Assalamualaikum dan salam sejahtera readers!
Untuk entry kali ini, awok nak bercerite pasai labu sayong! ate.. rase macam tak lengkap pulok kalau ke kuala kangsar tak ade kisah labu sayung. Al Maklumlah daerah kuale kangsor amat terkenal dengan tempat penghasilan labu sayung make banyaklah kampong yang menjalankan perusahaan labu sayong *amboi bukan main susah awok nak menaip dalam bahase Kuale ni ye!* Selalunya labu sayong yang korang tengok atau beli sudah siap dibuat tapi kali ini sob nak berkongsi sedikit dengan korang semua bagaimana proses cara pembuatan labu sayong dijalankan sehingga terhasilnya labu sayung yang pelbagai corak yang dijual di pasaran.
Labu Sayong Kuala Dal Kuala Kangsar I www.sobriyaacob.com
Dekat Kuala Kangsar ini banyak tempat yang mengusahakan Labu sayong secara kecil-kecilan sehinggalah saiz yang besar terutama di daerah Sayong, tapi kali ini sob nak bawa korang semua ke Perusahaan Labu Sayung, Shahizul Enterprise yang terletak di Kampung Kuala Dal, Padang Rengas, Kuala Kangsar yang diusahakan oleh Abang Shahizul.
Shahizul Enterprise I Pengusaha Labu Sayong.
Tel : 016-624 9916
Abang Shahizul antara pengusaha labu sayong yang terdapat di Kuala Dal, disini dijual pelbagai produk berasaskan tembikar dan labu sayong, produk warisan Negeri Perak. Alhamdulilah akhirnya sob berpeluang juga melihat sendiri bagaimana proses untuk menghasilkan labu sayung bermula daripada tanah liat dibancuh, dibentuk, dicorakkan, diwarna dan dibakar sehingga terhasilnya Labu Sayong. Sebenarnya bukan senang tau nak menghasilkan labu sayong banyak proses yang perlu dilakukan dan semestinya perlukan kemahiran, kesabaran yang tinggi kalau tak jawabnya tak jadi lah labu sayung yang sempurna.
Sebelum sob menulis dengan lebih panjang bagaimana proses labu sayung dihasilkan, jom layan produk-produk tembikar yang dihasilkan oleh Abang Shahizul yang dijual di Gerainya bersebelahan dengan tempat proses pembuatan tembikar dan labu sayong.
Di atas antara produk labu sayung yang telah diberi nafas moden, nampak lebih stylish dan urban gitu! sesuai dengan gaya hidup moden sekarang
Beraneka produk tembikar, tak silap sob ini boleh dijadikan sebagai tempat letak lampu tidur. Memang cantik diletakkan di bilik tidur seperti deko-deko hotel 5 star.
Adik-adik, yang ini namanya labu sayong, produk warisan Negeri Perak. Labu Sayong di atas masih mengekalkan ciri-ciri tradisional pada corak dan bentuknya. Ini kalau letak air kat dalamnya sejuk je bila kita minum, tak perlu simpan dalam peti ais. Mesti korang tertanya-tanya bagaimana proses nak menghasilkan labu sayong ini, nampak macam simple tapi bukan mudah nak hasilkan. Sebelum ini jom baca sedikit info mengenai Labu Sayong yang sob rasa agak menarik juga untuk dikongsikan.
Labu Sayong
Labu sayong biasanya dibuat dalam dua warna iaitu hitam dan coklat. Bentukya ialah leper seperti labu bocong, labu tela, labu pucung dan labu panai. Hiasan yang kebanyakannya digunakan ialah pecah empat, bunga api, bunga lawang, bunga cakar ayam, bunga tanjung, bunga cengkih dan pucuk rebung. Salah satu keunikan labu ini ialah ianya diilhamkan daripada bentuk buah labu itu sendiri dan corak yang digunakan lebih bersifat semulajadi. Teknik yang biasanya digunakan ialah teknik lingkaran dan picit bagi proses pembentukkan labu sayong.
Biasanya tanah liat yang digunakan namun, bagi penduduk Kampung Sayong, mereka menggunakan sejenis tanah yang terdapat di daerah Sayong. Namun, mengikut para penghasil labu sayong yang lain, tanah yang sesuai digunakan ialah tanah yang didapati satu kaki daripada aras permukaan bumi. Tanah liat yang digunakan untuk penghasilannya ialah tanah liat yang berwarna kelabu dan tanah liat yang berwarna kemerah-merahan. Alatan yang digunakan ialah batu sungai, pengukir, perepek, span, pinggan, papan rata atau papan gelak, gergaji kecil, pengguris dan roda pembentuk tembikar.
Ok itulah antara sedikit sebanyak sejarah, info mengenai labu sayong, sekarang jom kita lihat bagaimana labu sayung dihasilkan. Terima Kasih kepada Abang Shahizul kerana sudi menunjukkan dan mengajar sob bagaimana untuk menghasilkan Labu Sayong!
Proses Penghasilan Labu Sayong
Menurut kata Abang Shahizul, tanah liat yang digunakan diambil daripada Daerah Sayong kerana bukan semua tanah liat sesuai digunakan untuk menghasilkan labu sayong, katanya tanah liat daripada sayong paling berkualiti dan terbaik.
Yang kacak bergaya inilah Abang Shahizul, yang itu pula tapis untuk menapis bancuhan di atas untuk mengasingkan bendasing sehingga mendapat bancuhan yang sesuai.

Ada dua cara untuk menghasilkan labu sayung, satu menggunakan acuan dan satu lagi menggunakan kaedah tradisional dimana tanah liat itu diolah menggunakan kaedah lingkaran picit sehingga membentuk labu sayung.
Abang Shahizul menunjukkan cara bagaimana membentuk corak di permukaan labu sayung, corak yang dihasilkan berdasarkan kretiviti dan idea tersendiri.
Sentuhan ajaib abang shahizul, menghasilkan corak di permukaan labu sayong, memang respect, sebab seni yang dihasilkan memang cukup halus dan berseni. Ajarkan saya Master :P
Sob ada juga cuba main-main conteng-conteng mengukir corak di labu sayung, senang cerita bukan senang nak hasilkan corak yang bermain di fikiran, kita nak buat lain, yang jadi benda lain pulak! tapi satu pengalaman yang tak dapat dilupakan terutama ketika hasilkan labu sayung menggunakan kaedah tradisional yang pusing-pusing sambil kaki tekan untuk menggerakkan mesin tu bagi berpusing sambil tangan cuba membentuk tembikar *Macam gambar kat bawah, sob pun dah lupa apa nama benda tu* memang terasa klasik giler! kalau korang ke kuala kangsar wajib dan harus mencuba.
Mencuba sendiri membuat labu sayong!
Tempat proses penghasilan labu sayong Shahizul Enterprise
Suasana Gerai Abang Shahizur menjual hasil labu sayong dan produk tembikar keluaran perusahaanya. Pelbagai corak, saiz, warna dijual! apa design yang korang nak semua ada memang best tempat ni, paling penting semua produk kraftangan yang dihasilkan sangat kemas dan bermutu tinggi hasilnya :P
Tak lengkap kalau kunjungan korang ke kuala kangsar kalau tak pergi melawat sendiri tempat perusahaan labu sayung, sebab satu pengalaman yang menarik untuk melihat sendiri bagaimana langkah demi langkah untuk menghasilkan labu sayung produk warisan Negeri Perak, Sekiranya korang teringin nak datang kesini sama ada nak buat lawatan, nak order barang kraftangan bolehlah hubungi Abang shahizul sendiri.
Shahizul Enterprise
Pengusaha Labu Sayong.
Kampung Kuala Dal, Padang Rengas, Kuala Kangsar
Tel : 016-624 9916
Ok bye! jumpa lagi untuk entry yang berikutnya :P
ARTICLE BERKAITAN
memang rumit membuatnya kan, sepadan dengn harga.pernah ke kuala kangsar, tapi tak pernah pulak try hands-on buat sendiri labu sayong ni.pengalaman yg berharga nih...tak buat satu ke, bawak balik rumah?hehe
ReplyDeletecantiknya..suka tengok creativity dia orang ni..seni sangat..
ReplyDeleteInformasinya sangat menarik
ReplyDeletetak tau pula di Kuala Dal pun ada industri ni, ingatkan kat Sayong je yang ada...huhu..pernah sekali gi rombongan sekolah rendah ke tempat buat labu ni..
ReplyDeletedesign yg moden tu memang menarik utk perhiasan, lebih commercialised..tapi ramai yg suka design yg original, nampak unik..
labu sayong seni kreaviti halus indah....
ReplyDeleteada yang labu sayong boleh letak air dalam tu kan kemudian minum. air jadi sejuk je..
ReplyDeletebest....selalu singgah sini.
ReplyDeletejadikan lampu tidur , mmg romantik ... tak sabar lak nak dapatkan ... heee
ReplyDeleteamboi kome, cakap Perak ye... hehe kak ana sendiri pernah melihat proses pembuatan labu sayong di Kuala Kangsar, memang memerlukan kesabaran dan kemahiran... :)
ReplyDeleteDari kecik memng suke tengok org buat labu sayong ni..best!!
ReplyDeletelabu sayong... ada satu kat rumah, lepas tu tak tau dah hilang ke mana... nak kena cari lain nih, bak mai sebijik! X3
ReplyDeleteBeautiful vase, I want the black one for decorate my home ^^)b nice photo I like that
ReplyDeleteTetiba terasa nak ada satu.. sebab simpan air boleh jadi sejuk huhuhuu.. :D
ReplyDeletedekat rumah saya pun ada satu... bila simpan air dalam labu sayong memang sejuk air tuu...
ReplyDeletecantiknya semua labu sayong tu. memang tangan berseni :)
ReplyDeletejemput join > http://buatwanita.blogspot.com/2014/10/segmen-buatwanitablogspotcom-mencari.html
omaigodddd lamanya tak singgah blog sobri, ika busyyyyyyy T_T
ReplyDeletecantinyaaa tengok labu sayong tu semua, creative betul, kalau ika sendiri buat ntah apa rupa laa jadi huhu
Wahhhhhh...... ko terjah satu lagi tempat pembuatan labu sayong... bagus2.. pasni ko leh belajar buat labu sayong pulak kan....ekekekekekeke.... :D
ReplyDeleterasanya dulu pernah pergi tempat ni ikut rombongan sekolah.. dah lama dah.. x igt sangat pasal tempat tu, tapi rasanya yg ni la kot..
ReplyDeleteAssalamualaikum sobri. lama sheila tak blogwalking sini. hehhe sihat ke? minum air daripada labu sayong ni, perghhh sejuk dia nyaman tekak. hehehehe
ReplyDeletedulu pernah ada labu sayong kat rumah akak..simpan air kat dalam tu...sejuk ja terasa..
ReplyDeletehttp://madey09.blogspot.com/2014/12/sabah-teh-garden-mengujakan.html as'salam klik laman Etuza, blog anda telah Etuza linkkan ya. tahniah. mari saling mengunjungi
ReplyDeleteHarap anda tak lupa klik laman Etuza ya.ada sedikit info Etuza ambil di laman anda terbaik ..tahnia rupannya anda blogger hebat ..sangat menarik paparan blog anda
ReplyDeletewahh cantiknya !!!!!!!!!!! aduh rasa nak beli satu
ReplyDeleteqila suka tengok this kind of perusahaan hehe.
ReplyDeleterasa mcm appreciate sgt apa yg diorang buat.
kalau kaya nak beli je semua bg dkt umi hahahahaha
Singgah sini...
ReplyDeleteApa khabar adik Sobri?
Cantik-cantiknya labu sayong dia, geram tengok. Bila la dapat peluang menyingah ke mari.
ReplyDeleteApa kabar Sobri ?
Berapa RM labu sayong yg saiz biasa?
ReplyDeleteRM 10 RINGGIT JE
DeleteADE YG MURAH labu sayong
DeleteSaya dari Indonesia, bulan Juli kemarin baru berkunjung dari Labu Sayong Kuala Kangsa, tempat yang menarik untuk dikunjungi.
ReplyDeleteTempat ni masih beroperasi dn masih boleh dikunjungi ke?
ReplyDeletemasih bukak dan boleh dikunjungi
DeleteSalam no fon wasap ada tak
DeleteSaya nak tanya mengenai buyung uyk kuah laksa
Deletecontact number ni bos
ReplyDeleteTel : 016-624 9916