Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Wah nampaknya entry kali ini bermain airlah kita ya? selepas puas mendaki bukit mengeluarkan peluh dalam misi mencari Air Terjun Sungai Kooi dan Bunga Pakma aktiviti seterusnya yang dilakukan aktiviti menyejukkan badan dan antara aktiviti yang paling ditunggu-tunggu oleh semua geng FAM Trips Royal Belum iaitu melakukan water Confident dan Bamboo Rafting kalau bahasa melayunya dipanggil aktiviti berakit menggunakan buluh, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian ewah!
Berakit Di Kem Sungai Tiang Royal Belum 2014
Sebenarnya ini pertama kali saya berakit jadi memang amat mengujakan dan mendebarkan perasaan melakukan aktiviti berakit bak kata pepatah melayu "berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dulu bersenang-senang kemudian" memang sesuailah dengan pepatah melayu ini untuk menggambarkan situasi kami pertama kali melakukan aktiviti berakit, kalau setakat rakit terbalik dan tak seimbang ketika berakit perkara biasa, al maklumlah boleh dikatakan ini pertama kali buat kami semua berakit menggunakan buluh, memang memerlukan skill yang tersendiri untuk mengemudi rakit ni.
Selalunya kalau berada di dalam air kita akan membuat aktiviti seperti berkayak, white water rafting, bermaian polo air dan sebagainya jadi untuk aktiviti team FAM Trips untuk membuat kelainan maka berakitlah kita, seperti zaman-zaman dalulu kala Zaman Hang Tuah dan Hang Jebat di dalam Tasik Belum di Kem Sungai Tiang. Terima kasih kepada semua staff, Ranjer Perbadanan Taman Negeri Perak, terutama Puan Fadhilah Ismail kerana mengaturkan semua aktiviti kitaorang sepanjang berada di Royal Belum dan melayan kitaorang semua dengan baik sekali, memang terbaik!
Selalunya kalau berada di dalam air kita akan membuat aktiviti seperti berkayak, white water rafting, bermaian polo air dan sebagainya jadi untuk aktiviti team FAM Trips untuk membuat kelainan maka berakitlah kita, seperti zaman-zaman dalulu kala Zaman Hang Tuah dan Hang Jebat di dalam Tasik Belum di Kem Sungai Tiang. Terima kasih kepada semua staff, Ranjer Perbadanan Taman Negeri Perak, terutama Puan Fadhilah Ismail kerana mengaturkan semua aktiviti kitaorang sepanjang berada di Royal Belum dan melayan kitaorang semua dengan baik sekali, memang terbaik!

Muka-muka keletihan, tapi memang enjoy buat aktiviti water confident dan berakit
#Selfie dulu di atas rakit I Berakit di Kem Sungai Tiang
Ini masing-masing sibuk nak bercakap, sambil tangan berpeace habis masa Bro Sham, tengah rakam nak buat video mengunakan Go-Pro be hero katanya- Credit kepada Abang Sham untuk semua gambar semasa kitaorang buat aktiviti air, itu yang best kalau ada camera underwater dalam air pun boleh bergambar.
Mesti korang tertanya-tanya tak bahaya ke mandi-manda dalam tasik, bagi yang kurang mahir berenang memang disediakan life jaket, macam gambar kitaorang dekat atas! jadi memang tak akan lemas atau tenggelam, terapung sokmo sebab semua ciri-ciri keselamatan ketika berada di dalam air diambil berat. Kedalaman tasik, perh memang tak terjangka dalamnya bayangkanlah baru turun daripada tebing dah boleh tenggelam terus memang terasa dalam, bagi korang yang was-was, yang selalu fikir bukan-bukan tak apa ke mandi dalam tasik tak bahaya ke? takut ikan gigit ke? tips dia jangan fikir bukan-bukan dan just enjoy sebab sebelum sesuatu aktiviti dijalankan memang faktor- faktor keselamatan dititikberatkan lagipun sepanjang korang bermain dalam air memang ranjer atau orang yang berpengalaman mengawasi korang.
Suhu air tasik ini sebenarnya tak de la sejuk mana, mungkin sebab kitaorang berendam tengah petang suhu dia rasa seperti suam-suam panas, tapi saya rasa kalau mandi waktu pagi memang mengigil jugaklah sejuknya. Air tasik berwarna hijau kehijauan gituww, macam gambar kat atas.
Gambar ini diambik semasa waktu sunset, memang layan pemandangan sunset kat sini sambil berendam.
Dah alang-alang dari tadi saya asyik bercerita mengenai aktiviti berakit, jadi mari saya kongsikan beberapa tips dan panduan yang korang boleh amalkan ketika melakukan aktiviti air sama ada berakit, berkayak dan sebagainya.
- Perlu memakai pakaian yang selesa dan tidak menghalang atau menyukarkan pergerakan.
- Pastikan jaket dan topi keselamatan yang diberikan tidak terlalu ketat atau terlalu longgar
- Bawa pakaian untuk persalinan. Jaket pemanas badan juga berguna.
- Pakai kasut yang boleh diikat ketat atau but menyelam.
- Barang kemas yang mudah terlucut tidak seharusnya dipakai semasa berakit.
- Mereka yang memakai cermin mata patut menggunakan tali elastik untuk mengikat cermin mata.
- Mereka yang menggunakan kanta lekap dinasihatkan supaya memakai cermin mata, untuk mengurangkan risiko pencemaran kanta.
Pemandangan matahari terbenam di Kem Sungai Tiang I Royal Belum
Pemandangan senja di Kem Sungai Tiang, Gambar di ambil oleh Abang Li mengikut kata ranjer yang bertugas antara port yang paling strategik nak ambil gambar sunset yang terbaik adalah di sini jadi pastikan bila korang ke Royal Belum singgah ke kem ini untuk layan pemandangan matahari terbenam di sini memang terbaik. Jadi bagi yang gilakan photografi memang saya cadangkan korang lepak di sini ambil gambar sunset.
Aktiviti pada waktu malam adalah bebas jadi, masa dihabiskan dengan makan, memancing, sesi karoke dan tengok bola, waktu kitaorang dekat sana waktu piala dunia, nasib baiklah dalam houseboat ini semua lengkap siap ada astro lagi, jadi yang kaki bola memang tak miss tengok perlawanan bola siap boleh tengok secara live lagi. Sepanjang menginap di Houseboat di Kem Sungai Tiang perkara yang paling saya tak boleh lupakan makanan yang disediakan, boleh dikatakan lebih daripada cukup dan makanan yang disediakan memang setaraf 5 bintang, cukup sedap memang hebat skill masakan makcik yang memasak, terutama kari daging, ayam masak merah, bihun goreng dan paling best masa buat BBQ kambing golek yang ini saya rasa ranjer perbadanan taman negeri perak yang buat, perhh memang terangkat bila dicicah dengan sos black paper handmade diorang buat. so yummy!

Masa malam pertama houseboat kitaorang diserang dengan beberapa jenis serangga dan rama-rama macam-macam saiz dan warna ada, kat atas tu antara rama-rama yang saya sempat ambik gambar saiznya memang besar rama-rama hutan, agaknya beginilah saiznya?

Houseboat pada waktu malam.
Sampai disinilah entry berakit di Kem Sungai Tiang untuk hari kedua kami berada di Royal Belum Rainforest, selepas ini masih ada entry lain dimana kitaorang dibawa melawat Sira Garam di kem Sungai Papan dan melawat Pusat Sintuari Ikan kelah di Sungai Ruok, jadi nantikan sambungan entry yang berikutnya.
Bagi korang yang terlepas membaca entry yang terdahulu bagaimana cara-cara untuk datang ke Royal Belum boleh baca (di sini) cerita mengenai Program Kebudayaan dan Kesenian Royal Belum (klik sini) dan pengembaraan kitaorang dalam misi mencari Bunga Pakma dan melawat Air Terjun Sungai Kooi (Klik sini) untuk membaca. Untuk pengetahuan korang semua entry ini ditulis dalam usaha saya bekerjasama dengan Tourism Malaysia Perak untuk mempromosikan tempat-tempat menarik yang ada di Negeri Perak sempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2014.
Sekiranya korang mempunyai sebarang pertanyaan, atau ingin mendapatkan maklumat-maklumat terkini pelancongan yang ada di Negeri Perak, sila hubungi mereka aka Tourism Malaysia Perak dengan merendah hati mereka akan membantu korang semua melalui alamat di Bawah :
Tourism Malaysia Perak
No. 12, Medan Istana 2,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh, Perak
Tel : +605-2552772/9962
Faks : +605-2532194
Like Facebook :Tourism Malaysia Perak
Website : www.tourism.gov.my
Serius akak rindu nak mandi kat tasik. bestttt
ReplyDeletewaahh.. bestnya.. da lama teringin nak pegi.. suka tgk suasana alam semulajadinya...
ReplyDeleteMenarik.. pengalaman yg pasti tak akan dilupakan juga. Suka saya tengok gambar permandangan sunset tu.. betul2 mempersona. Thanks sharing bro Sobri... :)
ReplyDeleteGreat bamboo rafting activity!
ReplyDeletebestnya dapat berenang di tasik kerana air tak masin...berenang di laut?...TAK SUKA!!!
ReplyDeletepaling best part naik rakit tu...
eei, seramnya, mama takut tengok air macam tasik ni.. ntahlah... hihihi... takut tengok air kaler itam
ReplyDeleteOh, beautiful sunset :)) Jealously u. ha ha :P
ReplyDeleteIt's so much fun activity, Swimming and bamboo rafting. Wow Amazing!
wedehhhhh mantabbbbbb
ReplyDelete=====================
Pakan kelinci pedaging
Happening sungguh nampak wajah-wajah kat pic tu.. shot pun cantik2 belaka! good job Sobri!
ReplyDeleteMenarik.. guna kamera apa sewaktu ambil gambar dalam air
ReplyDeletewahh.. bestnya aktiviti berakit... :)
ReplyDeletecantiknya rama2 hutan tu..mmg besar ya..klik2 menabung...
ReplyDeleteYa Allah..cantiknya mataari terbenam tu...bestnya!jeless..hihihihi
ReplyDeletesekali dalam hidup ponn akak tak pernah berakit dik
ReplyDeleteEhh silap..pernah berakit, tapi tak pernah berkayak..hahaha, abaikan komen kat atas tu
ReplyDeleteawesome sunset!! layan sambil minum kopi heheh~ ;3
ReplyDeleteBestnya berendam.
ReplyDeleteGambar cantik-cantik :)
berakit rakit kehulu
ReplyDeleteberenang renang ke tepaian..
jeles aku tengok korang berakit dan berenang..
hahahaha
Regards,
-Strider-
dah macam nak tengelam plak tengok naik rakit tu.. huhu..
ReplyDeleteseronok baca entry bersambung macam ni
Tersangat menyeronokkan, teringat zaman kanak-kanak..huhu
ReplyDeleteWah bestnya..Selfie atas rakit...mencabar tu..
ReplyDeletewahhhh..seronoknya sobri boleh buat aktiviti menyeronokkan mcm tu..teringin jugak!tgk gmb je pn dh teruja..
ReplyDeleteaku pernah buat dan naik rakit.
ReplyDeletetapi kat sungai kat kmpg je la..hehe
kayak pun dah..kat laut..bestt seyhhhh
mesti seronok korang...merasa naik rakit...seumur idup sis x pernah naik rakit lg...tgk gambar je dah tau korang enjoy sangat...
ReplyDeletedah lama benar tak main rakit rasanya nih. haha
ReplyDeletewahhh entri berair ek huhu.. besh kan guna GoPro #ngee
ReplyDeletebamboo tu best...
ReplyDeleteaktiviti naik rakit tue nmpk best...
ReplyDeleteBeautiful sunset
ReplyDeleteAssalamualaikum Tuan Sobri..
ReplyDeleteWaaa.. best nyer ke Belum Royal Park..
Teringin nak main rakit tu hehehee :D
wahh syoknya ^_^ cantik tempat
ReplyDeletegambar selfie atas rakit tu mmg epic. lol!
ReplyDeletepergh.. macam best je.. banyak jugak entri pasal hutan royal belum ni..
ReplyDeletehutan royal belum yg tak pernah dijajah lg.. tempat pelancongan perak semua dh jelajah.. kt bandar dh susah nk jumpa rama2 giant mcm ni. cantiknya pemandangan :)
ReplyDeletewah bestnya, gambar2 pun menarik
ReplyDeletehai sobri kemana lama menghilang...
ReplyDeleteaku nama jer budak gerik..
ReplyDeletetp kesana pown belom
insyallah kalau ade kesempatan aku kesana....
mcm best jer suasana dia
menarik sangat
ReplyDeleteSitus Anda memberikan informasi yang bermanfaat
ReplyDelete