Assalamualaikum dan salam sejahtera reader! kita mulakan entry ini dengn boo!! sama team Portugal tewas kepada German 4-0 & tahniah buat Pepe untuk first Red Cards! why Pepe? kalau Ronaldo saya paham sebab terlalu banyak makan kfc -ok tutup kes nanti melalut pulak dari entry travel kepada entry kutukan bersifat peribadi :P
Baru-baru ini saya berpeluang menjejak kaki buat kali pertama ke Taman Tasik Taiping, terbayang-bayang scene kerana terpaksa aku relakan dekat bangku di bawah pokok angsana di tasik taiping terutama masa mak mertua wati si jalang tu kena langgar motor dek nampak wati tengah menyundal dengan scandalnya:P
Tasik Taman Taping antara tarikan utama di Bandar Taiping selain, zoo taiping *panda tidak ada nak tengok panda sila ke zoo negara* tapi night safari kat zoo taiping memang terbaik, War Cameter, Pusat permulaan ke Bukit larut dan beberapa buah muzium yang menarik untuk dilawati seperti Muzium Perak yang berhadapan Penjara Taiping. Yang membuatkan Tasik Taping lain lebih unik daripada tasik yang ada di sekitar Malaysia ialah disebabkan pokok-pokok angsana yang bersaiz gergasi ada sekitar tasik dan berusia beratus tahun!
Inilah pokok angsana yang ada di sepanjang jalan, dahan pokok seolah-olah menjajar ke arah tasik nak sedut air, ingat tak lagi sejarah Taiping antara lokasi perebutan pihak British dengan Long jaafar disebabkan hasil kekayaan bijih timah di tanah melayu, Tasik taiping ialah bekas lombong bijih timah
Kenapa bila aku tengok gambar ni mesti lagu patah sayap ost- Kerana Terpaksa aku relakan bermain di otak, kenapa kau indah perangai kau sangat innocent dan comel :P
Kerinduan dalam hatiBagai ditusuk sembilu bisaKu tak sanggup menahan sakit dihatiKu mengharap kesakitan ini sementaraKu terjaga kau tiada disisiBila sedar erti cintamu padaku
Airmata ku mengalirMenemani ruang hati iniNamun kini ku tahu tiada yang pastiBila sedar erti cintamuPatah sayap ku patahTak mampu terbang lagiBila tanpa cintamuHidupku tak berertiTerbang tinggi ku terbangMengapai angkasaBila berpaut disayapmuKu mensyukuriLimpah hidupla.
La..la..la.. mari menyanyi bersama saya! ewah, sambil membaca entry ini :P
Lokasi Zoo Taiping adalah di sekitar Taman Tasik Taiping, jadi kalau dah jumpa tasik taiping tandanya korang dah dekat-dekat nak sampai ke Zoo Taiping ini antara port wajib singgah sekiranya datang ke taiping, eh lupa jangan lupa pergi ke satu tasik yang penuh dengan bunga teratai, memang cantik pemandangan di situ.
Cantik berlatar belakangkan tasik & Bukit Larut, kalau teman tak silap le :P
Saya suka kawasan ini, nampak unik apabila pokok buluh ditanam sepanjang jalan berbentuk melengkung dan di bawah guna batu bata merah, memang menarik antara port cantik untuk bergambar.
Ok let me explain sedikit mengenai sejarah Bandar Taiping, jadi huraian agak berversi wikepedia al-maklumlah blog saya adik beradik Wikepedia tak rasmi:
- Menurut catatan sejarah, bandar Taiping yang nama asalnya Klian Pauh, telah dibangunkan oleh penjajah Inggeris pada tahun 1880-an kerana daerah ini kaya dengan bijih timah di sekitar Sungai Larut.
- Sebelum kedatangan British, Jajahan Larut ditadbir oleh Menteri Larut, iaitu Dato’ Long Jaafar yang diberikan kuasa oleh Sultan Perak untuk mentadbir jajahan ini. Long Jaafar telah membina pusat pentadbirannya di Bukit Gantang dan menjadikan Kuala Sungai Limau di Trong sebagai pelabuhan utama Jajahan Larut.
- Bijih timah yang menjadi sumber bumi yang mahal di Kelian Pauh menjadi rebutan sehingga menimbulkan pergaduhan dua kumpulan pendatang dari negara China, iaitu Hai San dan Ghee Hin. Setelah dua kumpulan itu berdamai, Taiping yang bermaksud “aman” atau “damai” dipilih sebagai nama baharu bagi Kelian Pauh. Taiping menjadi ibu negeri Perak sehingga tahun 1937. Selepas itu, Ipoh dipilih sebagai ibu negeri kerana kedudukannya di tengah-tengah negeri Perak.
Ok Jom Layan Kagi Panorama Indah Di Sekitar Taman Tasik Taiping.
Info mengenai Taman Tasik Taiping
Tasik Taiping merupakansebuah taman rekreasi yang tenang d dikenali sebagai Taman Tasik Taiping. Taman seluas 62 hektar ini menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara untuk melawat Taiping. Taman ini merupakan taman tasik yang paling awal dijadikan taman rekreasi di Malaysia dan telah diiktiraf sebagai taman awam yang terindah di Malaysia.
Bagaimana cara untuk datang ke Taman Tasik Taiping
Untuk ke Taiping dari Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS), keluar di persimpangan Changkat Jering dan pergi ke jalan Simpang sebelum membelok ke kanan ke arah Taiping. Taman Tasik Taiping mudah dituju melalui Jalan Istana dan Jalan Kelab Baru.
P/s: Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini antara berjogging, melepak makan-makan bersama keluarga, rakan-rakan ataupun boleh mencuba pelbagai aktiviti air yang ditawarkan di Taman Tasik Taping, dekat sini juga disediakan taman permainan untuk kanak-kanak so far kemudahan asas seperti tandas awam dalam keadaan baik. Owh kalau anda penggemar photografi wajib datang ke sini, bagi bakal pengantin mungkin tasik taiping antara tempat yang boleh korang fikir-fikirkan untuk photoshoot outdoor wedding sebab permandangan berlatar belakang tasik dan bukit memang terbaik :P
wah boleh tahan cantik tasik taiping ni... sesuai merehatkan minda ni
ReplyDeletebetul tu bro :p
DeleteKenapa mesti keluar lagu tuh ? Aishh , jiwangnya . Tak sangka Abg Sobri pengemar drama tu :P
ReplyDeleteBtw, Tasik Taiping memang cantik . Okay , dah ada dalam checklist untuk outdoor photography :D
kenapa ya? sebab sambil tulis entry ni dgar lagu tu..ha..ha.
Deletemugkin ada byak scne dram tu buat kat tasik taiping..
tu yg terlintas kat kpala otak tu :P
cantiknya gambar .. berbakat sangat ! :D
ReplyDeleteterima kasih
Deletesuka nengok gambo pepokok beso tu
ReplyDeletejumputlag dtg ke sini shin :P
DeleteLawa Gambar-gambar yang diambil tu.. bro, guna camera apa nie? ada edit dulu ker gambar nie.. leh share skit2..
ReplyDeletethank bro :P
Deleteowh aku pakai dslr
nikon 3100..yg basic shaja..
pakai Ps..tapi klau mlas..
lmbat loading pkai photoscape pun ok..
sbab nak kcikkan saiz gambar je :P
Taiping Lake is very nice!
ReplyDeletevery beutiful and peaceful :P
DeleteBandar Taiping tu...tenang aje..
ReplyDeleteAkak suka
bandar old town..
Deletedamai je :P
Sejuk mata memandang...tak terkelip JM tgk...Cantik lah gambar yang Sobyieee ambil nih...guna kamera mahal lah tu (ahaaha walhal bukan kamera penyebabnya) tapi skill mesti ada..tul tak?
ReplyDeleteAhaa...boleh lah pre photoshoot wedding kat sini aalalala..Sobyiee jagi photographer boleh?
ha..ha.. boleh saja... janji jm kena da calon dulu la ewah :P
DeleteBila melihat semua gambar-gambar yg SY tayang memang sah sangat indah dan nyaman kakak tengok.
ReplyDeleteSekali pergi mesti susah nak lupa.
ya betul..sejuk mata memandang..
Deletewalupun masa saya p musim panas..
tapi memang beragin la kat tasik tu...
very nice view lah sobri!teringinnya nk jejak kaki ke perakkkkkk...hehe..ewah2..taip entry sambil layan perasaan ye...kihkih..
ReplyDeletemenabung huawei(2x) dan umobile.. :)
jemput dtag ke sini.. terutama perak :P
Deletethank niesa :)
Sangat cantik.Sangat memukau.. Teringin pula nak ke sana..huhu
ReplyDeleteya..ya..
Deletememng cantik dan memukau..
jemputlah dtang :P
Taiping tak pernah jemu dikunjungi walau berkali2...
ReplyDeletelps penat pusing tasik..makan Doli kueteow pulak..
betul.. senibina zaman dulu..
Deletemenggamit memori..
alamak masa hari tu nak mkan doli kuenteow tapi'
x sempat.. syang la pulak x cuba :P
macam mana aku terlepas tempat ni dulu time datang melawat zoo taiping..stylo gak tempat nie, puas bergambar kalau datang tempat macam nie..hehehe
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
macam mana boleh terlepas bro..aduyai :P
Deletenext time kalau dtang taiping nak naik bukit larut ke
make sure singgah sini ya :P
Wah cantiknya gambar-gambar ni..memang pro lah Sobri....
ReplyDelete"Kenapa bila aku tengok gambar ni mesti lagu patah sayap ost- Kerana Terpaksa aku relakan bermain di otak, kenapa kau indah perangai kau sangat innocent dan comel " suka caption ni...
terima kasih kak..
Deleteha.ha. biasalah teman kan berjiwa jiwang ;p
salam. subhanallah..cantiknya tempat ni..
ReplyDeletep.s menabung u-mobile :)
wasalam terima kasih:P
DeleteSelama dok tepeng ni aku tak penah tau nama pokok2 ni..hahaha
ReplyDeleteowh ye ke..
Deleteaku pun x tau apa nama pokok ni..
tapi kwan aku ckp ni nama pokok angsana.. a
aku pun iyekan jelah :P
cantik sungguh taman tasik taiping...pernah ikut rombongan sekolah kesini lama dulu...klik3 menabung.
ReplyDeletesis.. nanti kalau p jalan2
Deleteblah utara bolehlah singgah ya :P
Aikk...dekt ke ngn zoo?nape xtpikir psl tasik ni??mang cntik...kes tgk drama tu laaa....mang kena pergi tgk nii
ReplyDeletear ah dekat sangat dah..syang sangat..
Deletex pe lpas ni leh pgi lg klau sampai taiping :P
Nyamannya tengok gambar2 yang Sobri ketik ni.. rasa tenang jiwa dan raga... urmm.. rasa cam Sobri dah kurus ea? nengok pada last photo tu.. atauuu ilusi photo semata-mata?
ReplyDeletekomen dyah yg paling terbaik.
Deletemungkin sbab ilusi semata-mata ha..ha
Tasik taiping mmg viewnya superb dan sesuai kalau buat outdoor photoshoot ni... xpe2..satu hari nanti aku ku terjah jugak... selalu balik bagan serai tp tak pernah singgah tasik ni...ekekekekeke... lawa2 gambar bro... chaiyok2.... leh jadi photographer profesional pasni... jom shoot gambar kat Royal Belum minggu ni...ahahahahaha... :D
ReplyDeletedah banyak kali lalu kat situ, tai x pernah melepak kat situ lagi.. just lalu untuk pi mandi sungai kat burmese pool, dengan masa nk pi ke zoo taiping..
ReplyDeleterugilah sis x dpt tengok ... quota dah habis la ... memandu jetta mai sini .
ReplyDeleteWahh.. cantik suasananya.. tenang. Gambar yg bro snap pun cantik2. Lama dah saya tak ke sana. Teringin pulak nak bersantai2 di sana lagi. Nice sharing bro Sobri.. really nice.. :) :)
ReplyDelete