Assalamualaikum dan salam sejahtera, apa khabar semua pemabaca blog aku Vs kehidupan ? di harapkan semuanya dalam keadaan sihat sejahtera, entry hari ini adalah kesinambungan entry berkaitan tempat-tempat menarik yang ada di sabah, sebelum ini saya ada berkongsi destinasi menarik yang harus dikunjungi apabila anda melawat Negeri Sabah, untuk edisi pengembaraan kita kali ini, akan melawat salah satu destinasi yang amat popular di Sabah iaitu Kinabalu Park / Taman Kinabalu
Kinabalu Park adalah pintu masuk ke gunung kinabalu, apa yang menarik di sini kita boleh melihat gunung kinabalu dengan jarak dekat serta disajikan dengan pemandangan yang sangat cantik dan paling best suhu di sini sejuk, apabila anda bercakap di awal pagi atau lewat petang, mulut kita seolah-olah mengeluarkan asap kesan cuaca sejuk di sini.
Kinabalu Park adalah pintu masuk ke gunung kinabalu, apa yang menarik di sini kita boleh melihat gunung kinabalu dengan jarak dekat serta disajikan dengan pemandangan yang sangat cantik dan paling best suhu di sini sejuk, apabila anda bercakap di awal pagi atau lewat petang, mulut kita seolah-olah mengeluarkan asap kesan cuaca sejuk di sini.
Oh ya! bagi anda yang belum pernah baca pengembaraan saya yang terdahulu di Sabah, bolehlah klik di link bawah untuk membaca entry yang terdahulu.
Pintu Masuk Ke Kinabalu Park
Taman Kinabalu merupakan sebuah taman negara yang telah diwartakan pada 2002, dan terletak di negeri Sabah, Malaysia dibahagian utara pulau Borneo. Taman Kinabalu dihiasi oleh dengan Gunung Kinabalu yang tersergam dengan ketinggian 4,095 meter, yang merupakan antara gunung tertinggi di Asia Tenggara.
Bagaimana Cara Untuk Datang Ke Kinabalu Park?
- Boleh memandu sendiri, jarak lebih kurang 90 km dari kota kinabalu
- Ataupun boleh menggunakan perkhidmatan awam seperti bas dan teksi
- Semua perkhidmatan bas ekspres dan bas mini di antara Kota Kinabalu dan Ranau atau Sandakan melalui jalan susur taman, 100 meter ke ibu pejabat Taman.
Harga Bayaran Masuk Ke Kinabalu Park
- Tiket masuk RM 4.00 ringgit bagi dewasa dan RM 1.00 bagi kanak-kanak.
- Jangan buang tiket masuk ke Kinabalu Park boleh digunakan lagi untuk masuk ke Poring Hot Spring (Klik Sini)
Taman Kinabalu ini betul-betul berada di kaki bukit Gunung Kinabalu, Pintu masuk untuk mendaki gunung kinabalu antara gunung yang tertinggi di asia. Tempat ini memang sangat menarik, pelawat boleh singgah ke sini untuk menikmati pemandangan yang indah terdapat pelbagai jenis tumbuhan yang menarik dan pokok bunga yang pelbagai warna. sebelum boleh naik untuk melawat ke taman ini anda harus membeli tiket terlebih dahulu, untuk masuk ke taman ini tiket dikenakan sebanyak Rm 4.00 sahaja.
Duduk sebentar mementara urusan untuk masuk ke kinabalu park ini settle, dekat bawah ni pun dah terasa sejuk tips penting bagi anda yang tak tahan cuaca sejuk sila bawa sweater / baju sejuk boleh dikatakan perjalanan dari sini ke kundasang memang suhu sejuk macam dekat cameron highland, tambah pada awal pagi atau lewat petang, saya pun menyesal tak pakai seluar panjang, ingatkan cuaca dekat sini sejuk dia biasa-biasa aje, tapi sejuknya luar biasa memang sejuk, cakap pun menggigil part paling best bila bercakap mulut keluar asap, memang feeling oversea habis:P
Duduk sebentar mementara urusan untuk masuk ke kinabalu park ini settle, dekat bawah ni pun dah terasa sejuk tips penting bagi anda yang tak tahan cuaca sejuk sila bawa sweater / baju sejuk boleh dikatakan perjalanan dari sini ke kundasang memang suhu sejuk macam dekat cameron highland, tambah pada awal pagi atau lewat petang, saya pun menyesal tak pakai seluar panjang, ingatkan cuaca dekat sini sejuk dia biasa-biasa aje, tapi sejuknya luar biasa memang sejuk, cakap pun menggigil part paling best bila bercakap mulut keluar asap, memang feeling oversea habis:P
Pemandangan daripada atas, di bawah itu adalah tempat untuk meletakkan kenderaan sebelum naik ke atas / ke taman kinabalu dan bukan semua kenderaan boleh mendaki untuk masuk taman kinabalu bergantung kepada jenis kenderaan anda. alternatif lain boleh menggunakan pengangkutan yang disediakan oleh pihak kinabalu park.
Di sinilah tempat urusan pendaftaran / pembelian tiket dijalankan. Jadi bagi anda yang merancang untuk mendaki pendaftaran dijalankan di sini.
Info Mengenai Kinabalu Park
- Taman Kinabalu merupakan pintu masuk ke Gunung Kinabalu. Ia terletak 1,585 meter di atas paras laut dan menjadi tapak permulaan bagi pendakian ke puncak Gunung Kinabalu. Ia meliputi kawasan seluas 754 km persegi dan merangkumi Gunung Kinabalu, Gunung Tambuyukon dan kaki bukit.
- Gunung-gunung ini memiliki sejarah geografi yang menarik dengan mengambil masa beribu-ribu tahun untuk terbentuk. Gunung Kinabalu yang tersergam indah sebenarnya adalah massif granit yang kemudiannya tembus dari kerak ke permukaan bumi.
- Massif ini muncul ekoran daripada hakisan pasir dan batu lumpur setebal beberapa kaki. Semasa Zaman Ais, glasier yang menuruni puncak membentuk kawasan tersebut tetapi puncak berceranggah yang timbul dari permukaan ais tidak berubah. Gunung berceranggah ini menjadi mercu tanda Taman Negara pada hari ini
Di bawah saya kongsikan antara pemandangan menarik yang ada di sekitar Kinabalu Park!
Kalau anda perasan, semua gambar dekat sini nampak macam berkabus jerebu! tapi bukan ya! itu semua sebab cuaca dekat sini memang sejuk, Jadi bagi anda yang memang suka suasana tempat sejuk memang digalakkan untuk datang ke sini :P
Selain daripada berjalan-jalan dan mengambil gambar selfie diri anda banyak-banyak dalam pelbagai posisi dan lepas tu upload dalam instagram setiap 5 minit antara aktiviti lain yang boleh dilakukan ialah makan, di sini ada restaurant tapi teman tak masuk makan jadi tak dapat la nak khaborkan macam mana keadaan jadi kome-kome diluar bolehlah datang lepas tu khaborkan kepada teman sedap ke tak menunya ye :P
Ini baru sikit pemandangan yang ada kat kinabalu park, landscape dekat sini memang cukup cantik dan menarik dengan bunyi-bunyian binatang dan kepelbagaian flora dan fauna yang menarik, suasana di kaki gunung katakan jadi paham-paham lah sendiri, bunga-bunga yang tumbuh memang menarik tambahan suhu di sini sejuk perhh memang terbaik, bagi yang plan untuk datang honeymoon memang saya recommend boleh bermalam di kinabalu Park hotel ataupun di Kundasang.
P/s: Untuk entry edisi kinabalu Park ini tak banyak informasi atau aktiviti yang boleh saya kongsikan, sekiranya anda datang ke sabah pastikan Kinabalu Park antara lokasi wajib anda lawati :P
Cantik suasana di Kinabalu Park tu. Gambar2 yg diambil pun cantik2. T kasih atas perkongsian bro Sobri... mmg menarik.. :)
ReplyDeletememang cantik suasana dekat sini bro khir..memng sejuk.. cakap pun mulut berasap
Deletekenapa sabah nampak mcm sejuk ni., bestnye jalan2..nak gi sabah jugak..
ReplyDeletekat kinabalu park ni memng sejuk....mcm kat kundasang or cameron..
DeleteTak boleh pergi sana, nanti semput sbb sejuk sgt. Haha.. Bila nak dtg Kch? Boleh jumpa.. :p
ReplyDeletehu..hu..ye ke jangan lupa bawa ubat kalau terpaksadtg..owh nanti saya dtg sana vee jadi tour guidge ya :P teringin gak nak p sana
DeleteEhh ehh , stylo la Abg Sobri ni . Lain masa tawanlah Gunung Kinabalu tu . HIHI :P
ReplyDeletewah perli ke apa mastura? ha..ha.. stylo la kan :P
Deletelpas ni boleh la kita hiking2 sama.. ada berani ? :P
cantik gak tempat ni ya!!!
ReplyDeletememang cantik awesome place dkat sabah :P
DeleteLibresse & Libresse for you!!!
ReplyDeletecantiknya Kinabalu park ni ya...agaknya xsampai hajat nk kesana sbb sejuk sangat tempatnya tu...singgah klik3.
ReplyDeletehe..he.. kalau sampai juga.. pakai le banyak2 baju sejuk ya sis :P
Deleteteringin nak go there someday :)
ReplyDeleteinsaallah brunei dah dekat kan ;P
DeleteMemang menarik view kat sini...alang2 dah dibawah, tanam azam naik keatas bagi org mudalah....menuju ke puncak...kliks.
ReplyDeleteinsaalah kak memang saya tanamkan azam tu
Deleteberkabus tu ... nak gak rasa cuaca sejuk cam tu ... nice view .
ReplyDeleteitulah sejuk sebab kabus..bkan sebab jerebu he..he
Deletecantik suasana di sini ^_^ tahun depan masuk tau MSMW ^_^
ReplyDeleteinsaalah acik. tapi rasa diri ni x berapa layak le :P
Deletemenarik tempat ini..awal bulan depan saya akan ke KK..insyallah kalau berkesempatan ingat nak berkunjung laa kat tempat ini..hehehe
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
cantik tu bro..nanti jagan lupa dgn temapt2 aku cadangkan tu ya.. happy holiday bro...wish awal :P
Deletecantik pemandangan di sana.. sejuk sangat sampai dah berkabus tu.. semua keluar churp2..
ReplyDeletesejuk akak..boleh la fealing kat oversea sat he..he
Deletehebat cara usha awek tu sobri hehehe...nk g sabah nanti...mesti tengok blog ni tuk cari more info...colgate colgate tuk sobri.. :)
ReplyDeletemalu saya kak.. hebatkan cara saya usher awek he..he.. tq akak
Deleteseronoknya!!! bilalah zizie nak dpt pergi sana.. huhu.. klik libresse kat sini :)
ReplyDeletemmg dah lama simpan hasrat nak daki gunung kinabalu..
ReplyDeleteSuch a nice place. Hope I can be there someday!
ReplyDeleteBaguslah tips ni dan amat membantu
ReplyDeletetq utk tips dr sobri yg sgt berguna tu..niesa dh take note beberapa tips yg penting utk rujukan niesa nnti..weeee..^_^
ReplyDeletemenabung colgate,digi dan libress kat sini..
cantik tempat ni........ Insyallah akan awok jejak nanti...
ReplyDeleteP/S: nanti bgtau kat Gerik mana senang yang kitorang nak pick up mike nanti...... dan yang penting bawak kamera....
salam rabu singgah klik4..
ReplyDeleteThe place whr my heart belong... uhuuuu
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian bro.... sebenarnya banyak tempat2 menarik kat Malaysia ni.... :D
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete