Meneroka Tarikan Kuala Sepetang Eco Tourism | www.sobriyaacob.com

Saturday, October 18, 2014

Meneroka Tarikan Kuala Sepetang Eco Tourism

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Kuala Sepetang atau juga lebih dikenali sebagai Kuala Sepetang Eco Tourism antara destinasi pelancongan di Negeri Perak yang semakin dikenali, terletak 15 kilometer daripada Bandar Taiping Perak lokasi yang cukup menarik ini mempunyai tarikan yang terdiri disebabkan oleh kepelbagaian hasil laut yang segar, mempunyai pusat penyelidikan paya laut, faktor sejarah dan semestinya tarikan utama  keindahan alam semulajadi yang sangat mengagumkan yang terdapat di Kuala Sepetang.

Alhamdulilah baru-baru ini sob telah menerima jemputan daripada Tuan Khairul- www.kualasepetang.com seorang bloggers / pemandu pelancong / aktivis alam sekitar yang giat mempromosikan Kuala Sepetang sebagai destinasi Ecotourism yang menawarkan pelbagai pengalaman unik disamping menawarkan pelbagai aktiviti yang menarik yang boleh dilakukan. 

Seperti mempelajari dan mengenali lebih dekat kepelbagaian spesies tumbuh-tumbuhan paya bakau, flora serta fauna yang mendiami kawasan tersebut, melihat proses bagaimana arang dihasilkan, melihat dengan lebih dekat kehidupan nelayan, ronda-ronda di perkampungan nelayan kuala sepetang, melihat burung helang dan dolfin dengan dekat serta berpeluang melihat kelip-kelip pada waktu malam. 

Untuk edisi Perak Trips kali ini, sob akan membawa korang semua meneroka destinasi-destinasi yang sangat menarik terdapat di Kuala Sepetang untuk dilawati. Jadi untuk entry pengenalan sob akan listkan secara ringkas kawasan atau aktiviti yang korang boleh kunjungi sekiranya datang ke Kuala Sepetang.  Jadi moh le kite ke Kuala Sepetang yop !

Hutan bakau Kuala Sepetang I Kuala Sepetang Eco Tourism

Melawat Pusat Hutan Paya Laut Matang

Sekiranya sampai ke Kuala Sepetang, pastikan ini destinasi utama yang wajib anda lawati iaitu ke Pusat Hutan Paya Laut Matang, apa yang best mengenai kawasan ini selain daripada boleh mempelajari mengenai ekosistem  flora dan fauna yang mendiami kawasan paya bakau secara live dengan membaca info-info yang disediakan di laluan pejalan kaki sambil menikmati pemandangan hutan bakau yang menarik. Di sepanjang perjalanan anda bukan sekadar boleh melihat pokok-pokok bakau sahaja tetapi juga akan menjumpai pelbagai jenis burung dan ikan belacak yang jarang ditemui.

Untuk pengetahuan korang Hutan bakau Kuala Sepetang adalah sebahagian daripada Hutan Simpan Bakau Matang yang terkenal di peringkat dunia sebagai ''mangrove conservation area" dan diiktiraf sebagai hutan bakau yang paling baik pengurusannya di dunia. Luas keseluruhan hutan bakau ini ialah kira-kira 20 hektar, jadi amatlah rugi kalau sampai ke kuala sepetang tak mengunjungi Pusat Hutan Paya Laut Matang.

Charcoal Factory Kuala Sepetang, tempat proses penghasilan arang

Charcoal Factory Kuala Sepetang 

Untuk aktiviti seterusnya, korang boleh melawat kilang-kilang arang yang terdapat di sekitar Kuala Sepetang mesti  tertanya-tanya apa yang bestnya mengenai kilang arang ni, tunggu entry penuh mengenai pengalaman sob melihat sendiri bagaimana proses untuk menghasilkan arang daripada kayu bakau. Satu proses yang memerlukan kesabaran, kemahiran, kudrat dan pengalaman untuk mendapatkan arang yang berkualiti, jangan korang ingat senang tau nak hasilkan arang kayu yang berkualiti silap proses penghasilan mungkin tinggal abu sahaja yang tinggal. Jadi tunggu ya :P

Suasana Damai Di Perkampungan Nelayan

Jalan-jalan melawat perkampungan Nelayan Kuala Sepetang

Bagi korang yang sukakan aktiviti memancing, atau nak tengok bagaimana orang tempatan menangkap ikan, udang, sotong, kerang, ketam di sinilah kawasannya di sepanjang sungai kuala sepetang, satu pengalaman yang menarik untuk melihat dengan lebih dekat bagaimana proses ini dijalankan dan anda juga boleh membeli hasil laut yang dijual dengan harga yang cukup berpatutan .

Korang juga boleh ambil pakej speed boat untuk jalan-jalan di sekitar muara sungai Kuala Sepetang dimana banyak aktiviti yang boleh korang lakukan diantaranya melihat aktiviti seharian penduduk setempat, melihat burung helang, dolphin sambil dilatari pemandangan indah kampung nelayan memang cukup mendamaikan gitu! terasa kehidupan yang damai dan penuh kesederhanaan memang sesual bagi korang yang ingin merasai sendiri pengalaman di perkampungan nelayan.

Melihat Kawanan Burung Helang I Kuala Sepetang Eco Tourism

Melihat Burung Helang & Dolphin

Bagi sob ini adalah tarikan utama yang ada di  kuala Sepetang tawarkan paling menarik dan melekat di hati sanubariku ini! melihat kawanan burung helang dan dolfin pada jarak yang dekat. Bayangkan sekumpulan burung helang berebut makanan yang dibaling dengan agresif dimana kita boleh nampak sifat semulajadi haiwan tersebut perhh memang satu detik yang tak boleh diterangkan dengan kata-kata perlu dirasai sendiri sambil dilatari pula saat matahari melabuhkan waktunya, satu panorama yang sangat mengagumkan!

Sob ada post entry ini di facebook banyak yang bertanya eh betul ke ada dolphin @ ikan lumba-lumba di kawasan kuala sepetang ini, ya betul mengikut En Khairul  memang ada kehadiran dolfin di kuala sepetang untuk mencari makan dan bermain-main di sekitar muara sungai dan sekiranya anda bernasib baik akan menjumpai kawanan ikan lumba-lumba mengejar bot untuk bermain-main! tak percaya lagi cuba google, siap ada video lagi :P

Pemandangan Waktu Malam Di Sungai Kuala Sepetang

Melihat Kelip-kelip 

Orang cakap kelip-kelip dan hutan bakau memang tak boleh dipisahkan, jadi disini pun anda berpeluang untuk melihat kelip-kelip bebas mengawan dengan mesranya untuk mengeluarkan cahaya bergemerlapan untuk menarik pasangan sehingga membentuk satu formasi kerlipan cahaya yang menarik, jadi ini antara aktiviti waktu malam yang boleh dilakukan selain daripada bersiar-siar di kawasan Kuala Sepetang sambil menikmati mee udang yang banyak dijual.

So macam mana menarik tak? ini adalah entry pengenalan mengenai tarikan yang ada di sekitar Kuala Sepetang, untuk entry berikutnya sob akan tulis dengan lebih detail percutian sob di kuala sepetang!  Apa yang sob boleh rumuskan kuala sepetang bukan setakat kaya dengan keindahan alam semulajadi, kepelbagaian ekosistem tapi kaya dengan sejarah tersendiri di mana kepelbagaian aktiviti penduduk setempat itu sendiri merupakan tarikan utama untuk datang ke sini dan bagi korang pecinta photography pastikan kuala sepetang antara lokasi wishlist wajib korang lawati :P

Jadi sekiranya korang teringin datang ke sini dan tidak tahu untuk berhubung dengan siapa, bolehlah berhubung terus dengan Encik Khairul : Tel 012-5145023 atau melawat laman web www.kualasepetang.com di mana banyak informasi menarik mengenai kuala sepetang dikongsikan. Ingat kuala sepetang sekarang bukan sekadar tempat makan mee udang! tapi macam-macam ada :P



         ARTICLE BERKAITAN

35 comments:

  1. Dolfin? Serius?

    Biasa kalau kuala sepetang ni tau mi udang dia je..huhu

    ReplyDelete
  2. Wahhh, terpesona pd foto-foto cantik yg ada di tulisan ini :)

    ReplyDelete
  3. Betul terpesona melihat keindahan semulajadi ini. Lukisan alam yang tiada tara tandingannya..

    ReplyDelete
  4. Betul terpesona melihat keindahan semulajadi ini. Lukisan alam yang tiada tara tandingannya..

    ReplyDelete
  5. kini baru sis JM tahu rupanya untuk mengeluarkan cahaya bergemerlapan tu klip2 perlu bermesra lah ye...tak jatuh ke eh

    ReplyDelete
  6. dolpin..???? seriously..??? tak payah pegi ostrolia laaa cenggini..?? pegi kuala sepetang makan mee aje.. tak penah tahu semua ni :P

    ReplyDelete
  7. In sha allah bakal ke sini hujung bulan nanti. Can't wait.....

    ReplyDelete
  8. sukanya tengok scene kat sanaaaaaaa..

    ReplyDelete
  9. Wah seronoknya...jalan-jalan aje ya..nway gambar helang tu kita bagi A++++++...

    ReplyDelete
  10. Saya pernah ke Hutan Bakau ini, 5-6 tahun dulu Memang kagum dengan keindahan dan penjagaan hutan bakau yang paling terurus di dunia.
    Menariknya, ada ikan lumba-lumba di sini. Rasa macam tak percaya pulak.

    ReplyDelete
  11. bestnyer kalau dapat jejak kaki kat sini.
    release tension nih..

    ReplyDelete
  12. wah helang melayang-layang banyaknya...dolphin pun ada...dulu2 pernah juga tengok dolphin berenang-renang dilaut dkt kampung kak di utara....

    ReplyDelete
  13. xpernah tahu lak.. yg tahu mee udang ja... ok nie klu p leh tgk kelip2

    ReplyDelete
  14. Menarik tu kalau dapat lihat dolphin..

    ReplyDelete
  15. subhanallah
    indah ciptaan Allah
    ada ke dolfin...?

    ReplyDelete
  16. wah arang fresh... bak mai seguni, nak bikin BBQ nanti heheh~
    apa? ada dolphins kat sana? wah bestnya kalau dapat tepuk fin (tangan) dengan dolphin tu, hehee~ X3

    ReplyDelete
  17. Saya pernah ke kuala sepetang ni tapi dah lama sungguh... pasti bnyk yg dah berubah & lagi menarik. Thanks sharing bro Sobri.. :)

    ReplyDelete
  18. ok lah.... saya mengaku belum pergi ke kuala sepetang lagi... apa tah lagi makan mee udang mak jah kuala sepetang... hehehe.... nanti kalau ada rezeki nak pergi jugak lah.... :)

    ReplyDelete
  19. thanks for the info...rasa nak try mee kuala sepetang dan usha kilang charcoal tu.. :D

    ReplyDelete
  20. Hutan paya bakau kat Kuala Sepetang ni memang penting. Tanpanya, nelayan-nelayan persisir pantai susah nak cari makan.

    ReplyDelete
  21. menarik aktiviti ecotourism di sini..ada resort, boleh stay sampai malam, nak tengok kelip2..

    ReplyDelete
  22. Ehhh.. Nurul perasan ade perkataan dolfin disitu.. really? macam biasa.. Nurul suka sangat dengan gambar2 lensa Sobri ni.. cantikkkkk sangat.. :)

    ReplyDelete
  23. Ada ikan lumba-lumba....saya nak pi lagi semata-mata untuk tengok ikan lumba-lumba le..

    ReplyDelete
  24. subhanaALLAH memang cantik2 gambar di blog ini ^_^

    ReplyDelete
  25. I like the house in the mangroves and a picture of an eagle. It's fantastic!

    ReplyDelete
  26. Salam Perkenalan.
    Done follow you #1024.
    drshikinzainal.blogspot.com

    ReplyDelete
  27. Lama akak tak singgah sini..
    Cantik betul gambar2 tu..

    ReplyDelete
  28. cantiknya....
    ooo kat situ lah, dia org buat charcoal ya..

    ReplyDelete
  29. Kuala Sepetang.. tetiba terfikir dah pernah sampai ke belum hahahaa.. :P
    Bab makan Mee Udang tu dah la .. heheheee.. pape pun thanks kongsi..

    ReplyDelete
  30. cantik lah ish bestnya nak travel banyak banyak jugak hikhik T_T

    p/s: qila click click oldtown and inti wiwiwi

    ReplyDelete
  31. Belum pernah sampai ke sini - teringin nak pergi.

    ReplyDelete

Sob - A travel enthusiast with passion for hiking, outdoor adventure, photography and writing.