Assalamualaikum dan salam sejahtera, untuk entry hari ini saya akan kongsikan beberapa amalan sunnah yang dilakukan oleh Rasulullah untuk menjaga kesihatan rohani dan fizikal Sebaik-baik amalan, ialah meniru gaya hidup dan panduan kesihatan yang sudah pun dicatatkan dalam al-quran dan sudah diwarisi amalan dari Rasulullah s.a.w.
Berikut adalah amalan sunnah untuk menjaga kesihatan, untuk kesihatan rohani dan fizikal. Rasulullah sebaik-baik mentor atau teladan dalam amalan penjagaan diri dan kesihatan.
1. Bangun sebelum subuh
Sebaik-baik permulaan hari memulakan qiamullail atau bertahajud, menyampaikan hajat dan menyepikan diri untuk muhasabah, doa. Ia sebaik-baik permulaan hari. Mandi awal pagi, bertahajud dan terus sambung menunaikan solat subuh. Jadi tidak ada alasan lagi bagi orang cemerlang yang berpagi-pagi ke arah kebaikan. Antara hikmah dan manfaat, mendapat udara segar awal pagi mengelakkan pelbagai penyakit. Ia juga menguatkan mental dan fizikal untuk menyambung perjuangan dalam rutin harian.
2. Aktif menjaga kebersihan
Rasulullah sentiasa rapi dan bersih. Setiap Jumaat melakukan amalan bercukur, memotong kuku, menyikat rambut dna berwangi-wangian.
"Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang-orang dewasa. Demikan pula menggosok gigi dan memakai wangi-wangian" (HR Muslim)
3. Makan sekadar perlu
Dalam tubuh manusia terdapat tiga ruang, satu pertiga untuk udara, satu pertiga untuk air dan satu pertiga lagi untuk makanan. Bahkan, puasa bulan Ramadhan dan puasa sunat Isnin dan Khamis sebaik-baik amalan untuk menyeimbangka kesihatan tubuh.
Sabda Rasulullah:
"Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan)" (Muttafaq Alaih)
4. Gemar berjalan kaki
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, mengunjungi sahabat, medah jihad, pasar dan sebagainya. Berjalan kaki menjadikan diri aktif, menlancarkan peredaran darah dan boleh berpeluh. Ini boleh mencegah pelbagai penyakit.
5. Sabar
Maksudnya tidak pemarah. Kekuatan dan hakikat kesihatan sangat berkait rapat emosi dan fizikal. Apabila seseorang menahan marah ia juga sedang menguatkan fizikal dan mental. Cara untuk mengelakkan marah, apabila sedang berdiri maka duduk. Jika sedang dudu maka berbaring. Segera berwuduk. Solat doa rakaat untuk menghilangkan kegundahan hati.
6. Tidak putus asa dan optimis
Sentiasa positif, sabar, istiqamah, serta tawakkal kepada Allah s.w.t
7. Tidak iri hati
Buang segala perasaan dengki atau iri hati. Ia juga adalah toksin yang boleh meracun diri dalam keadaan tidak sedar. Perasaan negatif ini boleh membuatkan tubuh rasa letih, dan juga punca meransang pelbagai penyakit fizikal tanpa kita sedar.
woooowww... perkongsian yang bagus bro...
ReplyDelete#Amboi... perli aku nampak.... aku suke lagu tu bro... relek jeee gagagaga pettakkk
salam. insyAllah sy cuba amalkan hee
ReplyDeletep/s menabung vmal & bepanthen :)
tq dik...sama2 kita amalkan utk kumpul pahala in shaAllah
ReplyDeleteAku rasa dalam 7 perkara ni yang nombor 1 tu yang paling payah sekali nak buat.
ReplyDeletethanks sobri...utk no.7 tu sekarang ni mcm payah sikit..hahaha...
ReplyDeletemenabung nestle dan vmall kt sini...
comelnyer gambar di atas... tips yg sgt bermanfaat... nampak senang tp susah...
ReplyDeleteinsyaAllah akan cuba diamalkan... terima kasih :)
nombor 5, 6 dan 7 untuk kesihatan rohani. kadang terbabas jugak...
ReplyDeletePerkongsian bagus ni...semoga kita dpt mengamalnya dgn sempurna dan diberkat
ReplyDeleteBoleh amalkan dengan sebaik mungkin, semoga dapat dibiasakan dalam kehidupan seharian ^^
ReplyDeletemenabung~ ;3
Malangnya bukannya begitu yang kita ada pada hari ini kan. Walhal sebenarnya hanya dengan keimanan yang kukuh seseorang mampu melakukannya..
ReplyDeletetips yg lengkap..sihat fizikal, mental and spiritual..
ReplyDeletesunnah rasullullah yg sunat diikuti..elok jadi amalan...klik3...tq...
ReplyDeletebangun sebelum subuh,
ReplyDeletedah solat subuh jangan tido balik.
pegi jogging..hehe
insyaAllah sama2. yang paling susah disitu mandi sebelum subuh..
ReplyDeleteInshaaAllah bro... jom kita sama2 praktikkan... pengkongsian yang berguna bro..... :D
ReplyDeleteterbaik...
ReplyDeletebagus ekali entri ini,, mari kita cuba amalkan
ReplyDeletebaca mcm murah.. nk pratikkan tu yak payah #nanges
ReplyDeleteIn sha allah aksn cuba peraktikkan mana yg belum ikut tu coz ada yg culas nih
ReplyDeleteMoga-moga kita dapat mengamalkannya secara istiqamah
ReplyDeleteSemuanya amalan yang sangat bagus untuk kesihatan kalau diamalkan, cuma jangan malas..
ReplyDeletetips yg hebat tp nak buat tu faham2 jelah bukan senang... makan mase utk berubah... heheh...
ReplyDeletejom sama2 kita praktikkan ... :)
ReplyDeletebanyak kebaikkan yang kita boleh dapat kalau kita mengamalkan sunnah2 rasullullah ini...
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
Tips sihat ni adalah sunnah.. dlm sunnah pasti ada kebaikan & kejayaan...
ReplyDeleteGud sharing Sobri.. :D
ReplyDeletenabi contoh tauladan yg baik, x kira dari segi sahsiah mahupun dari segi kesihatan... :)
ReplyDeletecontoh yang terbaik boleh kita ikut....... Insyallah sihat ..... kal otak sekarang kita berubah... sampei bila2 pun kita takkan berubah.....
ReplyDeleteContoh ikutan terbaik. tapi kita jarang ikut
ReplyDeleteberjalan kaki dapat aktifkan saraf2 di kaki yang berfungsi utk selururh badan ... 3x lactacyd
ReplyDelete