Assalamualaikum dan salam sejahtera, tahukah anda antara semua aksesori tubuh badan yang paling susah untuk di buat membuat pilihan ialah pemilihan bingkai cermin mata yang sesuai / eyeglass frame dengan bentuk wajah dan personaliti anda, terutama cermin mata perlu dipakai setiap hari tambahan kalau anda rabun.
salah satu contoh design cermin mata yang menarik perhatian saya, tapi sangat tidak sesuai dengan bentuk wajah saya! but im really love this design :P
Seperti saya memang rabun dari sekolah menengah, jadi cermin mata antara benda wajib yang perlu dipakai, memandangkan dulu sel-sel otak masih tidak berhubung dengan sempurna maka pemilihan bingkai cermin asal boleh, janji ada tidak mementingkan rekabentuk design yang sesual.
Siapa di sini mempunyai masalah untuk memilih cermin mata yang sesual dengan wajah kita?, ya kita mempunyai masalah yang sama. Setiap individu mempunyai wajah yang berbeza bentuk seperti berbentuk bujur, bentuk sirih, bentuk ovari, berbentuk panjang berbentuk bulat dan lain-lain, jadi pemilihan bingkal cermin mata kita akan berbeza mengikut rupa masing-masing.

Sebelum membeli cermin mata pastikan kenali dulu bentuk wajah anda, di atas anda boleh kenali dahulu wajah anda berbentuk apa :P
Di bawah adalah tips memilih cermin mata yang sesuai mengikut wajah anda.
1-Bentuk muka petak/persegi
Bingkai yang sesuai :
Bingkai berbentuk bulat dan bujur
Pilih bingkai yang kelihatan berat di bahagian atas iaitu lebih tebal di bahagian atasnya.
Elakkan : Bingkai yang rata dan petak di bahagian bawah kerana muka anda akan nampak lebih petak. Pilih bingkai yang melengkung sedikit di bawahnya supaya seimbang dengan muka.
2-Bentuk muka bujur sirih/oval
Bingkai cermin mata yang sesuai :
Pilih bingkai yang tak melampaui nisbah muka anda. Tak terlalu besar dan tak terlalu kecil.
Elakkan : Jangan pilih bingkai yang rendah atau ‘jatuh’ kerana ia akan menyebabkan muka anda tidak seimbang.
3- Bentuk muka bulat/buah pir
Bingkai cermin mata yang sesuai :
Bingkai berbentuk petak akan mengurangkan muka kelihatan bulat.
Kaki bingkai yang tinggi atau sederhana tinggi akan membuatkan muka kelihatan lebih panjang.
Warna bingkai yang gelap dapat mengimbangkan bentuk wajah yang bulat.
Elakkan : Bingkai yang berbentuk bulat akan buatkan muka anda nampak lebih bulat. Jadi pilihlah dengan bijak!
4-Bentuk muka diamond
Bingkai cermin mata yang sesuai :
Frameless adalah pilihan yang paling sesuai
Bingkai petak yang mempunyai bahagian atas yang rata dan melengkung di bahagian bawah juga adalah sesuai.
Tips : Frameless adalah bentuk yang paling sesuai untuk mereka yang mempunyai bentuk muka diamond
5-Bentuk muka hati
Bingkai cermin mata yang sesuai :
Frameless adalah yang paling sesuai untuk bentuk muka ini
Tips : Bentuk muka hati adalah yang paling sukar untuk dipadankan dengan mana-mana jenis bingkai kerana ia akan menonjolkan kawasan muka yang tidak mahu diserlahkan. Oleh itu, frameless adalah pilihan terbaik untuk anda.
6-Bentuk muka segi tiga
Bingkai cermin mata yang sesuai :
Pilih bingkai yang bentuknya agak petak atau half-frame.
Tips : Bentuk muka ini mempunyai kawasan dahi yang kecil dan dagu, rahang dan pipi yang agak luas. Bingkai petak atau half-frame dapat menyerlahkan bahagian atas yang kecil.
7-Bentuk muka panjang
Bingkai cermin mata yang sesuai :
Disarankan untuk pilih bingkai yang lebar
Bingkai bercorak juga sesuai kerana muka akan kelihatan sedikit lebar dan seimbang.
Tips : Nose Bridge yang rendah boleh membantu ‘memendekkan’ hidung dan kaki bingkai yang ‘jatuh’ akan membuatkan muka menjadi lebih pendek

Kadang-kadang design yang kita lihat di wajah model, memang sangat cantik tapi tidak semua design itu sangat sesuai dengan rupa wajah kita. Di bawah saya sertakan antara tips dan panduan yang boleh anda fikir-fikirkan ketika membeli / memilih cermin mata
1. Pakai jenis tudung yang selalu anda pakai semasa membeli cermin mata anda.
Iya,ini paling penting! Kita tak mahu kalau-kalau bila kita pergi ke Pusat Optometri, kita memakai jenis tudung yang lain dari biasa yang kita pakai setiap hari. Misalnya,setiap kali anda pergi kerja atau sekolah/kolej/universiti/kuliah dan seumpamanya, tudung bawal menjadi idaman hati. Jadi ,apabila anda mencuba cermin mata,dapatlah anda pastikan bahagian tepi tudung bawal anda tidak nampak kembang dengan cermin mata yang dipilih.Tudung pun akan jadi cantik terbentuk ! Hal yang sama diaplikasikan jika anda yang minat selendang (shawl), tudung syria atau tudung awning.
2. Pilih bingkai yang saiznya bersesuaian dengan muka anda.
Biasanya size bingkai yang sesuai untuk wanita Asia ialah 45-49 mm bergantung kepada bentuk muka anda. Jadi pastikan bila anda mencuba bingkai cermin mata, anda akan rasa selesa iaitu ianya tidak terlalu kecil atau terlalu besar. Jika melihat dari sisi, kaki bingkai @ templeselari dengan telinga anda. Jika temple sedikit terkangkang, itu menunjukkan saiz bingkai yang anda pilih lebih kecil dari bentuk muka anda. Bukan apa, kalau anda pilih saiz bingkai yang terlalu kecil , spring pada bingkai anda akan cepat rosak dek selalu perlu buka ekstra besar.Jika saiz bingkai terlalu besar pula, anda dapat lihat bingkai itu lebih panjang dari bahagian tepi muka anda.
3. Pilih temple yang lurus dan halus.
Kenapa? Sebab bila anda buka cermin mata , tidaklah rambut-rambut anda semua habis tertarik keluar. Kalau temple penuh dengan corak berkerawang , peratus untuk rambut anda tertarik keluar semasa membuka cermin mata adalah lebih tinggi. Bagi mereka yang praktikal, tips ini mungkin lebih mudah diaplikasikan.
4. Pilih temple yang anti karat atau plastik bagi mereka yang kuat berpeluh.
Temple atau kaki bingkai berada di dalam tudung anda. Apabila anda bersukan dan berpeluh, secara tidak langsung peluh akan melekat pada temple tersebut. Sebagaimana yang kita tahu,peluh terdiri dari air dan natrium klorida (garam) . Jika anda pilih bingkai jenis besi, ianya akan cepat berkarat dengan kandungan peluh ini.
5. Bawa pasangan atau kawan bersama.
Siapa yang akan selalu melihat anda dengan cermin mata yang baru? Pastinya pasangan atau kawan anda. Jadi apa salah nya anda bawa mereka untuk memberi pendapat tentang apa yang sesuai untuk anda. Kadang-kadang, pandangan orang lain adalah lebih jujur dan ikhlas terhadap kita kerana mereka yang nampak diri kita dari luaran. Itulah pentingnya pendapat kedua (2nd opinion) selain diri kita sendiri.
6. Pilih cermin mata yang penuh bingkai jika anda mempunyai preskripsi yang sangat tinggi.
Bagi individu bertudung, cermin mata adalah fokus tumpuan orang lain apabila melihat anda. Jadi Cermin mata yang nampak terlalu tebal pasti mempengaruhi penampilan anda. Cermin mata tanpa bingkai (rimless) sangat mudah untuk kelihatan tebal kerana tiada bingkai yang melindungi sisi cermin tersebut. Jadi pilihlah bingkai jenis full frame atau semi-frame bagi melindungi ketebalan kanta anda.Tips ini terkecuali bagi mereka yang memilih kanta jenis high indeks (nipis) atau saiz bingkai rimless yang kecil.
Mungkin design cermin mata yang akan saya beli, seperti design di atas, design yang simple, nampak kemas, bentuk wajah lebih kurang dengan wajah saya, walaupun hati memberontak nak cuba design cermin mata seperti Johnny Deep gayakan, memandangkan pipi saya tembam sedikit dan tak berapa cengkung, jadi itu bukan pilihan utama, mungkin bila ada duit lebih sikit baru beli untuk second eyeglass.
Tujuan utama entry ini ditulis adalah untuk berkongsi panduan dan tips-tips dalam pemilihan cermin mata yang sesuai dengan wajah dan personaliti anda, speck mata saya baru sahaja patah jadi ini antara research saya jalankan dahulu sebelum membuat pilihan membeli cermin mata baru, lagipun harga cermin mata bukan murah dan amatlah tidak berbaloi sekiranya kita menyesal membeli di kemudian hari kerana tidak berpuas hati dengan design yang dipilih. Walaupun saya pengguna contact lens, tapi saya lebih suka memakai cermin mata dari contact lense sebab penjagaan contact lense agak leceh!
Anda mungkin berminat untuk membaca tips yang berikutnya.
P/s: Sekiranya anda semua membeli cermin mata atau cermin mata hitam apa ciri-ciri utama menjadi pilihan anda? harga, design, keselesaan ataupun jenama :P
bagus tips ni, ika rabun juga sebenarnya tapi jarang pakai spect miahahahaha
ReplyDeletebakal doc yang sangat pemalas T_T
jemput join GA ika ya sobri :))
thank ika..nanti saya joint ya :P
Deletesokongan he..he.. :P
bagus tips ni, ika rabun juga sebenarnya tapi jarang pakai spect miahahahaha
ReplyDeletebakal doc yang sangat pemalas T_T
jemput join GA ika ya sobri :))
hahahaha qila muka pear!! so kena pakai yg petak ha ok lah tu hihihiik
ReplyDeletebetul..betul tu qilah
Deleteden main bantai je pilih cermin.. hahahah
ReplyDeletelpas ni dah ada panduan boleh la beli mana yg sesual he..he..
Deletesy kalau pakai spec dh rupa mcm cikgu besar.. malu nyer
ReplyDeletehe..he.. iye ke? comel la tu
Deletesalam. sy tak pakai cermin mata..buruk kut muka sy kalau pakai cermin mata hahha
ReplyDeletebtw..ford for you :)
owh untungnya x rabun.. he..he..
Deletekalau rabun pening kpala :P
nice tip..tetiba p cermin muka jap..hihi
ReplyDeleteshin x tau bentuk mula shin apa ek..
ReplyDeletepilih cermin mata yg sangat sesuai utk mnghiasi wajah...sbb cermin mata itu letaknya di muka...tq berkongsi info yg sgt bermenafaat.
ReplyDeleteakak pon tak tau bentuk muka jenis ape ..
ReplyDeleteotometik tak tau nak pilih frame spek bagaimanakah yg sesuai
sbb tu ada sesetengah org nampak cantik berkacamata,sesetengahnya pulak nampak pelik...
ReplyDeleteyang aku guna sekarang ni jenis yang takde bingkai.
ReplyDeletetu pun beli masa spm.
rabun sbb study..haha
thank you bery much bro..aku selaku pemakai cermin mata memang suka baca entry2 macam nie..boleh gak dijadikan panduan..hehehe
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
muka akak bentuk persegi kot.. setakat ini akak belum berkaca mata.. mungkin satu hari nanti akan memakainya.. terima aksih di atas perkongsian panduan memilih bingkai cermin mata yang sesuai dengan bentuk muka ini sobri.. tabung semua keluar churp2..
ReplyDeleteterima kasih maklumatnya ,acik beli kaca mata nie main sebat jer..kalau baca dulu mesti tahu hehehe
ReplyDeleteThanks Abg Sobri sebab saya pun berkacamata juga dan saya bermuka bulat then memilih untuk memakai full frame 4 segi sederhana kecil . Saya kalau beli , tengok harga frame dan keselesaan pemakaiannya . Kawan saya beli kalau nak lagi murah , ada beli frame dekat downtown dengan harga RM10 then just tukar lens dekat kedai optometri cuma RM80 sahaja . HIHI .
ReplyDeletepakai lens..xyah pkr psl bentuk bingkai spec..hehe..walaupun sy pun xsuke lens...
ReplyDeletebeli bingkai penuh bg y ter'lebih' aktif .. bg mengelakkan kena tuka2 bingkai setiap bulan..hehe.. =)
Nice sharing
ReplyDeleteNice tips Sobri..Nway kita pakai lense tak pakai spec..
ReplyDeleteFord Fiesta for you..Yang lain tak ada..
niesa xtau muka ni jenis apa..haha..sgt malas pakai spec nih..thanks share tips sobri.. ^_^
ReplyDeleteNice sharing Sobri.. dah pakai tudung tak la nampak petaknye muke :p
ReplyDeleteawok sebelum ni berkacamata.... tapi sejak ilang.....malas nak ganti baru.... tapi hasilnya.... mata awok makin rabun.... padan muka..... awok muka kighe panjang jugak.... dan awok tak pernah pilih bingkai pun sbeelum ni..bantei jeeeee
ReplyDeletesis pakai cermin mata sejak sekolah rendah...dah berpuluh2 tahun...terima kasih sobri atas tips...sis biasanya akan pastikan pipi dan tepi cermin mesti sama...klu lebih atau kurang dari pipi dah x elok upanya...bingkai ni dah lama x bertukar...sis biasanya tengok design...selesa atau tak...nampak comel tak...hahaha...lepas tu baru harga...skang ni sis pakai jenama KEYng
ReplyDeletelibresse tuk sobri :)
ReplyDeleteMmm..akak tak pakai cermin mata, dan berharap takkan pakai sampai ke akhir hayat..hehehe
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam...bentuk muka sy dagu yg agak pnjang. So bingkai mcm mana yg sesuai dgn muka sy... sblom nie mata ok.. tp skrg dh ada masalh pnglihatan.. so xdpt buat keputusan binkai mana yg sesuai dgn sy.. mohon bantuan... :((
ReplyDeleteGood Info, tq :)
ReplyDeleteOwhh. Senang dah nak pilih frame ..tq
ReplyDeleteMata saya besar dan bulat, bingkai cermin mata yang mane sesuai untuk saya ye?
ReplyDeleteTerima kasih. Maklumat yang sgt baik. Akak baru2 ni dah pun tukar cermin mata...mmg susah nak pilih bingkai yg sesuai...bawa anak2 lagi lah pening...nk ikut trend terkini tapi bila cuba macam tk sesuai aja...lastly pilih aja yg selesa dan tak berat.
ReplyDeleteJika baca lebih awal tentu dah guna panduan ni...apa pun tq sebab boleh dijadikan panduan pada masa akan dtg.😊
Terima kasih. Maklumat yang sgt baik. Akak baru2 ni dah pun tukar cermin mata...mmg susah nak pilih bingkai yg sesuai...bawa anak2 lagi lah pening...nk ikut trend terkini tapi bila cuba macam tk sesuai aja...lastly pilih aja yg selesa dan tak berat.
ReplyDeleteJika baca lebih awal tentu dah guna panduan ni...apa pun tq sebab boleh dijadikan panduan pada masa akan dtg.😊