Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, wanita-wanita cantik dan warga lelaki kacak di luar sana! entry ini adalah kesinambungan entry tips dan penjagaan keterampilan diri khas buat kaum lelaki! yang saya rasa amat menarik untuk dikongsikan dengan anda semua. Jadi saya akan kongsikan banyak tips dan panduan yang boleh dijadikan rujukan buat kita semua.
Jadi topik kita pada edisi kali ini anda masalah yang sering dihadapi oleh kaum lelaki terutama yang sudah berkahwin yaitu masalah perut buncit atau boroi! sebelum ini saya pernah kongsikan a few tips untuk elakkan perut boroi (klik sini). Seperti yang anda sedia maklum Perut boroi boleh menjejaskan penampilan individu tersebut malah, beberapa jenis penyakit turut berselindung di sebalik perut buncit itu yang mana saiznya tidak sepadan dengan keseluruhan tubuh pemiliknya, ini bukan setakat menjejaskan penampilan anda yang maskulin tapi juga memudaratkan kesihatan oleh itu di bawah saya kongsikan Panduan Hilangkan Perut Boroi
Jadi topik kita pada edisi kali ini anda masalah yang sering dihadapi oleh kaum lelaki terutama yang sudah berkahwin yaitu masalah perut buncit atau boroi! sebelum ini saya pernah kongsikan a few tips untuk elakkan perut boroi (klik sini). Seperti yang anda sedia maklum Perut boroi boleh menjejaskan penampilan individu tersebut malah, beberapa jenis penyakit turut berselindung di sebalik perut buncit itu yang mana saiznya tidak sepadan dengan keseluruhan tubuh pemiliknya, ini bukan setakat menjejaskan penampilan anda yang maskulin tapi juga memudaratkan kesihatan oleh itu di bawah saya kongsikan Panduan Hilangkan Perut Boroi
Ramai yang mungkin sedar perubahan fizikal badan mempengaruhi cara pembawaan diri seseorang apabila berhadapan dengan orang ramai. Perubahan fizikal seperti ‘perut buncit’ kadang-kadang membuatkan seseorang itu berasa malu atau tidak mempunyai keyakinan diri apabila ingin menonjolkan diri di khalayak ramai. Sumber
1. Minum Air Masak Yang Banyak.
Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.
2. Makan Perlahan-lahan.
Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi perut buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.
3. Kurangkan Garam Dalam Makanan.
Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk. Lama kelamaan, perut buncit pun boleh berlaku.
4. Makan Makanan Yang Penuh Serat.
Ramai yang mungkin sedar perubahan fizikal badan mempengaruhi cara pembawaan diri seseorang apabila berhadapan dengan orang ramai. Perubahan fizikal seperti ‘perut buncit’ kadang-kadang membuatkan seseorang itu berasa malu atau tidak mempunyai keyakinan diri apabila ingin menonjolkan diri di khalayak ramai. Bukan itu sahaja, perut buncit juga merupakan tanda awal kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya (LINK). Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan dari mendapat penyakit perut buncit ini.
5. Kesan Pengambilan Ubat.
Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi perut buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.
6. Hindari Sembelit.
Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan perut buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.
7. Lakukan Senaman atau Bersukan.
Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak.Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.
P/s: Memang banyak tips kesihatan, penjagaan diri, kecergasan yang saya kongsikan khas untuk semua pembaca blog aku Vs kehidupan terutama untuk pembaca lelaki *penulis blog ini lelaki jadi memang tips yang dikongsikan adalah untuk mengatasi masalah yang selalu dihadapi oleh kaumnya!* jadi buat kaum hawa yang baca siap komen eh asyik-asyik tips or panduan untuk lelaki sahaja jangan risau semua tips ini boleh anda aplikasikan kepada anak-anak, suami dan teman lelaki! jadi tak sia-sia anda membaca ya :P
Anda mungkin berminat dengan tips kesihatan yang berikut
Sama jer kot... untuk wanita pun sama... bab no 7 yang surrender tu... hehehe... :D
ReplyDeletenice tip bro,..paling berkesan adalah bersukan,.:)
ReplyDeleteEhhhh x jugak, sebenarnya tip yg d kongsi di sini boleh juga d amalkan oleh kaum wanita selepas bersalin jgk tak semestinya utk lelaki je. Ada jgk kaum hawa perut agak buncit so Jm pulak nk kongsi tips yg Jm amalkan sekarang ni
ReplyDelete1. Jangan minum air ais seperti milo ais, teh ais semua yg berkaitan ais. Gantikan dengan minum air panas
2. Jangan terus minum air selepas mkn pagi, tengahari atau malam. Minum selepas 1 jam mkn pastikan minum air kosong bukan air ais. In sha allah perut x buncit. Selamat beramalTak
Tq ye infonya..perut pun sedang memboroi ni..
ReplyDeletesokong JM...jangan minum minuman berais dan nak tambah, minuman bergas & manis menambah lagi keboroian .. :D
ReplyDeleteno.7 tu mmg berkesan ... sis klu rajin , buatlah .
ReplyDeleteGood info
ReplyDeleteHUHU . Boleh lah share dekat bapa tercinta . HEHE .
ReplyDeletewahhhh.. tips beguna utk pra boroi mcm shin ni hukkk #nanges
ReplyDeleterasanya perempuan pn boleh praktikkan tips ni kot sbb bkn lelaki je boroi kan?hahaha...
ReplyDeletehai sobri!menabung lenovo kt sini..hehe
boroi sbb terlebih makanlah tu kot...apapun tips yg dikongsi boleh membantu...klik2 menabung.
ReplyDeleteMmg masih semangat jaga ni.. thanks sharing tips bro Sobri.. :)
ReplyDeletesyukurlah perut abe kie masih rata spt umur 20 thn gitu. now i am 41 yo!
ReplyDeletegood tips sobri sebelum cik abang kak ana boroi bolehlah ambil tips yg mana boleh diamalkannya..hehe masih belum kritikal lagi ni..:)
ReplyDeleteentry yang sangat menarik nie bro...kena pulak aku memang mempunyai masalah sikit ngan perut ini..nak suh dia turun bukan main susah, dia nak naik sekejap jer..insyallah akan cuba amalkan semua tips2 diatas...
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
Aduyaii..boroi ni memang sensitip..huhuhu
ReplyDeleteTakut juga kalau perut terlalu boroi.
ReplyDeletebukan tuk lelaki ni sobri...pompuan pun boleh ikut tips ni...
ReplyDeleteaku amalkan minum air suam jer..tp kdg2 bantai gak ais...lagipom perut aku x boroi sgt..eheh
ReplyDelete