Assalamualaikum dan salam sejahtera! ola ole ola.... nampaknya demam Piala Dunia 2014 sedang menyerang satu dunia, Piala Dunia Brazil FIFA #2014FIFAWorldCup akan disaksikan oleh jutaan manusia dari seluruh dunia. Jadi, sementara anda tengah rancak bersorak kepada team pilihan anda, jom layan beberapa fakta menarik mengenai penganjuran piala dunia di Brazil. kejohanan yang akan berterusan selama satu bulan, pastinya demam Piala Dunia dapat dirasai dimana-mana sahaja! Bagi anda peminat setia bola di bawah ialah 11 fakta mengenai Piala Dunia di Brazil wajib anda tahu!
#2014FIFAWorldCup #Brazil
1) Kontroversi
Kontroversi telah lama menyelubungi gol-gol atau sepakan sipi yang pada masa lalu hanya diadili oleh pengadil dan pembantu pengadil sahaja apabila hendak menentukan masuk ataupun tidak. Jadi, ketika seluruh dunia melihat sesuatu insiden secara berulang-ulang dari semua sudut dalam gerak perlahan, pengadil perlawanan terpaksa bergantung kepada deria dan masanya yang terhad untuk membuat keputusan.Semasa Piala Dunia 2014 di Rio nanti, pengadil akan mendapat bantuan 14 kamera dan komputer canggih. Jika gol, pengadil akan merasakan suatu getaran melalui seutas jam tangan istimewa yang akan dipakai bersama mesej yang mengesahkan 'gol'.
2) Isu Keselamatan
Keselamatan jelas sekali adalah keutamaan di mana-mana acara sukan. Jadi, Piala Dunia FIFA 2014 telah memperkenalkan teknologi terbaru sebagai pengawal. Dron tanpa pemandu ciptaan Israel akan mengawal perlawanan dan menjaga keselamatan orang ramai. Robot 'Packbot 510' yang terlibat dan dikenali sebagai 'iRobot' (ini bukan gurauan) dimana, berdasarkan kenyataan mereka, dicipta dan direka 'untuk pelbagai objektif kepada tentera dan pasukan profesional keselamatan umum, meningkatkan kesedaran, pengurangan risiko dan menambahkan kejayaan misi'.
3) Brazil Sebagai Tuan Rumah
Brazil dipilih sebagai tuan rumah untuk Piala Dunia 2014 pada 30 Oktober 2007, 12 bandar-bandar tuan rumah adalah Rio de Janeiro, Brasilia, Sao Paulo, Fortaleza, Belo Horizonte, Porto Alegre, Salvador, Recife, Cuiaba, Manaus, Natal dan Curitiba.
4) 12 Gelanggang Terpilih Oleh Fifa
Sebanyak 18 gelanggang telah dicadangkan oleh negara tuan rumah untuk menganjurkan kejohanan tersebut. Stadium-stadium tersebut akan dinilai dan dipilih oleh pihak FIFA berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Hanya 12 gelanggang sahaja yang akan terpilih.
5) Nama Stadium & Kapasiti Jumlah Penonton
Terdapat 12 stadium di Brazil yang terlibat dalam 32 hari Piala Dunia 2014 iaitu stadium Mangueirão 43,800 orang, Stadium Mineirão 75,000 orang, Stadium Estádio Mané Garrincha 45,200 orang, Stadium Estádio Pedro Pedrossian 44,000 orang, Stadium Verdão 40,000 orang, Stadium Arena da Baixada 25,272 orang, Stadium Orlando Scarpelli19,908 orang, Stadium Estádio Castelão 60,326 orang, Stadium Estádio Serra Dourada 45,000 orang, Stadium Arena Zagallo 45,348 orang, Stadium Estádio Vivaldo Lima 40,550 orang, Stadium Estádio Estrela dos Reis Magos 65,100 orang, Stadium Beira-Rio 56,000 orang, Stadium OlindaArena Recife-Olinda 48,500 orang, Stadium BrancoArena da Floresta 20,000 orang, Stadium Maracanã 95,000 orang, Stadium Arena Bahia 60,000 orang dan terakhir Stadium Morumbi 75,000 orang penonton!
6) Penganjurann Piala Dunia Termahai
Brazil akan menganjurkan Piala Dunia yang paling mahal pernah dianjurkan dan ekonomi negaranya mungkin akan terkesan oleh pelaburan besar-besaran ini. Penambahbaikan infrastruktur dan pembinaan stadium baru serta kerja keras untuk mengurangkan jenayah disamping memastikan keselamatan pengunjung ke Piala Dunia adalah antara usaha mereka untuk mempersembahkan acara paling berprestij. Kos keseluruhan dianggarkan berjumlah USD13-18 bilion yang hampir melebihi kos tiga Piala Dunia sebelum ini digabungkan sekali!
7) Mogok Dan Protes
Beberapa hari sebelum majlis perasmian, acara ini dicemari dengan mogok dan protes. Pembangkang kepada temasya ini berkata lebih bagus jika perbelanjaan kerajaan sebanyak $11 bilion (RM35 bilion) untuk menganjurkan temasya ini diperuntukkan untuk sistem pengangkutan, sekolah dan penjagaan kesihatan.
8) Tiada Ucapan Pembukaan
Dalam kes Piala Konfederasi FIFA 2013, para pegawai FIFA telah di'boo' oleh peminat bolasepak Brazil ketika cuba menyampaikan ucapan semasa perasmian kejohanan tersebut. Ramai warga Brazil meluahkan kemarahan kerana kos menganjurkan Piala Rio Weld sebagaimana korupsi yang melanda negara mereka malah berdemonstrasi di jalanan sebelum ketibaan Piala Konfederasi FIFA 2013 tersebut bagi memastikan suara mereka didengari. Oleh kerana itulah perancangan untuk ucapan rasmi Piala Dunia oleh Presiden Brazil, Dilma Rouseff dan Presiden FIFA, Sepp Blatter, dibatalkan.
9) Ganjaran
USD35 juta adalah apa yang Juara Piala Dunia 2014 boleh impikan jika mereka menang. Naib juara akan menerima USD25 juta. USD9 juta diperuntukkan semasa perlawanan Piala Dunia 2014 peruntukkan kepada pasukan yang kalah dalam perlawanan Round-of-16 sebagai saguhati.
10) Pampasan dan Kos Pembelanjaan
USD70 juta adalah apa yang pasukan negara yang bermain pada Piala Dunia 2014 akan terima sebagai pampasan sebagai kos dan perbelanjaan yang akan diedarkan melalui persatuan kebangsaan mereka untuk kos insurans dan perbelanjaan kejohanan.
11) Permintaan Istimewa
Permintaan istimewa di hotel penginapan
Pasukan Uruguay - Penghawa dingin senyap
Pasukan Portugal - Sebuah komputer di setiap bilik
Pasukan Jepun - Jakuzzi di setiap bilik
Pasukan Algeria - Sebuah Al-Qur'an di setiap bilik
Pasukan Perancis - Sabun mandi cecair diwajibkan bagi menggantikan sabun buku
Pasukan Ecuador - Pisang Ecuador di setiap bilik
P/s: Sebenarnya kalau nak kongsi fakta-fakta menarik mengenai #FIFA2014Brazil, memang banyak ini antara serba sedikit kehangatan pesta bola dari www.sobriyaacob.com boleh kongsikan! Masih terbayang-bayang tandukan Van Persie! excited waiting next game :P
P/s: Sebenarnya kalau nak kongsi fakta-fakta menarik mengenai #FIFA2014Brazil, memang banyak ini antara serba sedikit kehangatan pesta bola dari www.sobriyaacob.com boleh kongsikan! Masih terbayang-bayang tandukan Van Persie! excited waiting next game :P
Tahniah Algeria...terima kasih atas perkongsian tidak xtaw benda ni..Respecttt Algeria... ;-)
ReplyDeleteBab permintaan istimewa tu kelakar, pisang equador katanya dan permintaan dari pasukan algeria is the best
ReplyDeletebola bola juga tapi tuntutan agama/jiwa penting dipenuhi...
ReplyDeletesimple jer equador ... nak pisang jer . alhamdulillah . semoga pasukan algeria sempat tadarus . sempat lagi huawei dan jetta meraikan wordcup nih .
ReplyDeleteMacam-macam drg nyer permintaan istimewa kan...ekekeke... bagus bro... aku pun tak tahu pasal benda2 ni... fakta yg menarik... :D
ReplyDeleteThe special requests part is very interesting!
ReplyDeleteBrazil ni very attached to piala dunia kan...kesian juga macam-macam kontroversi dia orang kena faced kan..
ReplyDeleteIsi dua tabung di sini...
Deletetertarik dgn fakta no.11..betul ke permintaan2 tu sobri?hehehe...nice sharinglah..sesuai time2 demam bola..
ReplyDeleteehem..tau la VP terbang hari tu kan..uhukk..
menabung volkswagen dan huawei sini...dan umobile!hehe
Menabung lagi kt sini.. :D
DeleteCayalah dgn Algeria.. mmg mendalam permintaan tu. Tak semahal spt yg lain2 tp amat besar ertinya..
ReplyDeletePasukan Algeria - Sebuah Al-Qur'an di setiap bilik memang bagus sekali
ReplyDeletesuka la dgn special req algeria minta alquran dlm setiap bilik
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTerbaik pada pasukan Algeria . Pasukan lain tu boleh tahan jugak permintaannya . HAHA .
ReplyDeletepasal kontroversi mogok kat brazil tu ada betul jugak kata mereka..tapi pada akhir penganjuran nanti, Brazil akan menerima faedah di sebalik penganjuranya...
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
Kontroversi kat Brazil tu, kebanyakan rakyat Brazil bimbang kalau-kalau ekonomi diorang jadi lebih teruk sebagaimana yang pernah berlaku pada Greece anjurkan Olimpik dulu
ReplyDeletetandukan van persie tu memang terbayang-bayang ... flying dutchmen ... ;)
ReplyDeletekali ni taktau nape teman tak terasa nak tengok bola lansung.. aish..
ReplyDeleteTengok Thomas Cup saja..sbb ada M'sia main...huhu..
ReplyDeletedemam bola merata2..
ReplyDeletethanks for the info sobri...mmg demam bola serata dunia...
ReplyDeletepandai nyerrr dierrr.... peminat tegar bola yerr... bola sana sini... :D
ReplyDeletesalam. thanks share..sekrang ni bola sana sini :D
ReplyDeletemacam2 permintaan dorang ni ea.. paling terbaik pasukan Algeria.. paling kelakar pisang ecuador?? adess
ReplyDeletex minat sangat bola.. tapi bila tiba world cup, semangat jugat nk tengok dengan member
ReplyDelete