Dari Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah r.a keduanya menceritakan bahawa mereka mendengar daripada Rasulullah s.a.w, ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar, sabdanya:Hendaklah orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai?
Huraian Hadith:
Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat jumaat hukumnya adalah fardhu ain ke atas setiap individu muslim. Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaan-Nya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan. Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah pintu hatinya lama-kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah menjadikan mereka semakin sesat dan tanpa segan terus melakukan dosa-dosa yang lain. Sesungguhnya orang yang dibenarkan meninggalkan solat Jumaat hanyalah mereka yang menghadapi kesukaran yang mencapai darjah keuzuran syar'i sepertimana yang berlaku kepada orang sakit dan orang musafir. Oleh itu sekiranya seseorang itu tiada sebarang alasan yang munasabah di sisi syarak untuk meninggalkan solat Jumaat, maka hendaklah mereka mengerjakannya kerana solat Jumaat selain dariapada suatu kewajiban dalam beribadat kepada Allah S.W.T ia juga merupakan suatu syiar Islam yang wajib dipelihara demi menjaga kesucian agama.
P/s: Salam jumaat, salam berkat
Tapi kadang2 ada gak tengok lelaki ni tapi bukan semua, solat jumaat ni memang tak pernah tinggal tp kalau solat wajib tu macam chipsmore pulak
ReplyDeletetq ida,,sebenarnya tu point saya nak tulis sbnarnya solat wajib tu..nantilah kena cari banyak masa sikit..nak menulis..hari ni x sempat..sempat copy je ida.. he..he
Deletesalam jumaat cik sobri :)
ReplyDeletesalam jumaat cik inani
Deleteyok gi solat Jumaat #senyumpalingmanis #pakaibaupalingwangi
ReplyDeleteJangan tinggalkan solat ... itu yang lebih penting walapun ada Fiesta ford kat sini !
ReplyDeletebetul2.. selamat menunaikan solat jumaat buat kaum adam .. Seronok kan tengok masjid full? =)
ReplyDeletennti share pulak khutbah jumaat hari ini . hee.
Jadikan solat sebagai hubungan Cinta kita bersama Allah. Rindu bila ditinggalkan. Resah bila tak dilaksanakan
ReplyDeleteSalam Sayyidul Ayyam ^^
Mereka yg meninggalkan solat jumaat tidak tahu nikmatnya. Bila sudah biasa pasti tak mahu tinggal sama seperti solat fardhu juga..
ReplyDeleteAssalamualaikum.. semoga kaum Adam lebih memandang berat hal ini..
ReplyDeletejgn pernah tinggal solat..bukan solat jumaat je..kalau boleh semua solat la..hehe..happy weekend sobri..
ReplyDeleteclick nissan kat sini.. ;)
ada yang meninggalkan solat jumaat dengan sengaja.. alasan tak lebih 3kali takpe.. termasuk salah seorang rakan sekerja akak dahulu.. harap-harap dia dah berubah dengan pertambahan usianya..
ReplyDeleteJangan tinggal tau Sobri..Jagalah amanah Allah. pasti Allah akan menjaga kita..
ReplyDeleteSalam jumaat...
ReplyDeletebetul tu. Kalau boleh try lah jaga semua solat wajib :D
ReplyDeletepastu kalau bersebab takpe kan kalau nak tinggalkan solat jumaat? Hehe. Terima kasih atas peringatan ye cik sobriii :D
kalau solat subuh pun masjid penuh macam solat jumaat kan best...
ReplyDeleteSalam Jumaat Abg Sobri ;)
ReplyDeleteso sobri..jgn tinggal solat jumaat tau...solat fardu pun jangan tinggal.. :) INti Inti for u :)
ReplyDeletejgn solat jumaat je, Solat fardu, kalau tinggal, hukumannya akan dihantuk kepala sehingga pecah dan allah mengurniakan kepala pecah tersebut sempurna semula dan diulang dipecahkan kepala di neraka kelak...
ReplyDeleteT kasih atas peringatan ini... inshaa Allah akan terus dilaksanakan... Subhanallah...
ReplyDeleteT.kasih atas perkongsian..
ReplyDeleteperkongsian yang baik...
ReplyDelete