Assalamualaikum dan salam sejahtera, untuk entry hari ini short and simple, saya ingin kongsikan tips mengurangkan perbelanjaan ketika bercuti. Sumber diperolehi daripada facebook, jadi bagi anda yang suka mengembara / bercuti mungkin tips dibawah dapat membantu anda untuk berjimat ketika bercuti.
" Travel is the ultimate inspiration "
Bagaimana Kurangkan perbelanjaan percutian anda?
Makanan
- Sekiranya anda memilih untuk tinggal di hotel atau chalet, pastikan tempat penginapan tersebut menyediakan sarapan pagi secara percuma supaya anda boleh makan hingga kenyang sebelum memulakan perjalanan percutian anda. Bagi yang mempunyai ahli keluarga yang ramai, masak sendiri tentulah pilihan yang paling menjimatkan berbanding makan di luar.
Penginapan
- Cara terbaik untuk kurangkan kos percutian adalah tinggal di rumah saudara mara atau rakan yang berada di destinasi percutian anda secara percuma. Alternatif kedua adalah dengan mencari hotel bajet atau apartment untuk mengurangkan kos.
Pengangkutan
- selain berjalan kaki dan menggunakan pengangkutan awam, menyewa kereta juga merupakan pilihan yang bagus. Anda hanya perlu mencari syarikat kereta yang menawarkan harga yang murah dan berpatutan. Sekiranya anda bercuti bersama saudara mara atau rakan-rakan, kos pengangkutan ini juga dapat dikurangkan lagi.
Peta
- sebelum anda bertolak ke destinasi percutian, pastikan anda telah mengkaji tempat tersebut dan merancang perjalanan anda sepanjang tempoh percutian. Dengan adanya peta, ini akan memudahkan anda merancang jenis pengangkutan yang sesuai untuk melawat tempat-tempat menarik yang anda ingini dan mengelakan anda daripada sesat. Alternatif lain yang popular pada masa kini ialah menggunakan “google map” atau ”GPS” pada telefon pintar.
Bagi anda yang suka bercuti di dalam negara, anda boleh klik pautan di bawah ke senarai kawasan pelancongan menarik di Malaysia. Disenarai tersebut saya telah menyenaraikan tempat-tempat / destinasi pelancongan yang popular yang ada di setiap negeri di Malaysia, jadi boleh membuat pilihan untuk melancong ke destinasi pilihan anda.
- Senarai Kawasan Pelancongan Menarik Di Malaysia
- Senarai Tempat Pelancongan Menarik Di Perak
- Senarai Tempat Pelancongan Menarik Di Pahang
- Senarai Tempat Pelancongan Menarik Di Pulau Pinang
- Senarai Tempat Pelancongan Menarik Di Perlis
- Senarai Tempat Pelancongan Menarik Di Kedah
- Senarai Tempat Pelancongan Menarik Di Negeri Sembilan
- Senarai Tempat Pelancongan Menarik Di Johor
- Senarai Tempat Pelancongan Menarik Di Sabah
- Senarai Tempat Pelancongan Menarik Di Sarawak
P/s: Diharapkan tips di atas dapat membantu anda semua merancang percutian secara bijak :P
kalo kat Malaysia ni, in shaa Allah xsesat. Tapi selalu salah jalan. cmne tu? hehehe
ReplyDeleteMmg perlu tahu ni agar percutian lebih berbaloi.. t kasih atas perkongsian tips bro Sobri.. :)
ReplyDeleteThanks for the share....sedang plan utk mei nnti...
ReplyDeletebulan 5 nanti baru musim bercuti untuk ika...uhuk3 T_T
ReplyDelete*mcD, INTI, n colgate untuk sobri :))
thanks for the tips.. xtaulah dpt berjimat ke x.. sy ni boros sket ..
ReplyDeleteok2..noted!thank you sobri..hehehe....
ReplyDeletemenabung visa,nissan dan mcd kat sini..
Tidur rumah saudara atau kawan kalau adik beradik ok juga tapi kalau setakat sepupu macam tak enjoylah pulak... tapi memang boleh jimat kos.
ReplyDeletehehehehhe terima kasih tips :D
ReplyDeleteAssalamualaikum sobri. wahh nice tips. sheila pun kalau pergi ke mana-mana, mesti buat research pasal tempat tu. senang dan jimatkan masa serta wang. ihhihi selamat pagi, singgah sambil menabung sini ~~~
ReplyDeletebagus perkongsian tips mengurangkan perbelanjaan ketika bercuti ini sobri.. sangat bermanfaat.. menabung colgate, kfc, colgate.. :D
ReplyDeletekurang kan shopping dan beli ole ole pon salah satu cara kurangkan belanja travel.. kengkadang benda benda kecik tu kita x perasan .. tetau over bajet
ReplyDeletePengkongsian yang berguna bro....kitaorg pun kalau nak travel mmg amik kira semua benda2 tuuu.... dan kurang kan shopping ...ekekekekeke.. :D
ReplyDeletetapi kekadnag masa bercuti ni kita terlupa...... yg pasti nya ....awok akan rancang dulu betoi2.... baghu bulih berjalan... kalo tak..... takut terover bajet.... jenuh oooo...
ReplyDeleteentri yang tepat pada masanya hehehe tq share info
ReplyDeletepergi bercuti ni memang best..
ReplyDeletecume tak bestnya bila lepas cuti tu..
nak ngemas & membasuh baju-baju.. lagi² tgh krisis air ni.. hai lahh haiii
pergi bercuti kena bawak duit lebih bimbang klu ada kecemasan sbb kita tak tahu apa akan jadi kat sana ...
ReplyDeletecuti sorang oklah..ramai2..mmg tak boleh jimat...nak jimat cari apartmen yg ada dapur...masak..
ReplyDeleteTip anda sangat berguna.
ReplyDeletetq for sharing..
ReplyDeletekalau boleh, tak nak masak-masak masa bercuti, dlm negara still OK...luar negara pun kalau boleh pun tak nak juga..kecuali tiada pilihan...huhu..
Aishhhh , bilalah boleh pergi bercuti . Bestnyaa :D
ReplyDeletetips yang bermanfaat.
ReplyDelete=)
niceee one. nnti kalau aku bercuti , aku guna tips nih okey. hohoho
ReplyDeleteselagi boleh bajet memang bajet punya lah... ekekeke.....
ReplyDeletep/s: mode nak bercuti akhir bulan nie... :D
Nak bercuti sekarang ni agak ngeri..masih trauma kes MH370...
ReplyDeleteiPad Air & Blue Birds for you...
ReplyDeleteumah sedara tu mmg biasa buat...hehehe....McD for u :)
ReplyDeleteMenarik... tp ida kalau travel tak suka bawa kain baju bebyk...selalunya ida akan beli dimana ida singgah utk dipakai...camner nak jimat ermmmm
ReplyDelete