Assalamualaikum dan salam sejahtera, seperti kita sedia maklum negara kita Malaysia sedang menghadapi gelombang cuaca panas / musim kemarau dan dijangkakan akan berterusan selama berapa bulan lagi. Ya mungkin ramai kurang selesa dengan situasi cuaca panas yang berpanjangan ini, dinasihati untuk menjauhi diri daripada cuaca panas yang terik dengan mengurangkan melakukan aktiviti luar dan sentiasa memperbanyakkan minum air putih setiap sejam untuk memastikan suhu badan sentiasa dalam keadaan ok.

Tips Menghadapi Cuaca Panas
Untuk entry kali ini saya akan berkongsi tips-tips untuk menghadapi cuaca panas, khasnya panduan yang boleh diikuti ikuti untuk mengurangkan risiko badan menghadapi penyakit akibat suhu panas. Cuaca panas boleh memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana (mild) kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya akibat strok haba.
Cara-cara untuk mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat gelombang cuaca panas antaranya ialah:
Apa yang perlu kita lakukan:
- Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga. sekurangnya 8 gelas air putih (minima)
- Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
- Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan
- Hadkan melakukan aktiviti di luar luar / kawasan terdedah kepada bahang panas.
- Kerap berehat, Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda
- Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
- Pakai topi atau payung yang besar
Bagi anda yang mempunyai anak kecil, pastikan:
- Pakai baju kain kapas yang meresap peluh, kain jenis nilon tidak digalakkan terutamanya untuk baby dan kanak-kanak
- Bagi yang hantar anak-anak ke rumah pengasuh atau nurseri, pakai baju petang jenis sleeveless ataupun baju pendek.
- Pastikan anak-anak tidak bermain di luar rumah / kawasan panas terik
Jika anda mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas, ingat tip-tip di bawah:
- Keluar dari kawasan yang panas.
- Tanggalkan pakaian yang ketat.
- Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan.
- Gunakan kipas untuk sejukkan badan.
- Minum air setiap 15 minit.
- Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal.
P/s: Diharapkan tips-tips di atas dapat membantu kita semua, untuk sentiasa memastikan tahap kesihatan tubuh badan dalam keadaan terbaik, sepanjang musim panas ini. Pastikan sentiasa minum air putih setiap sejam walaupun tidak terasa dahaga dan kurangkan melakukan aktiviti luar buat masa ini. :P
ARTICLE BERIKUTNYA
Haaa..nice tips...sekarang dh mula musim panas....dan musim demam...jena la pndai jaga diri kan...niesa pun tgh paksa diri blaja minum air suam berbotol2.. Hehe
ReplyDeletetq niesa..skrg cuaca kat mlysia memang panas..dugaan..saya pun dah krangkan aktiviti luar... minum jgn xminum niesa :)
Deletemalaysia tengah summer sekarang nie... hehehe...
ReplyDeletememang betul.. kena banyak minum air kosong + air isotonik...
tq sharing.... :)
sama-sama sis..air kosng tu penting :)
Deletemmg panas merentung.. adehhh.. panasnya Malaysia #nanges
ReplyDeleteit summer time shim :)
DeleteAssalamualaikum.. macam musim kemarau kann. sheila sehari kuat minum air kosong. kuat juga berulang alik masuk toilet. syukur alhamdullilah semalam dapat rasa hujan (",)
ReplyDeletewasalam.. alhmdulilah ..merasa juga hujan sis..saya kat utara dah 3 bulan x ujan.. dugaan allah kpada hambanya :)
Deleteassalam...tips yg bagus sangat utk dikongsi bersama...maklum la ni panas sangat...siang malas asyik nk berkipas...ditambah pula dgn masalah terputus bekalan air bersih...
ReplyDeletewasalam sis..amin smoga bermanfaat bg ygg membaca,..itulah ksan kpada cuaca kemarau yg bpanjangan :) tq sis..
DeletePengkongsian tips yg berguna bro...mmg panas skrg ni... aku pun asik gi toilet jer sbb asik belasah air kosong jer...pastu dgn ekon dalam opis lg... sib baik ada isotonik Shaklee kat rumah..ekekekekeke :D
ReplyDeletecuaca sekarang memerlukan kita minum banyak air kosong... air sejuk x berapa nk elok utk bandan kita..
ReplyDeleteSememangnya keadaan cuaca panas ini sungguh menyeksakan.. lebih baik menahan kesejukan dari kepanasan yg sgt terik.. t kasih diatas perkongsian tips & nasihat ini bro Sobri.. Peringatan yg baik utk diamalkan.. :)
ReplyDeletesummer day! haha. rase mcm kat oberses plak. kena bnyak mnum air masak. then jgn trdedah..
ReplyDeletepagi tadi da berkabus dek jerebu. uh
Cuaca mmg betul panas + perit sekarang ni.. ni pun tgh sakit tekak batuk2.. huhu
ReplyDeleteterima kasih atas tips ini... anak mama sekarang asyik pening je, minum air malas... cuaca panas pulak tu.. kesian dia
ReplyDeletecuaca yang kering sekarang nie memerlukan kita untuk banyak minum air putih supaya badan kita tidak dehydrate..anyway, take good care of ur self bro... :D
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
tips yang bagus.......hari tu sejuk kan..sekarang ni panas pula..dugaan..:D
ReplyDeletebagus tips menghadapi cuaca panas ini.. kena pastikan air dalam badan mencukupi.. churp2.. :D
ReplyDeleteUhh yeah the weather are getting hot, not that im complaining but still great jobs for the tips ^^
ReplyDeleteaku dah kering habis kena pulak nikmati cuaca kering ni. huhu
ReplyDeleteHUHU . Baru hari tu dengar Malaysia dah ada salji , alih-alih musim panas juga . Patutlah bahang semacam jeh . HUHU >_<
ReplyDeleteemmmm padang sekolah sekarang kering dan berdebu. Dulunya hijau sekarang kuning... chêguzαm pesan kat anak murid, bawalah air minuman sentiasa
ReplyDeleteminum air barly sajalah..
ReplyDeletehari tu sejuk sangat sampai ada bunyi2 kata salji akan turun kat malaysia..
ReplyDeletela ni... panas tak ingat..
fenomena...
tips yg bagus.. selalunya memang xtahan panas.. mandi kerap dan menghala bdn ke kipas jelah. huhu
ReplyDeletevery good info.. tp sy paling susaaahhh nk minum air masak...
ReplyDeletetips manfaat , kene byk minum ir masak ni
ReplyDelete