Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, hari ini saya ingin kongsikan Tips-Tips untuk jimatkan wang ketika pergi membeli belah, sudah pasti ramai yang sering menghadapi masalah membeli belah terlebih *bajet*, memandangkan sekarang kebanyakan harga barang sudah naik, kesan daripada peningkatan harga minyak, sampai ramai yang naik minyak!, terasa dengan kenaikan harga barang kegunaan harian terutama bagi golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah, bukan sahaja yang tinggal kawasan bandar malah di kawasan kampung.
Mengikut pengalaman saya, harga barang keperluan yang dijual di kawasan-kawasan pekan kecil sebenarnya adalah lebih mahal daripada kawasan besar, contohnya anda membeli belah di giant, jusco, tesco, mydin harga barangan keperluan yang ditawarkan adalah lebih murah dan banyak pilihan, selalu pasaraya-pasaraya begini memberi diskaun yang berpatutan untuk barangan yang tertentu, cuma kita perlu bijak mencari! berbanding di kawasan kampung dima kebanyakkan harga barang keperluan / runcit agak mahal, harga telah ditetapkan. Jadi jangan kata tinggal di kampung tidak terasa kesan kenaikan harga barang, kononya kos hidup di kampung adalah lebih murah, semuanya ada pro dan contra.
Perancangan yang teliti sebelum membeli barang kegunaan harian dan kaedah penjimatan bagi bahan makanan di pasar raya merupakan cara mudah untuk mengurangkan kos perbelanjaan rumah tangga.
- Sekiranya individu hendak menjimatkan jumlah perbelanjaan bulanan masing-masing, pengguna hanya perlu melakukan beberapa penyesuaian yang mudah:
- Pemilihan barangan jenama generik atau ‘store brand’ yang sedia ada di pasar raya sememangnya kedua-dua produk menggunakan bahan yang sama namun pembeli membayar lebih dengan memilih jenama barangan tertentu.
- Ketika membeli-belah, pengguna gemar melihat barangan yang disusun di rak-rak yang teratas dan sentiasa membeli barangan yang disusun pada aras mata sebaliknya ada yang langsung tidak mengendahkan barangan yang disusun di rak-rak bawah. Wal hal, barang-barang yang disusun di rak terbawah merupakan barang yang berharga rendah.
- Bagi mengelakkan perbelanjaan tambahan, konsumer boleh makan sebelum membeli-belah di pasar raya. Ini bukan sahaja dapat menghindari pengguna daripada berbelanja di restoran-restoran makanan segera malah keinginan pengguna untuk membeli bahan makanan yang lebih juga akan kurang kerana tidak lapar.
- Penyediaan senarai barangan yang hendak dibeli akan membantu pengguna ketika membeli barangan harian. Barang-barang yang disenarai dan bahan-bahan yang diperlukan untuk sesuatu hidangan sahaja dibeli dan tidak membeli dengan sewenang-wenangnya mampu mengurangkan kos ketika membeli-belah.
- Individu juga digalakkan membeli-belah secara bersendirian. Membeli-belah bersama keluarga dan anak-anak boleh menyebabkan seseorang berbelanja lebih untuk item yang mereka inginkan serta yang tiada tercatat dalam senarai anda.
- Seandainya pengguna ingin membeli-belah, bawalah sejumlah wang yang kecil seperti RM50 atau RM100. Ia boleh menghindari seseorang daripada berbelanja lebih dan cuma membeli barang-barangan yang diperlukan sahaja.
ARTICLE BERKAITAN
Good tips sobri...click-clik kat sini..
ReplyDeleteterima kasih kak :)
Deletelistkan dulu apa yg nak dibeli . Bawa duit belanja cukup2 jer ...
ReplyDeleteitu yang sebaiknya wee :)
DeleteKena apply tips ni..
ReplyDeleteya, betul tu, yg penting perkahwinan yang ada rahmah & mawaddah..diberkati Allah SWT..
terima kasih kak..insaallah :)
DeleteWhich is why I hate to do shopping, because I always spend more than my expenses. Shopping with our parents around is the best xD
ReplyDeleteha..ha.. aku pun harap macam itu bro.shoping dgn family memng best..semua dorg byarkan itu zaman belajar la.. bila dah keja.. semua kena byar sendiri..baru tahu menghargai nilai wang :)
DeleteTips yg bgus ni..sllu je sya terbuat cmni ni..lpasni nk ikut tips ni plak..tq for sharing ya ^_^
ReplyDeleteye ke adriana..ok lpas ni jgn lupa ikut tips yg diberi ok..
DeleteBagus tips ni.. mudah2an dpt lebih berjimat..
ReplyDeleteklik nuff sini.. :)
terima kasih bro khir :)
Deletebagus tips ni.. paling penting senaraikan barangan yang hendak dibeli dan pastikan membeli ikut senarai tu.. wah, rm24k tu harga cincin..
ReplyDeleteha.ha.. skrg tgah gigih nak menabung ni..nak belikan cincin berlian utk bakal isteri..ok kak jgn lupa ikut tips yg diberikan ok :)
Deletetips yg patut diikuti...org muda cam sobri patut berjimat cermat simpan duit utk 1kg emas buat bakal isteri n emak/ayah juga mahu 1kg emas atau lebih....ha.ha mokcik pesan ni.
ReplyDeletegood tips!niesa sll b4 shopping dh wat list n mmg akan bawak duit ckp2 je..kalau bawak lebih t mmg akan blanja lebih..
ReplyDeleteAssalammualaikum..sobri,
ReplyDeletewahh bagus tips nie.. betul tips2 nie.. kalau mselim3 berbelanja kena bwk list barang kalau x nanti x pasal kita membeli brang yg tak perlu..
mselim3
nice tips... betul tu.. seratus tu sekali beli je..,
ReplyDeletetips yg bagus.. nanti kalau shopping xla membazir. no 2 tu baru tau sebenarnya
ReplyDeletesetujuuuuu dengan tips sobri ni... :)
ReplyDeleteokey tasneem nak praktik kan tips tu laa :)
ReplyDeletenice tips..bagi mereka yang nak shopping barang keperluan rumah seloknya buat list dulu mengenai barang yang takde..kang sampai supermarket, semua benda rasa nak beli..hehehe
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
selalu je tersasar.. haha.. pergi shopping plak bawa debit, itu yg tak kisah sikit tu bab belanja.. hadoi
ReplyDeleteBetul tu Sobri...barangan di pekan2 kecil jauh lebih mahal dari pekan2 besar...thx for the tips...biasanya noe mmg sediakan list awal sebelum pergi ke pasaraya...mudah...tak perlu nak fikir masa ada kat sana..jimat masa n jimat penggunaan memori n otak :) hehehe
ReplyDeleteKadang-kadang boleh terlupa, walaupun kita dah set nak belanja RM100 sahaja, tapi kalau dah tengok benda2 yang menarik..hmmm. Apapun disiplin tu penting
ReplyDelete