Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Untuk edisi kali ini The Adventure Of Royal Belum Rainforest, we will back to nature di mana kita akan meneroka salah satu lagi tarikan utama yang terdapat di Hutan Royal Belum iaitu pusat santuari ikan kelah di Sungai Ruok di mana sekiranya korang datang ke sini, berpeluang untuk mandi manda bersama ikan kelah yang jinak dan frendly. Bagi saya ini antara pengalaman yang baru terutama saya yang amat teringin untuk mandi bersama ikan kelah liar yang jinak jadi yahoo.. akhirnya impianku tercapai juga untuk feeling-feeling mandi Fish Spa sambil di gigit manja oleh sang kelah, selalunya korang hanya rendam kaki bagi ikan makan daki-daki degil yang bermastautin kat kaki tu, tapi dekat sini boleh terus mandi, lagi best wooo! tak payah nak rendam-rendam kaki bagai :P
Ini adalah entry terakhir mengenai pengalaman saya mengikuti FAM TripTourism Malaysia Perak ke Hutan Belum arrhh sedih *sambil typing melinang air mata* teringat memori indah di Royal Belum, tapi korang suka la sebab aku sure ada setengah tu dah naik boring nak baca entry saya mengenai Royal Belum serta aku pasti korang dah mati akal nak komen apa, tapi disebabkan dasar kecintaan saya terhadap alam semula jadi yang memanggil-manggil namaku, dan komen-komen membina yang ternanti-nanti sambungan trip, di sini ku gagahkan jua untuk menamatkan kisahku *back to nature* bab kata Abam Sham " Dengan adanya entri-entri seperti ini, pasti akan timbul perasaan membuak-membuak jauh di sudut hati sanubari korang untuk berkunjung ke Royal Belum dan menulis pengalaman serta melakarkan pengembaraan sendiri di sana. Rugi yer kalau tidak ke sana sebab Taman Negeri Royal Belum merupakan satu khazanah negara dan juga permata hati negeri Perak yang kaya dengan kepelbagaian biodiversiti" ya saya setuju bro!. Ermm.. semenjak dah buang fungsi Disable right-click lagi seronok lah saya nak copy statement-statement ilmiah daripada blog beliau, jadi jom layankan entry terakhir saya di Royal Belum Rainforest :P
Pemandangan nak sampai ke lokasi ni agak cantik sikit berbeza dengan kawasan-kawasan lain di Royal Belum ,sebab akan jumpa banyak tunggul kayu kat permukaan tasik dan dilatari oleh tumbuhan air, so sekali pandang rasa macam tengok rancangan Man VS Wild memang amazinglah viewnya :P
Untuk hari terakhir kitorang di Royal Belum, tak sah kunjungan sekiranya tidak pergi ke pusat santuari ikan Sungai Ruok, di mana di sini ditempatkan beratus-ratus atau beribu ikan kelah liar yang dijinakkan dimana seperti anda sedia maklum ikan kelah antara ikan yang bernilai tinggi amat digilai oleh kaki pancing dan diancam kepupusan, jadi antara insentif yang diambil ialah cuba mengembalikan populasi dengan membiakkan ikan kelah di santuari ikan sungai ruok
Inilah Tempat santuari Ikan Sungai Ruok, di Royal Belum, mula-mula akan jumpa air terjun kecil ni dulu, selepas itu kena berjalan 2-3 minit baruulah kita akan sampai ke lokasi.
Air Terjun di Sungai Ruok
Ikan-ikan yang jinak di Sungai Ruok
Ini baru rupa anak-anak ikan kelah yang ada disini, difahamkan sekiranya korang nak tengok saiz ikan yang lebih besar, kenalah mendaki untuk pergi ke beberapa stesen yang lain so far dekat sini pun dah puas hati dapat tengok ikan kelah a.k.a raja ikan air tawar dalam keadaan jinak siap boleh urut-urut lagi kaki. Peringatan mesra amatlah dilarang untuk mengambil ikan disini atau memancing, dan menjadi satu kesalahan sekiranya anda melakukan perkara tersebut dan sekiranya ditangkap boleh didenda.
Apa yang membuatkan santuari ikan sungai ruok ini best daripada tempat lain, ialah korang boleh mandi bersama dengan ikan-ikan kelah jinak ni, dan sebelum ini saya pernah diurut oleh ikan kelah jinak di tagai sabah (klik sini). Air sungai dekat sini perhh.. memang sejuk betul, memang mengigil badan dibuatnya dan air sungai dekat sini agak dalam dan bagi korang yang ilmu renangnya ibarat level renang-renang itik amatlah digalakkan untuk memakai jaket keselamatan.
Picture : www.eshamzhalim.com
Kami dah sampai ke sini... korang dah sampai ke belum?
Good Bye, Royal Belum Rainforest.. Im definitely will come back!!
Memandangkan ini adalah entry terakhir The Adventure Of Royal Belum Rainforest di sini saya listkan full link entry pengembaraan saya di Royal Belum, bagi korang yang terlepas membaca entry yang terdahulu bagaimana cara-cara untuk datang ke Royal Belum boleh baca (di sini) Cerita mengenai Program Kebudayaan dan Kesenian Royal Belum (klik sini), pengembaraan kitaorang dalam misi mencari Bunga Pakma dan melawat Air Terjun Sungai Kooi (Klik sini), entry berakit di Kem sungai Papan (klik sini) dan terakhir melawat sira garam (klik sini).
Semoga dengan terbitnya entry-entry sebegini bukan sahaja dapat membantu mempromosikan Royal belum antara destinasi percutian yang unggul di Perak tapi dapat menarik perhatian korang semua yang membaca untuk berkunjung sendiri merasai mengalaman sendiri close to the nature di Royal Belum yang tersimpan pelbagai misteri yang perlu diterokai!. jadi apa lagi! jom ke Belum! saya dah sampai.. anda sudah ke belum :P
Maka tamatlah kisah saya meneroka Hutan Belum di Gerik, Perak diharapkan entry ini dapat membantu anda semua dalam membuat pelbagai pilihan untuk bercuti dalam negara kerana Negara kita sendiri mempunyai destinasi-destinasi pelancongan yang sangat menarik untuk diterokai dan dilupakan sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, atau ingin mendapatkan maklumat-maklumat terkini pelancongan yang ada di Negeri Perak, sila hubungi Tourism Malaysia Perak melalui alamat di bawah dengan senang hati mereka akan membantu korang semua:
Tourism Malaysia Perak
No. 12, Medan Istana 2,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh, Perak
Tel : +605-2552772/9962
Faks : +605-2532194
Like Facebook :Tourism Malaysia Perak
Website : www.tourism.gov.my
wah besnya.....dah lama x mandi sungai..
ReplyDeleteRoyal Belum? tak pernah sampai pun en.Sobri. untunglah siap mandi manda lagi.. tak taulah nak tumpang hepi ke nak jeles.. hehehe.. inshaAllah one day, sampailah saya di sana.. ^^
ReplyDeletep/s: anak lima? kijamnyer T_T
Tak pernah sampai lagi ke sana... Ok, nak terjah entry lain plak . Seronok apa baca pasal pengalaman gini, mana ada boring :)
ReplyDeleteindah sekali semua pic yg dipapar..nk ke sini mmg xmampu...tengok pic jer lah..
ReplyDeleteWelcome back bro..setelah sekian lama menyepi...ekekekeke... siap letak quote dr blog aku lagi ek.....ekekekeke...memang best royal belum ni... :D
ReplyDeleteSeronoknye . x de aktiviti bakar ikan kelah ke.. ? haha.. mesti best kan daging dia.. aum aum
ReplyDeletebila lah nak mandi sungai..nyaman..dingin..
ReplyDeleteAssalamualaikum sobri. amboiii bestnya korang. jeles sheila tengok. lawa betul tempat ni ~~~
ReplyDeleteLokasi2 begini memang menyeronokkan tapi awas binatang berbisa..
ReplyDeleteIt's a nice place and attractions. ^^
ReplyDeletehutan hijau dan sungai yang menawan~ ohsem ;3
ReplyDeletecantiknya....mesti rasa segar dan nyaman....tapi klu ada ikan byk2 geli la plak nak mandi...hehehe...
ReplyDeleteproton for u :)
ReplyDeletenampak fresh air terjun tu ... psst , ada lintah tak ... geram tgk ikan2 tu .
ReplyDeleteWah bestnya..semuanya hijau..kalau pergi sure tenang habis..tak ada stress lansung..
ReplyDeleteProton untuk Sobri..
ReplyDeletebestnya....proton untuk anda.
ReplyDeletebestnya air terjun tu...berendam dlm sungai..
ReplyDeleteSuasana alam semulajadi yg sgt menyegarkan... subhanallah walhamdulillah. Pasti menenangkan minda & menyucikan hati, in shaa Allah...
ReplyDeletewow... syoknye jenjalan dengan kengkawan... aku dah lama tak jalan2 bro... tu sbb dah tak ada cerita yang menarik kat dalam blog aku... huhuuu sedih... :P
ReplyDeletesubhanaAllah memang cantik ^_^
ReplyDeletesalam . seronoknya mandi air terjun..
ReplyDeleteNurul suka sangat dengan gambar2 alam macam ni.. shot cantik.. view pun ngam.. best!
ReplyDeleteBest tengok korang mandi-mandi dekat sana....
ReplyDeleteSelamat menyambut hari raya aidil adha maaf zahir dan batin dari saya sekeluarga.
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Korban Sobri...All the best
ReplyDeletemandi dengan ikan ? eeerk foooobia o.O royal belom tak pernah sampai tapi sama ke dengan kawasan hutan belom? sebab dulu time sekolah kena campak kat sana kejap nak dapatkan lencana pengakap..
ReplyDeleteNak terjunnnnnn! aaaaaa
ReplyDeletejawapan nya BELUM!!!!!!!
ReplyDelete