Perak Trip - Mariwasa Kraftangan, Kuala Kangsar | www.sobriyaacob.com

Friday, July 11, 2014

Perak Trip - Mariwasa Kraftangan, Kuala Kangsar


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, apa khabar semua? diharapkan anda semua dalam keadaan sihat sejahtera :P Pengembaraan kita diteruskan lagi melawat ke kilang Mariwasa Kraftangan Sdn. Bhd yang terletak di Kuala Kangsar, Perak. Untuk pengetahuan korang semua Kilang Mariwasa Kraftangan merupakan pengeluar tunggal pingat-pingat darjah kebesaran di seluruh malaysia dan produk-produk berasaskan silver buatan tangan, trips kali ini agak istimewa kerana kami diberi peluang melihat sendiri bagaimana sesuatu proses pembuatan dijalankan daripada proses awal hingga ke akhir. Owh seblum itu Ini adalah entry terakhir penerokaan kita melawat Bandar Diraja Kuala Kangsar, Perak jadi jom kita singgah sebentar melawat ke kilang Mariwasa Kraftangan Sdn. Bhd untuk melihat proses ini dijalankan.



Bagi anda yang terlepas membaca entry terdahulu boleh klik pautan dibawah: 


Sebelum itu, marilah kita bersama-sama berdoa semoga bumi Gaza kembali aman sejahtera serta dipermudahkan segala urusan yang dilakukan. "Ya Allah, berikanlah kekuatan & keselamatan buat sahabat & saudara-saudara Islam ku di Gaza, Palestin dalam menempuhi dugaan, amin"

" PRAY FOR GAZA"

Kilang Mariwasa Kraftangan Sdn. Bhd.

Sejurusnya tiba disini, kami disambut mesra oleh kakitangan Mariwasa Kraftangan diberikan sedikit taklimat mengenai latar belakang syarikat, produk dan perkidmatan yang dihasilkan dan seterusnya dibawa melawat ke dalam kilang untuk melihat sendiri bagaimana proses dijalankan. Terlebih dahulu dibawa ke ruang pameran untuk melihat produk-produk kraftangan yang dihasilkan.

Ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan dan warga kerja dari Mariwasa Kraftangan kerana menyambut kedatangan kami serta memberi masa dan layanan mesra kepada semua team FAM Trip.


Antara produk-produk yang dipamerkan di ruang pameran.

Pelbagai jenis dan bentuk aksesori dipamerkan sangat menarik, bagi anda yang berminat bolehlah beli.


Di sudut ruang pameran, dipamerkan pelbagai produk-produk yang dihasilkan untuk tujuan cenderahati atau boleh dijadikan perhiasan, antaranya labu sayung, barang kraftangan yang daripada logam, besi, seramik kaca, frame gambar, beg, aksesori perhiasan dan pelbagai lagi. Sangat menarik melihat produk yang dipamerkan kerana sangat halus dan berkualiti tinggi :P

Setelah diberi sedikit taklimat dan melihat produk-produk yang dipamerkan di ruang pameran kami dibawa sendiri melihat produk yang dihasilkan di sini terutama penghasilan medalion dan pingat-pingat kebesaran. Di bawah saya kongsikan sedikit info bagaimana proses-proses penghasilan Pingat-pingat darjah kebesaran

Antara Contoh pingat-pingat darjah kebesaran, untuk pengetahuan korang hanya di mariwasa kraftangan sahaja dibenarkan untuk menghasilkan pingat-pingat darjah kebesaran





Proses penghasilan agak rumit dan memerlukan ketelitian, kemahiran dan kesabaran yang tinggi, saya nak terangkan dengan lebih detail pun saya agak kurang arif, mungkin sedikit sebanyak gambar di atas boleh membuatkan korang berigiminasi bagaimana proses ini dijalankan jadi sekiranya korang berminat untuk melihat bagaimana proses ini dilakukan daripada mula sehingga ke proses akhir, bolehlah berkunjung sendiri ke Mariwasa Kraftangan, Kuala kangsar, Perak. Selain itu banyak produk-poduk lain yang dihasilkan di sini seperti medalion dan produk berasakan silver sesetengah produk dihasilkan menggunakan mesin dan juga masih diperlukan kemahiran seni mengukir, untuk menghasilkan produk yang bermutu tinggi.


Handmade, memerlukan kemahiran, ketekunan dan kesabaran yang tinggi.

Seterusnya kami melawat di ruangan pembungkusan dimana setiap produk yang telah siap dibuat akan dibungkus disini.

Ini adalah cenderahati jenis medalion untuk Lapangan Terbang Klia 2, yang dihasilkan oleh Mariwasa Kraftangan.

Owh bagi anda yang tertanya-tanya bagaimana proses medalion dihasilkan adalah seperti berikut pertama proses pembuatan medal dan mesin makanikal yang digunakan sepanjang bermulanya proses rekaan die atau acuan, kemudian proses penempaan medalion, kemudian proses cantuman pengikat medal, proses pegilatan, dan terakhir proses pembukusa.


Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi: 

Kilang Mariwasa Kraftangan Sdn.Bhd 
Lot 522, Kawasan Perusahaan,
33000 Kuala Kangsar, Perak

Tel: 05-776 5888 / 0214 / 0215
Fax: 05-776 0213
Email: sales@mariwasakraftangan.com 
Website: www.mariwasakraftangan.com


FAM Trips kali ini ditaja oleh Tourism Malaysia Perak, terima kasih kerana sudi menjemput saya dalam usaha mempromosikan tempat-tempat Pelancongan menarik yang ada di sekitar Negeri Perak sempena Tahun Melawat Malaysia 2014. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, atau ingin mendapatkan maklumat-maklumat terkini pelancongan yang ada di Negeri Perak, sila hubungi :

Tourism Malaysia Perak
No. 12, Medan Istana 2,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh, Perak

Tel : +605-2552772/9962
Faks : +605-2532194
Like Facebook :Tourism Malaysia Perak


32 comments:

  1. menarik jugak negeri Perak ni ye..hanya pernah ke Ipoh dan Setiawan sahaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. menarik ini baru sikit..di daerah kuala kangsar...
      masih banyak lagi ada..eh kalau ada ksempatan
      bolehlah baca entry terdahulu tarikan yang ada di pengkalan hulu :P
      boleh semak di bhgian travel log he..he..he

      Delete
  2. Beautiful souvenir, i wanna some for my souvenir collection. ^^)

    If i wanna see how they made it, can i visit inside the product line?

    ReplyDelete
    Replies
    1. you can contact via this adress :P
      ask them ok :)

      Tel: 05-776 5888 / 0214 / 0215
      Fax: 05-776 0213
      Email: sales@mariwasakraftangan.com
      Website: www.mariwasakraftangan.com

      Delete
  3. I've once watched about Mariwasa in Majalah 3. They are one of the supplier yg buat darjah kebesaran di Malaysia nie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh ya... saya tak pernah tengok.. x sangka rupanya majalah 3 dah pernah cover pasai ni... betul..pengeluar darjah2 kebesaran di malaysia :P

      Delete
  4. Replies
    1. ar ah..halus je buatanya..bak kata harith iskander dlm iklan nescafe :P

      Delete
  5. handmade yg diperakui kehalusan buatan medal...klik3 menabung...

    ReplyDelete
  6. Terima kasih untuk info ini.. Menarik... Tak sangka Kuala Kangsar kaya dengan seni seperti ini.. Dan ianya di iktiraf

    ReplyDelete
  7. Teliti betul ek hasil kerja dorang. No wonder lah jadi org kepercayaan kaum kerabat Perak.

    ReplyDelete
  8. wahh...kalau macam tu ini bukan calang-calang punya kedai kraftangan nie..kualiti yang dihasilkan pasti berada ditahap yang terbaik...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  9. sis x dpt tgk sbb gambar x keluar ... huhuhuuu

    ReplyDelete
  10. banyaknya bentuk dan jenis kraftangan orang negeri perak ni... baguih betei, sis pernah gi ipoh, kuala kangsar dengan batu gajah jer, tu pun kejap je sebab hadir kenduri member ;3

    menabung~ :D

    ReplyDelete
  11. wah
    menarik lah dapat pergi sana
    teringin nak pergi juga

    ReplyDelete
  12. wahh..org yg jarang tgk tv mcm niesa ni kalau xtau dr blog mmg agak ketinggalan sikit..haha..sekarang sng la nk melancong ke perak sbb dah ada tour guide yg byk pengalaman ni..hehe.. :P

    menabung volkswagen sini.. ^^,

    ReplyDelete
  13. Huntunglah jadi anak org perak byk tempat menarik nye yobbbb ate kome buat lawatan sambil belajar lah ni ek, baru tahu kt sini rhoper nye tempat buat pingat kebesaran semua tu

    ReplyDelete
  14. cantik seni krafnya Sobri, jangan lupa satu lagi kebanggaan orang kuala, labu sayungnya..terdapat pembuatan labu sayung di sekitar kampung di daerah Sayung seberang sungai tu..sangat menarik.

    ReplyDelete
  15. Wahh best dpt melawat tmpt mcm ni... melihat proses pembuatan brgn yg kebanyakkan org tak berpeluang melihatnya. Bnyk ilmu yg dpt... thanks sharing bro Sobri... :)

    ReplyDelete
  16. Memang best bro gi kilang Mariwasa ni kan... dapat tengok sendiri macam mana pingat2 dihasilkan... :D

    ReplyDelete
  17. Halus betul kerjatangan yang dihasilkan.

    ReplyDelete
  18. banyak rupanya tempat menarik di kuala ni..tapi bila balik kpg, rasa malas nak gi, lebih suka memerap kat rumah je..

    kilang labu sayong tak gi ke..icon kuala tu..

    ReplyDelete
  19. salam. wahh menarik ni..pasti berkualiti tinggi..

    ReplyDelete
  20. woww... labu sayung dah upgrade... tak polos lagi... cantikkk! :D

    ReplyDelete
  21. okeh. kalau gi perak nanti, memang nak singgah sini la rasanya.

    ReplyDelete

Sob - A travel enthusiast with passion for hiking, outdoor adventure, photography and writing.