2009 aritu..mmg sejuk tmptnya..klu ada rezki pg lg..bolehla posing2 mcm sobri..hehe
ReplyDeleteowh next time jangan lupa singgah ja adriana..leh posing bgambar..ha..ha,.
DeleteRupanya di Malaysia pun masih banyak lagi tempat2 menarik yang perlu kita jelajah...
ReplyDeleteya malaysia pun byak tmpat mnarik yg prlu kita jelajah.. tapi masa yg xsmpat..
Deleteika singgah melawat kawasan ekehkeh :D
ReplyDeletetq ika :)
DeleteAssalammualaikum...sobri,
ReplyDeletewahhh.. cantiknya pemandangan gunung dan panorama pergunungan terasa damai...
mselim3
tq bro muslim :)
Delete" I'm here in Kundasang " itu memang terbaik.. :D
ReplyDeleteHari tu datang Kundasang bawa bekal nasi ngan sardin jer hahahaa..
By the way sape model susu desa cap segar tu hahahaha :P
ha..ha.. ayat tulis kat blog sendiri nak gempak...
Deleteowh sana makanan agak mahai la..
ingat next time kalau p lagi..pun nak bawa sadin dgn nasi je.ha..ha..
ha,ha. yg model tu,,model x rasmi desa cattle.. :)
ika rasa macam nak pm sobri laa tanya pasal kos penerbangan penginapan semua...boleh tak? sebab teringin juga nak ke sabah ni....
ReplyDeleteowh boleh saya. based my experince.. dua kali p sabah..satu dgn family..satu lg trip klas..
Deletenanti ika boleh emailkan kat email sobriyaacobgmail.com.. apa2 yg saya tahu..saya kongsikan.. tempat menarik n transport.
Kundasang, salah satu tmpat yg knor akn pergi..in sha Allah
ReplyDeleteKundasang dah masuk dalam tentatif akak nak melawat nanti. Akak akan refer blog sobri sekali lg sblm pergi
ReplyDeleteWow bestnya.. terasa mcm di New Zealand pulak bila melihat gmbr2 tu.. in shaa Allah, ada kemampuan ingin juga ke sana nnti. Best. T kasih diatas perkongsian ini ye.. :)
ReplyDeleteohh yes, our local new zealand. i'm staying in kota kinabalu.
ReplyDeletemay i know what lens u use?
gigih u buat entry panjang gini. *tepuk tangan*. nice entry.
Klu dari KK nk pegi kundasang park n Desa Dairy Farm nie mcmmna erk? Senang x nk naik bas balik ke KK, ari yg sma...
ReplyDeleteowh dari kk..kena sampai ke pekan kundasang dulu dari sana..boleh naik bas kcil /mcm prebet sapu / van.. harga kira cash satu trip van..klau ada kenderaan sendiri just follow sigboard..byak ada di tepi2 jalan..mudah saja nak ke sana :)
Deletesaya sugget tidur dekat sana..sbab byak tmpat mnarik dkat skitar area tu..kalau nak balik juga pada hari yg sama..kna tahu la bas terakhir dri pkan kundasang ke kk.. rasanya sempat klau nak balik hari :)
tq tuan blog :)
Deletewoww ... hebatt ..
ReplyDeleteSalute...
ReplyDeletesaya tertarik dengan postingan anda..mau bertanya apakah ada kendaraan umum menuju desa tersebut apabila dari bandara kinabalu..dan waktu tempuh ke desa tersebut..salam :)
ReplyDeletetq reading bro.. :)
Deletekenderaan biasanya kena naik jenis jip 4x4 sebab kita kena drive naik bukit..
btw utk naik ke atas kenderaan sperti van juga disediakan utk bawa pelancong..
dari kk kena naik publik transport smpai kundasang,.btw bro boleh sewa kenderaan..utk memudahkan..
Sobri Yaacob....nice bro....good pic...tahniah.
ReplyDeleteassalam..trima kasih dgn maklumat
ReplyDeleteteruja pulak nk gi kundasang
InnShaAllah..3hb jun 2016 ni nak gi KK & bermlm di KK
hari sabtu bercadang nk gi Kundasang..sempat tak pegi balik hari yg sama
dr KK, agak2 perjalanan berapa jam..kita boleh sewa ker transport dr KK ke Kundasang drive sendiri ker atau pun dgn pemandu sekali..coz nak balik ke KK ari yg sama tu..trima kasih..
salam, macam mana ye nak buat tempahan kat rose cabin tu?
ReplyDeletesalam, kalau naik viva je pergi tmpt2 area kundasang tu ok x
ReplyDeleteOk takde mslh cuma kete semput skt la..kecuali klu pergi berdua
Deleteguna kamera apa yea..cantik la gmbar2 yg diambik
ReplyDeleteJarak kundasang dr kk 2 jam perjalanan...eloknya stay sehari kat sana bru la dpt nikmati cuaca sejuk ekstrim...sya syorkan bermalam di kiran btl2 atas gunung...mmg mencabar skt perjalanan..boleh tgk kat fb ; kiram village...klu nak tgk view full dr jauh sya rekemen sewa kat crystal hill atau hounon ...view mmg superb ..
ReplyDelete