Assalamualaikum dan salam sejahtera, entry hari ini kesinambungan post terdahulu Pengalaman Menderma Darah. Tahukan anda bahawa menderma darah bukan sahaja perbuatan yang mulia, dapat membantu orang lain dan yang paling penting banyak kebaikan yang bakal diperolehi selepas menderma darah!
Kebanyakan respon yang diterima daripada entry yang terdahulu di ruangan komen, masih ramai rakyat Malaysia belum pernah mencuba menderma darah walaupun sekali seumur hidup, Jadi perkongsian pada hari ini saya akan senaraikan 12 kebaikan menderma darah.
12 kebaikkan dan kepentingan menderma darah.
1. Anda boleh menyelamatkan nyawa
Setiap kali menderma darah, anda dapat menyelamatkan sekurang-kurangnya satu nyawa. Selain itu, ia juga membantu melancarkan pergerakan darah penderma sekaligus memberi faedah kepada kedua - dua penderma dan penerima.
2. Lebih mengetahui darah anda
Selain dapat mengetahui kumpulan darah, darah penderma juga akan diuji di makmal sebelum diberikan kepada pesakit. Ini membolehkan anda dapat mengetahui sekiranya terdapat jangkitan atau masalah lain pada peringkat awal.
3. Mengurangkan risiko penyakit jantung
Kajian mendapati kandungan besi dalam darah pada tahap optimum dapat mengurangkan risiko penyakit jantung. Pendermaan darah dapat mengurangkan sedikit besi dalam darah kita. Selain itu, pendermaan darah juga membantu badan mengawal tahap kolesterol.
4. Penyakit kronik
Talasemia merupakan sejenis penyakit genetik. Masalah ini disebabkan kekurangan hemoglobin dalam darah pesakit. Satu - satunya cara mengatasi masalah ini adalah memindahkan darah ke dalam badan pesakit secara konsisten. Selain itu, pesakit kanser darah juga memerlukan darah dalam tempoh tertentu. Bayangkanlah jika tiada sesiapa yang ingin menderma darah, apa akan terjadi kepada mereka?
5. Darah tidak disimpan selamanya dalam badan
Setiap darah yang diderma hanya boleh disimpan dalam tempoh empat bulan sahaja. Oleh itu, pendermaan darah secara konsisten dapat memastikan bank darah hospital akan sentiasa mempunyai bekalan darah yang mencukupi.
6. Mudah dan selamat
Tidak ada yang perlu ditakuti. Semua tugas pendermaan dilakukan secara profesional. Anda tidak akan merasa sedikit pun kesakitan. Setiap jarum dan perkakasan lain yang digunakan hanya digunakan sekali sahaja.
7. Meneruskan kehidupan normal
Kandungan besi dalam darah membawa oksigen dan hormon - hormon lain ke seluruh badan. Ini sangat-sangat membantu pesakit agar mereka dapat meneruskan kehidupan seperti biasa.
8. Mengurangkan risiko stroke otak
Berdasarkan kajian sekumpulan pakar perubatan, menderma darah dapat mengurangkan risiko penyakit stroke otak dari 35 - 85%!
9. Membakar kalori
Individu boleh melakukan `diet' atau kekal sihat dengan kerap menderma darah. Satu pain darah, iaitu kira-kira 450 millimeter, apabila didermakan membakar sebanyak 650 kalori dalam badan penderma.
10. Warga emas rasa lebih bertenaga
Ramai warga emas melalui pendermaan darah dan menjadikan badan terasa lebih selesa. Walaupun tidak dibuktikan secara jelas, tetapi ia antara sebab kenapa warga emas kini semakin kerap menderma darah.
11. Kepuasan
Menderma darah adalah seperti melakukan kerja khidmat komuniti yang lain. Perasaan gembira hadir secara tidak langsung selepas kita menolong orang lain.
12. Menjadi lebih produktif dan berkesan
Selepas menderma, darah anda akan diganti dalam masa 48 - 72 jam. Walaupun sel darah merah hanya dapat diganti sepenuhnya dalam masa 6-8 minggu, namun kesemua proses itu menjadikan badan lebih sihat, kuat, efektif dan segar. Oleh itu, menderma darah bukan sahaja menyelamatkan darah seseorang, tetapi juga memberi faedah kepada penderma dari aspek kesihatan.
Donate your blood and make are difference.
P/s: sekiranya anda inginkan lebih banyak info-info berkaitan derma darah seperti kenapa kita perlu derma darah, kebaikan yang diperolehi, syarat-syarat menderma darah dan lain-lain, information about donate blood or donate blood campaign, feel free please visit www.malaysiablooddonors.org !
ARTICLE BERKAITAN
terima kasih berkongsi info yang baik ini
ReplyDeletesama-sama.. thank reading this entry :P
DeleteAssalammualaikum...sobri,
ReplyDeletethanks atas perkongsian nie...kena selalu menderma darah... mselim3 tak pernah menderma lagi nie...hehhe
mselim3
sama2 bro muslim..lpas ni boleh la cuba ya :P
DeleteInsaallah...
Deletemselim3
wahhh..bykkan kebaikkan dan kepentingan menderma darah ni..thanks for sharing sobri..harap2 la niesa berkesempatan utk derma darah nnti..nk jugak rasa perubahan lepas derma darah..hehe..
ReplyDeleteclick ford kat sini.. :)
ya niesa.. lpas ni bleh la niesa try plak ya.. thank you niesa :P
Deletegood sharing
ReplyDeleteyour are welcome :P
Deletesalam. nice info :)
ReplyDeletethank cik itah :P
Deletemenderma darah perbuatan terpuji ...bagus infonya..singgah klik3 tq.
ReplyDeletealhamdulilah..seronok dpt membantu org lain :P
DeleteInfo yang bagus bro...aku ngan wife mmg dari dulu lagi nak derma darah ni tp gabra pun ada gak.... aku nyer ok kot tp wife berat badan 45kg .... tp biler dah baca entri ni baru ada semangat sket...hihihihi.... :D
ReplyDeletehe..he.. lpas ni bleh cuba dgn wife bro..itu salah satu halangan nak menderma.. berat badan x ckup syarat.. memang x leh la.. alhamdulilah..semoga trus bsemangat utk menderma :P
Deletecam semangat nak derma darah tapi takut la plak tgk jarum tu..
ReplyDeletehe..he..jangan takut.. tabahkan hati :P
Deletejangan la cocok cocok tangan saya.. takot.. geget leher terus hisap darah #pengaruhtvkuatsangat
ReplyDeleteMembakar kalori?? tapi kenapa ramai orang kata lepas derma darah berat badan mudah naik yer?? huhuhu...
ReplyDeletealhamdulillah berat badan aiza turun selepas menderma darah..
Deletetak pernah derma darah lagi ummumnyalah..dlm pd tak tahu tu tak taulah..sbb dulu rutin pg hospital...takkan diorg nak buang plk darah2 tukan..
ReplyDeletedulu2 ada la menderma dalam 5/6 kali...lepas ada high BP...dah x boleh derma...
ReplyDeletealamak fobio jarum ..oh no!!!
ReplyDeletebanyak kelebihan dan kepentingan menderma darah yang orang tak tahu.. masa akak mula-mula menderma darah dahulu selalu juga mak akak marah, katanya boleh menyebabkan kekurangan darah.. ternyata ianya hanya auta sahaja.. sekali dah menderma pasti kita akan rasa nak derma lagi.. untuk wanita disarankan menderma setiap 4 bulan sekali.. sayangnya sekarang ini kesihatan akak kurang baik, tak dapatlah menderma darah lagi.. menderma tabungan sobri je yang mampu, 2 inti, 1 ford.. :D
ReplyDeleteinti for u :)
ReplyDeleteIda tak pernah derma darah sbb ida sendiri mengalami tekanan darah rendah (amemia) ataupun kurang sel darah merah sejak kecil. Dulu masa kecil minggu sekali ida akan ke hospital untuk tambah darah... bila dah besar ni dah kurang sikit.. kadang2 sebulan sekali atau sebulan 2 kali... ikut keperluan.
ReplyDeleteIn shaa Allah... selagi diberi kekuatan dgn keizinanNya... akan ttp terus menderma..
ReplyDelete3x kfc.. :D
Alhamdulillah... awok masih tak ketinggalan menderma darah lagi..... dan kompem akan lebih semangat lagi..... kalo nurse yg ambikkan darah tu..... jambu... ahaksss......hikhihk
ReplyDelete