Perak Trip : Melawat Lombong Bijih Timah Rahman Hydraulic | www.sobriyaacob.com

Wednesday, April 23, 2014

Perak Trip : Melawat Lombong Bijih Timah Rahman Hydraulic



Assalamualaikum dan salam sejahtera, entry kali ini masih lagi mengenai rombongan FAM Trip Pengkalan Hulu -The Undiscovered Trail mohon jangan muak, kerana selepas ini masih banyak entry untuk dikongsi Untuk edisi kali ini saya akan membawa anda semua untuk meneroka lombong bijih timah yang paling lama beroperasi dan tertua di Malaysia iaitu Rahman Hydraulic Tin Sdn. Bhd. terletak di klian Intan Wah lombong bijih timah? saya pun tak sangka akan berpeluang untuk datang kemari lagi selepas rombongan cik kiah / rombongan sekolah rendah, 15 tahun yang lepas. Banyak gambaran mengenai proses pencarian dan pembersihan bijih timah terlekat di kepala otak, tapi ternyata proses yang dijalankan sekarang sudah berubah selari dengan perkembangan teknologi :P

Mesti ramai yang teruja bukan? sebab apa bukan semua orang boleh masuk ke sini sesuka hati, memerlukan surat kebenaran terlebih dahulu daripada pihak pengurusan. Alang-alang saya sudah diberikan kesempatan untuk melihat sendiri proses pencarian dan pembersihan bijih timah mari saya kongsikan sedikit sebanyak pengetahuan yang saya dapat kepada anda semua pembaca blog aku VS kehidupan.


Oh ya bagi yang terlepas membaca entry saya yang terdahulu, supaya anda tidak miss sebarang entry mengenai trip Pengkalan Hulu - The Undiscovered Trail boleh klik pautan di bawah. 


Seperti biasa permulaan mukadimah mari saya kongsikan sejarah ringkas mengenai Lombong Bijih Timah Rahman Hydraulic

Lombong Bijih Timah Rahman Hydraulic telah beroperasi sejak tahun 1907 di Klian Intan, Hulu Perak. Syarikat perlombongan ini menjalankan aktiviti perlombongan bijih timah batuan keras yang terbesar di Malaysia. Apa yang menjadikan perlombongan Rahman Hydraulic ini berbeza dari perlombongan bijih timah lain adalah ia menggunakan pam hydraulic untuk menyedut bijih timah masuk ke dalam palong, ini menyebabkan biji timah yang diperolehi di sini sangat bermutu tinggi.

Inilah lombong bijih timah, dari sini tanah yang digali akan dibawa ke tempat pengasingan dan pembersihan 

#selfie lagi bersama Bro sham dengan Bro Fariz, merasa jugaklah nak pakai G-pro ambil gambar selfie 

Sebelum itu anda tahu sebab apa nama tempat ini diberi nama rahman ? kenapa bukan Yusuf atau Ali, mengikut penerangan diberikan oleh pihak pengurusan Rahman Hydraulic, Mendapat namanya dari Kerajaan Reman (Kerajaan Melayu Siam) dan ditukar kepada Rahman. Mengikut sejarahnya dulu kawasan kelian intan ini antara kawasan jajahan siam, selepas berlaku proses rundingan kawasan tanah jajahan, ini antara kawasan jajahan milik tanah melayu dan bukan milik kerajaan siam, ini kira sejarah zaman-zaman dahulu. Fakta yang paling penting lombong ini sudah bertahan sejak 107 tahun sehingga sekarang, sudah lama lombong ini beroperasi dan sudah semestinya pelbagai kejayaan sudah ditempa oleh rahman hydraulic. Bukan senang untuk menguruskan lombong bijih timah yang luas serta sudah lama beroperasi serta masih dijalankan aktiviti pengeluaran sehingga kini. 


Kami menaiki jip panduan 4x4 yang disediakan oleh pihak pengurusan untuk melawat tapak operasi lombong bijih timah, memang extreme terasa macam redah hutan! satu pengalaman baru yang tidak mungkin dilupakan :P 


Sejurusnya rombongan kami sampai ke sini, kami di sambut oleh pihak pengurusan dan diberikan sedikit penerangan mengenai latar belakang dan operasi yang dijalankan, selepas itu kami dibawa untuk melihat sendiri proses penggalian, pencarian dan pembersihan bijih timah di sini kami kami diberi penerangan bagaimana proses-proses dijalankan sehingga terjumpa hasil bijih timah 

Antara stesen yang kami singgah dijalankan proses untuk membersihkan bijih timah daripada kotoran, proses pengasingan batu dan tanah. 

Inilah rupa proses mendulang bijih timah secara tradisional, masih menggunakan alatan seperti kuali 


Seterusnya kami dibawa ke stesen pemprosesan yang lain, di sini bijih timah diproses secara detail sehingga bijih timah yang tulen diperolehi difahamkan banyak proses dijalankan sehingga biji timah 99.9% diperolehi. Di atas sedang dilakukan proses mendulang timah, dipahamkan sebelum di sesuatu kawasan digali akan diambil sample terlebih dahulu dan dijalankan proses secara tradisional untuk memastikan lokasi itu mempunyai bijih timah sebelum proses secara besar-besaran dijalankan. 

Bijih timah dan pasir yang perlu diproses dengan lebih teliti untuk mendapatkan bijih timah yang sebenar. 


Di sini juga kita dapat mempelajari secara detail bagaimana proses pengasingan bijih timah daripada A- Z cukup lengkap, sebenarnya proses untuk mendapatkan hasil bijih timah adalah sangat rumit dan memerlukan penelitian yang amat teliti untuk mendapatkan hasil biji timah yang terbaik, dipahamkan juga disini sering dijadikan tempat kajian dan pembelajaran berkaitan dengan penggalian, menarik bukan. 

Siapa sangka di atas bukit kawasan lombong wujud taman yang penuh kehijauan 


Rahman Hydraulic juga menjalankan kerjasama dengan FRIM, untuk projek penghijauan lombong bermakna apabila kawasan itu sudah digali akan dijalankan proses pembaikan pulih menghijaukan semula kawasan itu, syabas diucapkan salah satu usaha yang bagus untuk memastikan alam sekitar terus terpelihara. 

Di sini juga ada tasik penuh dengan tumbuhan hijau, rehat sebentar selepas melihat proses bijih timah dijalankan. 


Destinasi terakhir kami dibawa melawat ke tapak penyemaian anak pokok, di sini dijalankan usaha-usaha penanaman pokok yang akan digunakan pada masa hadapan di mana pokok-pokok ini akan di tanam di kawasan lombong untuk memastikan lombong tidak terbiar dan kekal terpelihara. 

Acara wajib bergambar secara berjemaah menandakan team FAM Trip Pengkalan Hulu The Undiscovered Trail telah sampai ke Rahman Hydraulic Tin Sdn Bhd. 

Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada pihak tourism perak malaysia kerana menjemput saya untuk menyertai rombongan Pengkalan Hulu The Undiscovered Trail , untuk melihat sendiri keunikan dan tarikan pelancongan yang ada di daerah hulu perak. Pendapat saya mengenai Rahman Hydraulic Tin Snd. Bhd sangat unik kerana bukan semua kawasan di dunia mempunyai lombong bijih timah dan saya dipahamkan lombong bijih timah di sini antara lombong bijih timah yang terbesar di dunia yang masih beroperasi bayangkan banyak benda dan pengetahuan baru hasil daripada penyelidikan, kajian yang boleh kita diperolehi sekiranya anda datang melawat sendiri ke lombong bijih timah Rahman Hydraulic Tin Sdn Bhd. 

P/s: Sebelum terlupa sekiranya anda ingin datang ke sini mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada pihak pengurusan untuk masuk le lombong bijih timah dan boleh setkan GPS Coordinates: N 05° 37.861’ E101° 01.818 untuk sampai ke lokasi ini :P 



Sekiranya anda semua ada sebarang pertanyaan, atau ingin mendapatkan maklumat-maklumat terkini pelancongan yang ada di Negeri Perak, sila hubungi :

Tourism Malaysia Perak,
No. 12, Medan Istana 2,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh, Perak

Tel : +605-2552772/9962
Faks : +605-2532194 



         ARTICLE BERKAITAN

50 comments:

  1. bestnya dpt tgk secara dekat.. zaman sktg bukan senang nak dpt tgk & dpt jemputan ke tmpt2 ncm ni..

    Sobri, nnt tgk entry akak ye.. lps tu email address sobri kat akak.. ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok kak..nanti saya sent email.. terima kasih... yeah dpat ole2...

      Delete
  2. Menarik.. satu pengalaman yg menyeronokkan.. dpi tahu sejarah serta menikmata suasana alam. Mmg bestlah.. t kasih atas perkongsian pengalaman ini bro Sobri..
    psss... kan aku dah cakap bro Sham tu kaki selfie hahahaa.. sshhhh.. nnti dia tau pulak.. :D :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahahahahahaha..... patut ler tersedak jer td...ada org sebut2 nama aku rupanya..... biasa la bro khir..klu tak selfie confirm gambar aku takde nyer...ekekekekekeke... :D

      Delete
    2. Huhuu kantoi dah aku hehee.. gmbr selfie utk pengalaman yg mcm ni mmg best.. tersenyum je bika setiap kali melihatnya.. best2.. gmbr pun cantik.. :) :)

      Delete
    3. ha..ha.. itulah pasai abg sham.. tersedak2 bila org mention..ha..ha.. :P
      bro khir lpas ni klau kita jmpa jom..selfie sama2:P ha..ha

      Delete
  3. masih ada lagi lombong bijih timah yg beroperasi di Perak ya...baru tau...lombong bijih di sg.lembing Pahang dah lama jadi sejarah...nampak cantik persekitaran lombong rahman hidraulik yg diurus dgn baik...klik3 colgate..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya.. ini antara lombong timah yg terbesar dan lama beroperasi di perak...
      yg dkat sungai lembing just baca info dkat internet.. x sangka dah jadi sejarah ye..
      mugkin lain kali saya bleh mlawat di sana.....:)

      Delete
    2. operasi Lombong Bijih Timah secara terdedah yang terbeso di Malaysia yang masih wujud...........

      Delete
  4. pengalaman yg bermakna la sobri!bkn senang kan nk msk dlm tu..kalau nk tunggu rombongan entah bila laa...xsangka dorg masih guna cara tradisional tu..hihi..

    menabung colgate,inti dan clinique

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..satu pengalman yg bermakna dan lain drpda kebiasaan niesa... kalau nak masuk suka2 memang tak la...btw ya masih guna.. terima kasih

      Delete
  5. Waaa, satu pengalaman yang menarik... Kat sini pun dah dapat tengok secara dekat... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah..memng menarik... alhamdulilah... terima kasih

      Delete
  6. takoe bro, setiap tempat yang ko pergi, membawa pengalaman yang berbeza..wahh...bestnya dapat pengalaman nak tengok benda2 macam nie secara live..rupanya ada lagi orang mendulang biji timah..ingatkan semua sekarang dah pakai mesin..hehehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha..ha.. itulah dari pesta ,,air.. masuk gua.. dan last sekali...pergi lombog bijih timah..memng pegalman yg lain dripada yg lain.. aq pun terkejut masih digunakan cara tradisonal..tapi utk tujuan sample,... kalau bnyak2 pakai mesin jugak :P

      Delete
  7. bro..ini entri review negeri perak ke..btw...x cube mendulang ke..mana tahu dapat emas, buakn timah huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..ni entry review ngeri perak..dan difokuskan antara destinasi perlancongan popular di daerah hulu perak..klau nak review sluruh perakbyak tempat bro..ni nak tunggu klau ada pihak nak sponser aku ok je nak buat :P

      Delete
  8. belajar subjek kajibumi...lombong ni guna pam hydraulic...teringin nak tengok lombong yg guna kapal korek..entah ada lagi ke? bestnya..bukan senang nak tour lombong mcm ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh ye ke sis... wah hbat ..dasyat... saya pun xpnah tgok yg kapal korek.harap ada peluang..satu hari nanti

      Delete
  9. salam. waa..menariknya tempat ni..hope one day dapat datang sini jugak :)

    ReplyDelete
  10. masa skolah dulu je tau pasal Bijih Timah ni huhu

    ReplyDelete
  11. teringat pergi melawat lombong arang batu dan bijih besi baru baru ni..panas sangat..kejap aje dah berpinau-pinau mata..

    sis dua tabung untuk sobri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak lombong arang batu..dkat mana tu sia..saya x pnah pergi lagi.... ha.ha.. pengalman berharga tu..

      Delete
  12. Replies
    1. owh tidak..saya dapat jemputan sbagi bloggers untuk mempromosikan dan memperkenalkan kawasan perlancongan di ngeri perak :)

      Delete
  13. Tak sangka masih ada lombong bijih timah sebesar itu di M'sia.

    ReplyDelete
  14. Mmg kita antara org yg bertuah sbb dapat melawat lombong ni...ekekekeke... TQ kepada Tourism Malaysia Perak dan Bro D.Shahril Hakime sbb jemput...ekekekekeke.. tp tu laaa..ari tu puas aku cari Ramen tp jumpa2 pun...yg jumpa makcik timah jer.... nasib baik x jumpa hantu kak limah... :D

    ReplyDelete
  15. tak pernah tengok pun macam mana kawasan perlombongan biji timah.. tak dapat tengok depan mata, baca entri kat sini pun ok gak... terasa macam ikut bersama dengan korang yg pergi... hehe...

    ReplyDelete
  16. untung la sobri....dapat pegi tengok lombong bijih...seumur hidup sis x pernah pegi lg...good experience...Inti + Colgate + Clinique tuk sobri :)

    ReplyDelete
  17. seronoknya!!
    untung dapat pergi tengok depan mata aktiviti lombong ni..

    ReplyDelete
  18. lepas ni kalau datang melaka agak2 takde sape kenal tu, halo2 je blogger ika ea..ahahahaha....mana tahu boleh bawa jalan2 melaka ececehhhhh....selamat ada dua blogger tu kan, ada juga peneman sobri semasa trip :)

    ReplyDelete
  19. Gua asal Perak pun rasa macam banyak tempat tak pernah gua pergi atau tahu kewujudannya..

    Thank untuk info ini.

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum sobri, bestnya.. tak pernah lagi melawat tempat lombong bijih timah ni.. macam best je pergi ramai2 kan. hehe singgah menabung ribena sini~~~

    ReplyDelete
  21. Tin mining was once the main economy activity in our country!

    ReplyDelete
  22. owh.. ada sampai sekarang yer..
    menabung sini.. :)

    ReplyDelete
  23. Good one, will definitely visit this place one day!

    ReplyDelete
  24. dok perak 3 tahun pun xtau tempat ni. hahaha. bukan xpernah masuk pangkalan hulu.

    ReplyDelete
  25. masih ada lagi aktiviti melombong rupanya ... mrk tu dah expert mendulang bijih kan ... jumpa inti jer kat sini .

    ReplyDelete
  26. Di Sungai Rui, Gerik, dulu ramai orang kampung mendulang bijih pakai dulang kayu, jadi sumber pendapatan semasa tak boleh menoreh di musim tengkujuh. Kadang2 ada juga terjumpa batu delima semasa mendulang.

    ReplyDelete
  27. Macam menarik nak ke lombong nie... adakah lombong sebagai tarikan pelancong juga dan blehkah trip famili dapat kebenaran masuk?

    ReplyDelete

Sob - A travel enthusiast with passion for hiking, outdoor adventure, photography and writing.