Assalamualaikum dan salam sejahtera, mesti ramai disini yang meminati Filem francise perlumbaan kereta terkenal iaitu The Fast and The furious yang dilakonkan oleh Paul Walker. Seperti yang kita sedia tahu Paul Walker yang meninggal dunia minggu lepas akibat terlibat di dalam kemalangan ngeri yang mana kereta yang dinaiki beliau terbakar. Beliau yang dalam perjalanan untuk mengikuti aktiviti amal “Reach Out Worldwide”, mati di tempat kejadian sejurus Porcsche Carrera GT yang dipandu oleh rakan baiknya, Roger Roads (turut terkorban) terbakar akibat impak dari perlanggaran dengan lampu jalan dan pokok.
R.I.P Paul Walker (1973-2013)
Disini saya ingin kongsikan video tribute yang dihasilkan oleh team Pasukan (krew) francis filem Fast and Furious yang telah melancarkan sebuah video penghormatan ke atas Mendiang Paul Walker yang sungguh menyentuh perasaan. Setakat ini sebanyak 24,496,088 orang telah menonton di youtube. Bila menonton kembali video tribute, teringat aksi-aksi yang dilakonkan oleh mendiang paul walker antara filem francise kegemaran saya ialah 2 Fast 2 Furious (2003) dan Fast & Furious 6 (2013)
Seperti yang kita sedia maklum Paul Walker memainkan watak sebagai Brian O'Conner, dan juga dikenali dengan nama samaran "Bullet", merupakan seorang bekas pegawai polis yang juga merupakan seorang pelumba haram terkenal dan seterusnya menjadi seorang ejen FBI. Dia dilucutkan jawatan sebagai pegawai polis selepas tamat jalan cerita The Fast and the Furious kerana melepaskan Dominic Toretto yang menjadi suspek utama kes rampasan lori kontena. Untuk membersihkan rekodnya daripada kesalahan bersubahat, dia diberi tawaran bekerjasama dengan pihak FBI untuk menumpaskan sindiket pengedaran dadah di Miami yang diketuai Carter Verone dalam filem 2 Fast 2 Furious. Kejayaan operasi tersebut menyebabkan Brian ditawarkan bekerja sebagai seorang ejen FBI. Dalam filem Fast and Furious, dia memburu dalang sindiket penyeludupan dadah merentasi sempadan AS-Mexico, antara sedikit sebanyak watak yang dilakonkan oleh Paul Walker dalam siri francise filem The Fast and The furious
Di bawah ini saya senaraikan filem francise The Fast and The furious
- The Fast and the Furious (2001)
- 2 Fast 2 Furious (2003)
- Turbo-Charged Prelude (2003)
- The Fast and the Furious: Tokyo Drift (2006)
- Fast & Furious (2009)
- Los Bandoleros (2009)
- Fast Five (2011)
- Fast & Furious 6 (2013)
- Fast & Furious 7 (2014)
P/s: Dikhabarkan produksi pembikinan filem terbaru, Fast and Furious 7 akan ditangguhkan buat sementara waktu, Pihak Universal Studio dalam kenyataannya mengumumkan bahawa francise filem tersebut tidak akan dihentikan.Tak sabar saya nak menunggu filem Fast & Furious 7 ditayangkan, apa yang saya tahu filem sambungan Fast & Furious 6 sedang menjalani pengembaraan filem sebelum mendiang paul walker maut akibat kemalangan yang pasti kita tunggu sahaja hasil filem ini nanti:)
meremang bulu roma niesa tgk video ni..hihi..rasa sebak sedikit wpn bkn peminat F&F
ReplyDeleteitulah tambah2 saya peminat f&F,, bila tgokvideo tribute tringat filem2 lama yg dilakunkan oleh mendiang :)
Deletemesti terasa sungguh kehilangan peminat-peminat mendiang,,
ReplyDeleteyup cik itah memng terasa :)
Deleteitulah acik pun suka lakonannya.. ajalnya telah sampai.. kini mungkin kita pula .. dah bersedia ?? ermm
ReplyDeletebetul acik..ckupkah amlan kita untuk dibawa di sana?? saya pun suka lakonan mendiang :)
Deletesinggah..
ReplyDeletetq..bro :)
Deleteika pun ternanti2 apa yang akan berlaku dalam fastnfurious7...rip paul walker :')
ReplyDeletesama la kita ya ika.. ternanti2 apa yg terjadi..mungkin akan ada perubahan skrip agknya..
Deletetu laa..re-script banyak kena buat ika rasa..
Deletetasneem tak pernah tengak fast&furious. huhu video kat atas pun broadband tasneem tak mengizinkan tasneem tengok -..-' maklumlah selembab lembab kek karemel, lembab kemain lagi broadband tasneem. :D
ReplyDeleteowh sayangnye..nanti tgok la secara online smua ist movie kat atas..memng best :)
Deleteterasa sebak juga tengok klip ni..
ReplyDeletesaya peminat Paul Walker juga..
betul tgok tribute tu ..teringat lakonan mendiang..so sad :(
Deleteajal tak mengenal usia..
ReplyDeleteSebak juga.. walaupun sy bukan kaki kereta, tp sy mmg minat lakonannya. Cerita Fast & furious mmg sesuai dgn beliau.. thanks sharing bro Sobri..
ReplyDeletesama la bro khir..sangat meminati lakonan dia..antara smua francise f&f mana ada lakonan mendiang mesti best! :)
DeleteTha ks for the share...rietta pown nk tunggu FF7 jugak...
ReplyDeleteur wc riett..x sabar nak mnunggu di pawagam..
Deletepelakon dikenang dgn wataknya ... isi tabung transitions .
ReplyDeleteterima kasih sis :)
DeleteSebagai seorang peminat filem francise The Fast and The furious video nie buat gua sedih bro especially theme song .RIP Paul Walker
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
betul tu bro...memng sedih tgok tribute ni..lg yg x leh tahan dia punya theme song..alamak sahdu :)
Deleteterasa sebak menontonnya.. :(
ReplyDeleteSo sad...its a real tribute..thanks for sharing sobri..Click-clik kat sini..
ReplyDeleteNot much of a fan of Fast and Furious, but good things they are making new movie.
ReplyDeleteeh, apesal x penah dengar pun cerita Turbo-Charged Prelude dengan Los Bandoleros tu..?
ReplyDeleteyang tu,,utk short movie cuba google ada movie dia bro :)
DeleteLaa poli Seberang Perai ke? Tapi skrg da habis study la eh?
ReplyDeletePaul Walker in memories~ Suka sgt dekat dia ni
ar ah dulu blajar kat psp.. dah abih stdy dah..stdy kat uitm pmtang pauh ke?
DeleteSatu kehilangan besar buat produksi Fast & Furious..
ReplyDeletenak cerilah filem2 ni . nk wat collections ...
ReplyDeletenak cari movie2 ni nak wat collections ...
ReplyDeletehm.. :) suka sgt Fast and furious :)
ReplyDeleteFast & Furious x bess tanpa Paul & Vin Diesel..sape la pengganti Paul agaknya
ReplyDeleteTengok jugak cerita ni..Tak sangka, dah mati heronya...Kematian yg tragis pulak tu. Kalau mati sebab dadah atau bunuh diri tu dah selalu dengan, mati sebab eksiden, lain perasaannya. Ironinya, Paul Walker berlakon dalam cerita kereta laju..dan mati juga kerana kereta laju
ReplyDelete