Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. :P
Apa khabar semua, diharapkan korang semua dalam keadaan sihat sejahtera *lap peluh dulu* lama rasanya tak berblogging sampaikan rasa kekok bila nak menaip* hopely mood kelincahan nak bercerita tu datang balik, Walaupun sob lama tak post apa-apa entry kat blog ni tapi still jadi silent reader untuk blog korang, wah sakan ye korang.. travel sana sini! review lah, buat advertising lah.. masyuk!!dan nampaknya ramai juga yang sudah tukar domain blogspot ke nama sendiri.. tahniah! siap guna template yang mesra Seo.. lebih up to date.. terbaik bro! semoga kita semua terus sukses dalam dunia blogging :P
Ok cukuplah mukadimah pembukaan untuk entry pertama di tahun 2015, untuk entry kali ini sob nak bawa korang semua melawat satu lagi tempat menarik yang ada di daerah Lenggong Perak yang dikenali sebagai Hutan Lipur lata kekabu! antara port yang best untuk bersantai-santai, mandi manda *sejuk gila air dia.. rasa sampai ke tulang* dan lepak-lepak di hujung minggu.

Bagi korang yang pertama kali dengar nama Hutan Lipur Lata Kekabu ini terletak di Hutan Lipur Lata Kekabu ini terletak dalam Hutan Simpan Bintang Hijau yang merupakan jenis Hutan Dipterokarp Bukit. Lokasi Nya tidak jauh daripada Galeri Arkeologi Lembah Lenggong. Kawasan rekreasi ini tidak jauh daripada pekan lenggong lebih kurang 9km, dan jangan risau ada banyak signboard tunjuk arah ke lokasi ini. Owh sebelum terlupa bagi korang semua yang pertama kali datang ke area sini dan tercari-cari tempat menarik yang ada di sekitar daerah lenggong ni boleh rujuk entry terdahulu sob senarai tempat menarik di Kuala Kangsar, Lenggong & Gerik.
Disediakan kemudahan tempat letak kereta yang luas
Sebelum sampai ke kawasan ini, korang semua akan nampak satu papan arah ke Hutan Lipur Lata Kekabu ni, dari situ terus masuk ada lorong sehingga sampai ke kawasan parking area, jangan risau disini disediakan tempat letak kereta yang luas.
Selamat datang ke Hutan Lipur Lata Kekabu, Lenggong perak
Air kat sini memang sejuk.. sampai rasa kat tulang! memang terasa segar!

Sebelum itu, meh sob sharekan dengan korang semua sedikit info mengenai Hutan Lipur Lata Kekabu :
Hutan Lipur Lata Kekabu terletak dalam Hutan Simpan Bintang Hijau dan mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Bukit. Air terjun yang cantik kira-kira 50 meter tinggi dan sungai yang bersih mengalir di kawasan ini. Kawasan ini sesuai di kunjungi untuk bersiar-siar, berehat dan berkelah pada hujung minggu. Kemudahan tapak khemah, dewan serbaguna, surau serta bilik mandi disediakan untuk kemudahan pengunjung yang ingin tinggal lebih lama atau untuk menjalankan berbagai bentuk aktiviti pendidikan, rekreasi dan riadah. -sumber-
Di sini memang banyak kemudahan asas disediakan untuk pengunjung seperti tapak khemah, dewan serbaguna, surau serta bilik mandi bagi korang yang ingin tinggal lebih lama atau menjalankan berbagai bentuk aktiviti pendidikan, rekreasi atau pun riadah. Kalau nak berkhemah di sini lama mana pun tak payah risau sebab memang selesa dan semua kemudahan ada disediakan.
Ada juga disediakan pondok dan wakaf untuk berehat.
Ini pulak tapak perkhemahan, so bagi korang yang kaki camping, memang tak de masalah nak berkhemah di sini.
Kemudahan ini memang wajib ada, tandas awas!. tandas awam kat sini sob bagi 5 bintang oppo! bersih, selesa dan memuaskan hati..
Seronok owhh.. main air! jadi memang recommended korang datang ke sini!
Credit: www.eshamzhalim.com
Hutan Lipur Lata Kekabu ini adalah diselenggara oleh Jabatan Perhutanan Perak. Kebanyakan pokok di sini telah di letak tanda nama bagi memudahkan pengunjung mengenal jenis-jenis pokok yang terdapat di kawasan Hutan Lipur Lata Kekabu. Kawasan ini di buka dari 7.00 pagi hingga 6.00 petang untuk pengunjung dan bagi aktiviti perkhemahan dan bermalam pula, korang mesti minta kebenaran dengan Pejabat Hutan Daerah terlebih dahulu. Tiada bayaran masuk dikenakan. - sumber-
Pejabat Hutan Daerah Hulu Perak,
33300 Gerik, Perak
Tel. : 605-7912 384
Faks : 605-7913 797
Nota kaki: Btw kepada semua yang pm kat fb, tanya khabar kat blog.. actually sob masih je tulis blog cuma kekangan waktu membataskan.. tambah-tambahan baru-baru ni lappy kena virus habis semua folder gambar tak boleh buka.. stress!! macam mana nak update blog! kalau bahan tak ada, itu yang buat mood nak blogging down sikit :( tapi sob masih follow blog korang cuma tak tinggalkan jejak :P
Ok semua.. jumpa lagi untuk entry yang berikutnya.. insyaallah.. :P
kolam kat tpt air terjun tu besar . puas klu dpt mandi kat situ ... ingatkan cuma ada lata kijang je .
ReplyDeletelamanya tak muncul, adikku seorang ni....welcome back Sobri.. cantik tempat ni, jauh gak nak ke Lenggong, mana tahu kalau kebetulan ke sana boleh singgah2.. :)
ReplyDeleteseronoknyaa kalau dapat pegi tapi jauhnyaa lahaii. hahah
ReplyDeleteassalam sobri...apakabar..cantik sungguh view lata kekabu ni...
ReplyDeletedik sobyeeee!!! hahah ohmai pardon the gediks greeting, dah lama tak nampak update from sob, hihih ;p
ReplyDeletecamping... oh dah lama ai tak pi camping dalam hutan mahupun di tepi pantai, zaman student dulu memang banyak camping, heheh, apa2 pun as usual, nice pictures and experience form dik sob, teruskan teruskan~ ;3
WOW, enjoy swimming ^^)v
ReplyDeleteSejuk nyaman je suasana kat sana tu.. menyegarkan.. lama rasanya tak singgah sini.. bnyk kekangan berblog kebelakangan ni.. semoga bro sihat & ceria selalu.. :)
ReplyDeleteSangat mengujakan sebagai lokasi mandi manda..
ReplyDeleteTu diaaaaa!!!!... Blogger femes sudah kembali menulis... apa khabar bro?... lama tak dengar berita ni... aku pun dah slow sket menulis skrg ni sbb byk sgt aktiviti so takde masa nak menulis...ekekekeke... btw Welkam back bro... :D
ReplyDeleteSebagai seorang peminat nature.. insyallah beraazam akan jejak kaki kesini :D
ReplyDeletethanks for sharing the in Tuan Sobri :D
wah...best.
ReplyDeletetak pernah pergi air terjun, mandi2 sungai gini..aduduhhhh sedihhh rasa hidup...sobs T_T
ReplyDeletebestnya kalau dapat pergi, hati teringin sgt sbb mmg suka nature tp apakan daya, kekangan kerja T_T
bestnye.nak pergi tapi tak ada masa.bila ada masa, kawan2 tak ada masa
ReplyDeleteAssalammualaikum... sobri,
ReplyDeleteseronok mandi dan main air kat sungai macam nie... rasa sejuk air nie sampai ke tulang nie...
mselim3
sejuk dan fresh buat penat hilang mandi ditempat seperti ini bila ada masa jom bercuti ditempat ini
ReplyDeletebro sob. boleh dptkan phone number x? saya nk tnya psl penang sbb lepas spm ni ade plan nk prgi pinang
ReplyDelete