Assalamualaikum & salam sejahetera, apa kahabar semua? nampaknya sudah lama saya tidak berkongsi tip / panduan berkaitan dengan kesihatan, untuk entry hari ini saya ingin senaraikan perkara penting yang harus diketahui seebelum kita melakukan apa-apa jenis senaman, ini penting untuk mengelakkan badan mendapat kecederaan selepas melakukan senaman
Perkara Wajib Yang Perlu Diketahui Sebelum Bersenam
- Jangan lupa melakukan aktiviti pemanas badan sebelum workout. Penat bersenam tetapi masih tidak berjaya mendapat bentuk badan yang diidamkan? Sebenarnya ramai antara kita yang bersenam tetapi tidak dengan cara yang betul. Ia satu kesalahan besar yang akhirnya mendatangkan kerugian pada diri sendiri. Beberapa teknik perlu dan tidak perlu dilakukan dalam senaman mesti dipelajari agar ia tidak menjadi sia-sia.
- Asas latihan perlu dipelajari dan difahami sepenuhnya agar dapat membantu anda mendapatkan hasil lebih efektif tanpa membuang waktu. Anda perlu tahu apa tujuan sebenar untuk anda datang ke gym. Latihan untuk setiap bahagian otot adalah berbeza-beza setiap satunya.
- Waktu sesuai untuk bersenam, Pastinya setiap anda mempunyai waktu favourite untuk melakukan latihan. Soal waktu ini benar-benar memainkan peranan besar dalam meningkatkan latihan anda. bayangkan jika anda tidak mempunyai waktu latihan yang konsisten, latihan anda akan menjadi kurang produktif dan anda juga akan kurang berdisiplin dalam melakukan latihan. Jadi, tentukan waktu latihan yang tepat untuk lakukan latihan anda. Pilih masa yang tetap untuk latihan agar jadual harian anda juga tidak terganggu.
- Elak bersenam dengan perut kosong, Mungkin ramai menyangka melakukan latihan ketika perut kosong, pasti hasil yang diinginkan akan menjadi lebih cepat. Ini adalah salah! Makanlah sebelum dan sesudah melakukan latihan. Hal ini kerana badan anda memerlukan bahan bakar untuk mendapatkan hasil maksimum daripada latihan tersebut.
- Nutrisi juga amat diperlukan untuk memperkuatkan otot dan memperbaiki jaringan yang rosak. Selain itu, anda juga perlu mendapatkan kandungan air yang cukup setiap hari agar tubuh anda tidak terhidrat semasa melakukan latihan.
- Lakukan lebih dari satu jenis latihan, Lebih banyak jenis latihan yang dilakukan, lebih baik. Kombinasi beberapa jenis latihan mampu mendapatkan pembakaran lemak yang maksimum. Anda juga pasti tidak akan merasa bosan ketika melakukan latihan. Sebagai contoh, anda boleh memulakan latihan ringan seperti menangkat dumbbell terlebih dahulu sebelum beralih kepada latihan lebih berat seperti berlari di treadmill.
- Elak overtraining, Melakukan latihan selama tujuh hari seminggu dengan pelbagai latihan berat tanpa berehat hanya akan memudaratkan anda. Berikan masa untuk tubuh pulih sepenuhnya sebelum melakukan latihan lain. Berehatla sehari atau dua untuk memastikan tubuh anda benar-benar sihat.
P/s: Kesemua perkara di atas wajib kita ikuti dan ini barulah dinamkan bersenam dengan cara yang betul, tidak hentam kromo, ini penting untuk meminimumkan kecederaan tubuh badan selepas melakukan apa jenis aktiviti senaman. yang paling penting ialah panaskan badan sebelum bersenam dan tahu asas senaman yang betul !
ingkatkan minum MILO je dah sehat dan kuat.. kena senam gak ek huhu
ReplyDeletehe..he..milo kena minum bsenam pun penting shin :)
Deletebuat sesuatu kena ikut peraturan yg betul ya...walau nak main2 bersenam....
ReplyDeletebetul tu sis :)
Deletehati nak exercise. tp badan da jadi pemalas. hehehe =)
ReplyDeleteknapakah bgitu bella>??
DeleteWarming up dgn cooling down tu mmg penting utk badan kita
ReplyDeletelupa warming n cooling sma2 penting jagan buat ya..tq sharing ya :)
Deleteterima kasih adik...nak try juga
ReplyDeletetq sis :) jgn lupa buat ya..
Deletebila bersenam penting kan kualiti dari kuantiti.... dan mesti kene ada knowledge sblm workout... good sharing...!!
ReplyDeletekualiti lg penting dari kuantiti..x guna buat selalu tapi x bkualiti..dan ilmu memng penting sis :)
Deleteyes..warm up memang sangat penting..aku penah jog tanpa warm up yang proper (sebab dah lambat) dan hasilnya kejang2 kaki aku lepas lati..hehehe
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
itulah kalau x wat warm up dgn coling down lpas bsenam memng sakit azab lpas bsenam bro kan ? :)
Deleteoh.. diri ini sgt malas nk bersenam
ReplyDeleteoh kenapakah begitu?? :P
DeleteNk kna rajin exersize ni..hehe..sya terer wat lompat bintang je awk.hehe
ReplyDeleteiye lpas ni bleh lah fight siapa lompat bintang paling lama n bayak..saya pun terrer lompat bintang gak :P
Deletenice sharing..nanti kita amalkan hehehe
ReplyDeleteur wc cik itah..jgan lupa amalkan ya :)
DeleteOvertraining bukan menjadikan senaman lebih menyihatkan, malah boleh memburukkan kesihatan. T kasih diatas perkongsian tips nasihat yg sgt bermanfaat ini.. :)
ReplyDeleteBetul tu. Bagus info ni. =)
ReplyDeleteZH Blogger
dan juga perlu ada motivasi untuk memulakan senamam seterusnya (ni payah sikit) haha
ReplyDeletekdg2 bersenam ni boleh membawa kemudaratan jika tidak mengikut tips2 diatas..muscle cramp, dehydration..nak sihat, jadi sakit..thanks for sharing..
ReplyDeletelama betol nina xsenam lepas habis study. haha. berat badan makin naik tp xmendadak :)
ReplyDeletejalan 10 ribu sehari bagi yang malas :D hehe
ReplyDeletehaha, bab senaman ni memang susah nk konsisten
ReplyDeletearini buat, pastu sebulan lepas tu pulak baru buat
aish, disiplin ke laut
hari-hari turun naik tangga.. tu kira bersenam jugaklah kan? hehe... :p
ReplyDeletewarm up memang sangat penting sebelum dan selepas
ReplyDeletebagus perkongsian tips ini sobri.. kasih ramai yang memandang remeh terhadap kepentingannya sebelum melakukan senaman.. terutamanya bab panaskan badan tu..
ReplyDeletenice sharingggggg! ^^ suka suka.
ReplyDeletemelakukan stretching sebelum bersenam perlu untuk mengelakkan kejang otot..hmmm..tapi dah lama jugak tak bersenam. Badan pun dah macam kena pump ni
ReplyDeleteniesa sejak habis blaja sgt2 malas nk bersenam...rajin pulak nk menternak lemak..haha..ari tu dh g jogging tp 1 hari je sbb lepas tu badan sakit2..hahaha..apa2 pn bgus jgak perkongsian ni...sebelum bersenam boleh la ingt balik entry sobri ni...
ReplyDeletea very good tips :)
ReplyDeleteika ni sangat laa kurang bersenam...