Assalamualaikum dan salam sejahtera
Masjid Ubudiah turut juga dikenali sebagai Masjid Diraja Ubudiah adalah masjid yang terindah dan bersejarah yang terletak di Bukit Chandan, Kuala kangsar antara masjid yang menjadi kebanggaan rakyat perak. Ini adalah pertama kali saya berkunjung dan bersolat di Masjid Ubudiah, syukur kepada Allah diberikan peluang untuk melihat sendiri masjid yang dibina di atas kehendak Sultan Idris Murshidul Azam Shah, Sultan Perak ke-28 (1887-1916) kerana menunaikan nazar baginda. Melihat serta meneroka sendiri keindahan keunikan seni bina masyarakat islam dalam pembinaan masjid ini dimana pembinaan masjid ini penuh dengan nilai-nilai kesenian dari segi struktur seni binanya, bentuk, peralatan yang digunakan.
Masjid Ubudiah atau turut juga dikenali sebagai Masjid Diraja Ubudiah
Sebelum ini kita telah meneroka antara warisan sejarah dan budaya yang terdapat di kuala Kangsar yaitu meneroka sejarah yang terdapat di victoria bridge (klik sini), mempelajari insitusi kesultanan Perak di Galeri Sultan Azlan Shah (klik sini) dan melihat kehalusan seni tradisional Melayu iaitu seni tekad benang emas (Klik sini), penerokaan kita seterusnya singgah ke Masjid Ubudiah untuk melihat sendiri keindahan senibina masjid ini. Di bawah saya kongsikan sedikit latar belakang dan sejarahnya Masjid Ubudiah
Sejarah Masjid Ubudiah
- "Masjid yang terindah di Negeri Perak ini terletak di sebelah kawasan pemakaman Di Raja Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Masjid ini dibina di atas kehendak Sultan Idris Murshidul Azam Shah, Sultan Perak ke-28 (1887-1916) kerana menunaikan nazar baginda.
- Kerajaan Negeri Perak kemudian mengarah Colonel Huxley dari Pejabat Kerja Raya di Kuala Lumpur supaya merangka sebuah pelan masjid yang hendak didirikan itu. Tugas membuat pelan reka bentuk nya telah diberikan kepada Hubbeclk, seorang arkitek kerajaan dan tugas melaksanakan bangunan itu pula diserahkan kepada Caufield sebagai ketua jurutera Negeri Perak ketika itu.
- Pada hari Jumaat 26 September 1913, Sultan Idris Murshidul Azam Shah telah meletakkan batu asas masjid tersebut. Pembinaan masjid tergendala beberapa tahun kerana kerosakan ketul-ketul marmar di tempat simpanannya yang telah dipijak oleh dua ekor gajah kepunyaan Sultan Idris dan Raja Chulan.
- Pesanan batu marmar yang baru dari Itali tergendala akibat tercetusnya Perang Dunia Pertama, sehinggalah 1917 barulah masjid yang terindah di negeri Perak itu dengan rasminya dibuka oleh Sultan Abdul Jalil Nasaruddin Shah iaitu Sultan Perak yang menggantikan Sultan Idris yang mangkat pada tahun 1916. Belanja pembinaan masjid Ubudiah ketika itu di anggarkan berjumlah RM200,000.00"
Masjid Ubudiah merupakan lambang atau simbol kesenian melayu islam yang bertapak kukuh di Malaysia
Ruangan solat di dalam Masjid Ubudiah
Pemandangan di waktu petang, di Masjid Ubudiah
Pemandangan Masjid Ubudiah daripada luar, antara masjid yang tercantik di Malaysia
"Masjid Ubudiah merupakan lambang atau simbol kesenian melayu islam yang bertapak kukuh di Malaysia ini. Digelarkan antara Masjid yang tercantik di Perak, kaya dengan sejarah tersendiri selain daripada itu keindahan senibinaya dapat membangkitkan rasa takjub dan terpegun oleh setiap mata yang memandang, sesuai dengan fungsinya, jadi kunjungan anda ke kuala kangsar tidak lengkap sekiranya tidak melawat atau singgah di Masjid Ubudiah yang terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak"
FAM Trips kali ini ditaja oleh Tourism Malaysia Perak, terima kasih kerana sudi menjemput saya dalam usaha mempromosikan tempat-tempat Pelancongan menarik yang ada di sekitar Negeri Perak sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, atau ingin mendapatkan maklumat-maklumat terkini pelancongan yang ada di Negeri Perak, sila hubungi :
Tourism Malaysia Perak
No. 12, Medan Istana 2,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh, Perak
Tel : +605-2552772/9962
Faks : +605-2532194
Like Facebook :Tourism Malaysia Perak
Website : www.tourism.gov.my
ARTICLE BERKAITAN
cantiknya masjid nie..insyallah bila ke Perak nanti boleh la menyinggah disini
ReplyDeletesubhanallah memng cantik..
Deletetambah waktu malam..
cantik sungguh masjid ni.. tak penah sampai lagi ke perak :)
ReplyDeletekalau sampai ke kuala kangsar bolehlah dtg :P
DeleteNo other word..CANTIK!!! belum jejak kaki ke masjid ni lagi
ReplyDeletebetul tu jm :P
Deletesalam...
ReplyDeleteweh, kebetulan la! aku baru je pergi masjid ni malam tadi. sempat jugak solat tarawikh sekali. memang betul, masjid ni cantik luar dan dalam...
heheee...
wasalam..
Deletekebetulan aku memng x pnah solat trawih dkat sana..he..he..
tambahan waktu mlam lagi lawa masjid disinari dgn lampu
cantik sungguh...
ReplyDeletebetul..betul..betul...
Deletecantik sungguh gambar masjid tuh dr segi pencahayaannya .
ReplyDeleteya kehalusan dsignya....
Deleteditambahkan dgn pencahayaan yg menarik..
membuat setiap mata yg mlihat pasti kagum dgn keindahan masjid ini :)
tak jemu mata memandang rumah Allah ini.....jom benteras rokok haram..
ReplyDeletesaya setuju...
Deleteterima kasih :P
wow....cantiknya....indah seni binanya...
ReplyDeletesecantik dgn sjarahnya juga :P
DeleteI always saw the photo of this mosque in magazine or newspaper. So it's actually in Kuala Kangsar.
ReplyDeleteya..because of design and architecture this mosque..
Deletevery beutiful.. :)
Sejuk mata memandang..
ReplyDeletealhamdulilah
DeleteIt's a beautiful mosque. Nice an architecture like this only in Kuala Kangsar?
ReplyDeleteyup.. very beautiful and peaceful mosque, yup this design only in
Deletekuala kangsar, state of perak..one of beutiful mosque at malaysia :P
indah sekali masjid ni n penceritaan sejarahnya yg unik...klik3 menabung.
ReplyDeleteMaha Suci Allah, memang sangat cantik senibina masjid ini, seronok dapat solat disini beberapa kali dah..
ReplyDeletePernah ke sini di musim cuti zaman persekolahan dulu... lawatan yg penuh nostalgia. Mmg cantik masjid tu, suasananya pun indah. Pasti akan singgah lagi jika ada ke sana nnti. Thanks sharing bro Sobri... :)
ReplyDeletesalam. subhanallah...cantiknya..teringin nak ke situ ..
ReplyDeleteThanks Sobri..Canti & Unik masjid ni..
ReplyDeleteIsi dua tabung di sini...
Deletemasjid ni mmg cantik..
ReplyDeletewah cantikkkknya!lama betul niesa xsinggah sini..mesti byk ketinggalan cerita cuti2 sobri ni...
ReplyDeletemenabung kt sini..hehe
uiks....cantik giler masjid nie...tatau pulak aku kat perak ada masjid cantik macam nie bro...
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
guna camera apa nie?/ lawa gambar..../
ReplyDeleten3100 je bro.. basic je ;P
DeleteMemang cantik masjid ni...kebanggaan orang kuala kangsar... :D
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletesubhanallah cantik nya masjid ni.. selalu tengok dalam gambar2 dalam kalender. Insya Allah nak singgah ke masjid ni kalau kebetulan lalu di kuala kangsar
ReplyDelete