
Salam semua, entry kali ini adalah sambungan part 1, Penang Trip: Pengembaraan di pulau aman, sebelum ini saya berkongsi pemandangan dan suasana yang menarik di sekitar Pulau Aman dan untuk entry kali ini saya akan berkongsi dengan anda salah satu tarikan utama, yang membuatkan ramai pengunjung datang ke sini, iaitu mee udang special. Memang kebanyakan pengunjung yang datang ke pulau ini tidak terlepas untuk merasai kenakan Mee Udang dan seafood daripada pulau aman
Sebelum itu bagi anda yang terlepas membaca entry pertama boleh klik di link ini, seperti yang kita sedia maklum Pulau Aman, kebanyakkan penduduknya masih bekerja sebagai nelayan jadi begitu senang untuk kita mendapatkan Fresh seafood terutama udang *so yummy!*
Bagi anda yang pertama kali singgah di blog saya, anda boleh klik link di bawah untuk membaca pengalaman percutian saya yang lepas.
- Poring Hot Spring, Ranau, Sabah
- Muzium Sabah, Kota Kinabalu, Sabah
- Ladang Tea Sabah, Nalapak, Ranau, Sabah.
- Desa Cattle, Desa Dairy Farm, Mesilau Highland, Kundasang, Sabah
- Penang Art Street, Penang, Malaysia
- Padang Kota Lama, Penang
- Teluk Bahang Dam & Pantai Miami
- Taman Negara Teluk Bahang, Penang
- Jeti Teluk Bahang,Pulau Pinang
- Pasar Berbisik, Jeti Kuala Muda, Kedah
Yang di sebelah kiri jeti yang menjual Fresh seafood dan di belah kanan Restoran Terapung Pulau Aman
Terdapat dua cara untuk menikmati makanan laut di sini, pertama anda harus membeli sendiri seafood di jeti bersebelahan dengan Restoran terapung, harga bergantung saiz dan kuantiti, lagi besar udang yang dibeli semakin mahal harganya bergantung kepada bajet anda dan selepas itu boleh bawa ke Restoren sebelah untuk masak, menu bergantung kepada pilihan anda.
Ataupun bagi anda yang bajet ciput macam saya boleh cuba, ready made mee udang atau menu lain seperti nasi goreng udang, mee goreng udang, koen teow udang kuah kebanyakkan menu yang dijual semuanya ada udang. Harga pula biasa RM6.00 yang special RM10.00
Inilah Jeti yang menjual fresh Seafood ada ketam dan paling banyak dijual Udang lipan, tapi ingat untuk membeli disini harus datang sebelum pukul 12.00 am, lagi bagus datang awal macam-macam pilihan anda. Actually sebelum saya datang ke sini ada lah google sikit mengenai harga seafood yang dijual di sini, ada yang memberi komen harga udang terutama udang lipan / mantis prawns agak mahal dan minimum dijual 1 kg, but i'm not sure sama ada harga yang dijual mahal atau murah, sebab saya memang jarang makan seafood.
Inilah mantis prawns, fresh giler! harga pulak ? oh..la..la mungkin lain kali datang baru merasa, buat masa sekarang bajet yang ada mampu makan mee udang sepinggan RM 6.00 sahaja :P
Udang segar yang baru dikupas, tarikan Mee udang disini. Rasanya sebab utama rasa mee udang di sini rasa sedap sebab menggunakan udang segar, dekat kuah mee boleh rasa kemanisan daripada udang!
Suasana di dalam restoran, waktu saya datang masih awal, bukan waktu hujung minggu, jadi bila nak stay lama sikit dekat restoran ini pun ok, sebab pengunjung tak ramai! tak sesak.
Sambil menikmati mee udang disajikan dengan View yang sangat mendamaikan! dekat sini best terasa sejuk sepoi -sepoi bahasa bila kena dengan tiupan angin laut! *terbalik bahasa bila nak menaip, punya nak menggambarkan situasi yang berlaku :P
Tengok saiz udangnya, besar bukan tapi kalau dapat makan udang lipan lagi best, kalau nak makan fresh udang lipan kena beli di jeti dan boleh suruh masak di restoran. Apa yang saya order satu pinggan mee udang special dan biasa! ok jemput makan semua.
Ni antara komen yang saya baca sebelum datang sendiri ke restoran ini, ramai yang mengatakan poor service di restoran ini, pengusaha dengan pelayan not very friendly, not very good management but based from my own experience pelayan di sini ok, apa yang saya tanya mereka jawap! mungkin sebab masa tu pelanggan tak ramai lagi. Tapi sebab utama ramai yang mengatakan management di sini kurang bagus ialah mungkin cara pakcik bercakap bunyinya kurang sedap di dengar di telinga orang lain bunyinya agak kasar, bagi saya layanan di sini masa saya datang bagus dan masa saya datang tak berapa ramai yang makan, jadi layanan yang diberikan sangat memuaskan cuma dari segi rasa masakan mungkin boleh improve lagi.
Owh lupa di sini ada beberapa kedai yang menjual mee udang, selain Restoran Terapung ada juga kedai lain seperti warung kak Timah daripada feedback brother yang datang sekali naik bot dengan saya, mee udang di Warung Kak Timah, rasanya pun boleh tahan sedapnya! next time kalau datang saya akan cuba sendiri keistimewaan Mee Udang di Warung Kak Timah dan lokasi warung ini berada di sebelah masjid.
Salah satu tarikan yang ada di sini adalah telaga emas, mengikut cerita orang-orang dahulu Telaga Emas ini mula ditemui pada tahun 1789 setelah seorang penduduk yang sedang menggali telaga mendakwa telah menemui sebuah tempayan emas yang kemudiannya bertukar menjadi batu berwarna emas. Namun, analisis yang dilakukan pemerintahan British ketika itu mendapati batu tersebut hanyalah batu biasa yang berwarna emas. Antara keunikan telaga ini adalah, air tawar dalam telaga dengan air masin daripada laut tidak bercampur walaupun kedudukannya hanya bersebelahan diantara satu sama lain. Bagaimana cara untuk datang kesini, mudah sahaja ikut sahaja signboard yang ada atau ikut laluan yang disediakan.
Inilah telaga emas, rasa air tawar walaupun lokasi bersebelahan dengan laut
Selain itu, di pulau aman kita akan jumpa banyak pokok buah sukun, saiz pokoknya memang besar, first time tengok pokok sukun bersaiz besar, memang subur pokok sukun tumbuh di pulau ini.
Disini juga ada Pokok Sukun yang diiktiraf sebagai Pokok Sukun tertua di Malaysia. Pokok Sukun ini telah ditanam pada tahun 1890 oleh seorang guru Al-Quran di Pulau Aman, Tok Awang Bin Akib. Walaupun usia pokok ini telah mencapai 120 tahun, ia masih mampu untuk mengeluarkan buah dalam kuantiti yang banyak. Sebenarnya mencari jugak gerai yang menjual sukun goreng tapi tak ada, mungkin bukan musim buahnya agaknya. Apa lagi yang ada di pulau ini ya? oh jangan lupa membeli belacan dan ikan kering yang dihasilkan di pulau ini memang rasanya terbaik
P/s: Alhamdulilah,selesai juga kembara saya di Pulau Aman, jadi untuk anda yang mencari destinasi yang tenang, suasana kampung nelayan dan makanan yang best ! pastikan Pulau Aman tersenarai antara tempat yang harus dilawati.
Salam hormat dan selamat bercuti semua :)
Salam hormat dan selamat bercuti semua :)
kat pineng banyak tempat menarik tuk ambil photographer...:) tgk udang dia fresh gilos..huhu
ReplyDeleteya bro.. tempat yg mnarik bg pngemar photograpy... udang fresh..harga dia pun gile.. ha..ha. :)
DeleteBestnya dpt mkn kat suasana tepi laut macam tu...
ReplyDeletememang menarik.. seronok rasa kena tiupdgn angin laut..
Deletemalam baru nampak melayu kod kat penang tu. huhu
ReplyDeleteha..ha.. sbnarnya lg mlm lagi nampak x mlayu di sana.. di sesetngah kawasan bro :)
DeleteSuasana tempatnya nampak nyaman.. mmg makan dlm suasana di tempat mcm tu amat menyelerakan.. terutama bila tengok udang2 segar tu. Belum masak pun dah selera tengok.. best2 bro Sobri.. best.. :)
ReplyDeleteterima kasih bro...ya tempat yg mnarik dan mknana yg sedap... ha..ha.. udang fresh memang sdap bro :)
Deletemantis prawns tu berapa harganya...RM6.00 sepinggan kira murah jg sebab guna udang laut, tmpat lain ada pilihan - udang laut atau udang bela (kolam)...
ReplyDeletecantik suasana kampung nelayan..
ya kak yg 6.00 utk biasa.yg special rm10.00 dang fresh..so yummy.. yg mantis prawns.. ikut la..masa saya tnya refers gmabar di atas.. rm50- rm 70 seraga.. owh baru saya tahu ..tapi udang laut la yg best :)
Deletethe place is nice.. tapi i'm allergic to seafood, so jarang dapat join2 makan kalau jalan2 hehe.
ReplyDeletesama la..saya pun sbnarnya allergic seafood..tapi sbab bkan slalu mkn.. so layankan ajalah..ha..ha,.. nice view and good envirement :)
DeleteNampak best tempat ni...kak sarah yg dekat pun ni x sampai lgi..
ReplyDeleteya..akak sty kat mana? tambun ke? :P
DeleteAssalamualaikum. subhanallah. cantik sungguh ciptaan-Nya. tempat paling paling nak pergi, tapi sampai sekarang takda rezeki. hehehe. terliur tengok udang besar2. hehe sheila first time singgah sini, sheila follow kamu ye. suka baca travel story >___________<
ReplyDeletewasalam sheila..terima kasih.. sudi singah ke blog saya..owh jagan lupa pergi nanti ya..byak yg mnarik di sana..udang2 fresh menanti anda :)
DeleteSobri! Akak baru perasan, cara penulisan kita hampir sama...Wah..kita sejiwalah... :)
ReplyDeleteha..ha.. saya dah lama perasan kak..dua2 suka tlis entry pasal travel.. bila typing bkan kmain panjang entry.. memang sejiwa :)
DeletePernah pegi, tpi masa tu udang semua dah abis...huhuhu...
ReplyDeleteowh..mesti rieta p lmbat kan...:)
Deletemee udang tu macam mee bandung je.
ReplyDeletepekena dua tiga pinggan sedap jugak..hehe
ar sekali pandang lebih kurang..
Deletecuma bhan yg digunakan x complex mcm mee bandung..
ni just pkai udang ...:) he..he.
aku jenis tak makan seafood sangat tapi kalau masuk kedai seafood boleh mati air jugak..hahaha..kopefully dorang still ade ayam dalam menu..hehehe..but kg aman nie nampak bersih gak laa kan??
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
kat kampung dia bersih lg la.. dari2 plau2 sblum ni aq p..sbsb ni pun kwasan trikan plancong..
Deletex mkn tapi klau dah msuk bratus gak la hbiskan bro.. he..he.
x sure kat restoren tu..aku nampak smuanya menu ada udang..ayam n daging x nampak pula...
standard bro, aku rasa mana2 seafood pun kalau sekali masuk mau makan beratus gak nie..hehehe
DeleteRegards,
-Strider-
terbaik!
ReplyDeletedulu pernah makan kat perak...
lamanya tak makan mee udang...
kat mana tu bro? kat perak..
DeleteSedap tengok udang-udang tu
ReplyDeleteitulah wajib mai rasa sendiri :)
DeleteSalam bro, selalu gak ke penang tapi tak pernah dengar pasal tempat ni… next trip nanti kena plan ngan wife untuk gi sini… macam sesuai untuk mengambil gambar jer kat pulau ni… pastu belasah seafood lak…ahahahahahaha…. Thanks for sharing bro.. sama rupanya minat kita..suka travel pastu berkongsi cerita… :)
ReplyDeletedapat makan dengan suasan laut dihadapan tu memang masyuk tu..
ReplyDeleteaduhh udang tu besar-besar sedapnya dapat makan lagi2 yg segar
ReplyDeletegulp!terliur tgk mee udang..betul2 nampak menyelerakan la...dan yg paling penting..pemandangan pulau aman tu..cantik sgt2!
ReplyDeletebtw sobri, awk pernah join karnival keusahawanan politeknik 2011 x?dekat shah alam..sobri PSP kan?sebenarnya niesa terjumpa gmb yg xberapa nak lama..haha..tgk2 kt dlm tu mcm muka sobri..tp xpasti pulak..kalau nk cerita sini mmg pjg la..tunggu next entry niesa la ye..hahaha..
lagi,click ikea utk sobri! (^_^)
baca sini http://niesa-lovecrew.blogspot.com/2014/01/kenangan-lalu-mengusik-jiwa.html
ReplyDeletehahaha
best gler
ReplyDeletekena sediakan bajet besar ni..baru syok ke sini ..
terliurnya akak tengok mee udang tu.. tiba-tiba rasa teringin nak ke sana.. telaga emas tu masih boleh digunakan lagi ke airnya? menabung churp2..
ReplyDeletetengok udang tu geram je.....rasa nak makan..tapi apekan daya....allergic seafood...tak dan nak makan hohohoho
ReplyDeletesaya dok penang tapi x penah pi pun. cadangan anda menarik.
ReplyDeletefollow blog saya doknganga.blogspot.com
macam tak pernah sampai plak tempat... kene ajak asben terjah tempat menarik macam nie.. nak plak ada tempat makan2... bukan macam best jer nie, memang best...!
ReplyDeleteAllergic udang, tak boleh makan :( Btw, sorry lama tak jejak kaki ke sini. Busy la t_t
ReplyDeleteOpah pon bru pas pergi pulau Aman. Bru naik bot 2 min dah pening. . Hewhew.. thorrrrbaikkkkk la penang! !
ReplyDeleteOpah pon bru pas pergi pulau Aman. Bru naik bot 2 min dah pening. . Hewhew.. thorrrrbaikkkkk la penang! !
ReplyDeleteSy pernah pergi pulau aman ni..for me tempat ni ok2..best..rasa suasana kmpung nya.tp part kedai mkn nya service x memuaskan..mcm sombong je.nk x nk layan.mungkin sbb ramai pelanggan kot.ha, tempat jual udang tu penjual nya pon sombong. X ramah.
ReplyDeleteAgreed!! Siap budak tu ckp.. "ni mau beli ka dak?? Dok tepi skit.." pastu simbah2 air.. mcm la kita kebuloq sgt nk mkn udang dia.. bukan skali buat hal.. ada satu chinese tu pun komplen.. tokei dah la muka ketat. Bro, pakcik.. hangpa menega kat tmpt hat org nk pi pun kena naik bot.. dh la jauh.. udang2 tu pun kalo beli bukan masak spesel.. REBUS JE PUN.. pastu cicah kicap soya cili potong. Harga?? 120 /kg. KL juai 75 ja.. sama fresh.. tp kita pi sbb sronok2.. jadi jgn dok tunjuk eksen sgt mcm la kita ni kena merayu2 kat dia.. ckp la elok2. Org byq la wei.. puiii
Deleteingat br nk g mkn mee udg...tp bc komen peniaga sombong dh tbntut plk hajat nk g..huhu...mmg pantang klu pniaga sombong yg suka buat muka...nk mkn pn xdk mood...haha
ReplyDeleteAsalamuaĺaikum,maaf saya lagi mencari pembeli udang lipan,kira-kira ada egk yang berminat membeli.kalau ada ni nmr saya 0812 6340 3433
ReplyDeleteSaya tunggu y info y....
Asalamuaĺaikum,maaf saya lagi mencari pembeli udang lipan,kira-kira ada egk yang berminat membeli.kalau ada ni nmr saya 0812 6340 3433
ReplyDeleteSaya tunggu y info y....