Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, ya akhirnya berjaya juga untuk menyiapkan entry Jambatan Pulau Pinang - 2, entry yang sudah lama tersangkkut daripada tol bayaran free sampai sudah kena bayar :P Jambatan ini diberikan nama Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah setelah mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong ke 14 iaitu Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan merupakan jambatan yang kedua yang menghubungkan Batu Maung di sebelah pulau dan Batu Kawan di Seberang Perai yang akan berfungsi sebagai lintasan alternatif ke Pulau Pinang.
Jadi untuk entry kali ini saya akan berkongsikan pengalaman dan info-info menarik mengenai jambatan ke 2, Pulau Pinang / Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah
Bagaimana cara untuk datang ke jambatan pulau pinang- 2, daripada ipoh - kuala lumpur terus melalui highway ke Utara - selatan dan exit ke 157 iaitu Persimpangan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah / jambatan ke dua pulau pinang, just follow the sighboards. Bagi yang masuk daripada tol jawi boleh exit ke jambatan kedua serta dikenakan tol sebanyak RM1.40
Jambatan Kedua Pulau Pinang juga mempunyai kompleks tol bersepadu yang pertama di Malaysia dan yang terbesar dengan mempunyai 28 lorong, jadi anda tak perlu beratur lama untuk masuk ke jambatan, planning yang baik untuk mengurangkan jem untuk masuk ke tol jambatan.
Senarai harga bayaran tol jambatan kedua pulau pinang
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengumumkan kadar tol bagi jambatan baru itu ialah :
- RM1.70 untuk motosikal (Kelas 0)
- RM8.50 untuk kereta, kecuali teksi dan bas (Kelas 1)
- RM30.50 untuk kenderaan dua gandar dan enam roda, kecuali bas (Kelas 2)
- RM70.10 untuk kenderaan tiga gandar atau lebih, kecuali bas (Kelas 3)
- RM8.50 untuk teksi (kelas 4)
- RM26.20 untuk bas (Kelas 5)
Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam ini adalah sebuah mercu tanda kejuruteraan moden. Dibina sepanjang 24 kilometer (16.9 kilometer di atas laut), ia adalah jambatan terpanjang di Asia Tenggara. Jambatan ini juga adalah yang terpanjang di dunia yang mengaplikasikan Sistem Galas Getah Rendaman Tinggi (HDRB) yang mana ia mampu menahan gegaran gempa bumi sehingga 7.5 pada skala Richter, jambatan kedua adalah alternatif untuk mengurangka kesesakan di jambatan pertama pada waktu kemuncak. Pengalaman memandu di atas jambatan ini memang terasa agak jauh perjalanan untuk sampai ke sebelah pulau boleh sampai ke pulau dalam masa 10 / 20 minit bergantung kepada kelajuaan anda bawa, paling best dari jambatan kedua menuju ke airport memang terasa pendek dan memudahkan perjalanan ke airport bayan lepas.
Di bawah saya kongsikan gambar-gambar yang sempat saya tangkap di sepanjang perjalanan melalui jambatan pulau pinang yang ke 2
Kalau anda perasan design jambatan ini berbentuk s. Rekabentuk jambatan dikenali sebagai jambatan kabel penahan / jambatan galang kotak.

Ingat tak lagi sebelum ini saya pernah uplode gambar jambatan ini daripada pemandangan dari Pulau Aman, boleh rujuk entry terdahulu Pulau Aman, Peneng. Gambar di atas pula pemandangan dari jambatan, boleh kelihatan jelas pulau Aman. Di bawah pula gambar jambatan daripada view di pulau Aman.
Alang-alang saya bercerita mengenai jambatan ini, mari saya kongsikan tempat-tempat menarik yang boleh anda kunjungi di sekitar laluan ke jambatan ini, ok sekiranya anda datang bercuti ke peneng sebelum anda melalui jambatan ini, anda boleh singgah sebentar di Pulau Aman, apa yang best dekat situ pulau aman antara pulau perkampungan nelayan, pemandangan sangat cantik dan anda wajib merasai kenakan mee udang dan seafoord yang sangat popular, boleh rujuk entry pengembaraan saya di Pulau Aman Part 1 dan Part 2.
Dan sekiranya anda sudah berada di sebelah Pulau boleh rujuk di entry ini senarai tempat perlancongan menarik di Pulau Pinang, di situ saya telah listkan tempat-tempat menarik yang boleh anda lawati :P
P/s: Diharapkan dengan pembinaan jambatan ke dua ini akan merancakkan lagi pembangunan di pulau pinang serta dapat mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas, btw saya banyak menerima komen yang ingin berhubung dengan saya tapi tidak tahu caranya, anda boleh hubungi saya melalui email sobriyaacob@gmail.com.
wah...cantik...
ReplyDeletememng cantik :P
Deletehebatlah dia dah lalu.. teringin nk gi Penang lg
ReplyDeletennati kita leh lalu sama2..jemput dtg peneng shin
DeleteMsa pg penang hri tu tk siap lg..tpi dpt tgok dr hotel...
ReplyDeletemenarik
owh ye ke sis..dlm proses pembinaan lagi tu,,nanti bila p peneng leh la cuba ya..
Deletepuashati sekali membaca artikel n melihat pic2 jambatan pulau pinang kedua ni...kalau ada rezeki nak melaluinya tentu singgah di pulau aman juga..klik3 libresse..
ReplyDeletealhamdulilah..semoga terubat hati sis yg sebelum ni x sempat nak lalu ya.. insaallah ada rezeki.. jgn lupa melawat ya... terima kasih
Deletedulu last time aku pergi penang memang ada perasan exit jambatan kedua nie tapi belum bukak laa plak time tu..hehehe..tapi harga tol jambatan baru dan jambatan kedua nie sama ke??hehehe..menabung libresse sini..
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
iye la.. yg exit ni dah lama siap.. aku pun selaluj uga lalu..dah berapa bulan dah ..tapi tak bukak2 lagi he..he.. harga dia lain sikit.. mahai sikit ..tapi kalau nak kira jauh aku rasa 3 kali ganda jauh dgn jambatan pertama
Deleteinfo yang baik nie..semua ada...siapkn list tempat kt penang lagi...
ReplyDelete...amin..semga dpat membantu anda,,
Deletenice info. bilalah nak merasa ke sana. hehe.
ReplyDeleteterima kasih.. insaalah satu hari nanti .. dtang ya
Deletepulau aman..mee udang....entah bila nak ke Penang lagi..huhu...
ReplyDeleteKFC nyum,nyum + libresse, hello confidence...
nanti jgan lupa singgah sis.. terima kasih... ya
DeleteCantiklah gambar2 & permandangannya... info pun cukup bagus. Dah mudah klu nak ke sana nanti.. T kasih atas perkongsian info ni bro Sobri... mmg menarik.. :)
ReplyDeleteNice, but the toll fare is quite high.
ReplyDeleteteruja la tgk jambatan pulau pinang tu..xsaba nk jejak kaki ke sana..harap 1 hari nnti boleh..mayb next year..ahaha..
ReplyDeletedh add wechat sobri..incase nnti ada nk tnya pasal tempat2 menarik nih..ahaha.. tq! XD
click inti,kfc dan colgate kat sini.. ^^,
berpatutan juga kadar tol jambatan ke 2 p.pinang nih.
ReplyDeletedah setahun lebih tak datang pulau pinang... tengok gambar2 nie rasa nak pergi ke sana pulak.. nnt nak plan lah dengan suami saya.. pastu carik awak jadi tour guide kita orang eh... boleh kan? hehehe...
ReplyDeleteboleh je kak..jemputlah :)
Deletecantik gambar2 tu sobri...x merasa lg nk kesana ....
ReplyDeletecolgate for u :)
ReplyDeletewahh cantiknya belum bekesempatan lagi ke sana
ReplyDeletecantiknye... bila la ade rezeki nak lalu situ..
ReplyDeleteSangat bagus info ni
ReplyDeleteAbg Sobri , memang harga tol dia macam tu ye ? Ada satu tol je kan ? HUHU .
ReplyDeletear ah..satu tol je..bila nak pergi ke pulau :)
Deleteokay gambar sangat cantik2. kalau real mesti lagi cantik. ntah bila nak sampai tak tau. haha. yang pertama pon baru sekali lalu :)
ReplyDeletenice pic . seronok dpt g jalan2 . huu .
ReplyDeleteteringat kat kelas hari tu . sebut pasal jambatan . bridge dibina untuk orang bunuh diri . sebab tu jambatan pulau pinang baru je siap di bina dah ade kes . hehe .
=)
harap2 satu hari nnt sy dpt naik jambat tu...
ReplyDeletebangga jugak lah ade jambatan yg terpanjang di asia tenggara..wow...:D
mahal jugak eh tol dia...motor pun kena tol ek..?
itulah pasal moto pun kena.. jambatan first pun kena.spatutnya free sudah le...
Deletetapi laluan dia agak pening untuk pembonceng motosikal.. hehehe
ReplyDeletememang cantik tp sy la org penang yg pertama xpernah naik jambatan ni. hahahaha
ReplyDeleteassalamualaikum sobri: kak ana hantar link ke sini ye...mengenai jambatan kedua Pulau Pinang dari entri anajingga...tqvm..
ReplyDeletewasalam akak boleh saja...sharing is caring
DeleteJambatan buang duit rakyat... Kutip duit rakyat... Gagaga petttaakkk
ReplyDeleteMasuk Pulau Pinang RM 8.50 (kereta) bila balik ke Batu Kawan bagaimana? Kena lagi RM 8.50 atau percuma?
ReplyDeletebila balik free..sama ada naik feri, jambatan first atau kedua..tol hanya dikenakan semasa masuk pulau sahaja :P
Delete