Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, entry hari ini info tentang kebaikan dan khasiat buah betik, siapa di sini tak pernah makan buah betik? boleh dikatakan sekiranya anda tinggal di negara beriklim khatulistiwa pasti pernah merasai kaenakan buah betik. Pokok betik antara pokok yang mempunyai banyak khasiat dan kegunaan.
Betik merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di Asean. Tumbuhan ini berasal dari Mexico Selatan, namun kini pokoknya ditanam di hampir semua negara beriklim tropika. Pokok betik menghasilkan buah yang boleh dimakan. Buah betik banyak dijual di pasar-pasar, termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Pucuk betik sering dicelur untuk dijadikan ulam dan dimakan bersama sambal belacan. Pucuk muda betik berasa pahit, manakala buah muda betik jika dibuat halwa berasa masam-masam manis.Buah betik adalah buah yang baik sekali untuk dimakan ketika kita sakit mahupun sihat. Selain dari sumber makanan yang murah dan senang didapati, buah betik juga mengandungi khasiat yang tinggi. Boleh dikatakan buah betik mengandungi hampir semua zat makanan yang diperlukan bagi kesihatan tubuh kita. Di bawah saya senarai 10 info yang perlu kita tahu mengenai kebaikan dan khasiat buah betik.
Kebaikan Dan Khasiat Buah Betik.
1) Sebagai tonik tambahan
Memakan buah betik setiap hari dapat menambahkan tenaga badan dan menjadi sumber pembersih perut yang amat berkesan. Ia amat mujarab bagi menyembuhkan berbagai-bagai gangguan perut dan penghadaman makanan. Jus buah betik ranum, jika dicampur dengan susu dan madu boleh menjadi tonik yang tinggi khasiatnya bagi kanak-kanak yang sedang membesar, wanita yang sedang hamil, wanita yang menyusukan dan kepada mereka yang lemah tenaga kerana sakit.
2) Ubat bagi sembelit dan buasir
Jika mengalami sembelit cubalah memakan betik. Ia murah lagi selamat. Betik juga penawar yang ideal bagi penyakit bawasir berdarah, Malah menurut para doktor dengan mengamalkan memakan beberapa potong buah betik selepas makan, bukan saja dapat membantu penghadaman makanan serta membekalkan berbagai-bagai vitamin, zat galian dan serat yang kita perlukan, bahkan dapat menjauhkan kita daripada cacing pita dan kerawit di dalam perut. Ini kerana betik mengandungi unsur yang disebut ‘ anthelmintic’ yang dapat membunuh kuman.
3) Mencegah terjadinya batu di dalam pundi kencing
Sebahagian doktor dan pakar pemakanan mengatakan bahawa buah betik ranum jika dicampur dengan madu asli adalah baik bagi sesiapa yang tidak lawas kencing dan menghidap berbagai-bagai masalah pada sistem kencingnya. Dengan membuang air kecil secara baik, dapat menghindarkan kita dari mendapat masalah batu pada pundi kencing kita.
4) Mengubati sakit-sakit otot
Daun betik yang dilayur di atas api dapat mengubati sakit-sakit otot apabila dilekapkan pada bahagian yang sakit. Bagi mengubati sakit sendi pula, meminum air perahan dari daun muda yang ditumbuk lumat dan dicampurkan dengan sedikit perahan limau nipis boleh membantu.
5) Merawat masalah kulit seperti jerawat dan kekedutan
Bagi merawat masalah kulit seperti jerawat dan masalah kedutan, hancurkan buah betik tersebut. Kemudian tampalkan di tempat yang bermasalah setengah jam sebelum mandi.
6) Mengubati tumit pecah-pecah
Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa sakit. Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati masalah ini ialah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu dibahagian tumit yang pecah.
7) Dijadikan Ulam-ulaman
Daun betik terutama pucuknya yang muda sering direbus untuk dijadikan ulam. Selain itu, air rebusan daun betik dapat melegakan perut dengan mengeluarkan segala angin.
8) Sesual untuk merawat Hemoroid
Buah betik yang masak selain kaya dengan vitamin C, ia berkesan merawat hemoroid atau buasir dan sembelit.Makan buah betik boleh memudahkan proses penghadaman dan mengelakkan sembelit.
9) Kaya dengan vitamin c
Buah betik yang ranum kaya dengan vitamin C, mempunyai kandungan serat yang tinggi. Selain itu, ia juga mengandungi air, protein, lemak, serat, zat besi, fosforus, kalium, kalsium, natrium, niasin, riboflavin, tiamin, karpain, karposid, mirosin, papain dan pektin.
10) Kaya dengan vitamin A
Buah betik kaya dengan vitamin A (kulitnya) dan juga kalium. Nutrien -nutrien penting yang terkandung dalam betik, menjadikan tumbuhan ini mempunyai nilai-nilai perubatan yang tersendiri.
ARTICLE BERKAITAN
yup ,memang suka buah betik ,banyak kebaikannya ^_^
ReplyDeletebanyak khasiat..murah..snang dpat :P
Deletesuka mkn betik kalo ada org siap kupaskan.. potong cecomel.. sejukkan jap dlm peti ais.. huhuhu kalo sendiri bikin malehhhh
ReplyDeletehe..he.. kalau mcm tu semua org pun suke. nanti kena cari bini rajin potong buah la ya shin :P
DeleteSobri Yaacob : eh x pe laaa.. mak shin leh wat #sengih
Deletebetul-betu upin n ipin ckap
DeleteMakan betik cicah asam boi pun sedap . Favorite gitu >_<
ReplyDeletex penah try lagi..sllau mkn yang masak je..nanti bleh la cuba :P
DeleteSuka betikkkkk
ReplyDeletesama buah kegemaran kita sis :P
DeleteWahh... betik adalah antara buah kegemaran saya.. thanks sharing bro Sobri.. :)
ReplyDeletesama le kita..snang nak cari kat pasar malam..murah plak tu :P
Deletebuah paling mudah didapati dan murah . selalu makan blh atasi masalah sembelit . INTI , DiGi n Colgate pun ada keperluannya .
ReplyDeletebagus sekali perkongsiannya ni...banyak info yg diberi...
ReplyDeletebuah betik ne sedap kalo letak dalam peti dulu pastu baru makan..hehe
ReplyDeleteUntuk mereka yang dapat makan buah betik. saya tak berapa makan buah kecuali kurma.
ReplyDeleteniesa suka mkn betik!kalau berulam dgn betik pun sedap.. meleleh2 air liur teringat betik..hahaha..byk jugak kebaikan betik kan..thanks share sobri!
ReplyDeletemenabung kt sini..ada flight dan digi..heee
sy suka betik..sbb kat u tu susah dpt kn..rm1 sepotong pun sanggup beli..tp bukan hari2 la..hee..=)
ReplyDeletebyk khasiat kn..
buah peberet awok ni.... Mem awok udha tau... kalo dibelinye buah betik.... dia asingkan dulu utk awok.... sedap... bagi sejuk dulu ...... ..perghhh....
ReplyDeletebanyak khasiat buah betik.. buah betik makan dengan asam masin serbuk tu akak makan.. tapi kalau betik makan begitu sahaja akak tak suka.. menabung ford lagi 2kali..
ReplyDeletesuka buah ni...byk khasiat upanya
ReplyDeleteAssalamualaikum sobri, dulu sheila suka gak beli betik ni, belakang rumah pun ada tanam. tapi sejak mengandung ni, dah kurang keberkesanan jadi ubat sembelit sheila. huwaaa... Tapi betik ni sedap sangat. singgah sambil menabung ford sini ~~~
ReplyDeleteTQ sbb sharing bro...mmg aku tau byk khasiatnya tp xde ler semua... byk rupanya khasiatnya ..pasni leh beli buah betik byk2...simpan kat rumah...ekekekekeke... :)
ReplyDeleteGood info..thanks Sobri..
ReplyDelete