Assalamualaikum & salam sejahtera, apa khabar semua? diharapkan anda semua ceria-ceria selalu, Untuk entry Travel pada kali ini, saya akan membawa anda semua ke destinasi yang tidak kurang popularnya di Pulau Pinang iaitu Pulau Aman yang terletak di 16 kilometer nautika dari tanah besar Seberang Perai dan berada dalam daerah Seberang Perai Selatan. Tarikan utama disini mestilah mee udang dan fresh seafood. Selain itu bagi yang gilakan aktiviti memancing di sini, memang banyak port untuk memancing & paling best pemandangan disini memang cantik pemandangan kampung nelayan melayu, memang klasik
Sebelum itu bagi yang belum pernah baca entry pengembaraan saya yang terdahulu di sekitar pulau pinang dan sabah anda boleh klik di atas bahagian Pengalaman percutian atau boleh klik di bawah.
Sebelum itu bagi yang belum pernah baca entry pengembaraan saya yang terdahulu di sekitar pulau pinang dan sabah anda boleh klik di atas bahagian Pengalaman percutian atau boleh klik di bawah.
- Penang Art Street, Penang, Malaysia
- Padang Kota Lama, Penang
- Teluk Bahang Dam & Pantai Miami
- Taman Negara Teluk Bahang, Penang
- Jeti Teluk Bahang,Pulau Pinang
Antara tarikan lain yang ada di sekitar Pulau Aman ini adalah Telaga Emas, Gua perompak, kubur lama, kawasan rekreasi, Ternakan ikan sangkar, Ternakan kerang, Ladang rusa dan lain-lain lagi.
Bagaimana cara untuk sampai ke Pulau Aman.
- Sekiranya anda melalui lebuh raya, exit ke tol Bukit Tambun dan terus memandu ke Stadium Batu Kawan dan jalan terus sampai ke Jeti Batu Musang
- Untuk kesini memang senang, banyak disediakan signboard berwarna coklat yang bertulis Pulau Aman / Jeti Pulau Aman, just follow the signboard u will find this place.
Maklumat Tambahan
- Harga tiket sebanyak RM6.00 pergi dan balik, tiket dibayar di jeti Batu Kawan.
- Dikenakan RM2.00 untuk parking kereta, keselamatan kereta terjamin ada yang menjaga.
Ok, inilah tempat menunggu, kalau anda zoom gambar ini, kalau anda perasan ada Jambatan Pulau Pinang *nampak tak* rasanya itu jambatan pulau pinang yang kedua. Pemandangan disini memang cantik, rasa sejuk sebab angin laut memang sempoi angin sepoi-sepoi bahasa :P. Sambil menunggu feri datang bolehlah bergambar puas-puas dulu. Masa saya sampai di sini memang ramai orang tengah memancing dan menjala di sekitar kawasan jeti
Inilah Jeti batu Maung, sekiranya hendak ke Pulau Aman harus menaiki perkhidmatan feri / bot, tunggu sahaja di depan jeti setiap 1 sejam sekali feri akan datang *tapi mengikut kata abang yang drive feri, pada hujung minggu setiap setengah jam, feri akan datang sebab ramai penumpang*. Sebenarnya ini pertama kali saya ke Pulau Aman, pernah datang sekali tapi lepak di sekitar kawasan jeti batu Maung sahaja, so really excited waiting what Pulau Aman offer will for me, let explore gais.
Group brother Ini datang untuk memancing, masa menunggu feri datang sempat jugaklah menyembang dengan brother-brother ni, diaorang pun kelakar jadi memang masuk bila menyembang dan ini first time mereka datang memancing dekat Pulau Aman sebab tanya jugak apa yang menarik dekat sana, tapi seorang pun tak tahu apa yang menarik di pulau aman kecuali Mee udang, rasanya brother-brother ni mesti banyak dapat ikan sebab bukan main banyak lagi peralatan memancing yang dibawa. Perjalanan menaiki feri ke Pulau Aman Rasanya dalam 4.-5 minit, tambang dibayar di sebelah pulau sebanyak RM 6.00 untuk pergi dan balik.
Inilah Jeti Pulau Aman, dekat sini ada jeti yang baru dan jeti lama, bagi anda yang inginkan rasakan susana kampung nelayan / persekitaran laut saya memang mengesyorkan kunjungan anda di sini :P
Di bawah saya kongsikan pemandangan yang ada di sekitar pulau Aman, memang terasa cukup aman dan damai dekat sini sesuai dengan nama yang diberi, very nice view! bagi yang suka photography & gemar bergambar! pemandangan di sekitar perkampungan nelayan ini memang tidak menghampakan
Macam mana? memang cantik pemandangan di sekitar tepi pantai, disebabkan kami datang agak awal, perut pun masih kenyang, kalau nak pekena mee udang awal-awal pun tak berapa nak feeling lag kena tunggu perut betul-betul lapar barulah best Makan Mee Udang, jadi kami membuat keputusan untuk berjalan-jalan dahulu di sekitar kampung dahulu, tengok apa yang menarik ada di sini. Misi Pertama pergi ke Telaga emas, dengan harapan boleh jumpa seketul dua emas mentah untuk dibawa balik sebagai ole-ole. *Telaga emas dengan Mee udang saya akan tulis di part 2*
Jangan risau bagi anda yang pertama kali datang kesini, kemudahan awam di sini memang tersedia lengkap, tandas awam bersih, tapak memancing pun sempoi, chalet atau perkhidmatan Homestay pun banyak dan paling penting line telefon memang penuh coverage.
Salah satu rumah penduduk pulau yang menyediakan perkhidmatan Homestay, jangan risau boleh dikatakan kebanyakkan rumah di pulau ini memang menyediakan perkhidmatan homestay / bilik untuk disewa.
Di bawah pemandangan rumah penduduk di pulau Aman, di sini ada disediakan trek, ikut sahaja trek yang disediakan insha allah tidak akan sesat, kebanyakkan rumah kediaman di bina di depan pulau, lebih kurang 50 rumah. Cantik juga rumah di sini dicat berwarna warni,mungkin disebabkan pulau aman antara salah satu kawasan tarikan pelancongan terbaru di Pulau Pinang.
Dekat kawasan kampung ini anda akan menjumpai kandang kambing, kandang ayam, kandang itik, sangkar burung, memang best rasa macam balik ke kampung, bagi anda yang teringin sangat nak rasa suasana kampung nelayan memang digalakkan mengikuti program Homestay yang ada disediakan disini, di mana anda akan merasai sendiri pengalaman yang dilakukan oleh penduduk setempat. Paling penting makcik-makcik dekat sini memang peramah.
Rumah Penduduk Kampung di pesisir Pantai, Rasanya kebanyakkan penduduk masih ramai yang menjadi nelayan, sebab banyak di jual hasil tangkapan laut yang segar-segar di jeti.
Sebelum itu, saya kongsikan sedikit sebanyak sejarah dan kedudukan Geografi Pulau Aman
- Mengikut cerita lisan penduduk tempatan, Pulau Aman mula diterokai oleh penduduk Kedah pada tahun 1783 dan menjadi tempat perlindungan selepas tercetusnya peperangan di antara Kedah dan Siam. Sekitar tahun 1940-an hingga 1960-an, terdapat sekitar 1000 orang penduduk yang terdiri daripada berbilang kaum tinggal di sini. Namun, penghijrahan besar-besaran ke tanah besar telah berlaku pada tahun 1960-an menyebabkan jumlah penduduk semakin berkurangan.
- Pulau Aman terletak kira-kira 16 kilometer nautika dari tanah besar Seberang Perai dan berada dalam daerah Seberang Perai Selatan. Secara amnya, Pulau Aman merupakan salah satu pulau kecil paling hampir dengan Pulau Pinang selain daripada Pulau Jerejak dan Pulau Gedung. Namun, Pulau Aman merupakan satu-satunya pulau yang mempunyai penghuni. Sebanyak 95 peratus Pulau Aman yang berkeluasan 115.2 hektar masih diliputi hutan.
Salah satu lokasi yang sangat menarik di sekitar pulau Aman, kawasan pesisir pantai berbentuk u, seriously kawasan ini kalau outdoor weeding atau shoot gambar pre wedding memang cantik giler, teringat pula gambar pre wedding cik Ta dan Zain dekat Bali, kalau pandang sekali imbas lebih kurang sahaja pemandangan,* jadi bagi anda yang mencari lokasi untuk bergambar Prewedding tanpa bersentuhan tangan seperti gambar Cik Ta dan Zain Saidin bolehlah datang kesini, at least jimat tak perlu pergi jauh-jauh sampai ke Bali nak short gambar, Jimat bukan! *
well u know la, dengan keadaan ekonomi sekarang semuanya perlu berjimat, sekarang nak makan pun makan sayur kangkung hari-hari nak berjimat, sayur lain mahal :P Back to topic lokasi ini antara yang paling awesome di pulau aman, kalau berjalan sampai ke hujung, rasanya kalau time air surut mungkin boleh ke pulau sebelah.
well u know la, dengan keadaan ekonomi sekarang semuanya perlu berjimat, sekarang nak makan pun makan sayur kangkung hari-hari nak berjimat, sayur lain mahal :P Back to topic lokasi ini antara yang paling awesome di pulau aman, kalau berjalan sampai ke hujung, rasanya kalau time air surut mungkin boleh ke pulau sebelah.
Sebenarnya permukaan yang kelihatan berwarna putih, bukanlah pasir tapi himpunan kulit kerang itu yang membuatkan kawasan ini kelihatan sangat cantik bila bergambar.
Untuk Entry Part 1 di Pulau Aman saya hanya memaparkan keindahan panorama yang terdapat di sekitar Pulau, untuk entry yang berikutnya part 2 (clik here) saya akan kongsikan tarikan utama di Pulau Aman iaitu Mee Udang, di mana kebanyakkan yang datang kesini tujuan utamanya untuk merasai keenakkan mee udang di sini yang saiz udangnya memang besar dan yang paling best segar daripada laut :P
P/s: Pulau Aman, penang sungguh sesuai dengan nama yang diberi memang rasa aman dan damai, sekiranya anda mencari tempat untuk menghilangkan stress dan merasai makanan laut yang segar saya mencadangkan anda untuk mengunjungi sendiri pulau ini, pemandangan di sekitar pulau ini sangat menarik apalagi sempena dengan tahun melawat Malaysia 2014, jadikan Pulau Aman salah satu tempat wajib kunjungan anda :P
P/s: Pulau Aman, penang sungguh sesuai dengan nama yang diberi memang rasa aman dan damai, sekiranya anda mencari tempat untuk menghilangkan stress dan merasai makanan laut yang segar saya mencadangkan anda untuk mengunjungi sendiri pulau ini, pemandangan di sekitar pulau ini sangat menarik apalagi sempena dengan tahun melawat Malaysia 2014, jadikan Pulau Aman salah satu tempat wajib kunjungan anda :P
amboi excited ya lompat lompat gitu hahahhaa
ReplyDeletecongratssss :D hihhi
ha..ha.. mybe terlebih excited..bila bdamping dgn alam smula jadi :)
Deletelompakan yg awosekan :P
Wahh bestnya. Permandangannya cantik & bajet pun agak berpatutan.. t kasih diatas perkongsian bro Sobri.. Salam Jumaat.. :)
ReplyDeleteya lokasi percutian yg menarik.. bajet dan mkanan laut yg best.. salam jumaat bro khir...
Deletesalam sobri.. menarik tempatnyaa... teringin jugak nak pegi.. thanks for sharing.. ^^
ReplyDeletewasalam fatin..insaallah nanti dtang ke peneng jgn lupa pergi ke sini ya :)
DeletePatutlah namanya pulau aman . Suasananya pun nampak aman .
ReplyDeleteya..memang aman sokmo kat sini vee :)
DeleteCantik pemandangan laut..suasana kampung pun nampak best...tapi paling best ialah mee udang..nyum..nyum..
ReplyDeleteya mee udang di sana memng terbaik... best suasana kmpung nlayan mcm ni :)
Deletegrrr tergoda nak gi sana la cuti nanti haha
ReplyDeleteoh ya..saya pun jatuh cinta kat pulau ini :)
Deletealolololo melompat ala kekanak ribena
ReplyDeletelompatan anak2 rabina shin :)
Deletemee udang?mcm pernah dnga..udang tu mmg seekor udang yg besar ke dlm mee?suka tgk pantai yg penuh dngan kulit kerang..dr jarak jauh btl2 mcm pasir..harap2 boleh jejak kaki ke pulau ni jugak..
ReplyDeleteclick ikea utk sobri!selamat berhujung minggu babe! :)
ya kalau niesa pnah dgar..kat sana..memang popular dgn mee udang..
Deleteagak bsar la.. harga udang fresh yg dibli drpada jeti bleh tahan jugak ..bgantung kpada bajet..
insaallah nanti nisa akan sampai ok :)
aku selalu p penang..tapi x pernah sampai lagi pulau aman..
ReplyDeletelangkawi memang selalu la..hehe
owh..aq langkawi baru skali p..
Deletetapi pulau pinang..stiap minggu p..
he..he..nanti cari la port ni kat p batu tambun bro :)
cumilnya dia lompat.
ReplyDeletemacam tengah cakap "kita enjoyyy!!"
haha.
pulau pinang tak pernah pergi lagi.
inshaAllah, akan sampai. inshaAllah ^^
ha..ha.. tq gee.. kamu yg ke 1000 juta puji..ah terharunya.dgn gaya lompatan saya..
Deleteramai yg prasan dgn kwujutan diri ini.. :) agak2 nora danish bagi 4 bintang x ? :)
insaallah amin ..
nora danish nak bagi 4 bintang pon segan en.Sobri.
Deletedia pon tak lompat secomel ni.
mwahahhaha..
wah.. tingginya sobri melompat.. bila tengok suasana kampung ni tiba-tiba teringat pula kampung akak.. mesti sedap mee udang tu.. menabung ikea..
ReplyDeleteha..ha.. dah orgnya tinggi kak..bila melompat lg lah nampak tinggi..terima kasih
Deleteunik betul kulit kerang yang ada kat pantai tu.. berjalan kat sana kena pakai alas kaki la kan.. kalau tak boleh terluka tapak kaki tercucuk cengkerang..
ReplyDeleteye la, kalau x pakai selipar..comform.. kaki terluka dek tercucuk dgn kulit kerang... :)
DeleteBila la akak nk pergi ke p.aman ni...
ReplyDeleterupanya byk tmpt yg menarik kt malaysia ni
indah2 belaka...
ya smuanya indah2..
Deleteperlu kita explore..
nanti dtg pnang jgn lupa p sini ya kak..
memang cantik semua picview...berkenan memandangnya lbh lagi kerana keindahan perkampungan nelayan Melayu yg aman damai....pulau seaman namanya...
ReplyDeleteya..saya pun suka pemandangan mcm ni sis.. tenang dan mendamaikan.. pkampungan nelayan yg mnarik :)
DeleteWah. Ini memang best! Sebab tandas dia kat awan. Kan? Haha..
ReplyDeleteha.ha.. it funny vee..nora bg 4 bintang :P
Deleteterbaik entry penuh info! pulau ni mcm sesuai utk kaki pancing nie..
ReplyDeletetq bro..lama x nampak ko blogging bro :)
DeleteDah lama tak datang Penang.... amboiii agak2nya berapa kali melompat baru dapat snap cantik macam tu? hehehe
ReplyDeletex banyak ida..ada la dlm 5 kali.. :P ha,.ha..
DeleteLine selow, gambar pun lambat nak loading... bila dah loading baru nampak semuanya cantik. Kulit Kerang tu memang sengaja di tabur ker? Menarik idea tu sebab takde lah kaki kita kotor terkena pasir. Lagi pun berjalan kena pakai kasut la...klu kaki ayam pasti sakit terkena kulit kerang tu.
ReplyDeletex de la ida yg kulit kerang tu..memng original ada kat situ kot> x sure la..ha..ha.. kalau jlan pkai x pakai kasut bleh menderita kaki kena cucuk..anyway memng nice view kat situ..
Deletepegi tmpt yg ada suasana kampung ni memang rasa damai...bolehlah sy pegi pulau aman nt.hee.
ReplyDeletesebenanya bontot kucing sblh sobri tu, haha penat tgk lama2 apebenda tu..haha..
kampung yg aman dan damai..yup kucing tu mngikut je saya p mana2..scary pun ada..nasib baik x naik bot skali masa balik.. :P
Deletecantik...nway bestnya mee udang. Favorite kita tu..mana gambar?
ReplyDeletealzheimer's society & ilovemobile for you!!!
ReplyDeletebelum pernah sampai kesini..pemandangan yg cantik, pantai dgn kulit kerang, kpg nelayan, mee udang..best ni..
ReplyDeleteWow awesome!! So basically this is fisherman village eh? I wish to be there and eat Fresh Ikan Bakar xD
ReplyDeletememang seronok perjalanan yang macam ni. Tapi akak belum pernah pergi lagi ke Pulau Aman
ReplyDeleteserious bro, sepanjang aku ke pulau pinang aku tak pernah tau ade pulau nie rupanya...hehehe..its a small island macam perhentian ke??
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
murah juga kan sobri tiketnya...macam ika nak ke pulau besar, melaka tiket pergi balik rm14...tapi perjalanan tu panjang juga laa dari jeti....bestnyaaaaaa!!!
ReplyDeleteseronokkkkk! bila nak bawak tasneem pulak ni! ^^
ReplyDeleteDari jeti nelayan Pantai Seagate pon boleh pi jugk Pulau Aman nih... tp tambang kena pandai2 adjust la ngn pakcik nelayan kat situ...
ReplyDeleteKlu dari Pulau Pinang bleh pi gk dari jeti nelayan pantai Seagate tu.. tp tambang kena pandai2 adjust la ngn pakcik bot tu... :).. jauh sket la..
ReplyDeletewahhhhh..mmg best..cntik je view dia..kena p tgk nnti :)) boleh mndi x kt sana?
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletenak tanya, klu dr butterworth nak ke pulau aman camne ek?-- guna public transport
Terbaik info berkenaan Pulau Aman !
ReplyDeleteTerima kasih !
Ada no contact chalet x
ReplyDeleteAda no contact chalet x
ReplyDeleteAssalammualaikum. Saya student form 6 dan Saya dalam proses sedang membuat kajian tentang pulau aman. Nak tanya mcm mana admin dpt maklumat2 tentang pulau ini? Ada tak buku, majalah or surat khabar yg admin simpan untuk jadikan sumber untuk penulisan blog ini? I hope you'll reply me ASAP. Thank you.
ReplyDeleteAssalammualaikum. Saya student form 6 dan Saya dalam proses sedang membuat kajian tentang pulau aman. Nak tanya mcm mana admin dpt maklumat2 tentang pulau ini? Ada tak buku, majalah or surat khabar yg admin simpan untuk jadikan sumber untuk penulisan blog ini? I hope you'll reply me ASAP. Thank you.
ReplyDelete