Assalamualaikum & salam sejahtera...
Apa khabar semua? diharapkan korang semua sihat-sihat selalu, bertemu lagi kita dalam edisi Perak Trips kali ini kita akan ke Kampung Dew yang terletak di kawasan Simpang Ampat, Semanggol perak untuk melihat kelip-kelip yang bertebangan liar, meriah berkelipan untuk mengawan di sekitar persisiran sungai Dew.
Kelip-kelip? apa tu! mesti korang tertanya-tanya apa yang best sangat mengenai kelip-kelip ini, kat belakang rumah aku pun ada kelip-kelip kadang-kadang tersesat seekor dua masuk dalam rumah, tapi apa yang special mengenai kelip-kelip di kampung Dew ialah jumlah kelip-kelip yang ada disini sangat banyak sehingga seolah-olah kita melihat seperti pokok krismas yang dipenuhi dengan lampu lampu kecil berkelipan tapi datang daripada cahaya kelip-kelip yang mengawan disekitar pokok beremang.
Kelip-kelip Kampung Dew, Perak
Jeti kelip-kelip di Kampung Dew
Walaupun Abang sob kau ini memang budak kampung, tapi memang amatlah jarang ataupun memang tak pernah tengok kelip-kelip di kawasan habitatnya, dimana masih dalam keadaan baik dan tak tercemar dengan aktiviti manusia untuk melihat kelip-kelip mengeluarkan cahaya bergemerlapan untuk menarik pasangan sehingga membentuk satu formasi kerlipan cahaya yang menarik, satu pengalaman yang unik dan menyeronokkan! ya la cuba korang fikir tak banyak binatang yang ada di dunia ini yang boleh mengeluarkan cahaya sendiri, kalau ada pun sangat sikit sedikit! jadi kalau korang tak tengok sendiri salah satu kekuasaan tuhan.. sangatlah rugi.
Untuk pengetahuan korang semua lagi, di sini ada disediakan Jeti di mana korang boleh makan-makan dan mendapatkan perkhidmatan feri untuk melawat kelip-kelip dimana diakan trips untuk meronda-ronda . Nanti korang semua boleh call number di bawah sekiranya teringin nak tengok kelip-kelip.
suasana senja di jeti Kelip-kelip Kampung Dew.
Meh saya kongsikan sedikit info menarik mengenai kelip-kelip atau juga sebagai kunang-kunang.
Habitat kelip-kelip memerlukan keadaan cuaca yang lembap dan persekitaran berpaya untuk hidup dan membiak. Cahaya kelip-kelip ini hanya boleh dilihat pada waktu malam. Justeru, di siang hari, kelip-kelip menjadi tidak aktif dan berehat di bawah daun-daun pokok berembang. Tahu pokok berembang tu pokok apa? apa yang abang sob paham! pokok berembang menjadi pilihan kelip-kelip untuk berhinggap berbanding pokok lain kerana faktor daun pokok berembang itu sejuk, sebab kunang-kunang sukakan tempat yang lembab dan sejuk untuk membiak.
Cahaya yang dikeluarkan cukup terang terutama kelip-kelip jantan. Sesuatu yang menarik dan perlu diketahui korang semua ialah kelip-kelip jantan mengeluarkan cahaya lebih terang bagi menarik perhatian kelip-kelip betina. Selain itu, kelip-kelip betina akan berterbangan dari pokok ke satu pokok berbanding jantan yang duduk di satu tempat saja.
Dan antara fakta yang cukup menarik yang abang sob ingat sampailah sekarang mengenai kelip-kelip ialah selepas kelip-kelip jantan dan betina "make are love" maka tamatlah riwayat kelip-kelip jantah! sangat tragedies kisahnya! nampak pengorbanan si kelip-kelip jantan untuk meneruskan kelangsungan generasi. Manakala kelip-kelip betina akan bertelur dan selepas itu juga akan mati.
Sesuatu yang menarik dan perlu diketahui ramai ialah mengenai kitaran hidup kelip-kelip ialah berlaku secara ‘metamorfosis’ iaitu bermula dari peringkat telur kepada larva dan bertukar menjadi pupa sebelum menjadi kelip-kelip dewasa... menarik bukan sangat ilmiah blog kau sob! ilmiah bebenor..
Tapi kalau korang tanya abang sob mana le.. gambar kelip-kelip yang berhinggapan di sekitar sungai yang dikatakan banyak, untuk pengetahuan korang dengan peralatan dan kecanggihan kamera yang saya ada sekarang memanglah tidak melayakkan untuk mengambil gambar kelip-kelip kerana bukan senang nak ambik gambar kelip-kelip sebab sangat kecil dan memerlukan skill yang tersendiri.
Finally saya sudah sampai sini! disajikan dengan pemandangan yang mengagumkan! walaupun sekadar tengok kunang-kunang tapi dia punya feeling memang mengujakan.
Lupa pulak sob nak khabarkan setiap trip untuk menyusuri sungai kampung dew ini untuk melihat kunang-kunang / kelip-kelip mengambil masa selama 30 minit untuk pergi dan balik dan setiap bot boleh memuatkan 5 sehingga 7 penumpang ( bergantung kepada saiz bot ) bayaran yang dikenakan sob lupa pulak, jadi untuk memudahkan korang semua yang teringin datang ke sini untuk buat trip makan mee ketam & tengok kelip-kelip boleh hubungi Pak Su @ Tuan syukur di alamat di bawah.
Tuan Syukur Bin Ishak
Fireflies Kampung Dew Port
No 1, Kampung Dew,
34400 Semanggol, Perak.
Tel: 019-5786456
Email: shukor.hero@yahoo.com
Kelip-kelip kampung Dew antara produk pelancongan ecotourism yang terdapat di Perak
Memang kecur la ayor liur kome semua, bila nengok mee ketam ni! attee jom le try..
Selain itu, jangan lupa untuk merasai sendiri keenakan Mee ketam antara menu yang istimewa yang dijual di Jeti kelip-kelip kampung Dew. Selalu makan mee udang, mee kari, mee kuah jadi sesekali teringin nak ubah selera tekak tu boleh datang ke sini cuba sendiri Mee Udang. Jadi lepas korang dah siap trips ronda-ronda menyusuri sungai Dew melihat kelip-kelip next agenda mesti try mee ketam ni tau! memang sedap rasa kuah mee manis-manis sebab pakai ketam segar.
Bersama Tuan Syukur, orang kuat pengurusan kelip-kelip kampung Dew.
So make sure bila korang sampai ke Taiping, datang singgah ke Eko Pelancongan Kampung Dew untuk melihat kelip-kelip yang ada disini, just google bagaimana cara untuk sampai ke sini atau guna waze setkan Kampung Dew. Kerana kat dunia ni amnya di negara kita Malaysia tak banyak lokasi yang boleh kita datang untuk melihat dan mempelajari mengenai kunang-kunang @ kelip-kelip jadi agak sayanglah peluang sebegini dilepaskan, jadi kalau nak tengok pokok krismas semulajadi berkelipan cahaya, hasil daripada kunang-kunang jemputlah singgah ke sini :P
lama x nengok kelip kelip.. jarang jumpa.. dulu time kekecik.. lik keje je tangkap kelip kelip.. letak dlm kocek..
ReplyDeleteassaam kunang-kunang yg berkelip-kelip mmg indah mnghiasi mlm...ada jeti n perkhidmtan yg disediakn utk menyusuri sungai meliatnya secara dekat pula...best tu...
ReplyDeletebaguslah kampung ni, aktif eko pelancongan dia yek.
ReplyDeletetak mcm kampung sy kat sini. ~.~'
pemandangan bulan tu mmg rare. trase nak datang kampung dew nih
ReplyDeleteKat Semanggol rupanya, dkt jg dgn kuala..
ReplyDeleteSedapnya mee ketam..
Boleh try p tgk nnt... Bayaran berapa ya... Mee Tue Plak brapa hrga...
ReplyDeleteerm bayaran.. lupa pulak saya..
Deletetapi kalau berminat bleh contact no kat atas :"P
wah..best juga...
ReplyDeletedari kecik tak pernah tengok kelip2....
ReplyDeleteteringin jugak nak tengok...
best nya mee ketam tu...ishhh...
kat perak mmg terkenal makanan laut... ikar bakar, mee udang kauala sepetang...
last year pegi dpt lah jamah... next time nak try pulak lah mee ketam..
serious cantik gambar2 jadi nk pegi sana
ReplyDeletetahun ni sis baru sekali tengok kelip2 masuk rumah kt kampung...dah lama x tengok....sis ingatkan ada gambo kelip2 tu...x per lain kali...kasi canggih lg kamera n teknik2 tu...
ReplyDeleteRHB tuk sobri :)
ReplyDeleteMemang menarik sangat la bro..
ReplyDeletearrr kelip2 tak kelihatan... malu dia nak pi hinggap dekat2, kalo tak mesti boleh snap pict sekor dua kelip2 kan? ;3
ReplyDeletewow mee ketam itu, mesti sedap noh~ X3
sis sambung komen kat sini... heheh
DeleteJoin my contest? Isi Buih-Kata Komik #2!!!
Contest tamat pada 10 Nov 2014, winner gets a T-shirt with my print-design~ XD
insaallah teringak gak nak joint tapi idea x de.. adoi...
Deletemana kelip-kelipnya Sobri? yang nampak ketam aje..he..he
ReplyDeletekelip2 x nampak..
Deletex leh ambik gambar..
sbab cmera x brapa canggih he..he
Pergh dia punya ketam...Banyak ka kunang2?
ReplyDeleteSaya pernah tengok kunang-kunang pun masa di Perhentian titiwangsa
sobri saya tag disini
http://www.arzmoha.com/2014/09/liebster-award-tagged-by-famf-tower.html
dulu study kat selangor plan nak gi kg kelip kelip kuala slangor tapi mak tak kasi sebab alasan perempuan. tak eloklah memalam melewaq hihi.. kat nibong tebal ni ada kg kelip kelip gak mailab terjah hihi..
ReplyDeleteBW kat sini... promoted content tuk sobri :)
ReplyDeleteDah lama tak tengok kelip2 ni... nak pergi lah nnti ...:)
ReplyDeletedulu kecik2 selalu tangkap masuk dalam botol... lepas tu sebelum tidur tenung dia fikir mcm mana lah boleh ada lampu kt badan dia..hihihi...
Terbaik sob... Tahniah..
www.k-ridersteam.blogspot.com
TQ sobri, kak ana baru tahu kat Perak pun ada kelip2 ni, ingatkan di Kg Kuantan tu sahaja..nice sharing..:)
ReplyDeleteSeronok dpt bersampan mlm2 kan.. pengalaman yg sgt menarik. Thanks sharing bro Sobri.. :)
ReplyDeleteBest bro..tenang ja suasana
ReplyDeletesedapnyaa mee ketam...kecurrr ... kuahnya kari kan ??
ReplyDeleteisk isk...dap.
teringin nak pi tgk kunang2 ni tapi sesuai ke bawok budak 5 thn ?
ar ah sis.. kuah kari..
Deleteboleh kot..
rasanya x de masalah..
jangan dia bosan udah le.. biasalah budak2 kan :P
sob. mee ketam kari tu ko mkn kat restoren mana..apa nama dia..please habaqqqq...cheq ngidam !
DeleteEeeeiii, sobbbb. Akak teringin benor nak tengok kelip2. impian tak tercapai lagiii niii
ReplyDeleteWah... untung aaa bro sob dapat tengok kelip-kelip... bila lah aku nak gi sana ni?.. tapi kalau nak gi tengok kat kuala selangor pun ada jugak.. nanti nak cuba kat selangor gak lah... nak jugak merasa suasana cam pokok krismas kan... :D
ReplyDeletehahaha, budak bandar macam saya mesti lagi jakun kot bila tengok kelip-kelip..hihi.
ReplyDeleteala...baru nk tgk gambar kli2 tu rupanya perlu gun camera canggih..nampaknya peerlu pegi lihat sendiri lah huhuh
ReplyDeleteI wanna try the crap mee ^^
ReplyDelete