Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
saya akan berkongsi dengan anda semua kepentingan makan malam secara sihat, ya saya tahu ramai di sini suka makan tengah malam, tambah-tambah kalau anda student, itu sudah menjadi rutin setiap malam bukan? :P jom kita baca entry di bawah yang mungkin boleh membantu kita makan pada waktu malam secara seimbang.
saya akan berkongsi dengan anda semua kepentingan makan malam secara sihat, ya saya tahu ramai di sini suka makan tengah malam, tambah-tambah kalau anda student, itu sudah menjadi rutin setiap malam bukan? :P jom kita baca entry di bawah yang mungkin boleh membantu kita makan pada waktu malam secara seimbang.
- Utamakan makanan yang seimbang pada setiap waktu makan malam. Pastikan hidangan anda mengandungi bijirin seperti nasi atau roti, ikan, ayam atau kekacang serta sayur-sayuran mengikut saranan Piramid Makanan Malaysia.
- Hadkan pengambilan makanan yang bergoreng, berlemak dan berminyak.
- Ketahuilah saiz hidangan makanan anda. Makan malam sepatutnya membekalkan anda 400-500 kalori.
- Waktu makan malam yang sesuai adalah di antara 6.30 petang hingga 8.30 malam. Sekiranya anda tidur lewat dan berasa lapar, anda boleh mengambil snek yang ringan sebelum tidur seperti buah-buahan, roti, biskut atau segelas susu suam.
- Tidak digalakkan mengambil makanan pada lewat malam. Ini adalah kerana pengambilan makanan hampir dengan waktu tidur akan menyebabkan ketidakselesaan dan akan mengganggu tidur anda.
- Elak makan malam sambil menonton televisyen. Ini adalah kerana anda tidak sedar berapa banyak anda makan sambil menonton rancangan kegemaran anda tersebut
- Elak mengambil teh atau kopi selepas makan malam. Pengambilan teh atau kopi boleh mengakibatkan gangguan tidur. Sekiranya anda perlu menghadiri jamuan makan malam, anda tidak perlu makan semua jenis makanan yang dihidangkan. Makan secara sederhana dengan mengambil saiz hidangan yang kecil. Pilih makanan yang lebih sihat. Utamakan buah-buahan serta air kosong.
P/s: Macam mana dengan tips di atas, diharapkan dapat memberi sedikit, info cara yang betul untuk makan pada waktu malam secara sihat.
Anda mungkin berminat untuk membaca info sihat yang berikut
Anda mungkin berminat untuk membaca info sihat yang berikut
Hoho... Nice tips and info.. Thanks!!! Biasanya kalau amik makanan berat lewat malam akan susah nak tidur sebab tak selesa... Tidur dulu... Selamat Malam... Haha....
ReplyDeleteyo.. sama-sama bro..memng ambil makanan berat tgh mlam.. payah nak tdo..lpas tu esok pagi mula mlas nak bgun awal.. :)
Deletesedapnya gambo ayam tu #hukk #lapo
ReplyDeletemakanan yg sihat tu shin :P
DeleteMemang kena jaga makan malam ni. Coz apa yang kita makan perlukan masa untuk proses. kalau dah lewat sure tidur dalam keadaan makanan tak hadam. Worse part makan makanan yang kurang sihat pulak tu..Ada dua problem tu..
ReplyDeleteada dua masalah yg dikesan..
Deletesatu mkan makanan malam yg berat..kedua ambil mkanan malam yg tidak mnyehatkan mcm maknaan segera :)
sangat bermanfaat seua tips ini sobri untuk kita semua amalkan.. semoga mendapat tubuh yang sentiasa sihat dan cergas..
ReplyDeleteamin alhamdulilah sis:)
Delete*semua
ReplyDeleteMakan malam seeloknya sebelum pukul 10 pm. Makanan yang ringan dan tidak mengenyangkan. Elak makanan berlemak,berminyak dan bijirin. Saya dengar pakar kesihatan Amerika Syarikat kata elakan semua jenis bijirin termasuk whole grain kerana ia punca kegemukan. Bijirin adalah makanan haiwan khasnya lembu untuk digemukan? Sila beri pandangan.
ReplyDeleteterima kasih atas pandangan yang diberikan..setuju dngan pendapat yang diberikan.Makan malam boleh mengakibatkan mereka menambahkan berat badan. Tanggapan ini sebenarnya tidak tepat. Ini kerana faktor-faktor lain seperti makan secara berlebihan, makan makanan yang berlemak, berminyak serta tinggi kalori dan gaya hidup yang tidak sihat antara faktor yang boleh menyumbang kepada kegemukan..
Deletesebagai maklumat tambahan boleg refers kepada link di bawah utuk penjelasan yang lbih mendalam.
http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/pemakanan/dewasa/tabiat-makan-malam
Hye, saya suka baca blog awak, saya p0wn ada blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)
ReplyDeleteHUHU . Saya ni kalau lapar cepat je makan maggi even lewat malam sekalipun . HUHU .
ReplyDeletehe..he..lpas ni kena ubah la sikit tabiat makan mlam..cuba kpada mkanan yg lbih bkhasiat :P
Deletegood info sobri: kak ana malam mmg tak makan nasi kecuali balik kg sb mak dah hidang tak sampai hati tak makan kan..tetapi tip2 yg baik di atas..tq so much..
ReplyDeleteyour welcome sis..owh jaga badan ya sis.. terima kasih :)
Deletekalau dah lapar kebiasaannya akan makan semuanya. haha >.<
ReplyDeleteInfo perkongsian makanan sihat yg sungguh bermanfaat.. sgt baik utk dijadikan rujukan kita semua. T kasih bro Sobri.. :)
ReplyDeleteInfo perkongsian makanan sihat yg sungguh bermanfaat.. sgt baik utk dijadikan rujukan kita semua. T kasih bro Sobri.. :)
ReplyDeletenice info bro...mmg badan perlukan makanan yang sihat tp zaman skrg ni dah byk sgt fastfood.... org semua nak cepat jer...tu sbb saya suka cheq eem masak...hihihihihi :D
ReplyDeletetips yg bagus utk org2 yg ingin berdiet :) ayam kalau goreng xbagus sgt, suka yg panggang :D
ReplyDeleteTerbaik...utk tgh mlm tu niesa kalau lapa sgt2 minum air suam je pastu cpt2 tdo...sekarang nk berdiet..tp sll je xmenjadi...hahaha
ReplyDeleteselalunya , apa yg ada dlm tudung saji , tu lah yg saya makan ... dpt visa dan uni of london jadikan sobri lbh sihat ... heeee
ReplyDeleteTerima kasih di atas info yang berguna ini. Mudah-mudahan menjadi amal pahala di sisi Allah Ta'ala!
ReplyDeletenasi segenggam tangan :D
ReplyDelete