Tips Untuk Berjimat Cermat | www.sobriyaacob.com

Tuesday, December 24, 2013

Tips Untuk Berjimat Cermat


Assalamualaikum & salam sejahtera semua, seperti yang kita sedia maklum bahawa tahun 2014 adalah tahun *Naik*, di mana naik harga tol, tarif elektrik, tambang Lrt, cukai Gst & tambang sekolah di naikan, serta subsidi gula, subsidi petrol, subsidi gula dikurangkan subsidi secara tidak langsung menyebabkan pengguna terpaksa membayar lebih dan memberi kesan kepada kewangan individu tersebut.


Disebabkan itu, untuk entry kali ini saya ingin kongsikan cara-cara untuk berjimat cermat, di mana mungkin dapat membantu kita semua untuk menghadapi situasi peningkatan harga barang keperluan harian yang menjadi-jadi sekarang!.

Berikut adalah beberapa tip untuk berjimat cermat dalam urusan kewangan keluarga untuk dijadikan panduan kita bersama: 

Tip 1: Sediakan bajet kewangan keluarga 

Ukurlah baju di badan sendiri. Elakkan berbelanja di luar kemampuan. Melalui bajet kewangan, perbelanjaan dapat dikawal. Utamakan yang utama bagi keperluan keluarga. 

Tip 2: Merancang kewangan untuk masa depan 

Sediakan payung sebelum hujan. Wujudkan simpanan tetap atau tabungan untuk masa depan atau kecemasan. Boleh juga membuat simpanan dalam skim takaful yang memberikan manfaat perlindungan yang tidak kita dapati dengan simpanan biasa. Bagi mereka yang berminat dengan amanah saham, pilihlah yang terbaik untuk membuat pelaburan. 

Tip 3: Masak sendiri 

Kurangkan makan di kedai. Ini lebih jimat, terutama bagi keluarga yang ramai. Air tangan ibu atau isteri akan mengikat kasih sayang antara keluarga serta lebih terjaga kebersihannya. Secara tak langsung keluarga yang sihat akan mengurangkan kos perubatan yang tidak kurang mahalnya. 

Tip 4: Bawa bekal ke pejabat atau sekolah 

Jangan malu untuk membawa bekal ke pejabat. Malahan anak-anak juga perlu diajar membawa bekal ke sekolah. Dengan cara ini kita dapat berjimat paling kurang RM3 sehari. Duit yang dijimatkan ini boleh dijadikan simpanan untuk masa hadapan dan kecemasan. 

Tip 5: Elakkan memandu kenderaan sendiri 

Walaupun harga minyak telah turun sedikit namun amalan berjimat akan sentiasa menguntungkan kita. Gunakan kenderaan awam seperti bas, komuter atau LRT sebagai alternatif. Atau boleh juga berkongsi kereta dengan rakan sepejabat. 

Tip 6: Jimatkan penggunaan air, elektrik dan gas 

Keluarga perlu dididik untuk menghargai nikmat ini dan elakkan dari pembaziran. Tutup peralatan elektrik di ruang yang tidak digunakan. Berpada-pada menggunakan pendingin udara, begitu juga air di bilik mandi ketika mandi atau mencuci. 

Tip 7: Tanam sendiri sayur-sayuran 

Serai, kunyit, daun pandan dan daun kari mudah untuk ditanam. Bagi yang tidak mempunyai tanah dan ruang masih boleh menanamnya di dalam pasu. Begitu juga sayuran seperti sawi, kangkung, cili malahan pisang juga tidak susah untuk ditanam. Mengamalkan cara ini akan dapat menjimatkan perbelanjaan keluarga dari perlu membeli sayur-sayuran yang telah ditanam seterusnya dapat mengisi masa lapang bersama keluarga. 

Tip 8: Elakkan membawa anak-anak ketika membeli belah 

Ini satu langkah yang baik, kerana kehadiran anak-anak biasanya mendorong kita membeli barang-barang yang tidak sepatutnya dibeli. Seelok-eloknya senaraikan barang-barang yang ingin dibeli terlebih dahulu sebelum keluar membeli belah. Cara ini dapat menjimatkan masa dan juga menggelakkan tabiat boros berbelanja. 

Tip 9: Beli secara pukal 

Ini jauh lebih murah berbanding jika kita membeli secara sedikit demi sedikit. Begitu juga dengan saiznya. Beli barang-barang sama ada untuk stok seminggu atau sebulan. Ini akan menjimatkan wang dan masa. 

Tip 10: Lakukan perbandingan harga dahulu 

Amalan ini adalah penting kerana kadang kala terdapat perbezaan harga di antara kedai, lain tempat lain harga walaupun barang yang dijual adalah sama dari segi jenis dan kualitinya. Amalan ini membantu juga untuk berjimat. 

Tip 11: Kurangkan pembelian barangan berjenama 

Dalam situasi ekonomi yang merosot kini, kita tidak perlu terlalu berkira tentang jenama barangan yang ingin dibeli. Jika barangan tersebut mempunyai kualiti yang baik setanding dengan barangan berjenama, kita sebagai pengguna harus bijak memilihnya. 


P/S:Diharapkan agar panduan di atas dapat memberikan sedikit sebanyak informasi dan panduan berguna kepada kita sebagai pengguna dalam menghadapi situasi ekonomi serta peningkatan harga barang yang tidak menentu, seterusnya menjadikan kita sebagai pengguna yang bijak.



36 comments:

  1. Insyaallah, kalau berdisiplin semuanya mencukupi, tapi kalau nak senang kena rajin cari income tambahan, apapun, berjimat cermat amalan mulia

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju sis..nak senag kena keja lebih..yg penting berdisiplin dlm perbelanjaan.. he..he.. :)

      Delete
  2. terima kasih info,,.. ada yang keluarga kami dah amalkan. ada jugak yg belum.. in shaa Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insaallah sama2 kita amalkan.. your welcome sis :)

      Delete
  3. lepas nie tiap2 bulan kena buat belanjawan... hehe..
    lagi satu tips rekod segala perbelanjaan.. walaupun nampak remeh, tapi kita tau cash flow money....

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak nak wat acc tu yg leceh..tapi kalu x rekod buat perbelanjaan memng x nampak aliran kluar dan masuk..takut yg kluar lebih dari masukk..barulah sakit.. tq sharing sis:)

      Delete
  4. tips yang sangat bagus ..^_^ kena berjimat nie

    ReplyDelete
  5. Life is getting harder and harder T_T
    Semua nak mahal dah sekarang ni, semua nak naik harga, macam nak protes pula ika rasa,
    tak nak duduk malaysia laa, nak duduk negara yang kos hidupnya rendah, boleh gitu? haha
    nak kawin pun jadi teragak2. Allah, permudahkan laa segalanya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..ika life getting harder and harder!! it true..
      tambah mcm saya yg baru nak hidup bdikari sendiri..
      ha..ha.. ok kalau xmau duk malaysia boleh duduk kat bagladesh!! stement menteri..ha..ha..
      kawin lah awal2 sbleh gst memberi kesan kpada knaikan harga #skadar luahan pendapat, rakyat yang mengundi.. :P

      Delete
    2. hadoiiii....a'ah memang nak pergi bangladesh je terus senang...amboii menteri tu kan ahahahha
      sedang merancang2 nak kawin laa ni hewhewhew

      Delete
  6. wah.. PM pon dah jadi selfie mcm Presiden America..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya pm.. pun nak fight sapa pling cute selfie dgn Mr obama kot??
      rasanya la.. tapi don worry datin rosmah mansur paling cantik bila bersefie????
      menjawap soalan x gee.. :P ha..ha..ha.

      Delete
    2. cantik sangat........ *tangan kat bahu mata juling* opsss..

      dok eh tak po eh.. saya tak tanyer ape2 pon kat atas tu.. kui3..

      Delete
  7. urmm... nak tak nak kene berjimat la jawabnya.. thanks sharing info^^

    ReplyDelete
  8. hurmmm cuba dulu sebelom ngeluh itu naek ini naek kannn

    ReplyDelete
  9. jgn bawa anak masa pi berbelanja . itu mmg betul . selalunya mmg rabak dan off budget . ibu bapa tak sampai hati nak tolak permintaan anak . topup inti .

    ReplyDelete
  10. Mmg kena merangka betul2 perbelanjaan utk tahun depan.. kena kurangkan perbelanjaan yg merapu2 kan.. T kasih diatas perkongsian ini bro Sobri.. :)

    ReplyDelete
  11. kena ubah gaya hidup saranan dari RM..tip 7 tu payah sikit sbb duduk rumah bertingket-tingket..tu yg payah bila terlalu mengikut rentak kapitalis..the domino effect sgt menakutkan..

    ReplyDelete
  12. Knor dh biasa berjimat...mmg jarang sgt mkn luar ni, suka masak, nk kfc, bt..nk pizza juga buat, nk mkn sedap2 semua bt..msk ala2 lima bintang..paling teruk pun sardin..ikn bilis,..msk ikn bilis bertaraf 5 bntang..hehe

    ReplyDelete
  13. mesti bijak mengatur belanjawan keluarga agar hidup selesa seadanya walau kehidupan kini semakin menghimpit dgn pelbagai masalah inflasi.

    ReplyDelete
  14. dah takde apa yang nak dijimatkan. semua yang ada sekarang ni cuma cukup-cukup makan. makanya terpaksalah berpuasa bagi mengekang nafsu.

    ReplyDelete
  15. wah banyaknya tips ..kalau boleh buat semua tu mesti boleh save banyak!!! so good luck ya!!!!

    ReplyDelete
  16. Setuju.. and nak tambah from my uncle advise.. " jangan hidup dgn amount gaji.. tapi belajar hidup dengan setengah dari amount gaji tu.." supaya kita tahu nak saving.. :D

    ReplyDelete
  17. semua hrga brg naik ..mungkin agak terbeban bgi yg dah bkeluarga.. hmm.kita yg bujang ni mungkin lah tak sangat.

    ReplyDelete
  18. mmg ssh nak saving skrg..separuh gaji bln2 hbs bayar bil je. tu x termasuk beli brg2 dapur lg semua.hmm..

    ReplyDelete
  19. life is all about cost..fuhhh...
    org dulu2 cakap duet macam air yg mengalir cepat no abes,tapi skrg duet mcm air terjun yg mengalir deras lagi cepat abes

    ReplyDelete
  20. Bukannya penting berapa besar gaji yang kita dibayar tapi berapa banyak yang kita simpan setiap kali..benarkah?

    ReplyDelete
  21. nice sharing.. waktu2 perayaan dan tahun baru mesti shopping sbb banyak sale

    ReplyDelete
  22. My family dh mula buat perbandingan harga dahh. Haha. Dh tau mana port nak beli barang next time. Nak tanam sayur tu susah sikit, sebab semua bekerja; takda orang nak jaga. Kalau tak dijaga nanti tak menjadi lakk. Hiks.

    ReplyDelete
  23. bab masak sendiri tu yang payah sikit sebab aku tak reti memasak..hehehe..tapi tips yang lain tu berguna gak utk diri ini..thanks dor sharing this achik..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  24. Assalammualaikum.. sobri.

    tips2 nie semua bagus2. Cuma nak tanam sayur sendiri tu yg payah.. kat umah taman mselim3 cuma boleh tanam daun pandan,serai dan sikit2 aje..masalah tanah biasalah kan.

    mselim3

    ReplyDelete
  25. sangat bermanfaat kesemua tips ini.. bab tanam sayur tu mak akak rajin sangat menanam walaupun rumah kami tinggal sekarang ini tanahnya sekangkang kera je (rumah teres).. hehe..

    ReplyDelete
  26. emm bagus tips ni tapi ttp tak puas hati sbb byk brg dah naik..even tol pun naik..emmm getting harder sbb gaji tak naik2..haha aduyai..-_-

    ReplyDelete
  27. datang lagi isi tabung inti...

    Regads,
    -Strider-

    ReplyDelete

Sob - A travel enthusiast with passion for hiking, outdoor adventure, photography and writing.