Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, apa khabar semua? harapnya semua pembaca blog ini dalam keadaan sihat sejahtera.
Entry kali ini adalah sambungan pengembaraan kita Negeri Sabah Di Bawah Bayu, sebelum ini pengembaraan kita menuju ke Muzium Sabah, di Kota Kinabalu, Sila tekan link di bawah untuk membaca entry yang terdahulu.
Untuk Kali ini pengembaraan kita akan meneroka satu lagi tempat percutian yang menarik di sabah iaitu Poring Hot Spring yang terletak di Ranau, sabah. Ini pengalaman pertama kali saya menjejakkan kaki ke sini tempat ini memang besar dan pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini antaranya mandi air panas, mandi swimming pool, melawat taman rama-rama, pusat tanaman orkid, meneroka air terjun kipungit, melawat gua kelawar dan air terjun langanan. Aktiviti utama di sini yang paling best ialah menyusuri jambatan Gantung yang dikenali sebagai Poring Canopy Walkway
Ini antara info sedikit sebanyak mengenai Poring Hot spring.
- Poring merupakan nama Kadazan Dusun untuk sejenis spesies pokok Buluh yang tumbuh di kawasan itu. Terletak kira-kira 40 km di timur laut pusat Taman Kinabalu, Poring terkenal kerana kolam air panas dan jambatan gantungnya yang unik.
- Kolam air panas Poring dikenali kerana air panasnya mengandungi galian sulfur yang boleh menyegarkan badan.
- Para pelancong juga berpeluang menikmati pemandangan yang indah apabila menyusuri jambatan gantung sepanjang 157.8 m dan setinggi 41 meter di atas pokok. Terdapat juga Taman Kupu-kupu dan Pusat Pemuliharaan Orkid di sini.
Patutlah kawasan ini diberi nama Porin, disini kita akan menjumpai banyak pokok buluh tapi bukan pokok buluh saiz yang biasa-biasa kita lihat,akan melihat saiz pokok buluh yang besar terutama sekali ketika dalam perjalanan mendaki untuk sampai ke Jambatan gantung dekat dengan kawasan Perhentian Rehat, Pondok manggis anda akan jumpa rumpun pokok buluh yang saiz amat besar, rasanya itu pertama kali saya melihat pokok buluh yang begitu besar.
Inilah pokok buluh yang saya nyatakan, tidak tahu jenis apa mungkin pokok buluh jenis gergasi, saiz pokok buluh in memang besar dan sepanjang perjalanan untuk sampai ke jambatan gantung anda akan disajikan dengan pemandangan yang indah hijau je pemandangan alam, sejuk mata memandang!
Sekiranya kita baru sampai ke kawasan poring hot spring, inilah pintu utama kita jumpa dahulu, tempat untuk parking kenderaan. Jarak porin daripada Kinabalu Park kira-kira 1 jam perjalan bergantung kepada tahap *kehebatan anda memandu* dan untuk masuk ke tempat ini dikenakan tiket sebanyak Rm 3.00, dan bagi anda yang membeli tiket masuk ke Kinabalu Park, anda dikecualikan bayaran masuk, tapi sayang tiket saya hilang dalam perjalanan, dan terpaksa membeli tiket lain. Rasanya bayaran yang dikenakan adalah sama untuk memasuki tempat lain seperti ke taman rama-rama, pusat tanaman orkid, air terjun kipungit, gua kelawar dan air terjun langanan.
Tips paling penting, sekiranya anda pernah melawat Kinabalu Park, simpan tiket anda kerana ia sah digunakan di sini, dan saya tertanya-tanya juga, adakah tiket yang dibeli di porin sah digunakan di Kinabalu Park?
Di atas ini adalah senarai bayaran tiket yang dikenakan kepada pengunjung, sila klik gambar untuk melihat dengan lebih jelas harga tiket yang dikenakan.
Antara tarikan yang ada disini
Disebabkan tujuan utama saya datang kesini adalah untuk menyusuri jambatan gantung, Poring Canopy Walkway jadi entry kali ini banyak berkisar mengenai pengalaman menaiki jambatan gantung. Tapi jangan risau sekiranya anda datang membawa anak kecil, untuk mendaki sampai ke jambatan gantung mungkin sdikit tidak sesuai, walaupun trek disediakan tapi memerlukan tenaga, anda boleh melakukan aktiviti lain yang ada di sekitar kawasan ini seperti melawat taman kupu-kupu atau mandi air panas.
sebelum naik haruslah mendengar taklimat dahulu
Sebelum anda mula mendaki, pastikan anda memanaskan badan dahulu ini sangat penting walaupun bukit ini rasanya tidak begitu tinggi bagi saya, tapi tetap memenatkan anda digalakkan membawa air minuman yang secukupnya sebab memang dahaga cuaca disini berbeza dengan keadaan cuaca di kundasang, tambahan pula sekiranya mendaki pada waktu tengahari memang terasa panas dan dahaga! Semasa melalui jambatan gantung nanti disediakan beberapa station untuk kita berehat dan menikmati pemandangan sekitarnya, seperti yang anda boleh lihat gambar di atas. Dan bagi yang mempunyai darah gemuruh / takut jangan kuatir jambatan ini sangat selamat.
Anda harus mendaki bukit dahulu sebelum sampai ke jambatan gantung. Sebelum mendaki anda haruslah mendengar taklimat sedikit info mengenai kawasan ini daripada staff yang bertugas seperti apa yang harus dilakukan ketika mendaki dan perkara-perkara yang dilarang ketikamelalui jambatan gantung Konopi Walk ini, ingat jangan main serbu panjat konon-konon sudah pro, nanti tak pasai-pasai sesat atau boleh mendatangkan kecederaan terhadap diri sendiri
Apa yang saya ingat sepanjang jalan untuk mendaki kita disediakan beberapa pondok rehat dan trek juga disediakan, jadi anda tidaklah perlu risau, sekiranya berasa letih berhenti dahulu berehat di tempat yang disediakan, ambil nafas dan lepas itu sambung kembali mendaki untuk sampai ke destinasi. Dinasihatkan memakai kasut yang bersesuaian, sekurangnya kasut jenis bersarung, kasut selipar tidak digalakkan dan lebih-lebih lagi kasut jenis tumit tinggi, bagi kaum wanita yang memakai kasut jenis ini memang agak pelik mendaki bukit dengan memakai kasut tumit tinggi? Dan sepanjang perjalanan saya menjumpai beberapa orang pelawat mendaki menggunakan kasut tumit tinggi, rasanya mereka menggunakan ilmu kebal, kerana berjaya menahan sakit kaki antara sebab lain penggunaan kasut tumit tinggi ketika mendaki, ketika bergambar, adakah gambar anda akan kelihatan cantik seperti model bergambar di Vogue Magazine, itulah yang menjadi persoalan sekarang?:P sekiranya baru lepas hujan atau ketika musim hujan jalan agak licin, kuatir kasut anda putus dan terpaksa berjalan berkaki ayam.
Take 5 sat, sebelum teruskan pendakian
Berjaya sampai ke perhentian terakhir iaitu perhentian Pondok Manggis. Sebelum kita melalui jambatan gantung konopi Porin, haruslah membeli tiket terlebih dahulu. Bayangkan sudah letih-letih penat mendaki dengan membawa Kamera tersangkut di leher, lenguh jugalah tengkuk! Lepas itu ketika hendak melalui jambatan gantung pulak, kita harus membeli tiket lain untuk melalui jambatan ini dan sekiranya anda membawa Camera dikenakan cas RM 5.00 dan jika anda membawa video cam dikenakan bayaran sebanyak RM30.00, sekiranya pakai camera compact boleh la juga selit-selit di dalam beg, ini kamera Dslr jawabnya kena bayar jugaklah tak kan nak tinggal di kaunter pulak. Pastikan anda bergambar banyak-banyak dalam pelbagai pose dan gaya comel supaya berasa berbaloi dengan cas yang dikenakan, saya rasa amat berbaloi dengan pengalaman berjalan di titi gantung dan pemandangan yang ada sepanjang melalui jambatan gantung Poring Canopy Walkway memang terbaik feeling dia memang tak dapat digambarkan! jadi bila dikenakan bayaran tidaklah rasa ralat.
Alhamdulilah lepas penat mendaki lebih kurang sejam lebih akhirnya sampai, kami sampai agak lambat sebab terlalu *menikmati panorama yang disajikan* sebenarnya pancit!, switch mood terus kepada perasaan teruja hendak melalui jambatan gantung, walaupun ada rasa perasaan gayat hendak melalui jambatan gantung yang sepanjang 157.8 dan setinggi 41 meter di atas pokok ini, ini rekod jambatan gantung terpanjang dan tertinggi pernah saya lalui selepas jambatan gantung di hutan simpanan teluk bahang dan jambatan gantung di sedim kedah tapi disebab datang jauh-jauh,lepas itu kena mendaki pulak, sekiranya hendak berpatah balik memang tidak berbaloi sekiranya tidak merasai pengalaman ini sendiri.
Inilah rupanya jambatan gantung Poring Canopy Walkway, gayat gak bila lalu dan tengok di bawah
Itulah jambatan gantung Poring Canopy Walkway, tidak dinafikan memang tinggi jambatan ini, ketika berada di atas jambatan perasaan seperti berada di awang-awangan, difahamkan jambatan itu mempunyai beberapa stesen untuk berhenti berehat dan menikmati pemandangan, seingat saya tali-tali yang diikat di pokok-pokok besar yang ada di persekitaran untuk dijadikan penahan laluan titi gantung dan setiap beberapa bulan tali akan dibuka ditukar ke pokok lain, jadi pemandangan yang disajikan adalah berbeza-beza mengikut laluan yang ditetapkan.
Besar laluan lebih kurang satu keping papan, dan ditepinya di kandang dengan pukat, jadi tidak kiralah anda macho, perasaan takut sedikit sebanyak tetap ada tapi perasaan teruja mengatasi segalanya. Macam saya mula-mula jalan agak goyang jugalah dari stesen pertama untuk ke stesen berikutnya, tapi bila jalan sudah agak lama, sedikit demi sedikit alhamdulilah perasaan gayat hilang, terus rasa seronok berjalan atas titi gantung. Part paling best bila sampai di tengah-tengah antara satu stesen ke stesen lain atau ketika angin kencang, bila titi itu bergoyang memang rasa lemah jugak la lutut, tambah pula sekiranya kita pandang ke bawah mengigil la jugak, tapi disebabkan ramai awek-awek melalui jambatan itu, jadi haruslah kena control macho selalu. Itu tips paling penting ketika melalui jambatan gantung ini. Selain itu setiap kali berjalan kita dibenarkan maksimal 6 orang untuk berjalan dari satu stesen ke stesen lain.
Selepas selesai melalui jambatan ini, kita haruslah turun mendaki ke bawah, untuk menghilangkan keletihan yang ada anda digalakkan untuk berendam di kolam air panas sambil menghilangkan penat lelah mendaki.
Di bawah saya kongsikan gambar pemandangan di sekitar Poring Hot Spring
Turut disediakan chalet untuk penginapan
sangat bersih sungai yang dijaga rapi
Contoh Punca air Panas

Kemudahan yang disediakan, memang Tip Top! terbaik

Ok macam mana? best tak Poring Hot Spring, Ranau, Sabah, Malaysia sekiranya anda berkunjung di sabah pastikan tempat ini termasuk di dalam senarai tempat yang harus dilawati di sabah bah!
Entry pengembaraan kita di bumi sabah hari ini agak istimewa, bagi anda yang agak malas untuk membaca entry ini, saya uploadkan video pengalaman saya dan rakan-rakan mendaki dan melalui Poring Canopy Walkway, jangan risau video ini berdurasi selama 3:24 saat. Atau anda boleh tekan link ini untuk menonton di You tube. Video ini dihasilkan oleh saya dan rakan-rakan sepanjang pengembaraan kami di Negeri Sabah di Bawah Bayu
P/s: Sampai di sini sahaja pengembaraan kita di Poring Hot Spring, Ranau,Sabah nanti saya akan update kan dari masa ke semasa tempat-tempat menarik yang ada di sekitar Bumi Sabah, seperti di Kundasang, Desa Castle, Kinabalu Park, Poring Hot spring dan tempat menarik yang lain.
jelessnyaaa tgk sobri bercuti2 ke sabah..mesti seronok kan?nice info sobri..boleh la masuk dlm wishlist niesa tmpt ni nanti.. :)
ReplyDeleteowh alhamdulilah rezeki..sabah memng seronok..ok pastikan nanti masuk dlm wishlist ok niesa :)
Deletebest..best..
ReplyDeletememang best :)
DeleteSeronoknya kakak tengok semua gambar-gambar. Terasa macam nak pergi aje tengok. Walkway yg hanging tu tak cuak ke jalan atas? Kalau kakak macam gayat je hihi...
ReplyDeleteowh memng best akak..nanti jagan lupa pergi ya..
Deletejlan kat jambatan gantung tu..mula2 cuak gak..tapi lama2 rasa fun plak.. :)
Wah cantik.. seronok melihatnya.. kawasan air panas tu klu bahagian yg suam2 sedap juga mandi kan? klu org2 yg ada gatal2 mudah utk sembuh juga.. T kasih diatas perkongsian yg menarik ni :)
ReplyDeleteterima kasih bro khir.ar ah air panas memng byak kasiat..kalau letih2 badan memng best la berendam.. :)
DeleteAssalamualaikum...saya orang Sandakan Sabah..da 2x saya p poring tpi lum pena lg smpai dekat Jambatan Gantung dia..hehe...
ReplyDeletewasalam mardiah..owh nanti leh cuba plak panjat jambatan tu.. he..he.. :)
Deleteterbaik...
ReplyDeleteterima kasih bro :)
Deletebestnya Sabah...rasa macam nak kena g jugak sekali kesana :)
ReplyDeletebest sally..nanti jgn lupa pergi ya :)
Deletetakutnya naik jambatan gantung tu...tinggi plak tu..
ReplyDeletehe..he.. mula2 takut la.. lama2 best..tapi yg kurang best kena daki dulu..adoi :)
Deletewahhh cantiknya air sungai yang mengalir tu, masih jernih, kebanyakan sungai kita di semenanjung tak bersih dah kan,
ReplyDeletebaru cerita2 dengan family tentang hot spring, terus terbaca entri sobri ni, hewhew
kebetulan sungguh :)
dekat sana kawasan masih terjaga lg kot fiqah..itu pasai bersih je.. sungai kat semenanjung kalau kat area bandar besar..sedih mata memandang..he..he..
Deleteowh ye ke..nanti jgn lupa pergi ya :)
hijau bumi tuhan
ReplyDeletealhamdulilah :)
DeleteWah . Bestnye . Teringin nak pi ~
ReplyDeleteowh..memng best..nanti p ya :)
DeleteBest..I like the place...very greeny...
ReplyDeletememng sangat hijau..spanjang pjalann nak p pun.. hijau je..
Deletesejuk mata memandang :)
best kan kat sini.... tapi saya pergi bln 7 hari tu canopy walk tutup untuk maintenance.... jadi saya pergi ke kawasan air terjun kipungit.... hehe....
ReplyDeleteowh ye ke.. kesianya.. yg air terjun kipunggit x sempat p masa x mgizinkan..
Deletebest kan tmpat tu...
bawak ar shin pegik ek
ReplyDeleteok sim nanti ka p sama2 ya.. :)
DeleteSya ada pg kesini sekali..mmg best..dgn pokok2 buah tarap yg banyak..nyaman sgt2..klu pg ke sabah lagi,sya mesti dtg ke sini..
ReplyDeletebestkan syaz..pokok tarap.. buah apa ya?? lupaa. ok enjoy u holiday...
Deletebest nya ada canopy walkway.. yang akak pernah pergi di taman negara pahang saja..
ReplyDeletebest sis..owh yang kat hutan negara pahang x pnah try lg..nanti nak cuba la..
Deletebestnya lah kalau masa cuti2 nie dapat gi sana >< hurm..
ReplyDeletepergi la.. lg best kalau p dgn geng sekepala siara :)
Deletebestnya jln2..jujur mmg bukan kaki jln..tapi suka aktiviti lasak...
ReplyDeletesama la kita ya suka aktiviti lasak..
Deletemasa peregi sabah pun pergi sini ..sangat seronok di sini
ReplyDeleteseronok kan acik..he.he.
DeleteAssalammualaikum..sobri,
ReplyDeletewahhh..best nyer pemandangan di sini. Cantik panoramanyer tak tahu mselim3 tgk gambar aje.. dah best kalau gi sini lagi best..
mselim3
wasallam selim..
Deletealhamdulilah memng cantik pemandangan..
nanti jgn lupa p ya muslim..
teringin nk try yg jalan kat titian gantung tu..
ReplyDeletehaha. mesti gayat kan
memng gayat..tinggi betul jambatan ni.. he..he..
Deletetak pernah pergi sabah lagi.... boleh cuba nanti :)
ReplyDeleteok nanti jagan lupa pergi ya :)
Deleteuwaaa teruja pulak. macam nak p. tapi tasneem dah mula sibuk dengan internship. huhu :'(
ReplyDeleteala.. kesianya tasneem.. nanti bila free bleh p dgn kawan2 ya..
Deletemcm best ajeee...tp xpernah lg sampai sabah sarawak..hehe sni pn blom abis jalan
ReplyDeletehe..he.. sama la..itu pun terezeki sampai sana.. sarawak pun x pnah sampai lg..mybe next trip plak... dkat semenanjung pun saya x sampai lg :)
Deletewahhh awesome.. a Hot spring ^^ Not just the hot spring, I wonder when I finally reach Sabah xD
ReplyDeleteya bro awesome place... wish one day..u will reach sabah bro :)
DeleteDaerah Ranau adalah lokasi yang sangat berbaloi untuk dilawati..
ReplyDeletebetul tu bro..byak tmpat boleh dilawati.. :)
DeleteAku bajet nak pergi Sabah 3 tahun lagi. Entah mengapa. :3
ReplyDeleteTengok gambar je rasa macam nak pergi je..(tak pernah ke sabah, sarawak lagi..)
ReplyDeleteHahaha apa pulak pakai heels pergi hiking!! Hahaha itu bahlol namanya, bak kata tuan director crita P ramlee. Kahahaha. Btw, it looks interesting. Nak try jambatan gantung tp dulu kan, Vee pernah naik jambatan ni; kejap je tak sampai 1 minit dh sampai kat sberang tp effect nya kuat sgt kat Vee. Org panggil trauma. 2 hari Vee pening2, sampai jalan terhuyung hayang dan last2 menyembah bumi jugak. Hahaha. Sabar je lah. Tp nak try jugak!! XD Jgn je sampai sminggu thuyung hayang. Hahahaha.
ReplyDeleteterima kasih, maklumat lengkap, kalau sempat akak ke sini nanti..
ReplyDeletewah...menarik tempat nie..bulan 5 tahun depan memang aku dah rancang ngan kawan-kawan untuk ke KK..boleh bookmak entry nih nnt..hehhe
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
tak pernah ke sana lg.. wahh rasa macam best la. kena kumpul duit ni. hehe
ReplyDeleteNampak menarik tempat ni..penuh dgn keindahan alam semulajadi...
ReplyDeletebrapa lama/jam masa lalu d canopy walkway tu?
ReplyDeleteSy nak pg tp bawak anak2. Brp lame uols panjat bukit tu sebelum sampai ke canopy walk?
ReplyDeletetak lama dalm 2 jam.. naik dan trun..
ReplyDelete