Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Pernahkah anda mendengar nama Victoria Bridge, sekiranya tidak pernah mesti korang tertanya-tanya apakah itu victoria bridge? adakah seseksi model Victoria Secret atau secantik Victoria Beckham, maaf sangkaan anda salah Victoria Bridge ialah sebuah jambatan kereta api yang terdapat di Pekan Karai, Kuala Kangsar. Merupakan salah satu khazanah negara yang masih kekal sehingga hari dan masih terpelihara dalam keadaan elok.
Untuk entry kali ini saya akan membawa korang semua menyelami dan meneroka salah satu mercu sejarah yang ada di Kuala Kangsar iaitu Victoria Bridge atau dikenali juga sebagai jambatan kereta api Victoria. Jambatan kereta api ini dinamakan sebagai Victoria Bridge, mengambil sempena nama Ratu Victoria, pertamanya ketika di awal pembinaan pada tahun 1897, merupakan tahun pemerintahan Jubli Intan Ratu Victoria. Keduanya, apabila tamat pembinaan, Afrika Selatan secara seluruhnya telah berada di dalam pemerintahan baginda Ratu.
Bagi anda pertama kali singgah ke blog ini, ingin membaca entry terdahulu bolehlah klik pautan di bawah:
Victoria Bridge Kuala Kangsar, Tapak Warisan Sejarah Negara
Disini Saya Kongsikan Sedikit Info Dan Sejarah Mengenai Victoria Bridge
- Victoria Bridge merupakan jambatan keretapi antara yang tertua di Malaysia, ketika itu dikenali sebagai Malaya. Jambatan ini merentangi Sungai Perak yang menghubungkan Bandar Diraja Kuala Kangsar. Jambatan ini terletak di Karai, Kuala Kangsar. Ia telah dibuka pada 21 Mac 1900 oleh Almarhum Sultan Idris Murshidul Azzam Shah pada satu majlis yang turut dihadiri oleh Sir Frank Swettenham, Residen-Jeneral untuk FMS, dan Sir John Pickersgill Rodger, yang bertindak Residen British Perak. Pembukaan istiadat jambatan terdiri membuka sebuah bar menyeberangi portal dengan kunci perak.

Ini merupakan pertama kali saya datang ke sini, sebelum ini pernah juga mendengar nama jambatan Victoria daripada kawan-kawan yang tinggal di sekitar kuala kangsar, tapi saya tak sangka rupanya jambatan ini sangat panjang dan luas permukaanya serta mempunyai senibina yang sangat menarik, dinyatakan bahawa jambatan ini pernah dibom semasa perang kedua, kerana fungsinya amat penting pada masa itu.
Jom Layan Beberapa keping Gambar Di Sekitar Victoria Bridge, Kuala Kangsar Yang Sempat Saya Ambil.
Kucing jalanan ini merupakan model rasmi kami untuk dijadikan objek untuk mengambil gambar di Victoria Bridge :P

Struktur pembinaan di Jambatan, menggunakan besi dan bata-bata merah, masih utuh hingga sekarang.

Bagi anda yang sangat sukakan bidang photography dan mencari lokasi yang menarik, sangat disyorkan untuk korang datang disini untuk outing, sebab pemandangan yang ditawarkan sangat super! eh tak dilupakan kepada bakal pengantin, couple yang nak cari lokasi outdoor yang cantik ataupun korang yang duk berangan nak bergambar konsep ala-ala zaman dahulu kala, harus datang ke Victoria Bridge di Pekan karai, Kuala Kangsar. Tak percaya saya cakap di victoria bridge ini sangat awesome viewnya untuk bergambar, boleh tengok bukti di bawah :P
Meh saya belanja satu keping gambar lagi gambar. Bukan saya dah cakap tempat ini sangat indah dan unik panoramanya, sangat sesuai dijadikan lokasi untuk photography selain kaya dengan warisan sejarah tersendiri.
Acara wajib, bergambar secara berjemaah rombongan Fam Trip kali terdiri daripada media massa, media cetak, bloggers dan Travel Agensi menandakan kami semua telah sampai ke Victoria Bridge. Kepada team Tourism Malaysia Perak berbanyak terima kasih kerana sudi membawa kami semua menjelajah tempat-tempat menarik yang ada di sekitar Bandar kuala kangsar bandar diraja.
- "Victoria Bridge mampu menjadi destinasi terbaru tempat pelancongan bersejarah di Kuala Kangsar malah di Malaysia kerana mempunyai nilai-nilai sejarah yang tersendiri yang sangat menarik, antara tapak warisan sejarah negara yang perlu dikekalkan dan dikomersialkan selain daripada lokasi ini sendiri menawarkan pemandangan yang cukup cantik, jadi apa lagi Moh Le Ke Pekan Karai Kuala Kangsar melawat sendri jambatan Kereta api victoria"
Eh Korang semua entry Entry FAM Trips kali ini masih ada sambunganya, tempat-tempat menarik yang boleh korang lawati di sekitar kuala kangsar akan saya kongsikan di entry yang berikutnya antaranya ialah kilang Mariwasa iaitu pengeluar tunggal pingat-pingat darjah kebesaran di seluruh malaysia, Ke Masjid Ubudiah antara masjid tercantik di Malaysia, melawat Azydar Enterprise pengusaha tenun tekab warisan melayu turun menurun dan Galeri Sultan Azlan Shah.
FAM Trips kali ini ditaja oleh Tourism Malaysia Perak, terima kasih kerana sudi menjemput saya dalam usaha mempromosikan tempat - tempat Pelancongan menarik yang ada di sekitar Negeri Perak sempena Tahun Melawat Malaysia 2014, jadi sekiranya anda sebarang persoalan, pertanyaan atau ingin mendapatkan info-info terkini bolehlah hubungi Pejabat Tourism Malaysia perak seperti alamat di bawah.

Tourism Malaysia Perak,
No. 12, Medan Istana 2,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh, Perak
Tel : +605-2552772/9962
Faks : +605-2532194
Like Facebook :Tourism Malaysia Perak
Website : www.tourism.gov.my
ARTICLE BERKAITAN
- Berjalan-Jalan Di Pantai Batu Feringgi
- Perusahaan Labu Sayong Di Kuala Kangsar
- Kayu Arang Di Kuala Sepetang
- Tarikan Kuala Sepetang Eco Tourism
- Jom Tengok Klip - Klip Kampung Dew
jambatan yg dibina sgt kukuh n kekal membawa sejarahnya...klik2 jetta
ReplyDeleteterima kasih..antara jambatan yang kaya dgn
Deletewarisan sejarah tersendiri..
harus dikekal dan dijaga :P
tu yg kata bangunan lama tu beratuih tahun tahan
Deletekehebatan senibina zaman dulu :)
DeleteWow, very nice bridge!
ReplyDeleteha..ha.. great right bro :P
Deletethank you
orang kuala mesti tahu jambatan ni...
ReplyDeleteitulah saya yg sellau p kuala pun
Deletetak tahu mngenai jambatan ni :)
awesome!
ReplyDeletethank bro!
Deletetengah begambo camtu keteapi lalu.. huhu mana nak larik.. teringat laluan keteapi Harry Potter nk gi skolah dia #ngee
ReplyDeletear ah shin baru perasan sama mcmkat cerita harry potter he..he :)
DeleteGambar kucing & jambatan tu so classic...
ReplyDeleteglamer la kucing tu lpas ni sis ::)
DeleteKK Box for you..
ReplyDeleteAssalamualaikum sobri..wahh lawa sgt jambatan ni.. ingatkan yang dekat temerloh tu. hihi salam ramadhan..
ReplyDeleteambil gambar dekat jambatan lama memang klasik sangat kan.....
ReplyDeletesalam. wahhh..cantik dan menarik..kukuh pulak tu..
ReplyDeletetak pernah lagi ke perak..tapi pemandangan cantik..untuk photoshoot pun ok kat sini
ReplyDeleteAku ingat jambatan Victoria ni. Ia pernah masuk dalam filem Zombi Kampung Pisang. Time Awie ketuk-ketuk tangan dia untuk elakkan jadi zombi.
ReplyDeleteJambatan pun kalau pandai bermain kamera akan cantik juga jadinya.
ReplyDeleteAlamak... gambar kat rail tu cam model dewi remaja lah...ahahahahaha... mmg seronok dapat ronda2 begini kan.... lebih2 lagi ada org sponser...ekekekekeke.. :D
ReplyDeletewahh cantiklah... tak pernah pergi lagi sini ..moga ada rezeki sampai ke sini
ReplyDeletewah2xx..mmg cntik permndgn tu...
ReplyDelete#best posing tgh2 trek tu bro!
Assalammualaikum..sobri,
ReplyDeletegambar dan pemandangan kat sini cantik. Bergambar kat jambatan pula tu.. mselim3 tak pernah gi lagi kat sini..
mselim3
Aaaaa, cantik sangattt! Insya-Allah, nak try jugak pergi sana. View dia sangatlah Subhana-Allah, cantik sgt! Follow sini :)
ReplyDeleteperghh smart gile rpic nih,..pandai ko amik
ReplyDeletenoe selalu guna jalan karai tu tuk ke kuala..so selalu la jumpa bridge ni...ate..dah dekat ngan kampung sis
ReplyDeleteakak pernah tengok org buat outdoor photoshoot kt sini.. mmg cantik ar.. lagi2 guna camera yang canggih manggih.. kalau pakai camera hp mampos nak kena edit 10 hari 10 malam.. muahahahaha
ReplyDeletemcm biasa 3xclick :)
wah..jambatan yang menarik.
ReplyDeleteCantik permandangan jambatan tu.. ditambah dgn photoshoot dari pakar.. mmg bertambah2 cantik.. :)
ReplyDeletewah, naise view... struktur bersejarah, port bergambar yg ohsem nih ;3
ReplyDeletemenabung sambil bersahur... hehe~ ;3
Cantik dan indah sungguh jambatan ni,masih terpelihara dan dijaga.
ReplyDeletetahun 189 sobri?ke ada tertinggal 1 nombor kat situ?tapi mmg terbaik la...pemandangan tu..cantik sgt!harapnya khazanah negara yg bersejarah ni akan dijaga dan disimpan utk cucu cicit dan generasi2 akan dtg nanti..ehe...
ReplyDelete