Tips Dan Panduan Penjagaan Kulit Wajah Untuk Lelaki | www.sobriyaacob.com

Monday, June 2, 2014

Tips Dan Panduan Penjagaan Kulit Wajah Untuk Lelaki



Assalamualaikum dan salam sejahtera, apa khabar semua pembaca blog aku VS kehidupan terutama kepada semua lelaki kacak di luar sana, entry ini adalah kesenambungan tips penjagaan keterampilan diri buat kaum adam terdahulu kita telah membincangkan tips menjaga keterampilan dan kekemasan diri (klik sini), untuk perkongsian kita pada hari ini ialah tips dan panduan kulit untuk lelaki 

Masih ramai lelaki di Malaysia kurang peka terhadap penjagaan wajah. Malah ada juga yang keliru dengan masalah kulit yang dihadapi. Masalah kulit seperti jerawat yang dihadapi ramai remaja, kulit berminyak dan kering, pigmentasi dan penuaan jika tidak dikawal akan memburukkan lagi keadaan kulit wajah. 


Panduan Penjagaan Kulit Wajah Untuk Lelaki


1) Perbezaan kulit lelaki dan wanita

Lelaki mempunyai kulit yang lebih tebal disebabkan lapisan kalogen yang lebih tebal dan epidermis atau sel yang lebih banyak. Peningkatan hormon testosteron menyebabkan kulit lelaki lebih berminyak dari kulit wanita. 


2) Jenis kulit wajah lelaki di Asia 

Kebanyakan kulit wajah lelaki Asia lebih sensitif dan alergik dengan keadaan serta cuaca persekitaran, dan mempunyai lebih banyak pigmen. 


3) Masalah biasa kulit wajah lelaki 

Kulit berminyak dan berjerawat serta kecederaan akibat penggunaan pisau cukur yang kerap merupakan masalah utama lelaki. Kulit menjadi lebih sensitif. 


4) Kaedah penjagaan wajah yang betul 

Cuci wajah dengan betul menggunakan pembersih wajah yang mengandungi exfoliants lembut. Gunakan penyegar dan pelembap selepas wajah dibersihkan. Gunakan krim pelindung matahari untuk melindungi kulit dari kesan cahaya matahari.


5) Produk pembersih wajah yang sesuai 

Pilihlah produk pembersih wajah yang bebas haruman. 


6) Penggunaan Masker wajah 

Ramai lelaki menganggap penggunaan masker hanya untuk wanita. Anda silap, penggunaan masker juga boleh dilakukan lelaki. Ia bermanfaat untuk menyegar, memperbaiki dan menegangkan kulit wajah. Selain itu, ia juga baik untuk kelancaran peredaran darah dan merangsang proses pertumbuhan sel kulit. 


7) Kandungan di dalam produk penjagaan wajah lelaki 

Dalam setiap produk penjagaan wajah perlu ada bahan anti keradangan untuk menghalang proses penuaan. Bahan pelembap dan hidrasi antara elemen penting lain yang perlu ada. 


8) Tindak balas produk penjagaan terhadap kulit 

Disebabkan kulit lelaki lebih tebal, maka proses tindak balas produk penjagaan terhadap kulit wajah adalah lambat. Walaubagaimanapun cara penyerapan dan pemakaiannya adalah sama. 


9) Kesan sampingan 

Sesetengah bahan di dalam produk penjagaan wajah boleh menyebabkan keradangan kulit. Jadi pastikan bahan yang terkandung di dalam produk tersebut tidak mengandungi bahan tiruan. Pastikan tahap pH atau keasidan adalah normal (pH 5.5). Keradangan kulit juga terjadi kerana produk yang digunakan tidak sesuai dengan kulit. 


10) Kulit yang sihat 

Kulit wajah yang sihat ditandai dengan penghasilan kolagen, dapat mengatur penghasilan melanin dalam sel-sel kulit, serta dapat mengembalikan keseimbangan keanjalan kulit. Kesihatan kulit dapat diperoleh dengan membersihkan wajah dua kali sehari menggunakan produk bersesuaian atau menggunakan air bersih. 


P/s: Adalah amat penting bagi kita untuk mengetahui serta memahami jenis kulit wajah sebelum melakukan sesuatu rawatan atau menggunakan produk yang bersesuaian. Ini kerana rawatan dan penjagaan wajah adalah berbeza mengikut jenis kulit seseorang. Diharapkan tips panduan ini akan memudahkan lagi kita kaum adam melakukan rawatan / menjaga kulit wajah supaya bersih dan sihat 


20 comments:

  1. SALAM PAGI..Ktrampilan wajah amat penting dijaga kan...

    ReplyDelete
  2. Paling utama perlu jaga juga pemakanan, mkn makanan berkhasiat kurangkan mknan berkolestrol, bergula dan fast food utk kulit yg sihat dan minum byk air. Jm ni pandai je ckp tp diri sendiri x amal. Pantang tgl lelaki kemas dan berdih terus tergoda ahahaha

    ReplyDelete
  3. penampilan amat penting di jaga.. terima kasih untuk entri yang bermanfaat ini

    ReplyDelete
  4. Amalkan wuduk sepanjang masa rawatan kulit terbaik..:)

    ReplyDelete
  5. orang lelaki yg bersifat maskulin memang alert tentang penjagaan kulit nie kan... malah ada yg sanggup buat facial sebulan sekali... hehehe... sy pun kdg2 buli suami pakaikan dia masker.... hahahaha.....

    ReplyDelete
  6. Ai nyer kulit mmg licin uuuuuu....auwwwww!..... takleh nak jadi maskulin sangat...nanti kena panas sikit jer dah komplen... maskulin ni leh jadi cover photo majalah mangga jer...muahahahahahaha.... BTW nice sharing bro sobri.... :D

    ReplyDelete
  7. tips yg berguna tuk lelaki dan jg perempuan...

    ReplyDelete
  8. good info.. lelaki please take note :D

    ReplyDelete
  9. nak lawa.. nak sehat.. nak kaya.. nk macam macam.. satu jerrrrr petuanya JANGAN MALAS #sengih

    ReplyDelete
  10. salam. ooo baru tahu kulit wajah lelaki ada beza dengan kulit wajah wanita hehee
    thanks share ye!

    p.s menabung lenovo 2x :))

    ReplyDelete
  11. Dulu ada masalah juga cari produk yang sesuai dengan muka, sekarang baru jumpa produk yang sesuai untuk muka yang berjerawat dan berminyak.

    ReplyDelete
  12. NIce sharing.. penjagaan muka bukan hanya pada wanita

    ReplyDelete
  13. Lelaki pun mmg kata tahu ttg penjagaan muka yg betu kan.. barulah tampak hebat!!!.. nice sharing bro Sobri.. :)

    ReplyDelete
  14. ramai lelaki skang yg dah tau kepentingan jaga kulit wajah...x ada la pakai sabun biasa tu lagi...

    ReplyDelete
  15. Org muda skrg memang dh pandai utk menjaga kulit..anak lelaki kak sarah pun dh pandai guna pencuci muka la wangi wangian la.

    ReplyDelete
  16. thanks for the tips bro...aku pun sebenarnya jarang amik tahu pasal jenis pencuci muka nie..beli satu pun, nak abis kemain lama lagi...hahahha

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  17. niesa tgk lelaki ni kalau bab penjagaan penampilan paling2 pun akan pakai pencuci muka, minyak rambut dan deodorant..kalau mcm krim2 tu jarang tgk..

    ReplyDelete
  18. Bagus juga kalau lelaki tahu jaga badan dan muka, tapi kalau berlebihan, err..susah jugak tu

    ReplyDelete

Sob - A travel enthusiast with passion for hiking, outdoor adventure, photography and writing.