Assalamualaikum, ok entry hari ini saya akan kongsikan kepentingan mengambil makanan seimbang, panduan ini diambil dari blog Tips & Panduan Blog's, jadi tanpa perlu berbicara dengan mukadimah yang panjang, jom baca apa itu makanan seimbang, kesannya serta kepentinganya kepada manusia .
Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Makanan yang seimbang perlu mengandungi nutrien seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan garam galian pada kadar yang betul. Makanan yang memberi tenaga dapat membina badan dan dapat menjauhi kita daripada penyakit, oleh itu kita kena pastikan untuk makan makanan yang sihat! di bawah saya senarai 4 info kepentingan mengambil makanan seimbang.
Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Makanan yang seimbang perlu mengandungi nutrien seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan garam galian pada kadar yang betul. Makanan yang memberi tenaga dapat membina badan dan dapat menjauhi kita daripada penyakit, oleh itu kita kena pastikan untuk makan makanan yang sihat! di bawah saya senarai 4 info kepentingan mengambil makanan seimbang.
1.) Pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal.
Tubuh badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk membina tubuh badan yang kuat daripada keperluan fizikal manusia. Keupayaan fizikal yang ketara ini menjadikan seseorang manusia itu boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang menjadikan fizikal manusia itu lebih baik berbanding manusia lain yang kurang menjaga aspek pemakanannya.
2. Memberikan vitamin yang cukup kepada badan.
Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak mudah untuk jatuh sakit. Kesihatan manusia dikatakan perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang itu. Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan pemakanan seimbang akan mempunyai kesihatan yang sihat sejahtera sahaja.
3. Mampu mengawal kadar obesiti.
Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup khasiat yang diperlukan oleh badan. Pengawalan pemakanan menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman yang mampu menyihatkan badan pula. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya.
4. Perkembangan mental seseorang itu tidak terganggu.
Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu tidak cukup cerdas atau mudah letih apabila cuba menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami dalam kehidupan seseorang itu. Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif berbanding dengan individu yang seimbang aspek pemakanannya. Jadi, pemakanan seimbang menjadikan aspek mental manusia lebih stabil dan berdaya tahan.
Contoh Piramid Makanan yang boleh anda ikuti.
P/s: Sebelum ini banyak kali saya kongsikan di entry bawah label kesihatan, berapa pentingnya mengambil makanan seimbang, entry kali ini penjelasan yang khusus tentang kepentingan mengambil makanan yang seimbang dijelaskan, paling penting makan ikut piramid makanan yang betul sukatannya
Anda mungkin berminat untuk membaca info sihat yang berikut
Anda mungkin berminat untuk membaca info sihat yang berikut
- Info: Kenapa Makanan Segera Bahaya
- Info: Kenapa Makanan Segera Sangat Bahayakan Kesihatan
- Tips sihat : Kepentingan Pengambilan Makanan Berkhasiat.
- Tips Sihat : Makan Secara Sihat.
Nice info
ReplyDeletethank you
Deletegood info. tapi banyak sangat fast food restaurant kat malaysia ni kadang tak kuat iman gak. haha.
ReplyDeleteitu cabaran tu udak ..he..he.
Deletehee mkn ikut sedap je...kdg2 xpk dah seimbang ke x...nice sharing...
ReplyDeleteyour are welcome
Deletediri kita adalah apa yg kita makan...info sgt berguna..klik4.
ReplyDeletebetul tu sis.. saya setuju..
DeleteVery good sharing on balance diet!
ReplyDeleteit right bro..balance in diet..very important :P
Deleteperkembangan mental tak terganggu . tu penting . berpesta ford kat sini .
ReplyDeleteterima kasih
Deletekesehatan itu nomor satu so jngn sia2kan tuk menjaga kesehatan kita sendiri :)
ReplyDeletesalam kenal
akak pun tengah berdiet sekarang ni.. tengah cuba kekalkan mengambil makanan seimbang.. bersenam jangan dilupa.. terima kasih di aats perkongsian ini sobri..
ReplyDeletetabung nuff semuanya keluar churp2 lagi.. :(
itu sangat betul bro..cuma orang macam aku nie ada masalah sikit bab nak makan seimbang sebab ade few item yang memang aku tak makan..tapi so far dari segi penyediaan makanan dan timing tu aku jaga jugak laa..kalau tak jaga mengembang badan nie..hehehe
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
TAK PASTILAH SELAMA NI MAKAN MAKANAN SEIMBANG KE TAK.. MAIN MAKAN JE..
ReplyDeleteMmg penting pemakanan seimbang ni.. obesiti perlu dielakkan.. t kasih atas perkongsian ini.. :)
ReplyDeletenice!!kdg2 kena tahan diri jugak supaya x mengambil makanan yg berlebihan..maksud niesa lebih dr segala aspek mcm lebih ke,kalori ke..ehehe..(wpn mmg sll je mkn mknan yg xseimbang..hikhik..)
ReplyDelete