Panduan Berjimat Untuk Pelajar Universiti | www.sobriyaacob.com

Thursday, March 13, 2014

Panduan Berjimat Untuk Pelajar Universiti


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, actually terbaca satu article yang sangat menarik perhatian saya iaitu tips-tips berjimat untuk para pelajar Universiti / Ipt. Terfikir juga sebenarnya kalau kita betul-betul berjimat dan kawal perbelanjaan. Sebenarnya duit pinjaman atau biasiswa yang diperolehi adalah cukup untuk digunakan untuk setiap sem, sekiranya kita tahu kaedah yang betul. Jadi mari kita baca panduan dia bawah mungkin boleh membantu kita semua untuk berjimat, entry kali ini khas untuk pelajar Ipt.



Menjadi seorang pelajar kampus sudah tentunya bukan tugas mudah. Selain mengulang kaji pelajaran dan menyiapkan tugasan, anda juga perlu menguruskan wang agar dapat menjalani hidup sebagai seorang pelajar dengan aman dan tenang. Sekiranya gagal menguruskan wang dengan bijak, ia boleh menganggu tumpuan dan seterusnya memberi kesan kepada pembelajaran anda.

Panduan 1: Amalkan Peraturan 10 Peratus 

Secara amnya, Peraturan 10% bermakna anda perlu menyimpan 10% daripada wang yang anda miliki setiap bulan. Contohnya, jika anda mempunyai RM500 setiap bulan, simpanlah RM50. Apabila menerima duit pinjaman PTPTN, MARA, biasiswa atau elaun daripada ibubapa setiap bulan, pastikan anda menyimpan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada jumlah yang diperolehi. Wang ini boleh dijadikan simpanan dan pelaburan anda pada masa depan. Amalan ini juga akan mendidik anda untuk menjadi lebih konsisten dan berdisiplin dalam menyimpan wang pada masa akan datang.

Panduan 2: Wujudkan Dana Kecemasan

Sebagai pelajar, ada masanya akan berhadapan dengan kejadian yang tidak dijangka dan ianya memerlukan perbelanjaan yang banyak. Sebagai contoh, anda boleh jatuh sakit dan perlu dibawa ke hospital, kenderaan atau komputer mungkin rosak dan perlu diperbaiki, serta isu-isu kewangan yang lain. Sekiranya anda tidak mempunyai dana kecemasan, anda pasti akan berdepan dengan pelbagai masalah. Namun, dengan adanya dana kecemasan, anda tidak perlu runsing dan berhutang dengan orang lain kerana anda mempunyai wang simpanan sendiri. Tetapi ingat: Dana kecemasan harus digunakan untuk KECEMASAN SAHAJA!

Panduan 3: Amalkan tabiat melabur

Menyimpan wang adalah tabiat yang baik tetapi anda perlu melaburkan duit tersebut agar mendapat pulangan yang lebih. Amalkan tabiat melabur secepat yang mungkin supaya anda boleh mendapat pulangan yang maksimum daripada pelaburan. Rebutlah peluang daripada kuasa pengkompaunan dengan melaburkan wang anda dalam produk pelaburan yang sesuai. Sebelum memulakan pelaburan, lakukanlah kaji selidik yang mencukupi dengan membaca prospektus, laporan kewangan dan laporan tahunan, majalah perniagaan dan lain-lain. Dalam memilih produk pelaburan yang paling sesuai dengan tahap risiko, matlamat kewangan dan bajet yang ada,anda perlu mengenali sedikit sebanyak tentang konsep pelaburan.

Panduan 4: Buat perbandingan harga semasa membeli-belah

Dengan membandingkan harga dan mencari tawaran yang terbaik, anda mampu menjimatkan wang setiap kali membeli-belah. Membandingkan harga juga mengajar kita untuk menjadi lebih berhati-hati dan bersabar semasa membeli barang. Sebagai seorang pembeli yang bersabar dan berhati-hati, anda tidak akan terdorong oleh nafsu ketika membeli, malah akan sentiasa berusaha mendapatkan nilai yang terbaik untuk wang anda!

Panduan 5: Potong kad kredit anda

Kajian yang dilakukan Jabatan Perangkaan Malaysia mendapati bahawa 50% rakyat Malaysia yang diisytiharkan muflis berusia 30 tahun ke bawah. Statistik ini antara lain menggambarkan bahawa pelajar kolej dan golongan dewasa yang baru mula bekerja mewakili 50% daripada rakyat Malaysia yang diisytiharkan bankrap. Tidak kiralah jika anda memilki kad kredit sendiri atau diberi kad kredit oleh ibubapa, tanyalah diri sendiri: “Perlukah saya memiliki kad kredit?” Ingat! Jadilah pengguna kad kredit yang bertanggungjawab kerana anda (atau ibubapa anda) yang perlu membayar hutangnya nanti!

Panduan 6: Kurangkan bil elektrik anda

Sedar atau tidak, tidak ramai yang mengambil berat isu penggunaan elektrik. Memasang lampu walaupun tiada orang di rumah merupakan suatu perkara lazim yang dipandang remeh walaupun ia merupakan satu pembaziran. Sebenarnya,apabila anda menjimat elektrik, anda juga menjimatkan wang. Antara perkara yang boleh dipraktikkan ialah mengekalkan kelajuan kipas pada tahap sederhana, menggunakan lampu jenis jimat tenaga, serta mengurangkan tahap kecerahan skrin komputer.

Panduan 7: Jadilah pelajar yang bijak

Sebagai pelajar yang bijak dalam pelajaran, anda juga perlu bijak berbelanja. Cetak tugasan anda di kedua-dua belah muka surat kertas, beli isian semula mesin pencetak dan bukannya kartrij pencetak, pinjam buku rujukan daripada pelajar senior/rakan/perpustakaan, sewa rumah bersama kawan-kawan dan makanlah di kampus. Secara amnya, perkhidmatan dan kemudahan di kampus seperti sewa asrama, fotokopi dan lain-lain adalah lebih murah, jadi ambillah kesempatan ini! Lebih elok lagi, kumpulkan kawan-kawan anda dan carilah peluang mendapatkan diskaun apabila membeli barang (buku, alat tulis, dll) secara pukal di kampus.

Panduan 8: Gunakan kad pelajar anda

Kad pelajar adalah salah satu instrumen yang sangat membantu dalam usaha anda menyimpan wang. Anda boleh menggunakannya untuk mendapat diskaun ketika menonton wayang, membeli buku, menaiki LRT, melayari Internet, bercuti, makan, bersukan dan sebagainya. Bayangkan penjimatan yang anda dapat!

Panduan 9: Gunakan pengangkutan awam

Menggunakan pengangkutan awam biasanya melibatkan kos yang lebih rendah berbanding memandu kereta. Jika kurang minat menaiki pengangkutan awam, kongsi kereta bersama rakan-rakan! Fikirkan juga tentang membeli motosikal atau basikal supaya boleh menjimatkan wang untuk petrol. Sentiasa merancang perjalanan mengikut jadual dan keperluan sahaja. Sebagai contoh, jika destinasi yang dituju tidak jauh dan cuaca mengizinkan, apa salahnya jika berjalan kaki berbanding memandu kereta?

Panduan 10: Gunakan Internet untuk membuat panggilan

Daripada menghabiskan wang untuk menambah nilai telefon bimbit, apa kata anda membuat panggilan melalui Internet? Anda bukan sahaja dapat berbual sepuas-puasnya, malah tidak perlu membayar walau sesen pun (jika mengunjungi “wi-fi hotspot” percuma). Sekiranya terdesak atau terpaksa menggunakan telefon bimbit, jangan lupa bahawa lebih murah untuk menghantar mesej (SMS) berbanding membuat panggilan.


sumber: http://www.min.com.my



26 comments:

  1. best!!!
    qila bookmark ni dah heheheh :D

    ReplyDelete
  2. Dah lama tak terjah sini, hari ni baru dapat terjah blog awk :)

    Mohon singgah blog saya awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  3. nice tips!niesa zaman belajar duit habis utk mkn je..hikhik..
    click line,laneige dan nissan utk sobri...bykkkknya iklan klua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la saya pun waktu blajar byak duit hbis mkn je.. :P

      Delete
  4. nak tips jimat belanjan untuk pekerja ade x?? boros giler dri jdi pelajar =)

    ReplyDelete
  5. selamat berjimat kpd pelajar2 U.. jgn boros dan ukurlah baju dibadan sendiri... :)

    ReplyDelete
  6. perkongsian yang bagus sobri.. tapi kdg2 mmg susah nak menyimpan.. hehe..

    ReplyDelete
  7. ada tu yg dpt duit ptptn kan main sakan belanjanya xterfikir bajet perlu dibuat utk kemantapan belanja dlm tempoh yg lama...siswa2 ipt bijak2 semuanya so kena bijak juga mengurus belanja tanpa menyusahkan ibubapa di kampung ...

    ReplyDelete
  8. Tips yang menarik ni.. praktikal untuk digunakan :)

    ReplyDelete
  9. ye anak2 tgh praktikkan skrg ni..tqvm ilmu byk di sini..

    ReplyDelete
  10. dulu time belajar kalo nak jimat duit kena kuat iman kalo pegi mana2..haha

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum sokong ada bebarapa point.. acik pun student memang perlukan dana kecemasan ^_^ terima kasih pekongsiaannya

    ReplyDelete
  12. For most recent information you have to pay a quick visit web
    and on internet I found this web site as a most excellent website for hottest updates.


    my weblog ... kalkulator

    ReplyDelete
  13. leh di gunapakai time korang dah bekeje ato beranak pinak nnt.. cuma part guna kad pelajar tu je la x leh #sengih

    ReplyDelete
  14. dana kecemasan ni mmg perlu pd sesiapa pun . wpun masih belajar dan duit tu org beri tapi tak bermakna blh enjoykan duit tu . jika bijak menabung , anda juga yang untung . menabung visa , uni of london n inti di sini .

    ReplyDelete
  15. bagus perkongsian panduan berjimat untuk pelajar ini sobri.. teringat kembali zaman belajar dulu akak ni agak kedekut di dalam berbelanja.. tapi takde kaya juga.. hehe.. menabung visa, inti, london untuk sobri.. :D

    ReplyDelete
  16. Tips yang perlu diikuti untuk pelajar. Masa belajar dulu tak pernah buat kad kredit.

    ReplyDelete
  17. Tips yang menarik...Kalau buat semua tu, boleh jimat berapa banyak dah kan... Nnti nak guna kad pelajar and kad siswa... Huhu.... Thanks....

    ReplyDelete
  18. sekarang ni kos sara hidup semakin tinggi.. kena ambil langkah berjimat cermat.. 3kali inti untuk sobri.. :D

    ReplyDelete
  19. tips yang menarik..sebenarnya bukan sahaja sesuai untuk digunakan oleh golongan pelajar tapi ada tips yang boleh digunakan oleh golongan yang sudah bekerja...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  20. kehidupan kt u ni..mmg duit mengalir macam air..

    ayah sy ckp, kalau dah mengalir tu tadah la..huhu . =P

    ReplyDelete
  21. Adakah anda memerlukan bantuan kewangan atau pinjaman segera? Untuk maklumat lanjut dan keperluan borang permohonan, Hubungi kami melalui e-mel usl.associates005@gmail.com
    Regards.
    Richard Hartnack

    ReplyDelete

Sob - A travel enthusiast with passion for hiking, outdoor adventure, photography and writing.